Wednesday 2 November 2016

JJCP Thailand: Day 02 (Part #1)

TARIKH:
5 FEBRUARI 2016

LOKASI KEJADIAN:
PADANG BESAR BORDERS - CHE-UBONG RESTAURANT


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 6.40 pagi wife saya kejut. Dapat la tidur 2 jam setengah dalam kereta. Walau lama macamana pun tidur dalam kereta, tetap tak sama dengan tidur atas katil kat rumah. Tak payah atas katil, atas tilam toto kat lantai pun lebih nyenyak dari dalam kereta sebab pergerakan dan regangan otot lebih bebas. Huhu.. Nak buat camna, itu je option yang paling baik masa tu. Rasanya ada ahli lain yang tidur kat surau kot. Saya kalau tidur kat surau takut memecah kesunyian malam je. Maklumlah, badan dah super letih. Hehe.. Selesai bersihkan diri dan solat subuh, kami semua ke kedai di situ untuk breakfast bersama-sama. Nampaknya semua ceria pagi ni walaupun dalam hati masing-masing siapa yang tau betapa letih dan mengantuknya mata. Hihi..

Tetap mampu tersenyum. Excited nak drive masuk Thailand punya pasal. Hehe..
Selesai breakfast kami berkumpul dan mulakan perjalanan ke border di Bukit Kayu Hitam. Sebelum tu kami singgah dulu di tepi IKBN Jitra untuk berjumpa dengan agen yang uruskan dokumen kami, En. Maswani. Tak perlu keluar dari highway, hanya berhenti kejap di simpang masuk. Ahli lain boleh teruskan perjalanan dan berkumpul di simpang terakhir sebelum masuk border Bukit Kayu Hitam. Kami sampai di simpang IKBN Jitra jam 8.10 pagi dan kelihatan seorang lelaki berkopiah sedang menunggu di tepi jalan. Rupanya dialah En. Maswani. Alhamdulillah, semua dokumen berkaitan urusan di border telah diberi oleh dia. Walaupun kena bayar upah tapi kami puas hati kerana tak perlu nak pening kepala. Nilai upah RM50.00 yang dibahagi dengan 8 family, apa ada hal. Hehe..

Driving Route: From R&R Gurun to IKBN Jitra
Inilah dia En. Maswani
Takkan la lepas amik dokumen terus gerak kan. Tiada nilai kesantunan namanya. Huhu.. Saya berborak kejap dengan En. Maswani, bertanya tentang cara pemanduan di Thailand. Rupanya dia bukan setakat boleh uruskan hal transit masuk ke Thailand, tapi macam-macam bisnes lagi yang dia buat. Homestay pun ada. Saya tak tau pun sebab wife saya yang berurusan dengan dia sebelum ni. Kalau saya tau dah lama book homestay dia semalam. Dapat satu rumah pun jadilah. Lambak semua anak-anak kat ruang tamu. Hahah.. Tapi bagus jugak tak duduk kat homestay. Sampai R&R Gurun pun dah pukul 4 pagi. Tidur kat homestay dah tentu terlajak punya sebab cadang nak masuk border awal pagi. Kang langsung jadi trip ke bandar Jitra je hari ni. Huhu..

Company En. Maswani. Amat baik dan jujur orangnya, tidak syak lagi. Hehe..
En. Maswani cadangkan lebih baik masuk border ikut Padang Besar sebab dari pengalaman dia, waktu cuti macam ni border kat Bukit Kayu Hitam memang jem teruk. Ramai yang nak masuk Thailand. Border Padang Besar kurang popular berbanding Bukit Kayu Hitam. Jadi saya pun setuju untuk masuk ikut border di Padang Besar. Kami inform ahli konvoi yang lain dalam whatsapp. Takut ada yang dah terlajak simpang ke Padang Besar. Huhu.. Setelah bersalaman dan ucap terima kasih pada En. Maswani kerana membantu dalam urusan masuk ke Thailand, kami teruskan perjalanan hingga ke simpang Padang Besar. Bila guna whatsapp ni dah tentu ada yang tak baca atau lambat terima. Dah agak dah, kereta Pae terlepas dari simpang. Huhu.. Nampaknya terpaksalah kami set berkumpul semula di depan UniMAP sebelum simpang lain ke Padang Besar untuk menunggu semua ahli konvoi. Tak konvoi la namanya kalau tak tunggu ahli. Hehe..

Dengan Wan di simpang depan UniMAP
Sesi mengagihkan dokumen yang diberi oleh En Maswani tadi
Nampak ceria dan excited semuanya. Baguihh..
Ok, semua kenderaan dah ada dalam barisan..
20 minit jugak kami menunggu semua sampai. Selesai bagi dokumen kenderaan kat setiap family, tepat jam 9.00 pagi kami sambung perjalanan menuju ke Padang Besar. Perjalanan melalui jalan dalam agak lancar kerana tak banyak kenderaan lain. Kami sampai di pekan Padang Besar jam 9.30 pagi. Kami singgah sekejap di Pertonas Padang Besar. Harga petrol di Thailand lagi mahal dari Malaysia. Jadi kami semua isi minyak bagi penuh tank kereta masing-masing. Tapi takde lah sampai kena goyang kereta supaya petrol jadi padat dalam tank. Hahah..

Driving Route: From IKBN Jitra to Petronas Padang Besar
Masa dalam perjalanan tadi Kodin call bagitau dia nak ke Balai Polis di bandar Kangar sekejap untuk sahkan surat kenderaan sebab kereta yang dia pakai atas nama abang dia. Saya mintak dia terus ke Padang Besar dan dapatkan pengesahan di Balai Polis Padang Besar. Sebenarnya saya tak berapa pasti tentang pengesahan surat ni. Ada sumber yang kata tak perlu pengesahan, cukup dengan tandatangan tuan punya kereta. Tapi ada juga yang kata kena dapatkan pengesahan dari balai polis. Taknak amik risiko kena tahan kat imigresen, baik pergi je dapatkan pengesahan. Bukan kena soal siasat pun dengan polis. Kena tahan dengan imigresen lagi naya. Confirm buang masa lama nak selesaikan.  Sama juga macam hal saya memandu di UK dulu. Punyalah susah payah pergi JPJ untuk buat translation letter sebab time tu lesen masih lagi guna yang laminate punya. Takut dah sampai UK tak dapat nak sewa kereta. Sampai sana orang company sewa kereta langsung tak tengok pun translation letter tu. Huhu.. Nasib baik cuma bayar RM10.00 je kat JPJ. Kalau buat International Driving Permit lagi la rugi RM150.00.. Memandu di UK tak perlu IDP sebab kat sana still guna roman letter. Kalau kat Korea memang kena ada IDP sebab diorang guna tulisan Korea. Haa, nampak tak satu ilmu dah diberi dalam blog ni? Hehe..

Makin hampir untuk pengalaman pertama dalam hidup memandu di Thailand.. Yeay!..
@ PADANG BESAR BORDERS

Selesai urusan Kodin di Balai Polis Padang Besar, jam 10.20 pagi kami teruskan perjalanan dan masuk lorong di Kompleks Imigresen Padang Besar. Dalam itinerary paling lewat di border jam 9.00 pagi. Walaupun first time konvoi beramai-ramai ke luar negara guna kenderaan sendiri, saya dah memang boleh agak timing akan lari dari itinerary. Itu cuma anggaran je. Lagipun takde apa pun yang nak dikejar di Thailand tu. Bukan ada mesyuarat atau seminar yang nak kena attend. Hahah.. Family trip, biar releks sikit. Tapi janganlah terlebih releks pulak. Tak guna juga bila sampai destinasi dah tengah malam. Santai sikit-sikit udah le. Hehe..

Driving Route: From Petronas Padang Besar to Kompleks Imigresen Padang Besar
Alhamdulillah, tak banyak kereta yang masuk ikut border Padang Besar.
Urusan imigresen Malaysia. Sekejap je..
Di pintu Malaysia, hanya duduk dalam kereta dan tunjukkan pasport kepada pegawai imigresen. Tak perlu nak keluar dari kereta. Amat mudah. Hihi.. Urusan di kaunter cuma mengambil masa tak sampai 5 minit. Saya bukak semua cermin kereta untuk memudahkan pegawai tu check muka empunya passport. Selesai di imigresen Malaysia, kami teruskan perjalanan merentasi sempadan untuk ke imigresen Thailand pulak. Kali ni kami semua terpaksa mencari parking dan keluar dari kereta untuk berurusan di kaunter. Kelihatan tak berapa ramai sangat orang yang beratur. Parking limited pulak tu. Saya siap parking kat belah luar kompleks lagi. Kiranya nak jalan terus pun boleh. Hehe.. Jangan jadi rakyat Malaysia yang tak bertanggungjawab ye. Hehe..

Kita masuk kawasan imigresen Thailand pulak lepas ni
Sambil beratur tunggu giliran, masing-masing isi borang TM6 (Arrival/Departure Card) yang diambil di kaunter. Borang ni juga En. Maswani boleh sediakan dengan upah RM1.00/card. Tapi takde stok katanya. Jadi kenalah amik dan isi masa beratur kat kaunter. Jenuh juga nak isi untuk satu family. Huhu.. Sampai giliran, kami berikan passport serta duit RM1.00 yang diselitkan kat setiap passport. Kat sempadan dah kena pau. Huhu.. Sebenarnya takde pun syarat letak duit tu. Bila saya baca dalam blog orang yang pernah melalui sempadan Thailand, ianya dah seperti kewajipan pulak untuk selit duit kat setiap passport. Kalau tak letak mungkin pegawai yang bertugas tarik muka masam kot. Huhu.. Walaupun RM1.00 je, tapi bayangkan la kalau sehari 10 ribu orang yang masuk ke Thailand. Kalau sebulan? Setahun? Huuu, pakcik kayo jadinya. Hahah.. Ikutkan ajelah selit duit tu. Taknak jadi hal lain pulak kalau tak letak.

Tak ramai sangat orang kat sini
Layan bergambar dulu sambil tunggu giliran
Lepas bagi passport dan dokumen berkaitan, kami kena pandang kamera yang ada di cermin kaunter untuk pengesahan muka pada passport. Senyum je pegawai tu bila ada duit kat setiap passport yang dibuka. Suka la tu. Hehe.. Yang penting kami selesai urusan di kaunter tanpa sebarang soalan yang perlu dijawab. Kami berkumpul di satu tempat dan menunggu ahli konvoi yang lain. Time ni hujan turun dengan lebatnya. Selesai je semua urusan semua ahli di kaunter, hujan pun berhenti dan terus cuaca jadi panas terik. Huhu..

Papan peringatan untuk simpan baik-baik borang ketika urusan balik nanti
Menunggu ahli lain yang masih belum selesai di kaunter
Hampir sejam jugak kami kat imigresen Thailand ni. Jam 11.45 pagi setelah semuanya selesai, kami teruskan perjalanan mencari pengalaman hidup yang baru di bumi Thailand. Waktu di Thailand lewat sejam dari Malaysia. Maknanya kami bergerak dari border jam 10.45 pagi ikut waktu Thailand. Rupanya nama pekan kat sempadan ni Padang Besar juga. Kami memandu ikut arah yang ditunjukkan oleh Here Maps dan melalui kawasan kampung untuk ke jalan besar menuju ke Hatyai. Perkara pertama yang kami nak cari adalah simcard Thailand. Dapat kad untuk data internet pun dah cukup baik. Bukannya nak call sesiapa pun masa kat Thailand ni. Kalau trip berdua memang perlu untuk call anak-anak. Tapi kali ni dah semua sekali ikut, jadi memadai kad untuk data internet je.

Berhenti kejap kat 7-Eleven mencari simcard
45 minit kami memandu ikut jalan kampung sampailah berjumpa jalan besar menuju ke Hatyai. Nampak je 7-Eleven kat tepi jalan terus berhenti untuk beli simcard. Saya tunggu kat kereta sebab anak bongsu saya, Elysha tengah sedap tidur. 15 minit menunggu diorang pegi beli simcard. Yang dibawa balik bukannya simcard, tapi makanan. Simcard takde dijual kat 7-Eleven tu katanya. Huhu.. Takpe, perjalanan masih jauh. InsyaAllah jumpa kedai handphone kat tepi jalan nanti. Kami sampai di pinggir bandar Hatyai jam 12.00 tengahari. Saya nampak beberapa kedai handphone di tepi jalan tapi susah pulak nak cari parking untuk semua kereta kami. Nanti berpecah pulak group konvoi kami. Nak contact guna whatsapp masih tak boleh selagi tak beli simcard. Huhu.. Sambil mencari kedai handphone, kami tengok juga kalau ternampak restoran halal untuk kami berhenti makan. Hujan pun turun lagi sekali. Nampaknya terpaksalah batalkan hasrat untuk lunch di pinggir bandar Hatyai. Kami teruskan perjalanan menuju ke Krabi sambil mencari restoran halal yang ada ruang parking yang luas.

Dah masuk daerah Songkhla
Cantik juga highway kat Thailand ni. Patutlah ramai orang Malaysia suka konvoi motor besar masuk ke Thailand. Bike festival kat sini pun happening juga. Saya belum merasa lagi nak bawak motor rebit saya ke sini. First time biarlah naik kereta. Recce jalan dulu. Hehe.. Ada rezeki nanti insyaAllah dapat saya ride ke sini dengan kawan-kawan. Saya ada terbaca tentang satu restoran halal yang terletak di tepi highway di daerah Songkhla tapi tak berjumpa. Perut masing-masing dah mula lapar. Tepat jam 1.00 petang, setelah memandu lebih 2 jam dari border, kami ternampak satu restoran halal di tepi jalan. Kawasan parking pun luas. Tak tau jenis makanan apa yang dijual kat kedai ni. First time nak makan kat Thailand la katakan. Hehe.. Ikut je la makan apa pun, janji halal dan yang paling penting perut kami kenyang. Nama kedai ni Che-Ubong Restaurant yang terletak di Thanon Phetkasem Road. Nama jalan tu saya refer kat Here Maps. Hihi..

@ CHE-UBONG RESTAURANT

Driving Route: From Padang Besar Borders to Che-Ubong Restaurant
Che-Ubong Restaurant terletak di Thanon Phetkasem Rd.
Nasib baik ada banyak meja kosong untuk group kami seramai 40 orang ni. Dah macam group satu bas. Hehe.. Kalau dapat sewa bas pun best jugak. Takdelah risau isu kereta terpisah dalam konvoi. Tapi nak kena cari orang yang ada lesen pandu bas pulak. Huhu.. Che-Ubong Restoran menyajikan makanan tengahari dengan lauk yang pelbagai. Bila saya tengok lauk yang ada, harap-harap jangan la jadi apa-apa kat perut saya. Bukan apa, selalunya makanan yang first time dalam hidup saya makan takut perut tak boleh terima. Takut banyak kali berhenti kat stesen minyak sebab nak membuang. Spoil mood trip dibuatnya. Huhu.. Bab makan kami serahkan pada Jay sebab awal-awal lagi kami dah lantik dia sebagai bendahari dalam trip ni. Jadi pandai-pandai la dia adjust berapa banyak makanan yang perlu order untuk semua ahli konvoi. Kami yang lain cuma makan je. Hehe..

Ni dia Che-Ubong Restaurant
Keadaan kedai dan makanan yang dijual. Campur semua kuah boleh bikin danger pada perut ni. Huhu..
Ceria menunggu makanan yang tak sampai lagi. Hehe..
It's makan time!..
Alhamdulillah kenyang jua akhirnya. Sedap jugak lauk yang Jay order ni. Nampaknya perut saya boleh terima dengan baik makanan kat sini. Tak tau la pulak camna ahli group yang lain. Dalam perjalanan nanti kalau ada yang berhenti banyak kali kat stesen minyak tu maknanya tau la apa penyebabnya. Hehe.. Selesai makan, Muiez bagitau dia nak gerak dulu mencari farmasi sebab anaknya tak berapa sihat. Kodin pun nak ikut sekali. Mula-mula saya tak berapa setuju dia gerak dulu. Apa gunanya konvoi kalau tak gerak sama-sama. Mungkin tak selesa sebab ada ahli group yang mintak untuk pandu perlahan sebab keletihan. Saya takde masalah, sebab pada saya konsep konvoi bukan nak bawak laju, tapi lebih kepada pergerakan bersama dalam satu kumpulan. Takpelah, yang penting jangan diorang sesat jauh sampai ke Bangkok sudah. Janji semuanya sampai di Krabi dengan selamat. Tak terasa hati aihh.. Hahah..

Amik gambar kenangan dulu sebelum sambung perjalanan
Che-Ubong Restaurant ada menyediakan ruang solat. Kami solat jamak dulu sebelum meneruskan perjalanan. Jam 2.30 petang apabila semuanya selesai, kami sambung perjalanan menuju ke Krabi. Yang tinggal dalam group konvoi cuma 6 kereta je. Kak As dah bagitau awal-awal mintak jangan bawak terlalu laju sebab masing-masing keletihan. Saya pun sebenarnya tak bawak laju kalau bawa family atau kawan-kawan. Kalau bawak solo itu lain cerita especially naik superbike. Hehe.. Kalau nak jadi apa-apa jangan la libatkan yang lain. Berharap agar dilindungi sentiasa olehNya, insyaAllah.. Perjalanan menyusuri highway yang cantik di Thailand membuatkan saya merasa amat selesa memandu di sini. Namun pemandangan di sekitar masih jelas kelihatan seperti di Malaysia. Negara jiran sebelah je. Hehe.. Apa pun pengalaman hidup yang baru dalam menikmati bumi ciptaan Tuhan tetap dirasai. Alhamdulillah.. Entah pukul berapa nak sampai Krabi ni. Harap janganlah sampai lewat malam. Ada lagi aktiviti lain yang nak dibuat malam ni kat sana. Wallahualam..

Jauh lagi nak sampai Krabi ni. Huhu..
*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - PETROL            : RM25.00
  - PASSPORT FEE : RM5.00
  - JUMLAH           : RM30.00

No comments:

Post a Comment