Sunday, 14 July 2019

JJCP Scandiscovery: Day 08 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ SABTU, 15 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ HAGA NYGATA
@ GOTEBORGS MOSKE


Dari Gustav Adolf's Torg kami berjalan ke arah Brunnsparken Station yang terletak di sebelah dataran dan menunggu tram Line 3, 6 atau 11 untuk ke Hagakyrkan Station. Platform di Brunnsparken Station banyak dan boleh mengelirukan kerana setiap platform berada di persimpangan jalan atas jambatan yang besar. Jadi kena tau dulu platform mana yang nak naik. Kat setiap platform ada diberikan info tentang tram line yang akan berhenti. Mula-mula kami tunggu di platform yang lain, dengan harapan inilah satu-satunya platform yang ada di sini. 10 minit menunggu rasa tak sedap hati pulak sebab selalunya tram sampai cepat. Check balik rupanya kami tunggu di platform yang salah bila melihat info yang diberikan. Maka terpaksalah kami lintas jalan besar di atas jambatan untuk ke seberang dan mencari Platform E yang menuju ke Hagakyrkan Station. Nasib baik jumpa. Hihi..

Platform di Brunnsparken Station jauh antara satu sama lain
Kami kena lintas jambatan ni dari Gustav Adolf's Torg yang berada di kanan tu
Info tram line yang ada di setiap platform. Yang ni baru betul..
Jam 11.50 pagi tram Line 6 menuju ke Kortedala tiba dan kami terpaksa bersesak untuk naik. Ramai pulak orang dalam tram ni. Mungkin diorang semua menuju ke tempat yang sama dengan kami. Dah nama pun shopping street yang paling happening di Gothenburg, dah pasti la orang ramai menuju ke sana. Hehe.. Dari Brunnsparken, perjalanan mengambil masa dalam 10 minit untuk sampai di Hagakyrkan Station. Seperti dijangka, lebih separuh orang turun dari tram. Kami pun join sekali berjalan kaki menuju ke destinasi.


@ HAGA NYGATA

Tram route: Line 6 from Brunnsparken to Hagakyrkan
5 minit berjalan kaki dari Hagakyrkan Station, akhirnya kami sampai di lorong yang dituju iaitu Haga Nygata. Memang happening tempat ni. Ramai sungguh orang kat sini. Haga Nygata terletak di kawasan Haga, iaitu kawasan kejiranan yang tertua di Gothenburg. Rumah di kawasan ini masih lagi dikekalkan dengan binaan batu di tingkat bawah dan kayu di tingkat atas. Haga Nygata sepanjang 450 meter dan banyak kedai makan dan gerai jualan di sini. Kalau di Denmark tradisi 'Hygge' iaitu melepak santai minum petang bersama kawan-kawan, di Sweden tradisi ini dinamakan sebagai 'Fika'. Fika bermaksud coffee and cake break. Boleh dikatakan setiap hari orang di sini akan melepak dan minum kopi serta makan kek bersama-sama. Santai sungguh diorang ni. Tapi yang pastinya diorang tak lepak minum sampai tengah malam. Hanya di Asia je boleh jumpa orang ramai ber'Fika' dan ber'Hygge' di kedai mamak sampai tengah malam. Lagi feel katanya. Hehe..

Walking route: From Hagakyrkan Station to Haga Nygata
Welcome to Haga Nygata. Jom explore!
Sebelum mulakan perjalanan, kami set untuk berjalan berasingan. Ikutlah korang nak jalan atau masuk mana-mana kedai kat sini. Yang penting jumpa semula jam 1.30 petang kat penghujung jalan. In shaa Allah kami tak tinggalkan sesiapa pun. Hehe.. Nak join jalan sekali pun boleh. Cukup kot masa sejam setengah berada kat sini. Nampak macam banyak kedai yang menarik untuk diterjah. Hehe.. Kami mulakan langkah menyusuri kedai jualan di sepanjang jalan. Kedai yang menarik perhatian kami masuk, tapi belum menjaminkan lagi ada barang yang dibawa keluar dari kedai. Tengok-tengok cuci mata je. Hehe..

Aktiviti dimulakan dengan bergambar pada signboard Haga Nygata. Hihi..
Awal-awal dah tertarik dengan kedai coklat. Tengok pun nampak sedap.
Orang Sweden kata "Shopping + Fika = Match made in heaven". Jadi tak hairanlah Haga Nygata menjadi tumpuan orang ramai di Gothenburg kerana boleh shopping dan singgah sebentar untuk Fika. Sebenarnya sama je dengan Malaysia. Siapa yang tak suka shopping? Mengeteh dan mengopi pun dah jadi kebiasaan kita. Mengular juga apa kurangnya. Hihi.. Di sini banyak brand yang saya tak pernah dengar, tapi wife saya tau. Dia ni kalau pasal brand memang pakar. Tak boleh dinafikan lagi.

Ni contoh brand yang saya first time dengar tapi dia dah tau lama.
Kami teruskan melangkah ke kedai berikutnya. Belum sampai separuh jalan lagi tapi banyak kedai yang kami dah masuk. Wife saya suka tengok barang seperti kain alas meja atau perhiasan dinding ala Scandinavian tapi harga tak masuk akal. Dah diskaun pun melampau harganya. Bila tanya dia balik, teringin sangat ke nak beli? Kalau tak beli nanti termimpi-mimpi tak? Dia kata takdelah sampai termimpi. Yakin dengan jawapan maka tak perlu beli. Sebab memang susah nak dapat kat Malaysia. Nanti boleh cari kat online. Tapi keseronokan membeli di negara asalnya lebih bermakna dari beli secara online. Takpe, kita usaha cari kedai bundle kat sini. Mana lah tau ada orang jual murah kain tu. Banyak lagi masa kat sini. In shaa Allah berjumpa. Apa-apa pun kita masuk kedai souvenir dulu. Fridge magnet Gothenburg wajib kena ada kat dinding rumah. Hihi..

Banyak pilihan souvenirs kat kedai The Little Things
Antara gerai jualan di sepanjang jalan
Saya tertarik pada satu kedai menjual mainan. Selain dari Lego yang dijual, kedai ni ada menjual housebox miniature. Cantik sangat bentuknya. Ikutkan hati nak beli untuk anak dara saya yang sorang tu. Mesti dia suka. Tapi tak muat luggage. Huhu.. Daripada semua anak saya, Elysha la yang paling sayang barang-barang dia especially Barbie. Betul-betul dia jaga. Yang lain dari kecik tak pernah simpan mainan. Terbiar atas lantai sampai terpijak. Huhu.. Mungkin naluri budak lelaki tak suka jaga barang mainan kot. Dulu saya suka simpan kereta hotwheels. Tapi bila turunkan kat anak-anak, daripada berpuluh tinggal beberapa je. Boleh kira dengan jari. Ada saya terjumpa kereta yang diorang tanam kat luar rumah. Kesian dah jadi arwah kereta tu. Hihi..

Suka betul tengok housebox ni. Comelnya..
Keluar dari kedai mainan, kelihatan orang ramai mula berdiri di tepi jalan. Kedengaran bunyi ekzos motor besar. Rupanya ada konvoi motor besar dengan rider yang memakai costume Santa Claus sedang lalu di depan kami. Teringinnya nak bawa motor besar kat luar negara dalam cuaca sejuk macam ni. Teringat kat motor saya di rumah. Takde siapa yang tolong hidupkan dia. Balik nanti kena bawa dia pergi mandi dan jalan-jalan. Susah kalau dia dah mula merajuk. Huhu.. Lepas 10 minit konvoi motor besar lalu, kali ni kedengaran bunyi lagu seperti marching. Satu kumpulan marching sedang berbaris di sepanjang jalan. Banyak betul persembahan kat sini. Lepas group marching selesai buat persembahan, kami teruskan perjalanan hingga ke hujung. Sekali-sekala masuk ke dalam kedai. Bukan untuk cuci mata, tapi nak elak kesejukan yang melampau di luar. Bagi panas sikit duduk dalam kedai. Hihi.. Di depan ada satu lagi persembahan dari group muzik jalanan. Layankan aje sampai pening. Kata nak happening sangat kan. Hehe..

Pehhh, lady bikers bawak R1 tuu..
Group marching buat persembahan
Giliran musician buat persembahan pulak. Layann..

Happening sampai pening @ Haga Nygata

Hampir di penghujung jalan, kami singgah sekejap di satu gerai yang menjual barang perhiasan. Tujuan sebenar nak pinjam api yang dibakar untuk panaskan tangan. Dah tak tahan sejuk sangat. Sambil pinjam api, kami borak la dengan tuan gerai. Dia bertanya kami dari mana. Bila sebut Malaysia dia tersenyum. Saya dah boleh bayangkan dia akan sebut Langkawi sebab asal cerita pasal Malaysia je mesti keluar nama Langkawi. Hihi.. Tapi kali ni lain. Tuan gerai ni pernah duduk di Malaysia satu masa dulu selama 2 tahun. Dia duduk di Ipoh. Haa, kali ni baru dapat jawapan yang lain dari sebelum ni. Dia kata satu perkara yang dia takkan lupa pasal Malaysia adalah makanan. Macam-macam jenis makanan dia dah makan selama duduk di Ipoh. Mungkin dia pernah Chee Cheong Fun kat Hollywood Ipoh. Hehe.. Nice to meet you sir!..

Seronok berborak dengan orang yang tau pasal Malaysia
Setelah banyak kedai yang kami masuk, akhirnya sampai jua di penghujung jalan Haga Nygata. Dalam gambar nampak macam biasa, tapi realitinya cuaca sejuk yang amat sangat. Sampaikan nak buka glove sekejap pun tak mampu. Inilah yang dikatakan sejuk sampai ke tulang. Huhu.. Demi pengalaman hidup, sejuk macam mana pun redah juga. Jangan sampai demam tak boleh bangun sudah la. Terus rosak program. Ni belum sampai Norway lagi. Entah macam mana lah agaknya suasana kat Oslo nanti. Musim salji paling sejuk bila salji baru nak turun. Bila dah turun lebat sepenuhnya sampai lutut dah tak rasa sejuk sangat. Itu berdasarkan pengalaman sebelum ni. Mungkin berbeza bila di bumi Scandinavia. Wallahu 'alam..

Pose terakhir di Haga Nygata. Cantik pulak view kat lorong ni
Tepat jam 1.30 petang kami bergerak menuju ke stesen tram terdekat iaitu Jarntorget Station. Untuk ke destinasi seterusnya kami kena naik tram Line 6 menuju ke Vagmastareplatsen. Mak aihh, susah betul nak menyebutnya. Kami ke sana untuk melawat dan solat di masjid yang terbesar di Gothenburg. Restoran halal juga banyak terdapat di kawasan berhampiran masjid. Ada beberapa option untuk kami makan hari ni. Lepas solat kita bincang untuk finalise bersama. Biar dapat kata sepakat jenis makanan mana yang kita nak hadap bersama-sama untuk hari ni.

Walking route: From Haga Nygata to Jarntorget Station
Jantorgbrunner (Five Continents) Sculpture Fountain @ Jarntorget Station
Jam 1.45 petang tram Line 6 sampai di Jarntorget Station. Tak ramai orang dalam tram. Ikut perancangan awal saya ingat nak naik bot untuk ke seberang sungai. Ada perkhidmatan bot disediakan dan tak perlu bayar sebab kami ada 1-day ticket. Teringin juga naik bot kat sini. Tapi bila lihat jarak dari jeti ke masjid agak jauh berbanding tram, jadi saya ambil keputusan untuk naik tram sebab lebih mudah. Sekali naik je dari Jartorget Station terus sampai tanpa perlu tukar tram lain. Takde rezeki nak merasa naik pengangkutan air di Gothenburg. Huhu..

Tram route: Line 6 from Jarntorget Station to Vagmastareplatsen Station
Sukanya dia dapat duduk dalam tram. Hehe..
Jam 2.00 petang kami turun di Vagmastareplatsen Station. Kami kena berjalan lagi hingga ke hujung jalan untuk sampai di masjid. Dalam perjalanan kelihatan banyak restoran halal. Memang kebiasaan jika ada masjid, maka akan ada restoran halal di sekitarnya. Kebanyakannya adalah restoran middle east. Ada satu restoran Thai halal di sini. Tapi bila sampai saya lihat nama restoran lain dari yang saya cari di internet. Jadi sukar untuk pastikan status halalnya. Orang kata kalau was-was adalah lebih baik jangan makan. Ada option yang lain selain dari restoran tu. Cuma kali ni kami teringin nak makan menu lain. Taknak asyik makan kebab dan seangkatan dengannya. Kita solat dulu, baru cerita pasal makan. Hehe..


@ GOTEBORGS MOSKE

Walking route: From Vagmastareplatsen Station to Goteborgs Moske
Jam 2.15 petang kami sampai di pintu pagar Goteborgs Moske. Masjid ini dibina oleh kerajaan Arab Saudi. Ia dibuka secara rasmi pada 2011 dan diuruskan oleh Swedish Muslim Foundation. Semasa pembinaan, terdapat banyak bantahan dan demonstrasi dari pihak aktivis Sweden. Biasalah, bila Islam agama minoriti di sesebuah negara, dah tentu pihak majoriti tak puas hati dengan pembinaan masjid di tanah mereka. Mereka dah tentu takut Islam akan tersebar dengan lebih meluas di bumi yang kononnya milik mereka. Bumi ini milik Allah. Kita hanya menumpang je. Satu hari nanti bila dah tamat waktu menumpang, kita akan kembali ke tempat asal kita.

Pemandangan luar Goteborgs Moske. Scandinavian design
Kami bertanya pada seorang jemaah lelaki yang baru keluar dari masjid tentang pintu masuk masjid. Jemaah lelaki masuk di pintu utama dan jemaah perempuan masuk ikut pintu di bahagian belakang. Kami set untuk berjumpa di luar masjid setelah semua selesai solat. Saya masuk ikut pintu utama dan terus ke lobi masjid. Amat cantik struktur di dalam masjid ni. Jelas masjid ini telah dijaga dengan baik sekali. Selain dari ruang solat, dalam masjid ni juga ada pejabat, bilik persidangan, bilik kuliah dan dapur. Selesai ambil wudhuk, saya ke ruang solat utama. Waktu Asar di sini pukul 1.15 petang dan Maghrib pukul 3.25 petang.

Ruang simpan kasut dan lobi masjid
Tempat letak jaket, bilik wudhuk dan ruang solat utama
Selesai solat jamak, saya bersiap untuk keluar dari masjid. Masa pakai kasut saya ditegur oleh seorang jemaah lelaki berkulit hitam. Kami berborak seketika. Lelaki ni tau tentang Malaysia. Dia kata ada orang Malaysia menetap di sini dan selalu solat di masjid ni. Rama bertanyakan tentang cuaca dan pemakaian yang betul untuk hadapi cuaca yang sejuk. Dia kata sekarang ni tak sejuk lagi. Dia siap pakai kemeja biasa je. Huhu.. Katanya masuk pertengahan bulan Januari nanti barulah sejuk yang sebenarnya sampaikan nak jalan-jalan pun tak larat. Dia kata pakaian yang kami pakai sekarang ni dah kira sesuai untuk cuaca macam ni. Tak perlu nak tebal sangat. Sekarang ni pun dah tak tahan sejuk. Huhu.. Maklumlah, kami hidup kat negara panas sepanjang tahun. Tak biasa dengan cuaca sejuk macam ni. Hihi.. Sebelum lelaki tu beredar dia siap tanya jika ada apa-apa bantuan yang diperlukan. Tak mengapa, buat masa ni kami boleh handle lagi. Thank you brother.. Kami pun keluar dari masjid dan tunggu para isteri di pintu pagar.

Menunggu para isteri keluar dari pintu di hujung sana
Deretan kedai di seberang masjid ada banyak restoran halal
10 minit menunggu akhirnya semua dah keluar dari masjid. Hasil perbincangan pantas di pintu pagar masjid, semua bersetuju untuk makan di restoran yang saya cadangkan, iaitu restoran Thai yang terletak tidak jauh dari sini. Kami kena patah balik ke stesen tadi untuk naik tram. Jam 2.55 petang kami mulakan perjalanan menuju ke Vagmastareplatsen Station. Nampak iklan gambar restoran halal pun dah rasa lapar sangat. Sabar ye, kita tahan sikit lagi untuk makan menu lain dari kebiasaan. Hehe.. Moga restoran yang saya tagging masih lagi beroperasi. Wallahu 'alam..

Goteborgs Moske dalam diari kenangan kami. Alhamdulillah..
Kalau tak tahan sangat kita makan je kat restoran ni. Hihi..


No comments:

Post a Comment