Lokasi berikutnya sudah tentu monument paling famous di Paris. Walaupun ini kali ketiga saya bakal melihatnya, tapi bagi geng travel yang pertama kali sampai sudah tentu teruja habis. Memang tak lengkap perjalanan di Paris kalau tak sampai ke destinasi berikutnya ni. Kami turun semula ke Charles de Gaulle - Etoile Metro Station dan menunggu Metro 6 sampai di platform.
Walking route: From Arc de Triomphe to Charles de Gaulle Etoile Metro Station |
Perjalanan dalam train cuma mengambil masa 5 minit dan kami turun di stesen yang ketiga iaitu Trocadero. Kami keluar ikut pintu di seberang roundabout yang besar. Saje je bawak pintu jauh sikit sebab nak tunjuk kat diorang deretan restoran di sekeliling roundabout. Ramai sungguh orang yang sedang beratur di luar. Katanya pastry dan kopi di sini sedap. Kalau tak sedap takkan la orang ramai sanggup beratur kat luar dalam keadaan kesejukan dan hujan renyai yang membasahi bumi. Teringin juga nak merasa kopi dan pastry di sini. Tapi tak sanggup nak beratur panjang. Takpelah, kita minum kopi bancuh sendiri kat dalam bilik hotel je nanti. Sedap juga. Hehe..
Metro route: From Charles de Gaulle - Etoile to Trocadero Metro Station |
@ EIFFEL TOWER
Setelah melintas jalan, kami menuju ke dataran di Trocadero. Memang inilah antara spot yang paling popular buat tourist yang ingin melihat Eiffel Tower dan mengambil gambar kenangan dengan lebih jelas. Eiffel Tower ni tinggi. Kalau dekat sangat nanti susah nak cari angle yang sesuai untuk bergambar. Jadi di dataran Trocadero inilah yang paling cantik. Saya mungkin teruja sikit je sebab dah tengok sebelum ni, tapi saya rasa amat seronok bila geng travel semuanya excited. Mana taknya, sebelum ni dapat tengok dalam movie je. Tapi kali ni dapat tengok secara live. Dua sudut pandangan yang berbeza. Tak dinafikan tengok dengan mata kepala sendiri lebih mengujakan.
Walaupun hujan renyai dan kesejukan, namun Eiffel Tower tetap tersergam indah |
Macam-macam gaya kami semua bergambar sampai puas. Siap buat video wish selamat hari raya lagi. Nanti masa raya boleh post, kononnya beraya kat Paris. Hahah.. Mana la tau kan, satu hari nanti saya dapat kerja kat Paris ke atau mana-mana negara Eropah. Jadi kita ambil feel dulu. Berangan itu kan percuma. Hehe.. Mungkin angan-angan akan menjadi kenyataan. Tak siapa tahu apa yang akan berlaku masa depan nanti melainkan yang maha Esa. Untuk trip kali ni, saya cari beberapa info menarik tentang lokasi gambar terbaik di Eiffel Tower. Ada beberapa tempat kat sekitar Eiffel Tower ni yang menjadi instagram spot. Takkan dah tiga kali ke sini hanya bergambar kat dataran Trocadero je kan. Mesti la nak cari kelainan sikit. Sebelum bergerak ke lokasi berikutnya, kami shopping souvenir dulu dengan brader Senegal. Memang murah sangat keychain yang dia jual. Beli jangan tak beli!. Hahah..
Orang beli keychain, budak ni boleh beli aiskrim pulak. Tak sejuk ke tu? |
@ AVENUE DE CAMOENS
Setelah selesai bergambar dan shopping souvenir, kami berjalan ke tempat yang telah saya tagging dalam phone. Tak jauh pun tempatnya. Eirfan habis makan aiskrim, maka kami pun sampai di satu lorong yang bernama Avenue de Camoens. Lorong ni antara satu IG spot yang cantik untuk bergambar berlatarbelakangkan Eiffel Tower. Kebetulan hanya kami je yang ada kat lorong ni. Memang terbaiklah. Boleh bergambar tanpa halangan. Di hujung lorong jalan mati ni kelihatan satu sisi Eiffel Tower yang cantik. Apa lagi, masing-masing tunggu giliran bergambar kat tembok. Amat berbaloi kepada yang gila bergambar untuk datang ke spot ni. Barulah ada kelainan sikit bergambar dengan Eiffel Tower.
Nice spot untuk gambar kenangan |
Dah alang-alang sampai di sini, saya cari lagi satu IG spot. Kali ni kami kena berjalan jauh sikit menuju ke arah Eiffel Tower sebab spot tu terletak di arah bertentangan. Tak jadi masalah untuk berjalan sebab turun bukit. Kalau naik mungkin ada sedikit masalah. Hehe.. Kami rehat sekejap di seberang sungai. Alangkah sedapnya dapat menghirup kopi o panas sambil menghayati pemandangan Eiffel Tower di depan mata. Tegak berdiri 803 meter, Eiffel Tower adalah bangunan tertinggi di Paris. Kuat sungguh material wrought-iron yang digunakan untuk membinanya sejak dari tahun 1889.
Our big family and friends at Paris! |
Kami melalui jambatan Pont d'iena menuju ke Eiffel Tower. Walaupun dah 4 hari krismas berlalu tapi masih ada deretan christmas market di sepanjang jambatan. Kami tak dapat nak lalu di bawah Eiffel Tower sebab ada construction. Tak tercapai hajat nak ambil gambar dari bawah Eiffel Tower. Ramai juga orang kat kawasan ni. Rasanya lif untuk naik ke atas Eiffel Tower pun ditutup buat sementara waktu hingga construction selesai. Mesti ramai yang kecewa. Tapi saya tak kisah pun. Agak mahal juga nak naik lif sampai ke atas. Tengok secara percuma view Eiffel Tower dari celah-celah bangunan dan dataran di kejauhan dah cukup memberikan kenangan yang indah.
Christmas market masih beroperasi |
@ RUE DE I'UNIVERSITE
Kami menyusuri laluan di sebelah Eiffel Tower dan terus sampai di satu lorong yang bernama Rue de I'Universite, iaitu satu lagi IG spot yang menarik untuk bergambar. Cuma kali ni keadaan agak crowded, tak seperti IG spot yang tadi. Mungkin tak ramai orang discover lagi tempat tu. Bila dah viral nanti barulah ramai pengunjung. Takpe, kami dah puas bergambar tadi. Hehe.. Walaupun kat sini ramai orang, kami tetap bergambar kenangan. Rugilah dah sampai tapi takde bukti bergambar.
View Eiffel Tower di celah antara bangunan memang cantik |
Ada banyak lagi IG spot di sekitar Eiffel Tower. Tapi cukuplah dapat sampai di 2 lokasi je untuk trip kali ni. Kalau pergi semua spot nanti bila datang lagi tak tau nak ambil view mana dah. Jadi kita save lokasi IG spot lain untuk next trip, itu pun jika ada lagi la trip ke sini. In shaa Allah, percaya pada diri. Mana tau nanti ada lagi kenalan yang mintak kami bawa jalan-jalan di Paris. Saya takde masalah kalau pergi tempat yang sama banyak kali. Tapi kalau boleh nak pergi ke negara lain yang saya belum jejak lagi. Spain antara negara yang saya amat teringin untuk travel. Sambil ke Spain boleh lajak ke Andorra, Gibraltar dan Portugal. Ngam, 1 trip terus cover 4 negara baru yang dijejaki. Hahah..
Cuaca mendung dan hujan renyai mengiringi perjalanan kami menuju ke lokasi berikutnya. Kali ni kami jalan agak jauh sampai terpaksa berehat seketika. Bila dikirakan jarak, memang jauh kami berjalan kaki bermula dari dataran di Trocadero. Lebih 2 kilometer rasanya. Huhu.. Kalau kat Malaysia jangan harap la nak berjalan kaki sejauh ni. Berpeluh la ketiak dibuatnya. Hahah.. Tak dinafikan cuaca sejuk dan pemandangan baru adalah faktor kenapa kaki boleh melangkah jauh. Ada sorang makcik kenalan saya, bila di Malaysia asyik sakit kaki dan lutut je. Bila ke London dia lah yang paling laju berjalan. Hebat sungguh perubahan drastik pada kaki dan lutut beliau. Maka faktor yang dinyatakan memang ada kebenarannya. Hehe..
Rehat menikmati pemandangan sambil melayan kopi o panas. Best... |
@ PONT ALEXANDRE III
10 minit berehat dan perjalanan diteruskan. 15 minit kemudian kami sampai di satu jambatan yang dikatakan tercantik dan termewah di Paris iaitu Pont Alexandre III. Jambatan ini dibina sekitar tahun 1896 - 1900 sebagai memperingati pakatan bersejarah antara Perancis dan Rusia. Terdapat banyak arca di sepanjang jambatan menjadikannya lebih cantik. Banyak filem dan music video dibuat di atas jambatan ni. Saya tak pernah lagi sampai di sini sebelum ni. Sebab tu saya tagging jambatan ni untuk dilawati. Barulah ada penemuan baru untuk saya di Paris. Memang gah sungguh melihat rekaan jambatan ni.
Alhamdulillah sampai juga di sini |
Jauh berjalan, luas pemandangan, maka perut pun dah mula lapar. Selesai bergambar kenangan di jambatan kayangan, kami berjalan menuju ke Invalides Metro Station. Hujan yang renyai sudah mula berhenti, namun kesejukan masih terasa. Saya kira jarak perjalanan bermula dari Trocadero. Lebih 3 kilometer rupanya kami berjalan. Berpuluh ribu steps direkodkan. Tapi rasanya masih tak dapat kalahkan rekod saya berjalan di Copenhagen pada 2018. Masa tu lagi jauh saya menapak. Cuaca pun lagi sejuk berbanding di sini. Itulah, bila dah kaki travel ni memang selalu buat benda yang tak terjangka sampai tak sedar betapa jauhnya menapak. Nampaknya lagi banyak saya exercise di luar negara. Hahah..
Walking route: From Trocadero to Invalides Metro Station |
Wallahu 'alam..
No comments:
Post a Comment