Monday, 1 July 2019

JJCP Scandiscovery: Day 07 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ JUMAAT, 14 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ MALMO
@ STORTORGET
@ SHAWARMA KING
@ NORDIC SOUVENIRS SHOP
@ THE KNOTTED GUN
@ UMM AL-MU'MININ KHADIJAH MOSQUE


Jam 10.45 pagi kami teruskan perjalanan menuju ke Malmo, bandar ketiga terbesar di Sweden selepas Stockholm dan Gothenburg. Saya ikut pada map yang telah saya tagging parking kereta percuma di Malmo. Biasalah, kalau boleh memang nak cari parking yang free walaupun jauh sikit sebab agak mahal juga parking rate kat sini. Huhu.. Sampai je di lokasi kejadian, malangnya kawasan parking free ditutup sebab ada construction. Jadi terpaksalah guna option kedua, iaitu parking berbayar yang paling murah di Malmo. Dalam website Parkopedia ada info berkenaan parking rate di bandar-bandar besar dan juga jumlah parking yang available. Jadi boleh la study lebih kurang untuk dapatkan rate yang terbaik. Selalunya kalau betul-betul di tengah bandar parking rate agak mahal. Kena lah cari parking di kawasan pinggir, dengan jarak yang logik akal untuk berjalan kaki ke pusat bandar. Hehe..

Dah mula masuk bandar Malmo

@ MALMO

Banyak juga jalan utama yang ditutup kerana construction works. Sampai ke jalan mati dibuatnya sebab confuse dengan map. Itulah antara masalah utama jika guna offline map kerana tak update keadaan semasa. Huhu.. Akhirnya jam 11.15 pagi kami jumpa juga kawasan parking yang dicari iaitu berhadapan dengan Malmo Castle. Kawasan parking agak lengang. Kadang-kadang risau juga kalau tak banyak kereta yang parking sebab kebarangkalian tinggi untuk pencuri target kereta kita. Harap-harap tak terjadi kejadian yang tak diingini terhadap kereta kami. Cuaca masih siang lagi, in shaa Allah selamat. Sebelum mula berjalan meronda di kawasan sekitar, saya ke ticket machine untuk membeli tiket parking. First time nak guna, harap ianya user friendly. Hehe..

Driving route: From Oresund Tollbooth to Malmo Museum Parking
Kami parking kat depan Malmo Castle
Mesin tiket parking
Tiket parking sudah dibeli untuk 2 jam

Cara beli tiket parking di Malmo

Alhamdulillah, mudah cara untuk beli tiket parking. Pakai kad kredit terus. Parking rate SEK20.00/hour. Saya set untuk 2 jam berharga SEK40.00. Sebelum jam 1.22 petang kami kena sampai semula di sini. Cukup kot 2 jam jalan-jalan di bandar Malmo. Tujuan sebenar cuma nak cari tempat makan sambil menikmati pemandangan. In shaa Allah sempat. Saya kembali semula ke kereta untuk meletakkan tiket di dashboard. Perjalanan pertama kami adalah untuk masuk ke dalam Malmo Castle yang terletak di seberang jalan. Bukan nak explore keseluruhan tempat, tapi lebih kepada mencari tandas sebab cuaca sejuk sangat. Hihi..

Jom jalan-jalan cari sedikit pengalaman di Malmo
Salji renyai masih turun. Makin lama makin lebat. Huhu.. Sebenarnya tak sesuai travel sewaktu musim salji baru turun kerana menyukarkan perjalanan. Salji adalah hujan. Memang tak seronok nak berjalan waktu hujan. Huhu.. Cuma untuk dapatkan pengalaman hidup baru, boleh ja cuba merasai suasana salji yang turun mencurah-curah. Trip orang dewasa takde masalah. Masing-masing tau jaga diri. Hihi.. Bawa kanak-kanak risau jika diorang selsema dan demam mengejut sebab perubahan cuaca yang ekstrim. Saya pun masa mula-mula nak jejakkan kaki di musim winter, agak takut juga kalau badan tak boleh terima perubahan cuaca. Alhamdulillah setakat ni semua trip winter yang saya pergi badan dalam keadaan sihat walafiat di sepanjang perjalanan. Mungkin saya sesuai untuk menetap di negara 4 musim. Hahah..

Di luar Malmo Castle

Arriving Malmo

Sedang elok salji tengah turun dengan lebatnya dan kami masuk ke dalam Malmo Castle untuk berteduh. Malmo Castle telah dijadikan sebagai muzium. Ada bayaran dikenakan untuk explore keseluruhan tempat ni. Kalau kami masuk memang tak sempat la nak lunch dalam masa 2 jam ni. Jadi kami hanya tumpang menggunakan tandas awam. Sementara menunggu yang lain, saya berjalan melihat replika yang dipamerkan sampai tak perasan saya termasuk dalam kawasan bertiket. Dengan pantas staff bertugas sound saya supaya keluar dari situ. Mana lah saya perasan sebab takde barrier pun. Sorry sebab terlebih explore. Hehe..

Selamba je saya jalan melepasi kaunter tiket tu. Padan muka kena sound. Hihi..
Setelah semuanya selesai berurusan, salji yang turun dengan lebatnya tadi mulai reda. Kami keluar dari situ dan teruskan perjalanan menuju ke pusat bandar. Dari kejauhan kelihatan satu bangunan tinggi yang mempunyai bentuk yang amat menarik. Bangunan yang dimaksudkan adalah Turning Torso, iaitu bangunan kediaman 57 tingkat setinggi hampir 190 meter dan ianya adalah bangunan tertinggi di Scandinavia. Turning Torso dibuka pada tahun 2005. Bentuk bangunannya seperti berpintal adalah rekaan yang pertama di dunia. Mula-mula kami bercadang nak ke sana. Tapi bila dah nampak dari jauh, cukuplah sebagai tanda pernah melihat Turning Torso secara live walaupun dari jauh. Hehe..

Turning Torso dari kejauhan
Kami berjalan menyusuri lorong dan tebing sungai yang mengalir tenang. Klasik sungguh pemandangan sekitar dengan cebisan salji halus yang masih turun dari langit. Setiap kali melihat sungai di tengah bandar yang jernih macam ni, saya selalu bayangkan alangkah bestnya jika sungai Klang dan Gombak yang menjadi landmark Kuala Lumpur sejernih sungai di sini. Susahnya nak membentuk mentaliti kelas pertama pada rakyat Malaysia. Dulu di sekolah ada subjek Sivik, tapi dah dimansuhkan semula. Mungkin approach di sekolah tak berjaya. Nampaknya kena buat seperti sistem persekolahan di Jepun kot, di mana 6 tahun pertama persekolahan diajar tentang sivik je. Barulah boleh ubah mentaliti secara keseluruhan. Adab itu penting. Saya selalu ingatkan murid-murid saya tentang adab. Biar tak pandai belajar tapi jaga adab sebaiknya kerana ada keberkatannya di situ. Dah macam ustaz pulak saya di sekolah. Hehe..

Indah sungguh pemandangan di sini. Tenang jiwa..

@ STORTORGET

Tepat jam 12.00 tengahari kami sampai di Stortorget, iaitu dataran yang lebih dikenali sebagai Karl X Gustav Square. Di sini dikatakan antara tempat melepak yang paling happening di Malmo. Cuma musim sejuk ni takde la orang nak bersantai kat tengah alam. Diorang pun tak tahan sejuk. Hehe.. Kami datang ke sini selain dari untuk melihat bangunan lama yang cantik di sekeliling dataran, kat sini juga terletaknya satu restoran halal. Harap restoran tu buka hari ni. Kalau tak buka, saya dah standby satu lagi restoran halal di pinggir bandar. Sambil mencari lokasi restoran halal tersebut, kami berjalan dan bergambar di dataran. Statue Karl X Gustav yang berdiri megah di tengah dataran menjadi background gambar kami.

Walking route: From Malmo Castle to Karl X Gustav Square
Bergambar di Karl X Gustav Square. Cantiknya bangunan di sekeliling

Stortorget @ Malmo

Kalau penat nak berjalan, di sini ada disediakan basikal yang boleh disewa. Servis yang sama seperti basikal O'bike yang pernah berada merata tempat di Kuala Lumpur suatu ketika dulu. Kejap je bertahan. Lepas tu habis semuanya. Ada yang hilang tayar, ada yang jumpa dalam longkang, dan ada juga yang digunakan oleh pekerja Bangla kononnya basikal tu dia yang punya. Huhu.. Walaupun nampak macam rakyat Malaysia ni suka dengan vandalisme, sebenarnya terdapat kesilapan pada company O'Bike tu sendiri kerana tak menyediakan docking station supaya basikal lebih tersusun. Apps dia pun tak stabil membuatkan orang ramai marah dengan servis O'Bike ni. Dengar cerita jutawan dari Myanmar yang beli semua basikal O'bike untuk diberi kepada rakyatnya yang susah supaya senang nak ke tempat kerja. Sungguh mulia jutawan itu. Hihi..

Tak sempat nak study pasal basikal ni. Lagipun tak sempat kalau nak sewa..
Di balik bangunan yang tersergam indah mengelilingi dataran, kelihatan restoran KFC yang membuatkan saya teringat pada KFC halal di Northampton semasa trip saya ke UK pada 2012. Selain KFC, restoran Subway pun banyak yang berstatus halal. Amat senang untuk mencari makanan halal di UK. Berlainan dengan di Scandinavia. Kalau la KFC kat Malmo ni halal dah tentu saya tak cari option yang lain. Hihi.. Tapi apakan daya, mereka belum tau lagi bahawa teknik sembelihan itu adalah yang paling baik dan bersih. Diorang pun tak pernah kisah pasal halal. Benda boleh makan begitu saja, buat apa nak sembelih. Haha..

Balik Malaysia nanti nak makan KFC lah. Hehe..

@ SHAWARMA KING

Restoran halal yang saya tagging terletak betul-betul di tengah dataran. Dari jauh lagi kami dah nampak signboard restoran Shawarma King. Setelah puas bergambar, kami terus masuk ke dalam restoran. Tengok gambar pada menu terus rasa lapar yang amat sangat. Hehe.. Tapi jangan terpedaya dengan nafsu. Sejarah lalu telah mengajar saya bahawa jangan order sorang satu set sebab portion makanan di Eropah agak besar. Banyak kali kami tak dapat habiskan makanan dan terpaksa bungkus. Bila dah bungkus, makan kat hotel jadi tak sedap sebab sejuk beku makanan tu. Huhu.. Jadi saya cuma order satu set untuk kami berdua.

Shawarma King @ Stortorget
Nampak menyelerakan gambar menu dia
Saya pilih menu Kebab Tallrik beserta air tin yang berharga SEK85.00 untuk kami makan berdua. Restoran ni juga ada menjual set ayam goreng ala KFC. Teringin juga nak merasa ayam goreng kat sini. Tapi bila melihat Kebab Tallrik yang di order oleh customer yang beratur di depan saya membuatkan saya juga order makanan yang sama. Hehe.. Tengok pada portion makanan seperti yang dijangka, cukup untuk kami berdua makan. Jadi dapatlah save sikit duit belanja makan kami sebab berkongsi. Hihi..

Inilah yang dikatakan kelazatan duniawi. Haha..

@ NORDIC SOUVENIRS SHOP

Alhamdulillah kenyang semuanya. Selesai makan, jam 12.50 tengahari kami keluar dari Shawarma King. Tinggal setengah jam je lagi untuk kami jalan-jalan di sini. Kami ikut route lain untuk kembali semula ke parking kereta. Sekurangnya dapatlah tengok pemandangan yang berbeza. Kami lintas jalan dari dataran dan singgah sebentar di satu kedai souvenir yang bernama Nordic Souvenir Shop. Rasa tak lengkap pulak jika tak beli sesuatu kenangan di Malmo walaupun hanya 2 jam di sini. Agak keras juga harga souvenir kat kedai ni. Dapat beli satu fridge magnet pun sudah memadai sebagai tanda kenangan kami menjejakkan kaki di bumi Malmo. Niat nak beli keychain dan fridge magnet untuk kawan-kawan terpaksa ditangguhkan dulu. Selesaikan yang wajib dulu iaitu untuk diri sendiri. Hihi..

Walking route: From Shawarma King to Nordic Souvenirs Shop
Pilih la mana yang berkenan di hati ye..
Kami tak dapat nak duduk lama dalam kedai souvenir sebab mengejar masa untuk ke kereta. Mana-mana fridge magnet yang nampak menarik terus grab, bayar dan keluar dari kedai. Antara kedai souvenir yang paling pantas kami berurusan. Hehe.. Kami teruskan perjalanan. Route yang kami lalu ni akan sampai di satu sculpture yang agak unik di Malmo. Alang-alang dah sampai, apa salahnya jalan jauh sikit untuk melihat sesuatu yang unik dan pelik di sini. Entah bila la lagi nak sampai. Kebarangkalian untuk repeat tu ada, tapi amat rendah peratusannya. Hehe..

Sejak bila orang Terengganu buka restoran kat sini? Hahah..

@ THE KNOTTED GUN

Kami berjalan menyeberangi jambatan dan melalui Central Station. Di tebing sungai berhadapan dengan Central Station kelihatan sculpture yang kami cari iaitu The Knotted Gun. Replika unik pistol yang berpintal ini juga dinamakan sebagai Non-Violence dan termasuk dalam list di website Atlas Obscura. Pereka sculpture ini mendapat ilham selepas kematian John Lennon, pengasas band yang paling famous di dunia iaitu The Beatles. Sculpture ini adalah simbolik kepada keamanan dunia.

Walking route: From Nordic Souvenirs Shop to The Knotted Gun Sculpture
Peace no war!.. Cintakan keamanan, bencikan keganasan. Semangat betul. Hehe..
Masa tinggal lagi 15 minit sebelum tiket parking kami expired. Dengan pantas kami berjalan menyusuri tebing sungai untuk sampai ke parking kereta. Dalam rushing berjalan masih sempat lagi berhenti bergambar. Memang takkan cukup pun 2 jam untuk jalan-jalan di Malmo. Apa pun niat untuk singgah lunch di sini termakbul. Ikut pada itinerary asal, kami cuma nak singgah makan di restoran yang terletak di pinggir bandar. Kemudian solat di masjid yang berdekatan dengan restoran tu. Entah kenapa last minute saya ubah plan untuk masuk dan jalan-jalan kejap di kawasan bandar. Memang rezeki kami dapat melihat bandar Malmo dan juga The Knotted Gun. Hehe.. Walaupun The Knotted Gun hanyalah sculpture biasa dan tiada kesan sejarah pada Malmo, yang penting kami puas hati dapat melihatnya dan sekaligus dapat merasa suasana dan pemandangan yang indah di bandar Malmo. Alhamdulillah..

Air yang tenang dan jernih sampai boleh nampak dasar sungai
Asal nampak view cantik je kita bergambar
Jam 1.25 petang kami dah sampai di kereta. Lewat 3 minit dari masa di tiket parking. Risau juga kalau ada officer dah sedia standby untuk letak kertas saman kalau parking lebih masa. Huhu.. Kami bersiap sedia untuk teruskan perjalanan ke destinasi yang berikutnya, iaitu singgah solat di masjid yang dikatakan terbesar di Scandinavia dan ianya terletak di pinggir bandar Malmo. Nak lihat juga berapa besar masjid tersebut. Maknanya ramai jugalah Muslim yang tinggal di sini. Kalau tak sia-sia je lah buat masjid besar tapi tak ramai jemaahnya. Moga dapat berjumpa dengan orang Malaysia di masjid tu, in shaa Allah..

Walking route: From The Knotted Gun Sculpture to Malmo Museum Parking
Bye-bye city of Malmo!

@ UMM AL-MU'MININ KHADIJAH MOSQUE

15 minit memandu, akhirnya jam 1.45 petang kami sampai di kawasan parking masjid. Kelihatan ramai jemaah sedang keluar dari masjid setelah selesai mengerjakan solat Asar. Waktu Asar di sini jam 1.23 petang. Dari parking kami lihat begitu besar masjid ini. Tak hairanlah jika ianya adalah masjid yang terbesar di Scandinavia. Masjid Umm Al-Mu'minin Khadijah ini boleh menempatkan seramai 2000 jemaah untuk solat. Kos pembinaan masjid ini adalah 3 juta Euro. Semuanya dibiayai oleh kerajaan Qatar dan dibuka secara rasminya pada 28 April 2017. Upacara pembukaan masjid ini berlangsung secara dalaman. Ada isu di sebalik permohonan pembinaan masjid ni. Pihak Scandinavian Wakf pada awalnya mohon untuk membina Pusat Islam, tetapi sebenarnya masjid yang dibina. Masa perasmian pun tidak disebut perkataan masjid. Mungkin ada isu berkenaan agama membuatkan pihak Scandinavian Wakf membuat permohonan atas nama Pusat Islam. Wallahu 'alam..

Driving route: From Malmo Museum Parking to Umm Al-Mu'minin Khadijah Mosque
Signboard masjid
Ruang lobi dan tempat ambil wudhuk bagi jemaah lelaki
Di tingkat bawah terletaknya bilik wudhuk untuk jemaah lelaki dan ruang solat utama. Ruang solat jemaah perempuan terletak di Tingkat 1. Fasiliti masjid ini lengkap dengan tempat wuduk dan lif untuk jemaah kurang upaya. Semasa di bilik wudhuk, saya disapa oleh seorang jemaah. Tengok pada rupa seperti orang Malaysia. Bila perkenalkan diri rupanya dia orang Indonesia. Dia belajar di Malmo University. Dua hari lepas diorang dah mula bercuti. Housemate dia orang Malaysia tapi malam semalam dah balik ke Kuala Lumpur. Flight dia ke Jakarta malam ni. Seronok berborak sampai tak sempat nak bergambar dengannya. Huhu.. Bestnya dapat pengalaman belajar di luar negara. Selesai ambil wudhuk, saya masuk ke ruang solat utama. Masih ramai lagi jemaah yang duduk di tepi dinding membaca Al-Quran.

Ruang solat utama. Bulu carpet pun masih tebal lagi. Lembut dan selesa..
Selesai solat, saya bersiap menunggu yang lain di lobi. Di lobi ada menyediakan mesin kiosk untuk para jemaah menderma. Boleh swipe kad kredit untuk bagi derma kepada masjid. 10 minit menunggu akhirnya para isteri keluar dari lif bersama seorang wanita berkerusi roda. Masa sampai tadi kami dah jumpa dengannya. Dia teruja bila dapat tau kami dari Malaysia. Dia pernah jejakkan kaki di Malaysia masa muda-muda dulu. Nama Dr. Mahathir keluar dari mulutnya membuktikan bahawa memang dah lama dia datang Malaysia atas urusan kerja. Hihi.. Rupanya dia naik semula ke Tingkat 1 dan tunggu isteri kami selesai solat untuk sambung berborak dengan kami. Friendly sungguh wanita ni. Huhu.. Lama juga kami berborak dengannya. Layankan aje..

Kemudahan lif dan mesin kiosk untuk menderma di lobi masjid
Inilah rupa wanita yang peramah tu..
Ingatkan lepas dah bergambar dan memberi salam, kami boleh gerak meninggalkan masjid. Tanpa disangka, wanita ni jemput kami semua datang ke rumahnya. Biar betul.. Yang lain bertanya pada saya jika kami ada tempat lain untuk dituju pada hari ni. Pergi rumah dia dah tentu makan masa. Dia kata rumahnya tak jauh sangat dari sini. Dalam itinerary cuma ada satu tempat je lagi yang kami nak pergi sebelum check-in homestay. Tempat tu terletak di depan masjid ni je. Huhu.. Jadi setelah berbincang, kami setuju untuk pergi ke rumahnya. Macam tak elok pula menolak jemputan dia. Tapi dalam hati masih tetap risau. Mana lah tau kalau ada perangkap di sebalik jemputan. Bukannya tak percaya, tapi kebarangkalian itu tetap ada walaupun tipis. Moga kami tak termasuk dalam perangkap itu. Wallahu 'alam..

Inilah tempat yang kami nak pergi di seberang masjid


No comments:

Post a Comment