Monday 3 June 2024

Preparation #3: Pencarian Penginapan Strategik

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Salah satu perkara yang sukar nak dicari adalah penginapan. Hotel memang banyak, cuma nak dapatkan lokasi yang strategik dan harga yang berpatutan tu yang mencabar sikit. Lokasi yang strategik bermaksud hampir dengan public transport supaya pergerakan mudah dan lancar, especially masa baru sampai. Tak larat nak tarik beg. Huhu.. Antara faktor lain yang diambil kira adalah jarak hotel dengan area yang nak di explore. Nak dapat hotel tengah bandar Paris atau London dengan harga marhaein memang sukar la. Dapat jarak dalam 5-6 stesen ke tengah bandar dah cukup ok. Jadi kenalah google lokasi train station dan hotel-hotel yang berdekatan.

Banyak je hotel kat tengah bandar. Cuma harga je yang tak berapa marhaein

Ada tourist yang memang sensitif dengan pemilihan hotel. Kalau boleh nak cari yang minimum 4-star. Tapi pada saya, tak perlu la sampai banyak star, yang penting lokasi dan keselesaan. Lagipun duduk hotel hanya untuk tidur dan mandi je. Tak guna pun fasiliti yang lain. Maka antara hotel yang menjadi pilihan saya seperti trip-trip sebelum ni sudah tentu budget-chain hotels seperti Premier Inn, Travelodge dan Campanile Hotels. Kalau nak up sikit boleh la cari Ibis, itupun Ibis Budget Styles Hotel. Hihi.. Sesuai la untuk traveller budget macam saya ni. Kawan-kawan yang join pun tahu dan sedia maklum. Diorang tak kisah sangat pasal hotel asalkan dapat tidur dan mandi. Itu apa yang diorang maklum kat saya la. Tak tau la kalau sebaliknya. Huhu..

Antara budget-chain hotels di Europe yang saya pernah duduk


#PARIS: HOTEL CAMPANILE PANTIN

Daripada kesemua hotel di atas, cuma Hotel F1 je yang kurang selesa sikit sebab toilet dia kat luar dan berkongsi dengan penyewa hotel yang lain. Kalau di Paris, hotel Campanile, Ibis Budget dan Premiere Classe menjadi pilihan saya. Lokasi bagi hotel-hotel ni boleh tengok pada website masing-masing. Untuk hotel pertama di Paris, setelah seminggu mencari, akhirnya saya jumpa satu hotel yang agak strategik lokasinya iaitu Hotel Campanile Pantin yang terletak di kawasan Pantin dan berhampiran dengan Hoche Metro Station. Tak jauh pun untuk ke bandar Paris, hanya 6 station je. Tak perlu la nak tarik beg jauh sangat. Keluar dari stesen terus sampai hotel. Harga bilik yang saya dapat untuk tarikh 29 Disember hingga 31 Disember 2022 (2 malam) adalah EUR310.40 iaitu bersamaan RM1,443.36.

Harga bilik kami untuk 2 malam di Paris


#LONDON: PREMIER INN LONDON HAMMERSMITH (SHEPHERDS BUSH ROAD) HOTEL

Untuk hotel di London, saya jumpa hotel Premier Inn yang baru beroperasi iaitu Premier Inn London Hammersmith (Shepherds Bush Road) Hotel. Hotel baru mestilah semua perkakas dalam bilik pun baru. Hihi.. Lokasinya amat strategik, iaitu berhampiran dengan Hammersmith Underground Station. Di Hammersmith ada banyak laluan tube line seperti Piccadilly, Circle, Hammersmith & City dan District Line. Mudah la untuk kami bergerak nanti. Harga bilik yang ditawarkan untuk tarikh 31 Disember 2022 hingga 4 Januari 2023 (4 malam) adalah GBP282.00 iaitu bersamaan RM1,517.16. Amat berbaloi harganya. Hotel baru, harga pulak murah. Apa lagi, terus grab! Bilik maksimum hanya 1 katil queen dan 2 katil single. Terpaksalah kami berhimpit sikit untuk tidur. Macam tak biasa je. Trip sebelum ni pun sama juga. Ok je, takde masalah pun.

Mungkin harga pengenalan hotel baru kot. Hihi..


#SOUTH ICELAND: GARDUR APARTMENTS

Selesai penginapan di Paris dan London, saya beralih kepada pencarian di Iceland. Saya dah siap susun dan rancang perjalanan seharian sepanjang 7 hari di sana. Dalam sehari tak boleh nak memandu terlalu jauh, ditambah pula dengan masa siang yang pendek dan keadaan jalan yang dijangka akan bersalji tebal. Jadi kena pastikan jangan memandu waktu malam terlalu lama. Untuk hari pertama sampai di Keflavik, saya pilih satu apartment yang agak dekat dengan airport sebab kami sampai pun dah gelap. Dah la first time nak memandu di bumi Iceland. Jadi lebih baik cari penginapan yang dekat. Esoknya barulah mula perjalanan yang jauh. Kasi serasi dulu dengan kereta yang bakal disewa nanti. Penginapan yang saya pilih adalah Gardur Apartments yang terletak di utara Keflavik, paling hujung dalam peta. Untuk memuatkan semua, saya pilih satu apartment besar dan dua rumah kecil. Harga rumah kami untuk tarikh 4 Januari hingga 5 Januari 2023 (1 malam) adalah RM542.41. Kesemua penginapan di Iceland saya booking melalui website booking.com.

Dalam gambar nampak cantik


#SOUTH ICELAND: HELLISHOLAR COTTAGES

Untuk penginapan berikutnya, saya jumpa satu hotel yang agak menarik sebab lokasinya terletak di jalan utama. Tapi malangnya bilik yang available tak dapat nak menampung jumlah kami semua. Maka terpaksalah saya cari di kawasan kampung yang agak jauh dari jalan utama. Hellisholar Cottages ada 3 rumah yang masih available. Walaupun harganya agak mahal, iaitu RM1,204.89 untuk tarikh 5 Januari hingga 6 Januari 2023 (1 malam), tapi saya terpaksa pilih juga sebab tak banyak option penginapan lain yang berhampiran. Apa boleh buat. Sudah sedia maklum kos di Iceland memang serba serbi mahal. Maka terpaksalah terima harga yang agak tinggi ni.

Tiada option lain. Terima seadanya..


#SOUTH ICELAND: HORGSLAND COTTAGES

Makin jauh kami meneroka area South Iceland. Penginapan seterusnya adalah yang paling jauh sebelum kami berpatah balik menuju ke Reykjavik. Saya pilih Horgsland Cottages yang terletak di jalan utama. Saya book untuk tarikh 6 Januari hingga 8 Januari 2023 (2 malam) kerana untuk teruskan perjalanan hingga ke East Iceland, lokasi hotel agak jauh dan kena fikir juga masa yang diambil untuk kami berpatah semula. Jadi lebih baik stay 2 malam di Horgsland Cottages. Saya ambil 3 rumah sebaris yang berharga RM1,935.10 untuk satu rumah. Rasanya cukup kami dapat cover kesemua landmark di South Iceland. Nak teruskan perjalanan sampai ke East Iceland macam tak sempat. Drive nanti dah tentu tak boleh bawak laju sebab jalan licin. Kena ambil kira juga faktor pemanduan sebab tak boleh nak jangka berapa lama masa yang diambil untuk sampai ke setiap destinasi.

Rumah lagi banyak option daripada hotel


#SOUTH ICELAND: MIDDALSKOT COTTAGES

Setelah berpatah balik, kami dijangka akan menuju ke kawasan geysir dan air terjun yang famous di Iceland. Penginapan yang paling hampir dengan destinasi tujuan yang saya jumpa adalah Middalskot Cottages. Cuma jarak perjalanan dari Horgsland Cottages menuju ke sini agak jauh dan banyak tempat yang nak dilawati. Jadi kena bergerak awal pagi untuk pastikan cuaca siang yang pendek digunakan dengan sebaiknya. Saya ambil 3 rumah di Middalskot Cottages untuk tarikh 8 Januari hingga 9 Januari (1 malam) yang berharga RM972.51 untuk satu rumah. Mahal kan harga hotel dan cottages kat Iceland ni. Huhu.. Agak keras juga budget yang diperlukan jika nak datang ke sini.

Harga level kayangan kat Iceland ni..


#SOUTH ICELAND: STAY APARTMENTS EINHOLT

Untuk penginapan terakhir di bumi Iceland, saya cari di Reykjavik. Tak sah kalau datang ke Iceland tapi tak singgah di ibu negaranya. Ada beberapa hotel yang menjadi pilihan, tapi kebanyakannya tidak menyediakan parking untuk customer. Leceh juga kalau kena parking kereta jauh dari hotel. Saya dapat bayangkan situasi menarik beg berat atas jalan bersalji yang licin. Kebarangkalian untuk tergelincir agak tinggi. Huhu.. Daripada option yang ada, akhirnya saya memilih Stay Apartments Einholt kerana ada menyediakan parking, namun first-come first-serve basis. Harap tak ramai la yang menginap kat apartment tu. Saya ambil 3 apartment. Harga yang ditawarkan untuk apartment kami dari 9 Januari hingga 11 Januari 2023 (2 malam) adalah RM2,156.03. Lebih seribu semalam tu. Aduhai, sungguh keras kehidupan di Iceland.

Dua malam di Reykjavik. Cukup kot..


#PARIS: HOTEL IBIS PARIS CDG AIRPORT

Selesai urusan penginapan di Iceland. Lastly, hotel terakhir kami di Paris sebelum bertolak pulang. Beg masing-masing dah tentu berat masa ni dengan barang belian di London dan Iceland. Jadi untuk tidak memenatkan badan menarik beg dan bersesak dalam metro, saya ambil keputusan untuk cari hotel di airport je. Flight mendarat je nanti boleh terus check-in hotel. Hotel yang menjadi pilihan saya adalah Hotel Ibis Paris CDG Airport yang terletak di Terminal 3. Harga yang ditawarkan untuk tarikh 11 Januari hingga 14 Januari 2023 (3 malam) agak berbaloi iaitu EUR407.00 bersamaan RM1,892.55. Selalunya harga hotel di airport memang mahal. Tak sangka pula boleh dapat dalam RM630.85 semalam untuk bilik family yang boleh memuatkan kami sekeluarga.

Benda berbaloi jangan ditunggu lama. Grab terus!

Selesai sudah semua urusan penginapan kami untuk trip kali ni. Tinggal beberapa perkara lagi yang perlu diuruskan sebelum kami sekeluarga mula mencari barang keperluan untuk dibawa ke sana. Letih sebenarnya kerja mencari maklumat dan menguruskan hal pembelian tiket dan booking penginapan ni. Jujurnya tak semua orang suka buat benda ni bila travel. Sebab tu ramai yang sanggup guna khidmat travel agent agar semua urusan dibuat oleh agen. Tapi saya rasa kurang adventure la bila orang lain yang buatkan. Rancang, beli dan travel sendiri lebih banyak pengalaman hidup yang diperolehi. Kena scam dengan airlines pun kira pengalaman juga tu, cuma pahit rasanya. Huhu.. Apapun masing-masing ada cara travel yang tersendiri. Ada golongan backpackers, traveller dan tourist. Ada juga yang suka ikut pada bendera segitiga dan akur je ke mana destinasi yang dibawa. Yang penting diri merasa puas bila berkelana dan berbaloi dengan wang yang telah dilaburkan.


Wallahu 'alam





2 comments:

  1. Tak sabar nak tunggu next post 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah.. Sabar.. Sedang mencari masa terluang untuk beri laporan selanjutnya..

      Delete