Jam 5.00 pagi saya dan wife dah bangun, tanpa bunyi alarm. Itu tandanya kami tidur amat nyenyak malam tadi. Rasanya semalam jam 10.00 malam dah tidur dan tak sedar apa-apa. Anak-anak macam biasa, sukarnya nak kejutkan diorang kecuali si kecil. Eirfan memang mudah bangun berbanding kakak dan abang-abang dia. Entah pukul berapa la diorang ni tidur semalam. Nasib baik pagi ni aktiviti free and easy. Cadangan asal nak jalan-jalan tengok kedai kat area berdekatan je. Tapi disebabkan semalam lupa bawa passport, jadi pagi ni saya dan wife nak ke Galeries Lafayette semula untuk buat tax-refund. Kejut anak-anak suruh solat Subuh je. Lepas tu sukahati la kalau nak tidur balik. Eimran tolong jaga adik-adik ye pagi ni. Jangan suka-suka keluar dari bilik pulak. Tunggu sampai ayah & ami balik.
Pagi ni makan nasi Kart's untuk breakfast |
Jam 9.00 pagi baru saya dan wife keluar dari hotel. Nak keluar awal sangat pun tak guna juga sebab Galeries Lafayette buka jam 10.00 pagi. Sahabat yang lain pun jalan-jalan juga pagi ni ikut kehendak masing-masing. Ada yang nak pergi tengok pemandangan atas bukit kat Sacre Coeur. Ikutlah, yang penting tau jalan balik ke hotel sebelum jam 12.00 tengahari. Saya pun tak pernah sampai Sacre Coeur lagi. Nantilah, next trip boleh masukkan dalam itinerary.
Good morning Paris! |
Cuaca agak cantik pagi ni. Tak rasa sejuk sangat sebab takde angin. Kami berdua berjalan masuk ke Hoche Metro Station. Saya hanya beli single ticket yang berharga EUR1.90/person. Keadaan agak lengang di platform. Hari ni last day untuk 2022, hari Sabtu pulak tu. Ramai yang berehat kat rumah agaknya. Malam nanti mesti meriah sebab nak sambut New Year sambil tengok mercun dan bunga api. Tak dapat nak join tengok bunga api di Paris sebab malam ni kami dah berada di negara lain. Hahah..
Walking route: From Hotel Campanile Pantin to Hoche Metro Station |
Beli tiket like a local lah.. Hahah |
Jam 9.20 pagi, setelah 5 minit menunggu akhirnya train Metro 5 sampai di platfom. Kami turun di Paris Est Metro Station dan tukar kepada Metro 7 terus menuju ke Chaussee d-Antin - La Fayette Metro Station. Kami sampai di depan Galeries Lafayette jam 9.50 pagi. Masih belum buka lagi tapi ramai dah menunggu di luar. Shopping awal pagi lagi best sebab orang tak ramai. Tunggu tengahari nanti siap la, confirm padat sampai tak selesa nak window shopping. Dah la covid-19 baru reda. Harap jangan la ia menyerang lagi. Takut kena kuarantin kat Paris, habis semua perancangan. Huhu..
Metro route: From Hoche to Chaussee d'Antin - La Fayette Metro Station |
@ GALERIES LAFAYETTE
Tepat jam 10.00 pagi, pintu Galeries Lafayette pun dibuka. Orang ramai mula menyerbu masuk. Kami berjalan terus ke kaunter tax-refund. Wife kata dah takde barang lain yang nak dicari. Lega mendengarnya. Hihi.. Kaunter tax-refund lengang. Maka lancarlah urusan kami untuk claim tax. Agak tinggi juga percentage refund terhadap barang yang dibeli. Rugi sangat kalau tak claim. Selalunya personal shopper akan claim sebagai komisen untuk mereka. Untung jual dapat, tax-refund pun dapat. Kalau yang pesan tu nak claim tax-refund juga, adalah lebih baik pergi sendiri ya. Hehe..
Claim jangan tak claim.. Susah payah ni.. |
Selesai urusan tax-refund, sebelum keluar saya ajak wife untuk naik ke tingkat 8 iaitu atas bumbung bangunan. Sebenarnya semalam nak naik, tapi punyalah ramai umat sedang beratur menunggu giliran. Awal pagi ni mesti tak ramai dan tak perlu nak beratur pun untuk naik ke atas bumbung. The Terrace at Galeries Lafayette ni antara salah satu spot untuk melihat panorama bandar Paris. Yang penting ianya percuma. Hehe..
Panoramic views of Paris. Kelihatan Eiffel Tower di kejauhan.. Paris, je t'aime! |
Tepat jam 11.00 pagi kami turun ke bawah dan terus masuk ke dalam metro station. Beli lagi sekali single ticket berharga EUR1.90/person dan tunggu hingga train sampai. Tanya khabar anak-anak, diorang semua dah mandi dan bersiap. Beg kami semalam lagi dah siap packing sebab hanya buka satu beg pakaian dan satu beg makanan je. Geng dalam group cadangkan untuk naik teksi terus ke Gare du Nord sebab tak sanggup nak angkut turun tangga kat metro station. Saya tengok lif tadi, memang masih belum beroperasi. Bagus juga cadangan tu.
Jom balik hotel dan check-out.. |
@ HOTEL CAMPANILE PANTIN
Jam 11.40 pagi kami sampai semula di hotel. Sahabat lain yang keluar tadi pun semuanya dah ada di hotel dan bersiap untuk check-out. Wife bertanyakan pada staff di lobi hotel tentang teksi yang akan bawa kami ke Gare du Nord. Untuk kami seramai 15 orang, dapat 2 minivan 9-seater dah cukup. Staff hotel amat membantu dan memberikan kerjasama. Dia akan bantu untuk dapatkan teksi. Fasih juga mamat ni speaking. Selalunya local jarang yang fasih berbahasa Inggeris. Mungkin kerana dia kerja sebagai hotel front-desk di mana memang memerlukan staff yang boleh berbahasa Inggeris sebab mudah untuk melayan tourist.
Wife tengah deal dengan staff hotel untuk dapatkan khidmat teksi |
Selesai berurusan tentang teksi, kami naik ke bilik dan bersiap-siap untuk check-out. Setelah pastikan semua barang dibawa dan tiada yang tertinggal, kami turun ke lobi. Sahabat yang lain dah sedia menanti bersama beg masing-masing. Staff hotel maklum teksi akan tiba dalam masa setengah jam sebab keadaan trafik yang agak sesak. Saya bertanyakan tentang harga tambang teksi. Dia maklum teksi yang proper kat Paris akan gunakan meter. Jarak dari sini ke Gare du Nord hanya dalam 6 kilometer dan mungkin mengambil masa dalam setengah jam untuk sampai bergantung kepada keadaan trafik. Harga tambang dijangkakan sekitar EUR40.00 untuk sebuah teksi minivan, tapi takkan lebih dari EUR50.00. Ok la kot harga tambang memandangkan teksi guna proper meter. Kami menunggu di luar hotel sambil jalan-jalan di kawasan sekitar.
Banyak juga restoran halal berhampiran hotel |
Tepat jam 12.30 tengahari teksi yang dipesan pun tiba. Memang sesak jalan kat depan ni. Nak tunggu teksi buat u-turn pun agak lama. Huhu.. Kami enam sekeluarga naik satu teksi dan 9 yang lain naik teksi lagi satu. Beg kami masukkan ikut mana yang ada ruang. Alhamdulillah cukup semuanya dalam 2 teksi walaupun padat macam tin sardin. Bertahan untuk setengah jam je. Hahah.. Kami ucapkan terima kasih pada staff hotel yang membantu kami dapatkan teksi.
Sama-samalah kita bantu loading barang masuk dalam van ye |
Saya minta wife duduk di depan sebab driver kami seorang wanita berkulit hitam. Wife cuba ajak berborak tapi dia tak berapa faham bahasa Inggeris. Yes + No + Krik krik ajelah sepanjang perjalanan. Hahah. Apa pun dia tau yang kami akan ke Gare du Nord sebab dah dimaklumkan oleh staff hotel. Saya lihat pada meter, agak laju juga nilai bertukar walaupun kereta kami sangkut dalam jem. Terasa lama pulak nak sampai. Harap-harap tak lebih EUR50.00 seperti yang dikatakan oleh staff hotel tadi. Saya minta wife on waze untuk pastikan driver bawa route yang betul ke destinasi. Bukan apa, kat Paris ni banyak juga kes scam. Asyik nak menipu orang je kerjanya. Tapi bila lihat muka dan gaya driver kami, rasanya dia orang yang berintegriti dan patuh pada undang-undang. Hahah..
Memang sesak jalan kat Paris ni |
@ GARE DU NORD TRAIN STATION
35 minit berada dalam teksi, akhirnya jam 12.40 tengahari kami sampai di depan Gare du Nord Train Station. Nilai pada meter menunjukkan EUR42.00. Saya takde duit kecil, jadi saya bagi EUR45.00. Baki EUR3.00 sebagai tips kerana driver memang betul berintegriti orangnya. Hihi.. Kami tarik beg masing-masing masuk ke dalam train station dan mencari terminal untuk Eurostar. Dah tak ingat dulu masa 2012 saya naik Eurostar di sini. 10 tahun yang lalu kot. Takpe, signboard yang ada boleh guide kami. In shaa Allah..
Taxi route: From Hotel Campanile Pantin to Gare du Nord Train Station |
Setelah 10 tahun, saya sampai semula di Gare du Nord Train Station |
Wallahu 'alam..
No comments:
Post a Comment