Kami naik train Metro 13 dari Invalides menuju ke Duroc. Kemudian kami naik pula Metro 10 menuju terus ke Jussieu Metro Station. Kami keluar dan teruskan berjalan kaki menuju ke restoran halal yang berhampiran. Restoran ni tak besar, hanya boleh memuatkan dalam 15 orang je. Itupun ada yang terpaksa makan di bahagian luar bertemankan angin sejuk. Huhu.. Jadi kami terpaksa berpecah, mana yang tak boleh solat boleh makan dulu dan yang lain boleh terus ke masjid berdekatan.
@ GRANDE MOSQUEE DE PARIS
Setiap kali ke Paris, saya akan pastikan singgah di Paris Grand Mosque untuk solat. Cuma kali ni kami lewat sikit. Kalau awal, boleh kami solat Jumaat berjemaah. Katanya di masjid ni bila solat Jumaat penuh dengan jemaah sampai terpaksa solat di atas jalanraya. Masjid ini adalah yang terbesar di Perancis dan ketiga besar di benua Eropah. Masjid ni dibuka pada tahun 1926. Dah 96 tahun beroperasi namun masih utuh berdiri untuk umat Islam di Paris berkumpul dan menunaikan solat berjemaah serta aktiviti-aktiviti keagamaan. Kelihatan pelancong non-muslim juga masuk ke dalam masjid untuk melawat dan melihat seni binaannya yang cantik.
Ada taman mini di bahagian tengah masjid. Tenang jiwa terasa. |
Agak ramai juga jemaah di dalam masjid. Mungkin lepas solat Jumaat tadi mereka stay sambil menunggu masuk waktu Asar. Sedang elok kami sampai memang dah nak masuk waktu Asar. Saya masih ingat lagi di mana lokasi wudhu area. Setiap kali berselisih mesti ada yang memberikan salam. Alhamdulillah setakat ni semua masjid yang saya singgah tiada masalah dengan masyarakat setempat. Selesai ambil wuduk, kami ke ruang solat utama untuk solat Asar berjemaah. Tak dapat solat Jumaat, dapat solat Asar berjemaah sudah cukup bersyukur.
Ruang solat utama full house dengan jemaah |
Selesai solat berjemaah dan jamak, kami bersiap-siap untuk keluar dari masjid. Solat Asar pun full house, maknanya memang benar solat Jumaat sampai ke luar di atas jalan. Saya terus berjalan ke restoran. Geng perempuan tadi saya dah maklum jika dah habis solat terus ke restoran, tak perlu tunggu sebab jemaah terlalu ramai. Teringat saya masa 2015 di mana ramai askar berkawal di luar masjid selepas kes Paris massacre. Memang takut juga masa tu. Kali ni dah takde askar yang berkawal. Moga keadaan di sini aman sepanjang masa.
Walking route: From Paris Grand Mosque to Jardin Burger |
@ JARDIN BURGER
Selalunya bila ada masjid akan ada beberapa kedai dan restoran halal berhampiran. Saya pernah makan di satu restoran halal di tepi masjid, tapi saya tak berapa suka dengan menu makanan Arab. Jadi kali ni saya cuba restoran yang lain pulak. Restoran Jardin Burger ni berada di laluan kami dari Jussieu Metro Station ke masjid. Dah alang-alang lalu, maka saya pun set untuk makan di sini. Cuma restoran halal kat sini memang tak besar. Jadi untuk kami yang ramai ni, maka terpaksalah tunggu giliran untuk makan. Huhu..
Makanan sudah memanggil. Mari habiskan! |
Geng yang makan dulu tadi dapat meja di bahagian luar. Wife dah order siap-siap makanan masa kami ke masjid sebab takut kena beratur panjang lagi sekali. Walaupun burger dah sejuk, tapi tetap dapat menggembirakan perut kami. Kami order 2 set burger dan 2 set tortilla bersama fries dan air tin yang berharga EUR6.90/set dan EUR7.90/set. Jumlah 4 set cukup untuk kami enam sekeluarga. Makan fries aje pun dah kenyang sebenarnya. Boleh tahan besar juga saiz burger dia. Alhamdulillah kenyang kami hari ni. Ada di antara kami yang nak balik ke hotel sebab kepenatan seharian berjalan. Yang masih bertenaga boleh join untuk aktiviti berikutnya. Next, kami berjalan semula ke Jussieu Metro Station. Hujan renyai mula turun. Cuaca memang mendung sepanjang hari ni.
Walking route: From Jardin Burger to Jussieu Metro Station |
@ GALERIES LAFAYETTE
Kami naik Metro 7 terus menuju ke destinasi berikutnya. Jam 4.30 petang kami sampai di Chaussee d'Antin-La Fayette Metro Station. Geng yang nak balik hotel boleh teruskan perjalanan ke Hoche Metro Station. Keluar je dari stesen cuaca dah mula gelap. Di depan mata tersergam pintu masuk Galeries Lafayette, antara shopping complex yang menjadi igauan kaki shopping di Paris. Saya tak berminat sangat tempat ni sebab terlalu crowded. Saya ikut je la belakang wife mencari barang-barang yang dipesan oleh kawan-kawan. Ada yang order handbag, kasut dan perfume. Bab ni saya serahkan 100% pada wife saya sebab beliau memang pakar. Saya cuma tolong bawakan barang je. Hihi.. Tingkat ke tingkat, department ke department, semuanya kami pusing. Janji barang yang dipesan dapat dibeli.
Cuaca gelap, tapi mata wife makin cerah dan bersinar.. |
@ HARD ROCK CAFE PARIS
Lebih 2 jam juga la kami di dalam Galeries Lafayette mencari barang. Kami lupa bawa passport untuk buat tax-refund. Tak boleh guna yang fotostat, kena original. Nampaknya esok pagi kena datang lagi ke sini. Rugi kalau tak claim tax-refund. Huhu.. Jam 7.00 malam kami mula keluar dan teruskan berjalan menuju ke destinasi terakhir untuk hari ni iaitu Hard Rock Cafe Paris. Saya dah ada koleksi baju HRC Paris sebelum ni. Kali ni saya tunaikan pesanan dari kawan-kawan untuk belikan t-shirt dan juga merchandise seperti shotglass dan fridge magnet. T-shirt HRC Paris saya masih elok lagi sebab pakai hanya bila travel je. Banyak dah koleksi t-shirt HRC saya kat rumah. Cuma t-shirt yang beli awal-awal dulu dah ketat sebab badan makin membesar dengan sihat. Hehe..
Ke sini lagi demi pesanan kawan-kawan |
Setelah selesai urusan di HRC Paris, jam 8.00 malam kami mula berjalan menuju ke Grands Boulevards Metro Station. Badan pun dah mula terasa penat. Sedang elok la tu nak balik hotel dah. Banyak juga tempat yang kami explore hari ni. Barulah berbaloi bila dapat guna sepenuhnya masa siang yang pendek untuk jalan-jalan cari pengalaman hidup. Nasib baik la kat sini takde kedai mamak 24 jam. Kalau tak dah tentu sambung melepak lagi. Hahah..
Walking route: From Galeries Lafayette to Grands Boulevards Metro Station |
Jam 8.20 malam train Metro 8 sampai dan bawa kami sampai ke Republique Metro Station. Kemudian kami tukar kepada train Metro 5. Kami tiba di Hoche Metro Station jam 8.45 malam. Sampai di bilik hotel, kami bergilir menggunakan bilik air untuk bersihkan diri. Anak-anak request untuk makan malam sambil tengok tv. Diorang ni tak penat ke? Huhu.. Saya pesan pada anak-anak supaya jangan tidur lewat sangat sebab esok dah nak bergerak ke London. Peluang untuk tidur panjang malam ni jangan dilepaskan. Bila kepala dah rebah ke bantal, tak sampai 5 minit mimpi sudah bermula. Alhamdulillah aktiviti pada hari ni berjalan dengan lancar. Moga dipermudahkan urusan kami pada hari esok.
Wallahu 'alam..
No comments:
Post a Comment