Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
HARI/TARIKH:
@ SABTU, 15 DISEMBER 2018
LOKASI KEJADIAN:
@ LAI-THAI RESTAURANG
@ HARD ROCK CAFE GOTHENBURG
@ AIRBNB - MARIE-LOUISE
Kami naik tram Line 6 dan turun di Brunnsparken Station. Kemudian kami tunggu tram Line 7 untuk bawa kami ke destinasi. Saya agak risau dengan restoran yang kami nak pergi ni sebab saya hanya search melalui gambar pada google map di internet je. Tak dapat nak dipastikan restoran ni masih wujud lagi ataupun dah lama tutup. Nak cek tarikh gambar yang google amik pun tak boleh. Manalah tau gambar tu 2-3 tahun lepas punya dan tak update sampai sekarang. Huhu.. Tapi saya dah standby restoran yang lain. Bersebelahan dengan restoran yang kami nak pergi ni ada satu lagi restoran halal dan supermarket halal pun ada di blok belakang restoran.
|
Tram route: Line 10 and 11 from Vagmastareplastsen Station to SKF Station |
Sebelum tram sampai di SKF Station dah boleh tau kewujudan restoran ni sebab ianya terletak di jalan besar. Alhamdulillah, akhirnya saya nampak nama restoran dan ianya masih beroperasi. Nampaknya dapatlah kami makan menu yang lain hari ni. Hihi.. Tram berhenti je di SKF Station, dengan pantas kami turun dan berjalan menuju ke restoran. Nampak sangat teruja bila nampak restoran halal depan mata. Lapar sangat dah ni. Hehe..
Tram route @ Gothenburg
@ LAI-THAI RESTAURANG
Dari luar kelihatan seperti restoran ekslusif dan dah tentu harga makanan pun mahal. Nak kelainan menu punya pasal, maka kami pun masuk ke dalam restoran. Tiada seorang pelanggan pun di dalam lagi membuatkan kami yakin harga makanan di sini mahal. Kami duduk di meja panjang yang boleh memuatkan kami berenam. Seorang pekerja memberikan kami menu. Boleh tahan mahal jugaklah harganya. Dalam RM40-45 untuk setiap main dish tak termasuk air. Restoran Thailand, menu apa lagi yang menjadi perhatian kalau bukan masakan tomyam. Tapi saya agak risau nak makan tomyam, takut sakit perut. Perut saya memang bermasalah sikit kalau makan makanan pedas. Tambah bila berada kat luar negara, lagilah takut nak makan. Huhu..
|
Walking route: From SKF Station to Lai-Thai Restaurang |
|
Pandangan luar Lai-Thai Restaurang |
|
Kita tengok menu dulu. Nampak semuanya sedap ni. Hihi.. |
Kali ni saya dan wife kena pilih menu masing-masing. Tak berkongsi sebab tengok pada gambar macam tak cukup je satu menu makan 2 orang. Hihi.. Dalam menu ada dinyatakan tahap kepedasan setiap makanan yang dihidang. Pedas biasa simbol 1 cili dan paling pedas 3 cili. Saya pilih menu Kaeng Ped Biff yang berharga SEK109.00 dan wife saya pilih menu Kaeng Paneng Kyckling yang berharga SEK99.00. Tak tau apa maksud Kaeng tapi yang pastinya biff bermaksud daging dan kyckling bermaksud ayam. Wife saya teringin nak rasa tomyam. Jadi kami hanya order satu mangkuk Tomyam Koong yang berharga SEK79.00 untuk dikongsi. Untuk air pula kami pilih teh 'o' panas yang berharga SEK10.00 sebab freeflow. Dah habis boleh refill lagi. Hehe.. Tak sampai 10 minit menunggu akhirnya tomyam sampai dulu. Dalam gambar nampak macam besar mangkuknya. Sekali yang sampai mangkuk kecik je. Ni baru betul terasa mahal. Huhu.. Takpelah, janji dapat rasa tomyam kat Gothenburg sikit sorang.
|
Alahai, tomyam mangkuk besar ni je berharga SEK79.00. Huhu.. |
Dah la mangkuk kecik, sedap yang amat pulak tu. Confirm la tak cukup. Nak order lagi satu macam tak berbaloi pulak. Huhu.. Kami tunggu main dish sampai dulu. Kalau portion makanan sikit dan masih lapar, kami ingat nak bungkus makan kat homestay. Serius sedap sangat tomyam koong dia. Boleh mengigau dibuatnya. Kita kasi habis sampai licin tomyam itu. Haha.. Kemudian main dish pun sampai. Kira ok lah portion dia, sama seperti sepinggan di Malaysia. Alhamdulillah makanan dia pun sedap sangat dan membuatkan kami tersenyum kekenyangan. Boleh rekemen restoran ni kepada sesiapa yang datang ke Gothenburg. Saya bagi 4 daripada 5 bintang. 1 bintang hilang sebab harga tomyam yang tak padan dengan saiz mangkuknya. Huhu..
|
Jemput makan semua. Makanan ini amat melazatkan. Hihi.. |
Sejam lebih kami berada di sini. Lepas makan kami layan berborak lagi. Maklumlah air free refill. Hehe.. Jam 4.45 petang setelah membayar makanan, kami keluar dari restoran dan berjalan menuju semula ke SKF Station. Kami tak singgah ke supermarket halal yang terletak di belakang restoran ni sebab stok makanan yang dibeli di Malmo semalam masih banyak lagi. Sebenarnya dah cukup pun stok makanan kami hingga hari terakhir di sini. Jadi tak perlu nak cari supermarket halal dah melainkan terjumpa di pertengahan jalan.
|
Satu lagi restoran halal yang terletak bersebelahan dengan Lai-Thai Restaurang |
Jam 4.50 petang, sampai je di SKF Station tram Line 7 pun sampai dan bawa kami menuju ke destinasi berikutnya iaitu Hard Rock Cafe Gothenburg. Antara tempat yang wajib singgah dan mesti ada dalam itinerary travel saya. Hihi.. Dari SKF Station, perjalanan mengambil masa lebih 15 minit dan berhenti di 8 hentian sebelum sampai di stesen terhampir dengan Hard Rock Cafe Gothenburg iaitu Valand Station. Turun dari tram terus nampak sign Hard Rock di seberang jalan. Tak sabar nak membelek dan menambah koleksi baju Hard Rock saya. Hehe..
|
Tram route: Line 7 from SKF Station to Valand Station |
@ HARD ROCK CAFE GOTHENBURG
|
Walking route: From Valand Station to Hard Rock Cafe Gothenburg |
|
My 28th Hard Rock Cafe visited. Jom explore Rock Shop! |
Kami masuk ke dalam. Rock Shop di sini tak besar dan bercampur dengan ruang restoran. Pilihan design pun tak banyak. Yang ada cuma design classic je. Takpelah, nak cukup syarat collection, terpaksalah cari satu design yang berlainan dari yang dah sedia ada dalam almari di rumah. Huhu.. Pesanan dari kawan-kawan jangan dilupakan. Orang dah bayar, kenalah beli. Nanti kena cop personal shopper yang tak bertanggungjawab. Hihi.. Pesanan dari kawan-kawan terdekat dan friendlist dalam socmed je. Amik pesanan pun sebab yakin luggage kami takkan lebih muatan. Lainlah kalau Primark ada kat sini. Memang sukar nak ambil order sebab penuh dengan barang shopping kami. Hihi..
|
Walaupun Rock Shop tak besar, tetap beli juga untuk lengkapkan koleksi |
Selesai buat pilihan untuk diri sendiri dan pesanan dari kawan-kawan, saya ke kaunter untuk buat bayaran. Seperti biasa, saya akan mintak VAT sebab nilai pembelian yang agak tinggi. Tapi cashier bertugas kata kat sini takde VAT. Eh, pelik juga tu. Tak pernah lagi berlaku di Hard Rock sebelum ni. Biar betul takde VAT. Huhu.. Takpelah, nak explain panjang kang takut jadi macam kes supervisor kat HRC Finland tempoh hari. Jenuh nak bagi faham. Taknak bagi VAT nak buat macamana. Rugilah sebab tak boleh nak claim tax refund bila balik nanti. Huhu.. Yang penting perkara wajib dah selesai. Tak dapat VAT umpama seperti takde bonus dalam pembelian. Terima seadanya..
|
Tak dapat VAT, dapat bergambar dengan cashier pun jadi lah. Hehe.. |
Selesai urusan di Hard Rock Cafe Gothenburg, jam 5.40 petang kami berjalan semula ke Valand Station untuk menaiki train menuju ke Central Station. Tinggal satu lagi tempat yang saya nak singgah sebelum balik ke Angered. Ada satu lagi koleksi yang saya kumpul sebagai koleksi iaitu Starbucks Citymug. Di Gothenburg hanya ada satu je Starbucks yang terletak di dalam Central Station. Sampai je di Central Station, saya minta yang lain tunggu sekejap sementara saya cari Starbucks. Semuanya nak ikut sekali. Bukan apa, taknaklah kerana koleksi peribadi saya semua penat berjalan kaki. Diorang semua masih bersemangat nak jalan, saya ok je. Hihi..
|
Tram route: Line 7 from Valand Station to Central Station |
Layan oldest tram in operation dulu
Kami masuk ke dalam Central Station. Habis seluruh tempat kami jalan tapi tak jumpa di mana lokasi Starbucks. Saya siap tanya pada sorang staf yang sedang bekerja di Pressbyran, dia pun tak tau kat sini ada Starbucks. Huhu.. Saya cek semula dalam google map untuk dapatkan lokasi sebenar. Rupanya Starbucks dah tutup dan digantikan oleh kedai kopi yang famous di sini iaitu Espresso House. Dah la ini satu-satunya Starbucks kat Gothenburg. Nampaknya Starbucks tak boleh berniaga kat sini. Kalah teruk dengan Espresso House. Hihi.. Saya browse untuk mencari kepastian. Di Gothenburg hanya ada citymug biasa. You Are Here collection memang takde untuk Gothenburg. Untung la siapa ada collection citymug Gothenburg. Apa-apa pun tiada penyesalan buat saya. Dah boleh balik ke Angered dengan hati yang tenang. Hehe..
|
Espresso House lebih diminati warga Gothenburg berbanding Starbucks |
Kami menunggu tram sampai di Central Station. Jam 6.10 petang tram Line 9 sampai. Kami naik dan tram bergerak menuju ke stesen terakhir iaitu Angered Centrum. Cukup dah rasanya pengalaman seharian di bumi Gothenburg. Merasa juga saya berada di bandar kedua terbesar Sweden ni. Banyak tempat yang kami tak dapat nak explore di sini. Niat nak merasa naik bot di sini tak berjaya direalisasikan sebab kekangan masa dan jarak perjalanan. Manalah tau satu hari nanti kalau ada rezeki bawa kawan-kawan lain yang berminat nak explore Scandinavia, saya akan pastikan naik bot di Gothenburg menjadi agenda utama dalam itinerary. Trip menuju ke utara untuk lihat Aurora pasti akan dilaksanakan. In shaa Allah..
|
Melayan pemandangan terakhir di bandar Gothenburg |
Jam 6.35 petang kami sampai di Angered Centrum. Berakhirlah sudah perjalanan menaiki public transport di Gothenburg. Sebelum berjalan ke kereta, kami jalan-jalan dulu cuci mata di dalam ICA Maxi, antara supermarket yang famous dan banyak cawangan di Scandinavia. Ada info mengatakan banyak barang halal di supermarket ni. Saya dah ronda di bahagian barang basah, tak jumpa pun produk halal. Mungkin hanya di beberapa ICA yang terpilih kot. Hasil dari rondaan, ada juga barang yang murah di sini seperti coffee maker Dolce Gusto dan alat elektrik yang lain. Cuma nak bawa balik Malaysia yang jadi masalah. Buat berat luggage je. Hehe..
|
Cuci mata dulu sebelum teruskan perjalanan |
Kejap je kami cuci mata. Kang terlalu clear sangat cuci ada pulak barang yang dibeli. Hihi.. Kami berjalan menuju ke kereta. Alhamdulillah, kereta kami dalam keadaan yang baik. Tepat jam 7.00 malam kami mulakan perjalanan mengikut laluan yang ditunjukkan dalam Here Maps. Masih jauh lagi perjalanan. Saya dah maklum pada tuan rumah jangkaan masa tiba di rumahnya. Duduk rumah orang kenalah berbudi bahasa. Maklum jika sampai lewat supaya takde la dia menunggu lama. Kami melalui jalan motorway menuju ke utara. Homestay yang saya pilih ni terletak di kawasan kampung tepi pantai dan berhampiran dengan sempadan Sweden - Norway. Lebih sejam setengah memandu, kami keluar dari motorway dan masuk simpang ke kawasan kampung. Tiada pemandangan kerana terlalu gelap. Tepat jam 9.00 malam kami sampai di kawasan kampung dan mencari lokasi rumah seperti yang dimaklumkan oleh Marie-Louise, tuan rumah kami.
|
Driving route: From Angered Centrum to AirBnb - Marie-Louise |
@ AIRBNB - MARIE-LOUISE
Address: Lokholmsvagen 6, Stromstad, Vastra Gotalands Ian 45291, Sweden
Saya berjaya jumpa lokasi rumah Marie-Louise. Dia dah sedia menunggu di luar pintu rumahnya yang terletak bersebelahan dengan homestay kami. Dia minta saya parking kereta di bahagian dalam pagar kerana jalanraya di depan rumahnya sempat dan tak boleh parking di bahu jalan. Saiz pagar pun cukup-cukup je untuk kereta kami masuk. Huhu.. Selesai parking, kami berjumpa dengan Marie-Louise dan memperkenalkan diri masing-masing. Dah tua Marie-Louise ni. Tapi dari raut mukanya macam serius dan strict orangnya. Nak amik gambar dia pun tak berani. Huhu.. Dia bawa kami ke dalam homestay untuk briefing tentang penggunaan barang di dalam rumah. Nak masuk ke rumahnya kene turun 5 anak tangga kayu. Aduhh, penat la nak angkut beg kejap lagi. Huhu..
|
Weather forecast in Stromstad |
|
Rumah Marie-Louise terletak di Stromstad, hampir dengan sempadan Sweden-Norway |
Marie-Louise menerangkan tentang beberapa perkara yang perlu dipatuhi bila berada dalam homestay. Dari intonasi percakapan nampak jelas keseriusannya. Air panas untuk mandi agak limited kerana tangki heater kecik. Kalau air dalam tangki dah habis kena tunggu 2 jam untuk penuh semula. Kene berebut bangun awal ni. Hehe.. Rumah ni adalah untuk anaknya yang bakal berkahwin dalam masa terdekat. Lepas kahwin nanti dia dah tak buat homestay. Kiranya kami antara customer yang terakhir dapat duduk di rumahnya. Sebab tu berkali-kali dia minta kami jaga baik-baik rumahnya. Nasib baik la sehari je. Kalau 2 hari dah lama saya browse cari rumah lain. Hihi.. Kami maklumkan pada dia, esok awal pagi kami akan keluar dan dia minta kami ketuk pintu rumahnya di sebelah. Balkoni rumah ni menghadap pemandangan laut. Ada satu bukit rendah mengunjur di laut, iaitu penanda sempadan Sweden- Norway. Esok bila dah mula cerah kita boleh amik gambar kat balkoni.
|
Pintu masuk homestay Marie-Louise |
|
Ada 2 bilik. Sofa bed yang tengah tu kat ruang tamu |
Selesai penerangan, Marie-Louise balik ke rumahnya. Kami mula mengangkut beg dari kereta. Lantai parking berbatu kerikil yang besar membuatkan kami terpaksa angkat beg bawa turun tangga dan masuk ke rumah. Leceh sungguh la. Huhu.. Selesai angkat beg masing-masing, kami berehat di ruang tamu sambil minum kopi panas. Tak larat nak makan dah. Esok je la kita breakfast sama-sama. Hihi.. Saya dan wife pilih untuk tidur di ruang tamu. Bilik air macam biasa, ada satu je. Tangki air panas kecik, jadi pandai-pandai la jimat air bila mandi. Tak kuasa nak tunggu 2 jam sampai tangki tu penuh. Nak mandi air sejuk memang tidak la. Hahah.. Masing-masing sudah keletihan. Selesai bersihkan diri, jam 10.30 malam kami tidur. Tak sabar nak jejakkan kaki buat pertama kalinya di bumi Norway esok hari. Moga dipermudahkan semuanya. Wallahu 'alam..
|
Mohon hadamkan kitab ini sampai tertidur. Hihi.. |
|
Day 08 total driving mileage: 335 km |
|
Jumlah penggunaan kaki hari ni |
No comments:
Post a Comment