Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
HARI/TARIKH:
@ JUMAAT, 14 DISEMBER 2018
LOKASI KEJADIAN:
@ ORESUND BRIDGE
@ DENMARK - SWEDEN BORDERS
Jam 6.00 pagi saya dah bangun dan menunggu giliran untuk menggunakan bilik air. Susah betul bila ada satu je bilik air dalam rumah yang besar dan cantik ni. Huhu.. Bayangkan kalau trip 10 orang. Mau makan sejam beratur tunggu giliran depan pintu bilik air. Dah la cuaca sejuk, kantung pun dah penuh tak tertahan. Bertabahlah.. Hihi.. Subuh hari ni jam 6.21 pagi. Selesai mandi dan solat, kami breakfast bersama-sama. Pagi ni husband Anne hantar lagi roti di luar pintu. Baik sungguh la diorang ni. Rezeki jangan ditolak. Hihi..
|
Weather forecast in Odense |
|
Butter ini amat sedap |
Selesai makan, kami menyiapkan beg untuk dimasukkan ke dalam kereta. Rumah Anne kami bersihkan seperti kami check-in haritu. Orang dah berbudi, kita kenalah berbahasa. Jangan tinggalkan macam hotel pulak. Nanti Anne bagi bad review susah pulak saya nak booking thru Airbnb lagi. Reputasi kena jaga. Hihi.. Katil kami kemas dan tuala yang dah digunakan kami letak di bakul yang disediakan. Dapur dan bilik air juga kami bersihkan sebaik mungkin. Nak tunggu lantai bilik air kering memang sampai tengahari la jawabnya. Janji takde air yang bertakung dah cukup baik. Hehe..
|
Gigih Abg Fikri bersihkan lantai bilik air |
Jam 7.50 pagi, agak dah berpuas hati dengan keadaan dalam rumah Anne, kami keluarkan beg masing-masing. Setelah beg dimasukkan dalam kereta, kami ke rumah Anne di sebelah untuk mengucapkan terima kasih atas kesudian dia menerima kami sebagai tetamu rumahnya dan segala bantuan yang dia dan suaminya berikan kepada kami termasuklah roti untuk breakfast kami. A very great Superhost!. Pasti saya akan rekomen rumah dia pada tourist yang datang ke sini. Harga pun amat berpatutan jika dibandingkan dengan apa yang telah Anne berikan pada kami. Harap dapat berjumpa lagi. Rumah Anne pasti menjadi kenangan manis dalam diari travel kami. Thank you Anne and Bjarne!..
Morning @ Blommenslyst
|
Selesai menyusun beg dalam kereta |
|
Goodbye Anne. Thanks for everything.. |
Sebelum mulakan perjalanan, cuaca dah mula cerah. Rama yang sejak tadi dah mula pasang drone, dia mintak tunggu sekejap sebab nak terbangkan drone untuk melihat keadaan sekitar rumah Anne dari atas. Dia siap tanya Anne sama ada pernah lihat kawasan rumahnya dari atas atau tidak. Anne kata tak pernah. Jadi Rama ambil nombor telefon Anne sebab nak send video drone dia. Anne pun nampak macam suka je. Layankan ajelah. Hihi.. Perjalanan kami delay seketika bagi memberi ruang pada drone untuk menjalankan tugas sebentar. Janji semua happy. Hehe..
Goodbye Blommenslyst!
Jam 8.20 pagi kami mulakan perjalanan meninggalkan Blommenslyst. Saya terus drive masuk ke motorway menuju ke Copenhagen semula. Lagi sekali kami melalui The Great Belt Bridge. Mula-mula saya bercadang nak berhenti di pulau yang terletak di pertengahan jambatan. Tengok dalam google map nampak macam menarik untuk bergambar kenangan. Awal lagi saya dah beri signal untuk masuk simpang. Betul-betul sampai di simpang saya ternampak ada palang yang menghalang jalan. Rupanya orang awam tak boleh masuk. Tak sempat nak brek, dengan pantas saya masuk semula ke jalan utama. Nasib baik takde kereta di belakang kami. Huhu.. Sampai di tollbooth, saya dah tau apa nak buat. Hehe.. Saya masukkan 8-digit pincode pada kertas yang diberi oleh Europcar. Barrier terangkat dan kami teruskan perjalanan.
|
Ingatkan nak berhenti kejap kat pulau ni. Tak boleh rupanya. Huhu.. |
|
Tengok pemandangan pulau dari dalam kereta je lah.. |
The Great Belt Bridge
Hampir 2 jam saya memandu termasuk berhenti seketika di hentian sebelah untuk melenturkan badan. Jam 10.10 pagi kami dah sampai di penghujung jalan Denmark. Beberapa kilometer sebelum sampai di Oresund Bridge, iaitu jambatan popular yang menghubungkan Denmark dan Sweden, banyak signboard peringatan tentang simpang terakhir di Denmark. Kalau terlepas simpang tu maknanya terpaksalah lalu Oresund Bridge hingga ke hujungnya dan kenalah bayar tol walaupun takde niat nak ke Sweden. Huhu.. Jadi kenalah alert pada signboard di tepi jalan. Rama yang sejak awal lagi tidur sepanjang perjalanan mula terjaga sebab tak nak terlepas pemandangan di Oresund Bridge. Peluang Rama tidur tadi digunakan sepenuhnya oleh Sue untuk layan coklat Godiva sorang diri tanpa perlu berkongsi. Hahah.. Macam pernah berlaku kat saya masa di Amsterdam dulu. Wife saya makan coklat senyap-senyap di sudut bilik masa saya tengah tidur. Boleh pulak saya terjaga dan nampak dia feel habis mengunyah coklat. Nasib baik la saya ni bukan peminat tegar coklat walaupun coklat Godiva punyalah sedap. Kat sini coklat Godiva boleh dikatakan murah tapi di Brussels lagi murah. Tak hairan la kalau di KL harganya mahal sebab memang terbaik rasa coklatnya.
|
Rehat kejap sambil lihat ranting pokok. Godiva itu memang lazat. Hehe.. |
|
Terlepas simpang ni maknanya terpaksalah drive sampai Sweden dan bayar tol. Huhu.. |
@ ORESUND BRIDGE
Lepas je daripada simpang terakhir di Denmark bermakna kami akan melalui Oresund Bridge. Oresund Bridge adalah kombinasi antara jalanraya dan juga rel keretapi terpanjang di Eropah yang merentas selat Oresund dan menghubungkan antara Denmark dan Sweden. Panjang keseluruhan jambatan ni termasuk terowong adalah 12 km. Dari Denmark, kenderaan akan masuk terowong yang bernama Drogden Tunnel dulu sepanjang 4 km hingga sampai di pulau buatan yang bernama Peberholm. Kemudian barulah kenderaan melalui jambatan sepanjang 8 km hingga ke tanah Sweden. Sepanjang perjalanan kami hanya dihidangkan dengan pemandangan selat yang terbentang luas. Tiada apa yang menarik melainkan dapat merasai pengalaman memandu di atas jambatan yang famous di Scandinavia. Pada saya jalan empangan Houtribdijk di Netherlands lagi cantik pemandangannya. Bukan setakat cantik je, tol pun takde. Hihi..
|
Driving route: From AirBnb-Anne to Oresund Bridge |
|
Dah bayar tol mahal, kenalah layan juga pemandangan sekeliling. Huhu.. |
Pemanduan di Oresund Bridge
@ DENMARK - SWEDEN BORDERS
Jam 10.25 pagi kami dah sampai di penghujung jambatan dan kelihatan tollbooth yang sedia menanti kehadiran kenderaan yang melaluinya. Bukan itu je, polis sempadan pun ada sekali sebab lepas je dari tol ni kami dah berada di bumi Sweden. Saya keluarkan kertas yang mengandungi kod untuk saya key-in seperti di The Great Belt Bridge. Tapi tol di sini tak perlu nak key-in apa-apa pun, saya lalu je barrier terus terangkat. Mungkin kamera dah scan pada nombor plat kereta kami kot. Masa di kaunter Europcar staff bertugas tu pun cakap jika kena tahan di tol, kami cuma perlu tunjuk kertas kod yang diberi. Jadi tak perlu la segan silu nak lalu melepasi barrier tu. Hehe.. Lepas je dari barrier, 2 orang polis, seorang lelaki dan seorang perempuan dah sedia menunggu di tepi tollbooth. Mereka tahan kami dan minta saya berhentikan kereta di depan balai polis yang berada tak jauh dari situ. Saya dah mula risau. Apa-apa pun kami dah standby dengan passport masing-masing jika disoal oleh polis. Dokumen semua lengkap beserta itinerary, apa nak risau. Dia mintak kita bagi je la. Huhu..
|
Oresund Bridge |
|
Printed ticket dari Europcar untuk tol pergi dan balik di Oresund Bridge |
|
Sampai di tollbooth dan kastam sempadan |
|
Ejaan Polis sama dengan kita. Hihi.. Kena tahan sudaa.. |
|
Parking dekat dengan balai polis, betul-betul lepas tollbooth |
Saya parking kereta berhampiran dengan balai polis. Seminit kemudian polis perempuan yang tahan kami tadi datang ke kereta kami dan minta passport. Dia suruh kami tunggu sebentar sementara dia check passport kami di dalam balai. Kami pun akur je la. Nasib baik polis tu cakap english. Kalau dia bantai cakap Sweden memang kami jawab dalam bahasa Melayu. Biar dua-dua tak faham. Hihi.. Lama juga kami menunggu. Tiba-tiba di luar kelihatan butir-butir berwarna putih turun dari langit. Salji sudah turun di bumi Sweden!.. Polis tadi suruh tunggu dalam kereta. Salji punya pasal kami semua keluar sebab nak merasa suasana salji pertama turun di bumi Sweden. Excited sungguh semuanya walaupun habis basah jaket kami. Sejak dari hari pertama kami di sini tak merasa salji, akhirnya hari ke-7 ia turun juga menyambut kedatangan kami di Sweden. Alhamdulillah.. Salah satu kehebatan yang Maha Esa menurunkan hujan salji di bumiNya. Yang tak pernah merasa salji di negara sendiri dah tentu lagi jakun dibuatnya. Apa ada hal, layankan aje. Hehe..
|
Weather forecast in Malmo. Tepat sekali seperti ramalan.. |
|
Jaket basah pun tak kisah. Janji dapat rasa salji turun dari langit. Hihi.. |
First snow at Sweden. Yeaaa..
Dah puas main salji, sebelum basah kuyup jaket yang dipakai, kami semua masuk semula ke dalam kereta. Polis yang pegang passport kami masih lagi tak keluar dari balai. Lama betul dia semak passport kami. In shaa Allah kami semua takde rekod buruk. Hutang PTPTN dan LHDN dah bayar on-time. Hehe.. Mungkin dia nak check sama ada kami pernah jejak kaki di Sweden sebelum ni. Takut kami nak kerja secara illegal kat sini kot. Huhu.. Jangan risau, kami semua first time sampai sini. Tengok pada cara kami layan salji pun dah boleh tau. Haha..
|
Bila laa polis tu nak keluar dari balai ni. Huhu.. |
Hampir 15 minit menunggu akhirnya polis tadi keluar dari balai. Dia bersama polis lelaki datang ke arah kami. Tolonglah jangan tahan dan soal banyak lagi. Huhu.. Dia beri semula passport kami. Dia tanya kami nak ke mana dan berapa hari akan berada di Sweden. Saya pun jawab la seperti dalam itinerary. Masa saya sebut jangkaan 9 hari perjalanan di Sweden dan Norway, muka polis perempuan tu macam confuse. Mungkin dia tak yakin yang kami sempat untuk jelajah Sweden dan Norway dalam masa 9 hari. Saya senyum je. Dalam hati saya nak jawab memang la tak sempat nak cover semuanya termasuk aurora sekali. Setakat jalan-jalan cari pengalaman dah cukup 9 hari tu. Tak berani nak cakap, takut lagi banyak soal. Kalau betul dia tak percaya, saya dah standby itinerary untuk dia tengok. Nasib baik dia tak tanya apa dah. Dia ucapkan selamat jalan dan hati-hati memandu dalam cuaca sejuk dan jalan licin serta jarak pandangan yang limited. Terima kasih cik polis atas nasihat yang diberi. Orang dah bagi jalan, kita jangan lengahkan. Hehe..
|
Next destination: Malmo |
Alhamdulillah, selesai urusan di sempadan tanpa sebarang masalah. Risau juga kalau kena tahan lama. Terus lari dari itinerary yang dirancang. Huhu.. Perjalanan seterusnya kami akan menuju ke bandar pertama di Sweden iaitu Malmo. Boleh la cari tempat untuk lunch dan solat serta mencari stok bahan makanan halal untuk hari-hari mendatang. Moga Sweden menyambut kedatangan kami dengan aman dan harap tiada perkara buruk berlaku pada kami di sini. Wallahu 'alam..
|
Review dari Bjarne dan Anne. Thanks!.. |
No comments:
Post a Comment