Saturday, 14 December 2024

JJCP Eurora: Day 03 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Kami masuk ke dalam Gare du Nord Train Station dan jumpa eskalator untuk naik ke terminal Eurostar. Train kami bergerak jam 3.13 petang. Ada masa 2 jam setengah lagi. Pada digital board tertulis waktu train yang sedang aktif. Sempat rasanya untuk kami solat dulu. Yang tak boleh solat boleh tolong jagakan beg. Saya search masjid atau prayer space terdekat di sini. Ada satu masjid yang boleh dikatakan dekat jugalah. Cuma takut kalau masjid tu tutup sebab masjid-masjid kecil kat sini selalunya buka sekejap je masa masuk watu solat. Tujuannya untuk menjaga keselamatan masjid. Memang begitu pun kalau di negara yang mana Islam adalah umat minoriti. Takpe, yang penting dah niat untuk solat. Maka kami pun mula berjalan menuju ke masjid yang telah saya tagging dalam map.

Wah.. ada pasar siang open air kat sini

Nasib baik masa terhad. Kalau banyak masa dah lama kami ronda dulu kat pasar siang ni. Hehe.. Kami berjalan menyusuri deretan kedai-kedai kecil. Banyak juga restoran halal kat sini. Mungkin orang Islam ramai kat sini kot, sebab tu ada masjid. Hampir 20 minit juga kami berjalan dan akhirnya sampai di depan masjid. Seperti yang dijangka, pintu masjid tutup. Saya ketuk pintu tapi takde respon. Kami tunggu dalam 5 minit jika ada orang yang nak masuk atau keluar masjid. Malangnya takde sorang pun yang keluar. Sebelum kami patah balik ke train station, saya ketuk lagi sekali. Barulah ada seorang lelaki buka pintu. Alhamdulillah..

Walking route: From Gare du Nord Train Station to Mosquee Myrha


@ MOSQUEE MYRHA

Saya memberi salam dan minta kebenaran untuk solat. Lelaki tu tak berapa faham tapi dia cuba speaking. Agak garang juga mukanya. Apa yang saya faham dia cakap 'faster' sambil tengok kiri dan kanan jalan. Fuhh, macam nak deal barang terlarang je situasinya. Huhu.. Dia bagi kami semua masuk sambil berulang kali cakap 'faster' kemudian cakap french yang memang kami tak faham langsung. Janji dah masuk dalam masjid. Hihi.. Kami buka kasut dan masuk ke dalam ruang solat. Ruang solat untuk wanita di tingkat atas. Kami ke bilik wuduk yang berada di hujung. Selesai berwuduk dan solat jamak, kami terus pakai kasut dan bersiap untuk keluar. Lelaki tadi dari awal sampai akhir dia tunggu di pintu. Dia sebut lagi 'faster'. Iyelah, nak pakai kasut dah ni.. Huhu..

Hanya kami je yang ada dalam masjid ni.

Masa pakai kasut, ada seorang lelaki di luar cuba untuk masuk ke dalam masjid, tapi dihalang oleh lelaki tadi. Memang strict betul akses ke masjid ni. Rezeki kami dapat solat di sini sebelum masjid dibuka semula bila tiba waktu solat berikutnya. Kami menunggu geng wanita di luar. Mesti diorang pun kena ayat 'faster' dari lelaki tu masa pakai kasut. Hahah.. Alhamdulillah dapat juga kami menunaikan solat jamak di sini. Let's jom balik ke train station.. Masa pergi tadi jalan agak berbukit. Bila balik tenang sikit sebab turun bukit. Kami tiba semula di Gare du Nord Train Station jam 2.20 petang.

Pasar siang memanggil lagi.. Tak sempat dah..


@ EUROSTAR (PARIS - LONDON)

Keadaan agak kalut sebab amat ramai orang beratur untuk masuk ke terminal Eurostar. Baru saya teringat bahawa UK kan dah keluar daripada European Union atau lebih dikenali dengan perkataan Brexit iaitu British Exit. Jadi untuk naik Eurostar kena berurusan di kaunter imigresen dulu. Risau juga sebab kami beratur agak jauh di belakang barisan. Akhirnya staff Eurostar panggil penumpang yang akan bertolak jam 3.13 petang untuk masuk dulu dan terus ke kaunter imigresen. Lega sungguh dibuatnya. Rupanya yang ramai beratur ni semuanya naik Eurostar jam 4.00 petang. Bagi kami potong que dengan kebenaran ya. Hihi.. Nasib baik di kaunter imigresen kami beri semua passport dalam satu group. Cepat sikit urusan. Selesai cop passport, kami ke bahagian scan beg dan terus turun ke terminal di mana Eurostar sudah sedia menunggu. Kami masuk ke dalam coach seperti yang tertulis di tiket. Lepas dah letak semua beg di tempat yang disediakan, kami duduk mengikut nombor pada tiket.

Beg dan seat dah secure. Lega..

Seat saya dan wife menghadap arah yang betul. Saya tak boleh duduk seat berlawanan arah, nanti pening kepala. Saya bagi anak-anak duduk sebab diorang bukan kisah pun. Masing-masing leka dengan phone. Diorang bukannya nak menghayati pemandangan macam saya. Saya mencari kedudukan geng-geng yang lain untuk pastikan semuanya ada. Manalah tau ada yang kena tahan kat imigresen tadi. Ada pulak yang tertinggal train nanti. Alhamdulillah, saya dah check dan semua berada dalam train. Tepat jam 3.13 petang Eurostar mulakan perjalanan. Ok Paris, jumpa lagi tahun depan ye. 11 hari je pun. Hahah..

London, Here we come!

Dalam Eurostar takde TV macam dalam flight. Saya pulak memang tak pernah dengar lagu guna phone. Maka saya pun melayan la suasana di luar sambil melihat info dan trivia tentang Eurostar pada skrin di lorong. Banyak juga pengetahuan baru yang saya dapat. Baru saya tau bahawa Eurostar ni sebenarnya laju. Daripada info screen menyatakan bahawa kelajuan yang pernah direkodkan oleh Eurostar adalah 334.7km/h. Fuhhh, laju tu. Perjalanan Eurostar dari Paris ke London akan menyeberangi English Channel melalui terowong bawah laut yang dikenali sebagai Channel Tunnel.

Ada plugpoint kat bawah seat. Terbaik..

Selain dari info tentang Eurostar, ada juga keluar iklan makanan. Dalam train ni ada cafe. Anak-anak dah mula bertanya. Makanan kat cafe ni tak halal. Tapi roti croissant kosong boleh je makan. Ada je taktik diorang ni, janji dapat beli sesuatu. Sabar la ye, tak jauh pun lagi nak sampai London. Harga air tin dan roti kat dalam train ni mahal. Dah bagitau bawa bekal air, tapi masing-masing degil. Leceh la nak bawak botol air katanya. Bukannya kena pegang setiap masa pun. Selit je la tepi beg tu. Huhu..

Sempat juga diorang ke cafe. Air kopi o masih panas lagi dalam flask. Sedap..


@ LONDON ST. PANCRAS STATION

Jam 4.35 petang train mula perlahan dan masuk ke dalam terminal London St. Pancras Station. Alhamdulillah train sampai tepat pada waktunya. Kami mula bersiap untuk turun bersama beg masing-masing. Kepada yang tertidur tu harapnya dah bangun. Lagipun train ni tak bergerak dah. So tak perlu risau terlepas station. Hehe.. Setelah semuanya sudah berada di luar train, kami mula berjalan keluar dari terminal. Cantik sungguh pemandangan dalam terminal. Rasanya masa 2012 dulu tak macam ni. 10 tahun dulu kot, mestilah dah banyak yang berubah.

Platform 9 ada. Mana Platform 9 3/4 ya? Nak jumpa Harry Potter

Bila tiba di sini memang teringat pada movie Harry Potter. Ada kedai souvenir yang terletak di station sebelah. Cuma kali ni ahli rombongan takde yang berminat dengan Harry Potter. Kawan-kawan pun takde yang memesan. Mungkin kerana movie dia tak bersambung lagi, sebab tu dah jadi suam-suam kuku aje. Lagipun barangan dia bukannya murah pun. Setakat sebiji fridge magnet buat kenangan sudah memadai. Baik beli barang Hard Rock, boleh buat koleksi seluruh dunia. Hihi.. Apa pun minat masing-masing ya..

Eurostar route: From Paris Gare du Nord to London St. Pancras Station

Wallahu ' alam..

No comments:

Post a Comment