Saturday 12 November 2016

JJCP Thailand: Day 03 (Part #1)

TARIKH:
6 FEBRUARI 2016

LOKASI KEJADIAN:
KONG KA PIER - KRABI ISLAND HOPPING TOUR - CHICKEN ISLAND - RAILAY BEACH


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni bangun agak awal. Wife saya kejut jam 5.45 pagi. Kena bangun awal sebab nak siapkan anak-anak. Kalau trip berdua takpe lagi, boleh bangun lambat sikit. Hehe.. Pagi ni kami semua akan naik bot untuk trip Krabi Island Hopping Tour yang dah sedia booking masa di Malaysia lagi. Janji dengan tour guide berkumpul di lobi hotel jam 8.00 pagi. Ada geng yang dah sedia mencari breakfast di pekan Krabi. Kami cuma makan roti bekal dan air kotak di bilik. Cukup la untuk alas perut pagi-pagi ni. Hihi.. Jam 7.45 pagi kami turun ke lobi hotel menunggu family yang lain.

Good morning Krabi!..
Eiman kata itu tulisan jawi. Hehe..
Sementara menunggu semua family berkumpul di lobi, kami bergambar dulu. Lupa pulak nak kenalkan ahli konvoi kami. Mungkin ada yang baca blog ni rupanya kenal kawan-kawan saya. Mana la tau satu hari nanti boleh join next trip kami. Boleh luaskan friendship networking. Untuk mengeratkan ukhuwah bak kata bos wife saya. Hehe.. Jom kita berkenal-kenalan dengan kawan-kawan saya sementara menunggu transport untuk bawa kami ke jeti sampai.

Families & Friends
Kita layan bergambar dulu
Jam 8.10 pagi transport untuk bawa kami ke jeti pun sampai. Satu bas mini dan satu lagi van. Masa nak naik kena check ahli keluarga masing-masing. Takut excited sangat sampai ada yang tertinggal. Hehe.. Dah cukup semuanya, maka kami pun dibawa ke Kong Ka Pier. Takdelah jauh sangat pun jeti ni dari hotel kami. Tak sampai 10 minit perjalanan. Ingatkan jauh sangat. Dapat amik gambar je. Nak nyanyi ramai-ramai dalam bas pun tak sempat. Hehe..

Travel route: From Hop Inn Hotel Krabi to Kong Ka Pier
Jom pegi Island Hopping!..
@ KONG KA PIER

Sampai di Kong Ka Pier jam 8.35 pagi. Hanya group kami je yang ada kat jeti. Boleh la cepat sikit pergerakan masuk dalam bot. Ada dua bot disediakan untuk group kami sebab tak muat nak guna satu bot je. Huhu.. Takpelah, janji ada bot. Risau jugak kalau kena tipu dengan agen. Ada member yang baru bulan lepas ke Krabi bagitau banyak jugak kes kena tipu dengan agen kat sini. Antaranya diorang mintak bayaran extra masa atas bot untuk ke satu-satu tempat. Katanya kena bayar kat penjaga pulau. Wife saya kata dia dah tanya pada agen melalui emel masa booking haritu. Tengok kat website memang agen dari official Krabi Tourism. Agen tu kata bayaran yang kami buat ni dah cover semuanya. Tak perlu nak bayar apa-apa lagi masa hari kejadian. Harap betul la. Huhu..

Di Kong Ka Pier. Krabi Island Hopping tour bermula di sini
Ingatkan kami naik ni. Silap, kami naik bot, bukan feri. Hehe..
Jay berbincang dengan tour-guide dan pemandu bot kami. Tengok dari rupa mereka, nampak macam bukan dari Krabi Tourism je. Kalau betul takkan dressing macam nelayan je. Huhu.. At least pakai la t-shirt yang seragam ke, baru lah orang yakin sikit. Takkan la Krabi Tourism tak mampu nak bagi t-shirt kot? Huhu.. Tapi buat masa ni yang paling penting bukan t-shirt seragam, tapi keselamatan dalam bot. Ramai budak-budak ni. Tau je la kan, budak-budak mana pernah duduk diam. Kang terkinja-kinja terus terjun dalam laut. Ibubapa tolong pantau anak masing-masing ye. Hehe..

Bot kami kat belakang feri tu.
Masing-masing tunggu giliran nak masuk dalam bot
Kami beratur dan hati-hati masuk ke dalam bot yang bergoyang-goyang. Alhamdulillah, 15 minit beratur akhirnya semuanya selamat berada dalam bot kecuali selipar anak saya jatuh ke dalam laut. Nasib baik selipar tu terapung. Hehe.. Selipar jatuh takpe, jangan orangnya yang jatuh. Saya memang tak pandai berenang. Setakat menjerit mintak tolong tu insyaAllah boleh. Hahah.. Harap dijauhkan la perkara yang tak diingini berlaku kat tengah laut. Sesungguhnya saya amat fobia dengan aktiviti laut walaupun saya suka memancing. Huhu..

Life jacket kena pakai. Itu yang paling utama
Semua dah sedia? Ok let's jom!.
@ KRABI ISLAND HOPPING TOUR

Jam 8.50 pagi kami mulakan trip Krabi Island Hopping. Saya tak refer langsung dalam website ke mana kami akan dibawa. Tak tau pulau mana yang kami akan pergi. Saya takdelah nak fikir banyak tentang tour ni sebab kami book melalui Krabi Tourism. Dah tentu tour-guide tau nak bawa kami ke pulau mana dulu. Ikut je la ke mana-mana pun. Janji dapat naik bot dan merasa angin laut sambil menikmati pemandangan. Lepas 10 minit perjalanan dalam bot, tour-guide bagitau kami kena bayar 400THB/person untuk masuk ke National Park. Hampir RM50.00 sorang tu. Huhu.. Saya tak pasti pakej kami ke National Park atau tidak. Saya dah rasa lain macam dah sebab atas jeti tadi takde pun cakap kena bayar apa-apa. Huhu.. Sampai kat first pitstop nanti boleh bincang dengan Jay yang berada kat bot satu lagi. Kita sambung layan pemandangan dulu. Don't spoil our mood brader tour-guide. Hehe..

Nampaknya takde sorang pun yang rasa pening nak muntah. Baguss. Hehe..
Scene from the other boat. Nicee...
Posing pandangan sisi yang maut. Hahah..
Bawak pancing boleh trolling ni. Barracuda sekor!. Hehe..
Melayani pemandangan pulau di sekitar. Laut agak bergelora. Takut. Huhu..
@ CHICKEN ISLAND

Hampir jam 10.00 pagi kami sampai di pitstop pertama iaitu Chicken Island. Nama pulau ni diberi kerana bentuk batu kapur di pulau ni menyerupai bentuk kepala ayam. Takde aktiviti lain yang boleh dibuat kat sini selain snorkeling dan mandi di persisiran pulau. Dapat tengok bentuk kepala ayam tu pun dah kira ok dah. Hehe.. Kami diberi beberapa set alat snorkeling tapi saya tak berminat nak pakai. Saya takut bila teruja sampai tak sedar dah sampai tengah laut. Jauh betul imaginasi saya ni. Betul-betul punya fobia. Huhu.. Takpe, bagi yang lain pakai. Saya dapat layan air paras pinggang pun dah cukup seronok tak terhingga. Hahah.. Inilah masanya nak guna casing waterproof kamera GoPro cap ayam saya. Harap tak masuk air la. Kalau masuk juga memang tinggal terus kamera ni kat Chicken Island. Hehe.. Nak setting jam waktu Thailand kat kamera tu pun tak pandai. Huhu..

Nampak macam kepala ayam tak?
Semua tak sabar nak turun dari bot. Tolong handle sikit Kodin. Hehe..
Elysha ajak main pasir. Macam tau je ayah dia takut main air. Hahah..
Air kat sini tak berapa jernih. Tapi layan la jugak.
Nampak macam dalam kan? Kami melutut di dalam air. Haha..
Air kat sini takdelah jernih sangat. Mungkin kerana ada musim air kat sini jernih kot. Nak kata pulau ni dekat dengan pantai, lebih sejam jugak perjalanan ke sini. Hanya kami je yang ada kat sini. Memang seronok habis la main air especially budak-budak. Jangan diorang taknak balik sudah la. Banyak tempat lagi nak pergi lepas ni.

Test amik gambar dalam air pulak. Samada air keruh atau kualiti kamera cap ayam. Huhu..
Hampir 40 minit jugak kami layan mandi kat sini. Jay dah bincang dengan tour-guide tentang extra charge untuk ke National Park. Kami semua amik keputusan untuk tidak ke sana. Jadi untuk pitstop seterusnya kami akan ke tempat lain. Nampaknya trip island hopping kami tidak seperti yang tertera pada website Krabi Tourism. Apa boleh buat, nak cakap banyak kang dibawanya ke North Sentinel Island baru tau. Memang jadi makanan orang Sentinelese la, dengan tour-guide sekali pun jadi mangsa. Huhu.. Jadi kami pun ikut je la ke mana tour-guide nak bawa kami lepas ni. Budak-budak dah mula mengeluh sebab tak puas mandi. Terpaksa la pujuk diorang, kata lepas ni kita mandi kat pulau lain pulak. Harapnya betul la boleh mandi. Budak-budak jangan diberi janji palsu. Nanti diorang tuntut sampai dapat. Huhu..

Cukup la tu. Moh kita ke tempat lain pulak..
Gambar terakhir sebelum beredar dari Chicken Island
Seterusnya kami akan dibawa ke Railay Beach. Katanya lebih happening sebab ramai tourists di sana. Dalam pakej kami ada disediakan makanan tengahari yang dibungkus. Sememangnya lepas mandi laut perut mesti lapar punya. Sampai kat Railay Beach nanti baru makan. Perjalanan dari Chicken Island menuju ke Railay Beach melalui pulau-pulau kecil di tengah laut. Bila tengok pulau-pulau ni hati saya bukan fikir pasal snorkeling atau mandi manda, tapi fikir alangkah bestnya kalau dapat memancing kat sini. Hihi.. Dapat pulak camping semalam dua kat pulau. Fuhh bestnya. Tapi bawak family dengan anak-anak memang susah la nak jadi. Bawak diorang memancing kat jambatan tepi rumah kat kampung pun dah merengek kebosanan. Itu baru 10 minit tu. Huhu.. Nanti kena cari jugak set group buat trip memancing. Tak dapat kat laut, kat tasik especially Tasik Kenyir pun cantik dah. Dulu dah pergi sekali tapi masih tak puas. Memang kena repeat ke sana lagi.

Melayan pemandangan indah ciptaan Tuhan. Subhanallah..
Nasi goreng Thai for our lunch
@ RAILAY BEACH

Jam 11.15 pagi kami sampai di Railay Beach. Pantai ni bukanlah pulau tapi untuk ke sini kena naik bot jugak sebab akses yang sukar dari jalan darat. Kalau rasa nak naik turun bukit batu kapur boleh la cuba. Hehe.. Antara aktiviti yang menarik kat Railay Beach ni adalah rock climbing, kayak, snorkeling dan juga jungle trekking. Tapi masa kami sampai je saya dah tau apa aktiviti yang nak dibuat sebab nampak ada gerai atas bot yang berbaris kat sepanjang pantai. Makan dan cuci mata tengok pemandangan je la nampaknya kat sini. Budak-budak apa lagi, sambung mandi la. Nasib baik boleh mandi. Apa yang dijanji telah dikotakan. Hehe.. Tourists pun agak ramai juga yang melayan cuaca panas kat pantai ni. Nak bagi kulit gelap katanya. Takpe, kami dah sedia gelap dari dulu lagi. Hahah..

Tu diaa.. Gerai atas bot. Dah macam floating market je. Hehe..
Jom kita try kalau ada makanan eksotik yang takde jual kat Malaysia.
It's makan-makan and gambar-gambar time! Hehe..
Suka betul budak-budak ni main air walaupun kat tepi gerai ni je. Sekejap main air, lepas tu main pasir pulak. Layankan aje. Janji diorang semua seronok. Jangan terlebih seronok sampai lupa dah sampai kat tengah laut sudah la. Huhu.. Bukan apa, anak saya yang no. 2, Eiman tu selalu buat benda di luar jangkaan. Tambah pulak ada ramai geng sebaya dan sama perangai macam dia. Memang macam tu ke anak no. 2 ni? Ramai orang kata anak no. 2 ni perangai dia lain macam sikit. Hyperactive, kuat merajuk dan macam-macam lagi lah. Tapi walaupun begitu, pelajaran dia amat superb. Sampaikan cikgu sekolah dia pun pelik sebab dalam kelas selalu kacau orang dan buat bising. Tapi bila result keluar sentiasa ranking top 10 dalam darjah. Takpe lah, time kecik ni kita layan la dengan tabah. Bila dia dah besar nanti insyaAllah menjadi anak yang berguna dan jaga mak dan ayahnya.

Ayah pun join sekali layan anak-anak. Barulah bapa mithali gitu. Hehe..
Selain acara makan-makan dan mandi serta main pasir, kami jalan-jalan di sepanjang pantai melihat keindahan dan juga gelagat tourists yang bersantai beramai-ramai. Nasib baik la diorang ni pakai agak proper walaupun pada pandangan kami agak menjolok mata tapi pada diorang adalah perkara biasa. Yang penting masih menutup apa yang perlu ditutup. Kalau tak jenuh nak tutup mata anak-anak. Tapi mata diri sendiri siapa pulak yang nak tolong tutup. Alasan sungguh. Heheh.. Mungkin Railay Beach ni adalah public beach maka diorang pun takdelah nak bukak apa yang tak sepatutnya dibukak. Kalau private beach dah tentu ada. Berbaris sepanjang pantai lagi. Besar, kecik, terang, gelap, semua ada. Hahah..

Geng wanita layan bergambar dalam air. Macam sama je posing tu. Hehe..
Geng lelaki pulak kat atas pasir. Apa sebenarnya yang dicari tu? Hihi..
Tuu diaa.. Afiq posing special ala Faizal Tahir untuk tatapan peminat..
Tengah seronok kami jalan-jalan dan berborak, kami perasan En, Khai duduk sorang diri atas bot. Macam ada sesuatu yang tak diingini berlaku je. Rupanya memang betul, IPhone dia jatuh dalam air. Haduii. Air masin pulak tu. Tapi En. Khai jenis yang cool, takde nak marah-marah pijak dan tendang air laut tu beserta sumpah seranah. Hehe.. Kalau la saya kena macam tu tak tau la nak cakap apa. Lama jugak kumpul duit nak beli IPhone. Kalau dapat free mungkin masih boleh tersenyum lagi. Dalam hati siapa yang tau. Hehe.. Takpe En. Khai, IPhone tu belum arwah sepenuhnya lagi. Masih boleh dibaiki lagi insyaAllah. Wan ada kedai khas untuk repair produk apple kat Putrajaya. Saya pun belum sempat lagi nak pergi hantar repair skrin IPad mini saya kat situ. Huhu..

En. Khai tengah refleksi diri tentang IPhone dia. Huhu..
Lama juga kami di Railay Beach. Jari anak-anak dah mula kecut. Kulit pulak dah kena sunburn. Kulit yang sedia gelap menjadi lebih gelap kemerahan. Huhu.. Cukup la rasanya main air laut tu. Selagi tak suruh berhenti memang boleh bawak sampai ke senja ni. Huhu.. Dulu saya pernah bawak Eimran dan Eiman ikut saya ke mesyuarat selama 2 hari di Tanjung Bidara Beach Resort, Melaka. Masa saya bermesyuarat, diorang duduk kat bilik atau mandi kat kolam. Ingatkan bila dah mandi kolam pagi, petangnya diorang duduk la kat dalam bilik tengok tv. Tapi rupanya dari pagi sampai ke petang diorang berendam dalam kolam. Huhu.. Takde rasa kebosanan langsung. Nasib baik la kolam boleh guna sampai kul 7.00 malam je. Kalau malam pun bukak memang sanggup tidur dalam kolam kot. Huhu.. Sudah-sudah la tu main air ye. Afiq sado yang suka bergambar dalam air pun tak sanggup berendam lama-lama. Boleh kecut otot katanya. Hehe..

Berbincang untuk aktiviti seterusnya
Sepatutnya ada lagi pulau lain yang nak dilawati. Tapi memandangkan anak-anak dah mula keletihan dan mengantuk, kami amik keputusan untuk terus balik ke jeti. Jadi la dapat pergi dua tempat je. Walaupun agak kecewa kerana tak merasa pergi pulau yang lain, tapi ada rezeki nanti insyaAllah akan datang lagi ke sini. Pengalaman kali pertama selalunya begitu. Tambahan pula trip bersama ahli keluarga yang besar. Mana mungkin dapat cover semua tempat menarik dengan masa yang agak limited. Lain kali boleh datang lagi dengan ahli konvoi yang lebih besar. Berbaris 20 buah kereta masuk border. Kena tempah sticker kereta khas dan t-shirt konvoi tu. Hehe.. Tepat jam 1.00 petang kami semua dah berada dalam bot untuk pulang ke jeti.

Semua dah keletihan. Tak sabar nak sampai jeti.
Layan berborak dengan Pae
Tak banyak pergerakan dalam bot sebab semuanya dah mula lesu especially budak-budak. Lepas layan air laut memang akan penat punya. Saya duduk di bahagian depan bot dan ditemani oleh Pae. Kami berborak tentang keseronokan family trip ni dan mula berbincang untuk aktiviti seterusnya. Dapat buat trip pergi Koh Samui pun best juga. Kat situ ada Hard Rock. Hehe.. Tengah syok borak dengan Pae, rupanya ada sorang budak yang masih lagi bertenaga. Anak En. Khai yang bongsu, Syakir memang suka berborak orangnya. Saya pun layan dia berborak. Tapi bukan borak cakap melayu tau. Speaking abis. Macam-macam dia cerita pasal movie kartun yang dia dah tengok, siap lakonkan semula watak dalam cerita tu. Saya yang tak pernah tengok pun mengaku dah tengok. Barulah ada feel berborak. Hehe.. Dia kata semua movie Ice Age dia ada, mak dia belikan. Saya pun saja la kata ada satu lagi movie Ice Age yang dia tak tengok. Tajuk dia Ice Age: Ice Ice Baby. Terkejut dia bila ada movie yang dia tak tengok lagi. Hahah.. Sori ye kak Wan kalau Syakir mintak beli movie yang tak wujud pun. Saja je seronok berborak dengan Syakir ni. English dia pun not bad. Ada slang UK-Australian gitu. Terbaik la Syakir. Hehe..

Seronok betul borak dengan budak Syakir ni. Hihi..
Jam 1.40 petang, sedang bot menghampiri jeti, tetiba bot terhenti. Hampir 10 minit jugak bot berhenti. Rupanya air laut cetek. Maka terpaksa lah cari laluan yang agak dalam sikit untuk sampai ke jeti. Jam 1.50 petang kami bot sampai di jeti dengan selamatnya. Alhamdulillah, selesai sudah trip Island Hopping yang hanya di dua lokasi je. Jadi lah dari takde langsung. Hihi.. Setelah selesai semuanya keluar dari bot, kami mengucapkan terima kasih kepada pemandu bot dan tour-guide kami yang sudi bawa kami berjalan di perairan Krabi. Walaupun tak banyak perkara yang dapat dikongsikan, namun pengalaman hidup yang baru tetap kami perolehi. Ada rezeki kita datang lagi ke sini. Wallahualam..

Thank you to our tour-guide. See ya next time..
Location of Kong Ka Pier, Chicken Island and Railay Beach in Google Map.
*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - SNACKS  : RM28.00
  - JUMLAH : RM28.00

No comments:

Post a Comment