Wednesday 9 November 2016

JJCP Thailand: Day 02 (Part #2)

TARIKH:
5 FEBRUARI 2016

LOKASI KEJADIAN:
HOP INN HOTEL KRABI - KRABI NIGHT MARKET


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dalam perjalanan menuju ke Krabi, kami singgah di beberapa kedai handphone untuk membeli data simcard, namun masih takde kedai yang menjualnya. Pelik jugak, takkan la kedai handphone takde jual kot. Saya cari info dalam blog travel, ramai yang kata beli kat 7-Eleven je. Tapi masa singgah kat 7-Eleven tadi takde jugak. Huhu.. Diorang sorok sebab taknak jual kat orang Malaysia ke? Hadui.. Sementara semua kereta masih lagi ada dalam group takde hal lagi. Takut ada yang tertinggal je. Harap takde yang berpecah sampai ke Krabi hendaknya. Kami amik keputusan untuk teruskan perjalanan sampai ke Krabi. Sampai sana nanti baru cari simcard. Huhu..

Di sini bermulanya cerita kalut. Huhu..
Jam 4.00 petang kami sampai di bandar Trang. Here Maps suruh kami lalu ikut jalan tengah bandar. Punyalah banyak traffic light kat sini. Jalan pulak sempit dan jem teruk. Saya dah dapat rasakan mesti akan ada yang tertinggal kat belakang sebab tak lepas traffic light. Nak tunggu agak susah sebab tengah bandar takde bahu jalan untuk berhenti. Maka kami semua pun berpecah di sini. Nak contact tak boleh pulak tu. Cuma kereta Saiful je yang ada kat belakang kami. Yang lain dah hilang dari pandangan. Huhu.. Jalan yang sempit ditambah pulak dengan budak baru balik dari sekolah. Lagi sesak la dibuatnya. Agak jalan dah clear sikit kami dan family Saiful berhenti kat tepi jalan, mengharapkan yang lain akan lalu jalan yang sama. Lebih setengah jam jugak kami menunggu tapi tetap tak nampak kelibat kereta diorang. Risau jugak kalau diorang salah ikut jalan ke Krabi. Tapi semua dah besar panjang, insyaAllah tak sesat teruk. Hihi.. Perjalanan konvoi 2 buah kereta diteruskan menuju ke Krabi. Saiful ikut rapat di belakang kereta kami. Takut tertinggal kat traffic light katanya. Hehe..

Driving route: From Che-Ubong Restaurant to Hop Inn Krabi
@ HOP INN HOTEL KRABI

Saya memandu agak perlahan dengan harapan kereta yang lain dibelakang akan jumpa kami sebelum sampai ke Krabi. Cuaca dah mula senja. Bila dah gelap nanti langsung tak nampak siapa kat belakang. Huhu.. Berdoa je lah agar diorang sampai Hop Inn Hotel yang betul sebab banyak cawangan hotel ni kat Thailand. Jam 7.15 malam kami sampai di Hop Inn Krabi. Kelihatan kereta Muiez dan Kodin ada di kawasan parking. Rupanya diorang pun baru sampai. Dengar cerita dari Kodin, diorang pun sesat teruk jugak sampai tersilap jalan menuju ke Bangkok. Nasib baik perasan cepat. Kalau tak memang malam ni diorang melepak kat Hard Rock Cafe Bangkok la jawabnya. Hehe.. Selepas 15 minit, akhirnya ahli yang lain pun sampai. Alhamdulillah, semua ahli dah ada di Hop Inn Krabi. macam-macam cerita adventure yang kami dengar dari semua yang sesat tadi. Hahah.. Takpe, sesat juga adalah pengalaman hidup yang berguna. Hihi.. Kami semua check-in dan masuk ke bilik masing-masing. Masa untuk bersihkan diri dan bersiap untuk aktiviti berikutnya.

Jumlah harga 8 bilik untuk 2 malam di Hop Inn Hotel Krabi
Bilik kemas tapi agak sempit untuk family. Jadilah buat tidur. Hehe..
Boleh la update status kat FB jap. Hehe..
Jam 8.00 malam kami turun semula ke bawah. Sebelum naik ke bilik tadi saya dah maklumkan kat semua tentang aktiviti free and easy malam ni. Siapa yang nak join jalan-jalan kat Night Market Krabi boleh la jumpa kat lobi hotel jam 8.00 malam. Yang ikut kami cuma family En. Khai dan abang Sabri. Ahli yang lain akan pergi kejap lagi. Lokasi Night Market Krabi atau lebih dikenali sebagai Krabi Walking Street tak berapa jauh dari hotel. Kami semua jalan kaki je sambil amik udara malam di Krabi. Kami singgah kejap kat 7-Eleven di simpang jalan. Nampak macam ada jual simcard tapi tak pasti yang mana sesuai untuk tourist. Esok je la cari kat tempat lain. Kat hotel pun dah ada wifi. Cukup la setakat nak update status dalam facebook dan instagram. Hehe..

Walking Route: From Hop Inn Hotel Krabi to Krabi Walking Street
@ KRABI NIGHT MARKET

Jam 8.15 malam kami dah sampai di kawasan Krabi Walking Street. Tempat ni adalah yang paling popular kepada tourist yang datang ke Krabi. Mesti kena pergi sini. Tapi tempat ni hanya buka pada malam hari Jumaat, Sabtu dan Ahad je. Rugi kalau datang ke Krabi waktu weekend tapi tak singgah di sini. One of the happening places at Krabi Town. Banyak benda yang dijual kat sini. Bukan setakat gerai souvenir je tapi gerai makan dan open karaoke pun ada. Cuma part makan tu kena la tengok betul-betul samada makanan tu halal atau tak ye. Gerai halal dan non-halal parking sebelah-menyebelah je. Huhu..

Banyak betul gerai jualan kat sini.
Kami semua berpecah ikut haluan family masing-masing. Banyak benda nak tengok kat sini. Perkara utama dah tentu cari t-shirt souvenir. Mesti kena beli t-shirt yang ada tulisan Krabi. Barulah valid tanda dah sampai di sini. Hehe.. Macam-macam harga t-shirt yang dijual mengikut design dan kualiti kain. Kalau beli yang murah faham-faham je lah. Dah tentu nipis dan benang pun senang tertanggal lepas sekali basuh. Huhu.. Teringat t-shirt Bandung dan Jakarta yang kami beli dulu. Mula-mula pakai saiz L. Lepas basuh terus kain mengecut jadi saiz M. Kalau pakai jugak memang sebijik macam pembalut buah nangka. Hahah.. Jadi kalau nak beli yang murah make sure beli saiz besar sikit. Konfirm jadi ngam lepas basuh. Tapi tak tau la pulak berapa kali kain tu tahan dibasuh. Paling teruk pun akhirnya jadi kain buruk buat lap kaki kat depan pintu bilik air. Hehe..

Macam-macam design t-shirt souvenir untuk dipilih
Kita try air buah fresh kat sini.
Masih tetap tersenyum walaupun berpeluh kepanasan. Hehe..
T-shirt kenangan dari Krabi dah selesai. Seterusnya nak cari fridge magnet pulak. Itu jelah benda wajib yang mesti kena beli setiap kali travel ke luar negara. Bagi semak sikit pintu peti ais yang dah memang sedia penuh dengan fridge magnet sebelum ini. Sambil amik air sejuk boleh tersenyum bila tengok fridge magnet kat pintu. Seronok bila mengenang kembali pengalaman mengembara di negara orang. Itulah tujuan letak fridge magnet kat pintu peti ais. Baru rasa bersemangat nak kumpul duit untuk travel lagi. Hihi.. Kami berjalan mencari kedai souvenir sambil melihat barangan yang dijual di sepanjang gerai. Di hujung kelihatan signboard kedai souvenir yang agak besar. Banyak betul souvenir yang dijual. Anak-anak dah mula teruja untuk pilih barang masing-masing. Nak bagi kat kawan-kawan dan cikgu kat sekolah katanya. Bagusnya anak-anakku sebab ingat pada cikgu yang mengajar di sekolah. Pengaruh cikgu sememangnya amat tinggi especially budak sekolah rendah. Kadang-kadang diorang lebih percaya cakap cikgu daripada mak ayah dia. Huhu..

Amik bakul dan pilih la mana yang berkenan
Menunggu yang lain selesai memilih fridge magnet
Selesai urusan mencari souvenir, barulah kami berjalan mencari makanan untuk dinner kami. Tak banyak gerai makanan halal kat sini, tapi jadi lah untuk isi perut kami malam ni. Antara makanan yang kami beli adalah mee sup dan juga ayam goreng untuk anak-anak. Cukuplah sebagai dinner kami. Kami ingat nak beli bungkus untuk makan kat bilik hotel sebab masing-masing dah keletihan walaupun baru jam 9.30 malam. Saya la yang paling penat sebenarnya. Huhu.. Letih memandu belum cover abis lagi. Nak makan pun dah rasa tak larat dah. Kami beli dua mee sup dan 10 ketul ayam goreng sebagai dinner kami. Mee sup diisi dalam mangkuk je. Takde penutup pulak tu. Terpaksalah bawak pelan-pelan dalam beg plastik sampai ke hotel. Huhu..

Walaupun takde selera sebab badan letih, tapi order jugak la sebab nak merasa mee sup versi Thailand
Nampak sedap pulak aiskrim mini dan fried ice cream ni. Hehe..
Sebelum meninggalkan Krabi Night Market, kami berhenti di gerai terakhir sebab saya nampak ada kuih yang saya tak pernah tengok sebelum ni. Mungkin ada jual kat Malaysia tapi tak tau kat mana. Teringin juga nak merasa walaupun takut perut tak boleh terima. Antara perkara yang saya paling risau bila travel adalah perut meragam. Tambah pulak negara yang takde paip air. Leceh betul la. Huhu.. Setakat ni tak pernah lagi perut saya buat hal masa travel. Demam pun tak pernah lagi. Cuma wife saya je lah pernah ada masalah sikit. Women's nature, nak buat camna. Bukan boleh dihalang walaupun ada ubat yang boleh bagi delay. Hehe.. Apa-apa pun alhamdulillah syukur kerana diberikan kesihatan badan dan kekuatan ketika kami travel.

Kuih tradisional Thailand kot? Nak cuba jugaklah. Hehe..
Rasanya cukup dah kot makanan untuk dinner family kami. Jam 10.00 malam kami berjalan balik ke hotel. Masa datang tadi dari hotel jalan turun bukit. Kali ni terpaksa la menapak naik bukit. Pelan-pelan melangkah akhirnya kami sampai di hotel jam 10.15 malam. Saya jamah sikit makanan yang dibeli. Tak larat sangat dah. Tengok katil lagi berselera dari mee sup. Huhu.. Anak saya yang sulung, Eimran boleh selesaikan semua makanan yang lebih tu. Hehe.. Katil cuma ada satu je bersaiz queen. Nampaknya priority terpaksa diberikan pada driver. Anak-anak boleh tidur kat tilam lipat dan toto yang dibawa bersama ye. Hihi.. Habis sudah aktiviti hari ni. Nak kena kumpul tenaga semula untuk aktiviti esok hari yang pasti menjanjikan pengalaman baru dalam hidup kami sekeluarga. Walllahualam..

Day 02 estimated driving mileage = 434 km
*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - HOP INN HOTEL KRABI : RM284.20
  - DINNER                        : RM36.00
  - JUMLAH                       : RM320.20

**DAY 02 EXPENSES: RM350.20

2 comments:

  1. Salam bro, nie nk kongsi la ada satu website yg jual data simkad ntuk oversea online. Yg best nye die jual dlm RM and agak jimat n berbaloi dr pegi beli kt destinasi kita (kalo negara yg currency rate agak tinggi la). Ada 10 country + 1 Region (europe) pny simkad dijual. Kalo Simkad Data for Thailand rm34 n valid 7hari. Nie website die - http://hello1010.my/country.html
    Saja nk share sbb saya br jumpa dlm bulan nie. Tu pn sbb nk bli simkad data Korea. dekat rm40 gak dpt jimat dr beli kt sana. Nie kira another option selain dari rental portable wifi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro syahmi,
      Terima kasih atas perkongsian. Nanti boleh cuba beli yang ni pulak. Terbaik bro!..

      Delete