Sunday, 7 July 2019

JJCP Scandiscovery: Day 07 (Part #3)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ JUMAAT, 14 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ HELWE'S APARTMENT
@ ABDOS MULTIFOOD SUPERMARKET
@ SHELL ANGELHOLM
@ AIRBNB - EVA


Kami sebulat suara ambil keputusan untuk ikut wanita ni ke rumahnya. Nama dia Helwe Iskandar. Kami berjalan bersama-sama keluar dari masjid menuju ke jalan besar. Kami tak perlu bantu tolak wheelchair sebab dia pakai electric wheelchair. Setiap hari dia ulang-alik dari rumah ke masjid, dah tentu hebat dia control wheelchair. Kadang-kadang terasa malu juga bila kita yang sihat walafiat ni pun jarang ke masjid. Paling kerap pun setiap solat Jumaat dan bulan puasa untuk solat terawih. Dia yang pakai wheelchair boleh dikatakan setiap hari ke masjid. Huhu.. Baru beberapa langkah keluar dari pagar masjid, Helwe tukar fikiran. Bukannya dia tak jadi ajak datang rumah dia, tapi dia mintak kami naik kereta dan ikut dia sampai ke kawasan rumahnya. Ishh, macam jauh je rumah dia ni. Kami pun ikut je seperti yang diminta. Kami yang menurut perintah. Hehe..

Di luar pagar masjid. Mana lah agaknya rumah Helwe ni.
Bukan senang kereta nak ikut wheelchair. Paling mencabar bila sampai traffic light. Takkan la nak slow kot. Kami mana tau simpang mana nak masuk. Huhu.. Naluri saya mengatakan pilih jalan yang lurus jika ada banyak simpang. Kalau simpang tiga, saya selalu pilih yang kanan. Kadang-kadang tak betul juga. Hihi.. Kami dah lepas dari simpang dan saya berhenti juga di bahu jalan walaupun kenderaan tak boleh berhenti di kawasan traffic light. Harap takde penguatkuasa sedang meronda. Rama yang duduk di seat belakang tolong tengokkan kat mana Helwe berada. Takut dia masuk simpang lain. Naluri saya tepat bila Helwe juga ikut jalan yang sama. Kemudian dia masuk ke kanan dan kami sampai di satu kawasan perumahan apartment.

Driving route: From Mosque to Helwe's Apartment
Takdelah jauh sangat rumahnya dari masjid. Walaupun hanya 1 km lebih jaraknya, tapi saya dapat pengalaman hidup yang baru bila kena memandu ikut wheelchair. Mana pernah buat sebelum ni. Hihi.. Masalah baru timbul pula. Kat mana saya nak parking kereta ni. Apartment di sini ada satu parking area tapi di hujung kawasan dan jauh dari rumah Helwe. Di depan kedai tempat kami berhenti ni ada satu parking space tapi hanya sejam je dibenarkan dan perlu pamerkan P-skiva iaitu Parking Disc. Helwe bertanya pada tuan kedai jika kami boleh parking di sini untuk sementara waktu. Tuan kedai kata boleh tapi untuk sejam je. In shaa Allah sempat. Boleh kami jadikan alasan untuk keluar cepat dari rumahnya. Hihi.. Saya set jam 3.00 petang pada parking disc. Sebelum jam 4.00 petang kami kena beredar dari sini.

Signboard parking di luar kedai. Free sejam je tau..

@ HELWE'S APARTMENT

Dari parking kami melalui kawasan taman permainan dan masuk ke dalam satu bangunan apartment. Ada banyak blok bangunan kat sini. Lain macam suasana persekitaran. Auranya seperti tidak menerima kehadiran kami. Mana pernah kami pergi kawasan apartment sebelum ni. Nasib baik la kami berenam. Beranilah sikit. Lagipun Abg Fikri ada. Jika terjadi kejadian yang tak diingini boleh la dia baca apa yang patut. Kalau saya berdua je dengan wife dah tentu mintak diri untuk balik terus. Huhu.. Lif di sini sempit, tak muat nak masukkan wheelchair. Jadi kami berenam naik dulu ke Tingkat 6. Cara nak naik lif pun klasik, kene tutup pagar seperti grill dan baru lif boleh bergerak. Dalam lif saya berdoa jangan la ada orang jahat yang dah sedia tunggu kehadiran kami di Tingkat 6. Macam-macam bermain di fikiran. Yelah, ini bukan negara kita. Nak lari pun kena refer pada map. Huhu.. Lif berhenti di Tingkat 6. Tiada orang yang menunggu. Lega.. Kami mencari rumah bernombor 643 seperti yang diberitahu oleh Helwe. Tengok nama pada pintu rumah, memang sah ini rumah Helwe, bukan rumah orang jahat. Hehe..

Dah jumpa pintu rumah Helwe
Beberapa minit kemudian Helwe pun sampai. Dia buka pintu rumah dan menjemput kami masuk. Kami duduk di ruang tamu sementara Helwe ke dapur untuk sediakan minuman. Kami cuba menolak tapi dia tetap nak buat air juga. Kami melihat keadaan dalam rumahnya. Helwe tinggal bersendirian di rumah ni. Kami tak tanya pasal suaminya, kerana takut jika ada peristiwa hitam berlaku pada suami dia atau dia memang tak pernah berkahwin. Tak payah la tanya soalan tu. Haha.. 10 minit kemudian Helwe datang dengan membawa air yang dibuatnya. Bukan setakat air je, semua jenis manisan seperti turkish baclava dan gula-gula dari timur tengah dihidangkannya. Daripada warna air dan baunya, saya dapat agak ianya air yang saya tak suka iaitu air halia. Dia dah tuang, maka terpaksalah minum. Huhu.. Kalau setakat air halia biasa saya boleh tahan lagi, tapi air ni siap ada perisa lain yang kelat. Serius tekak saya tak boleh terima. Helwe pulak asyik tengok kami minum. Nak jaga hati telan juga sampai licin. Lepas tu dia nak tambah, dengan pantas saya menolak. Cukuplah segelas. Hehe..

Rama dengan kusyuk menunggu air dihidangkan. Hehe..
Sambil makan manisan, Helwe mula bercerita tentang hidupnya di sini dan semasa dia travel ke Malaysia atas urusan kerja. Dia orang Palestine tetapi dah lama menetap di Sweden. Dia menceritakan kisah sedih tentang bumi Palestine. Dia hanya beri kebenaran untuk para isteri lihat album gambar dia masa muda remaja sebab ada gambar dia tak bertudung. Rama jenis suka bertanya dan Helwe pulak suka bercerita hingga tak sedar kami dah nak sejam berada di rumahnya. Saya teringat pada kereta kami yang setia menunggu kat depan kedai. Harap tak kena saman. Saya mula bagi signal untuk mohon beredar. Tolonglah Rama jangan banyak tanya lagi. Nanti Helwe cerita panjang lebar. Huhu.. Sebelum kami beredar, Helwe bungkuskan manisan dan gula-gula untuk kami. Bukan itu saja, dia juga bagi kami mafla dan topi Palestine sebagai kenangan. Cantik pulak design topi ni. Boleh la pakai terus sampai balik. Hihi..

Kami gelar Fa anak angkat Helwe sebab rapat betul diorang berdua ni. Hihi..
Setelah mengucapkan salam selamat tinggal pada Helwe dan ucapan terima kasih kerana melayan kami, jam 4.10 petang kami beredar dari rumahnya. Kat luar rumah Rama masih nak bertanya lagi. Dengan cepat saya tolak Rama menuju ke lif. Takut Helwe dah mula bercerita nanti sangkut lama kat luar rumah pulak. Hihi.. Tak sangka betul kami boleh berjumpa dengan seorang wanita yang sungguh baik. Bukan senang baru pertama kali jumpa dah jemput datang ke rumah. Mungkin dia tengok muka kami ni baik-baik belaka. Sebab tu dia berani ajak kami. Hehe.. Dalam perjalanan menuju ke kereta, saya berdoa janganlah ada kertas putih di cermin. Alhamdulillah, kereta kami masih dalam keadaan sama seperti kami tinggalkan tadi tanpa sehelai kertas di cermin. Hihi.. Kami teruskan perjalanan kembali semula ke arah masjid tadi sebab nak singgah di satu supermarket besar yang menjual barangan halal.

Hensem topi Palestine ni. Thanks Helwe Iskandar for inviting us..


@ ABDOS MULTIFOOD SUPERMARKET

Jam 4.20 petang kami sampai di kawasan parking Abdos Multifood Supermarket. Banyak juga kereta di sini. Supermarket ni boleh dikatakan amat besar dalam kategori menjual barangan halal. Terasa seperti berada di NSK. Ramai pelanggan muslim sedang membeli di bahagian ayam dan daging halal. Orang putih pun ramai juga. Mereka teringin nak rasa daging halal kot. Hehe.. Kami mula mencari stok bahan memasak sampai hari terakhir kami di bumi Scandinavia. Malas nak cari kedai halal yang lain memandangkan kami ada lagi 10 hari di sini. Di Norway nanti agak sukar untuk mencari kedai halal kerana kebanyakan masa kami akan berada di kawasan pedalaman. Tiada masalah untuk beli bahan mentah seperti daging dan ayam kerana setiap AirBnb yang kami stay ada peti ais. Tak simpan dalam peti ais pun boleh kot sebab cuaca sejuk. Hihi..

Driving route: From Helwe's Apartment to Abdos Multifood Supermarket
Teruja sungguh bila tengok banyak barangan halal di sini
Untuk stok bahan memasak, saya serahkan pada para isteri yang pakar. Yang penting mesti kena ada nasi, daging dan ayam. Barulah feel bila makan. Hihi.. Kami anggarkan seorang SEK100.00 untuk kos bahan memasak. Kalau ada baki boleh la beli jajan untuk dimakan dalam perjalanan. Jadi dengan nilai SEK600.00 pandai-pandai la para isteri mencari barang yang diperlukan. In shaa Allah cukup. Masak sehari sekali je. Kalau tempat yang dilawati ada restoran halal, kami akan singgah. Memang itu perjanjian kami untuk makan di luar sekali dalam sehari walaupun sebenarnya boleh je masak untuk lebih jimat. Tapi kurang la pengalaman makan di restoran di Scandinavia. Biar balance antara masak dan makan luar, yang penting dapat pengalaman kedua-duanya.

Ayam itu wajib. Nutella itu optional. Nampaknya Rama teringin nak makan mee segera. Hehe..
Sementara menunggu diorang membeli belah, saya dan Rama tunggu di luar sambil browse map untuk mencari lokasi berikutnya iaitu stesen minyak. Diesel dah tinggal suku. Dalam perjalanan menuju ke homestay kejap lagi kena singgah stesen minyak sebab homestay kami terletak di kawasan kampung dan kebarangkalian untuk stesen minyak berada di kawasan tersebut amat tipis. Lebih baik isi sebelum menyesal. Kalau di KL saya suka biarkan minyak sampai keluar indicator lampu merah sebab tau lokasi stesen minyak yang berdekatan. Wife saya selalu marah sebab tak isi awal. Elehh dia sendiri takut nak isi minyak. Masa minyak penuh kemain dia berjalan. Bila dah tinggal sikit pandai pulak dia pujuk suruh isi minyak. Mungkin dia fobia dengan nozzle pump kot. Hehe..

Kat luar supermarket ni pun ada restoran halal. Tapi kami masih kenyang lagi..
Jam 5.30 petang, setelah semua selesai membeli barang keperluan, kami teruskan perjalanan. Salji renyai turun mengiringi perjalanan malam kami. Kami masuk jalan motorway menuju ke utara. Dalam perjalanan saya mencari stesen minyak di kawasan rehat yang mudah untuk kami berhenti isi minyak. Lebih sejam memandu akhirnya saya masuk ke satu hentian yang tak berapa besar dan terdapat satu stesen minyak layan diri. Memandangkan ini pertama kali saya nak isi minyak dan staff pun takde yang membantu, bermakna saya kena guna kad kredit. Saya tukar kepada English kat panel dan masukkan kad kredit. Skrin pada panel kata kami tak boleh nak isi minyak. Eh, pelik juga. Kebetulan sebuah kereta pun sampai dan seorang lelaki keluar untuk isi minyak. Malu bertanya sesat jalan. Sebelum bertanya, saya perhati dulu bagaimana dia buat. Pun sama, tak boleh juga. Saya pun tanya kenapa tak boleh isi minyak. Lelaki tu kata minyak dah habis. Kena cari stesen minyak lain yang terdekat. Boleh habis la pulak. Huhu.. Tapi yang pentingnya bukan kad kredit saya yang bermasalah. Risau juga kalau kad saya tak boleh guna untuk isi minyak kat sini.

Keluar dari supermarket, jalan agak sesak. Minyak ada suku lagi
Boleh pulak minyak habis kat stesen ni. Huhu..
Minyak tinggal setakuk je dari E. Mulalah rasa tak sedap hati. Tapi bagus juga bila ada sedikit kegelisahan dalam diri. Barulah mata tak rasa mengantuk. Hihi.. Kami teruskan perjalanan mencari hentian berikutnya. Hentian di sini lain sikit lokasinya. Kalau di Malaysia hentian sebelah atau R&R betul-betul keluar simpang dan terus sampai. Kat sini dari motorway memang nampak ada hentian R&R dan stesen minyak, tapi kena keluar dari motorway, masuk jalan dalam sikit, ikut roundabout dan barulah sampai ke kawasan R&R. Huhu.. Tapi bila dah dalam keadaan mencemaskan macam ni terpaksa juga keluar sekejap dari motorway. Bukan kena bayar tol pun. Hihi.. Akhirnya lepas 20 minit memandu, kami sampai di Angelholm dan saya keluar simpang menuju ke stesen minyak Shell yang kami nampak dari motorway.

Driving route: From Abdos Supermarket to Shell Angelholm

@ SHELL ANGELHOLM

Jarum minyak dah tunjuk level E. Sedang elok Shell yang kami pergi ni ada 7-Eleven dan masih buka. Tak pasti 7-Eleven kat sini buka 24 jam seperti di Malaysia. Tapi yang penting saya boleh bayar minyak kat kaunter. Lagipun ada soalan yang saya nak tanya pada staff bertugas. Ramai pelanggan yang beratur. Segan pulak nak tanya depan orang ramai ni. Hihi.. Saya tunggu hingga semua selesai berurusan di kaunter. Staff bertugas melayan kami dengan senyuman. Saya cakap kat dia, ini kali pertama saya isi minyak di sini dan tak tau macamana nak guna kad. Staff tu kata stesen minyak kat sini agak panas. Banyak kes pelanggan isi minyak dan tak bayar. Jadi bila cuaca dah gelap memang kena bayar kat kaunter. Untuk isi minyak penuh saya kena tinggalkan kad kredit di kaunter. Lepas isi saya masuk semula ke dalam kedai. Selesai urusan pembayaran kad kredit, sebelum beredar saya tanya tentang P-skiva. Boleh ke guna parking disc Denmark bila berada di Sweden? Staff tu kata boleh guna. Lega, tak payah nak cari dan beli parking disc yang baru. Yang sedia ada sudah memadai. Hehe..

Isi penuh... peluh sejuk dibuatnya. Diesel lagi mahal dari petrol pulak tu. Huhu..
Bila convert, seliter diesel berharga RM7.33. Apakan daya, Sweden bukan negara pengeluar minyak. Kena terima hakikat harga minyak yang tinggi di sini. Part ni memang Malaysia win. Nasib baik la Caravelle ni agak save juga minyaknya. Dari mula ambil kereta kat Car Rental dua hari lepas, baru hari ni kena isi minyak. Bahagi dengan 6 orang, kuranglah sikit bebannya. Hihi.. Ini adalah pengalaman pertama dalam hidup saya isi minyak semahal ni. Pengalaman berharga tu. Hehe.. Tepat jam 7.00 malam kami sambung perjalanan menuju ke tempat yang bernama Simlangsdalen. Dah tak jauh dari sini. In shaa Allah sejam dua lagi boleh sampai sana. Tak sabar nak merehatkan badan. Jam 8.00 malam kami dah sampai di kawasan bandar Halmstad yang terletak di daerah Halland. Kami keluar dari motorway dan selepas 20 minit memandu, akhirnya kami sampai di Simlangsdalen.

Weather forecast in Simlangdalen

@ AIRBNB - EVA

Address: Kyrkvagen 27B, Simlangsdalen, Hallands Ian 31396 Sweden

Sebelum sampai pekan Simlangsdalen, kami masuk ke satu simpang seperti yang diarahkan oleh Here Maps. Saya tag pada map mengikut gambar rumah yang saya lihat dalam google maps. Nampak macam sama je dengan gambar rumah yang Eva tunjukkan dalam website AirBnb walaupun bentuk dan warna rumah di sini banyak yang sama. Bila gelap lagilah susah nak cam rumah mana satu. Huhu..Kami sampai di simpang rumah yang dituju. Jalan masuk dihalang dengan beberapa pokok dalam pasu. Mungkin tuan rumah tak nak kereta diletakkan betul-betul di depan pintu rumah. Dah la berbukit, jenuh juga nak tarik beg kejap lagi. Huhu..

Driving route: From Shell Angelholm to AirBnb - Eva
Masa di supermarket tadi saya dah mesej Eva maklumkan jangkaan waktu kami sampai di rumahnya. Sedang saya perhatikan pemandangan rumah untuk pastikan kesahihan rumah tersebut adalah rumah yang bakal kami duduk malam ni, kelihatan dua orang dari rumah sebelah datang ke arah kami. Memang betul inilah rumah yang saya booking. Kami memperkenalkan diri kepada Eva dan suaminya. Sebelum angkat semua beg, kami ikut Eva masuk ke rumah untuk mendengar penerangan tentang penggunaan fasiliti dalam rumahnya. Sebagai tetamu kenalah patuh pada arahan tuan rumah. Dia buat homestay pun dah cukup baik. Jadi jangan la buat perangai macam kat hotel, dengan harapan ada housekeeping datang bersihkan rumah esok hari. Huhu..

Gambar dari AirBnb (atas) sama dengan realtinya (bawah)
Daripada gambar nampak besar, tapi rupanya rumah ni dibahagi dua. Rumah sebelah juga dijadikan sebagai homestay. Kat tingkat atas ada pintu akses ke rumah sebelah. Eva minta jangan buka lock pintu sebab ada tetamu lain di sebelah. Takut ada je yang menceroboh waktu malam nanti. Huhu.. Walaupun rumah tak besar, ianya sudah cukup untuk kami merehatkan diri malam ni. Janji tak tidur dalam kereta. Harga sewa pun murah. Hihi.. Selesai mendengar penerangan dari Eva, mereka balik ke rumahnya di sebelah. Kami pun mulakan sesi menarik beg naik bukit dari kereta ke rumah. Nasib baik takde salji atas tanah. Senang sikit nak tarik beg. Hehe..

Iklan rumah Eva di website AirBnb. Murah betul rate dia..
Bahagian bawah rumah. Tak faham apa yang ditulis, tapi tau camna nak akses Wifi. Hehe..
Eva dan suaminya tadi seperti terkejut bila melihat kami. Macam not welcoming je. Mungkin pertama kali orang Asia sewa rumah dia kot. Kami pun tak bertanya banyak sebab melihatkan dia yang kurang bercakap. Takpe, nanti boleh tengok apa yang dia cakap dalam review. Hihi.. Rumah ni ada 3 bilik, tapi semuanya di tingkat atas dan terpaksa naik tangga yang sempit. Fa dan Abg Fikri nak tidur kat ruang bawah je sebab tak larat nak angkat beg sampai atas. Kami pun sama. Semua beg kami tinggalkan kat bawah. Naik atas hanya untuk tidur dan salin pakaian. Bilik air seperti yang telah dijangka, hanya ada satu je di bawah. Berebut lagilah nampaknya esok pagi. Siapa cepat dia guna dulu. Yang lain beratur tunggu giliran macam cerita P. Ramlee tu. Hehe..

Pintu hujung tu biar berkunci. Jangan gatal nak buka ye. Hehe..
Bilik-bilik di tingkat atas
Selesai bersihkan diri, perut pulak terasa lapar. Orang kata tak elok tidur dalam kelaparan. Hihi.. Kami keluarkan barang basah yang dibeli tadi. Kami hanya makan roti dan sosej beserta air kopi panas. Cukuplah sebagai pemangkin untuk tidur yang lebih selesa. Hehe.. Lepas makan kami borak-borak sambil berbincang tentang aktiviti hari berikutnya. Lepas ni kami dijangka akan lalu kawasan yang super sejuk sebab makin menuju ke arah utara. Stanby siap-siap longjohn dan jaket tebal ye.

Sosej menjadi pilihan supper kami
Jam 10.30 malam sebelum masuk tidur, kami kemas beg siap-siap supaya senang pagi esok terus masuk dalam kereta. Tak payah nak kelam kabut kemas esok pagi. Weather forecast menunjukkan suhu makin sejuk untuk hari-hari berikutnya. Setakat cuaca sejuk in shaa Allah saya dan wife boleh handle lagi. Fa dan Abg Fikri pun takde masalah sebab pernah juga alami cuaca sejuk sebelum ni. Cuma Rama dan Sue je yang pertama kali nak merasa suasana sejuk beku di Eropah. Harap diorang juga boleh handle sebaiknya. Jangan keluar asap kat kepala Rama lagi sudah la. Huhu.. Kesian diorang kena hadapi benda ni bersama kami. As usual, pengalaman hidup itu penting. Sebelum tempuh keadaan sejuk esok hari, lebih baik tidur dulu. Simpan tenaga sebanyaknya. Moga semuanya berjalan dengan lancar. Wallahu 'alam..

Kemas beg dulu sebelum tidur
Lampu ni wajib ada di setiap rumah masa musim winter
Day 07 total driving mileage: 365 km
Jumlah penggunaan kaki hari ni



No comments:

Post a Comment