30 DISEMBER 2015
LOKASI KEJADIAN:
GALERIES LAFAYETTE - PRIMARK CRETEIL SOLEIL - HARD ROCK CAFE PARIS - NABAB KEBAB - TROCADERO - HOTEL PREMIERE CLASSE ROISSY-VILLEPINTE
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Dari Mosquee de Paris kami berjalan ke arah Jussieu Station. Kami naik train Metro Line 7 menuju ke Chaussee d'Antin La Fayette Station. Mana lagi kalau bukan ke Galeries Lafayatte untuk mencari perfume Annick Goutal yang agak murah di sini berbanding di KL. Entah kenapa saya suka betul dengan bau perfume Annick Goutal ni. Nak beli kat KL macam tak berapa nak mampu je. Huhu.. Sebenarnya cadangan awal kami nak ke La Valle Village yang terletak dekat dengan Disneyland Paris. Sambil shopping tu boleh la singgah amik gambar kejap kat depan Disneyland macam kami buat kat Disneyland Tokyo dulu. Hehe.. Tapi disebabkan masa agak suntuk dan lokasi La Valle Village pun agak jauh, maka kami decide untuk jalan-jalan di Galeries Lafayette je.
Train route: Metro Line 7 from Jussieu Station to Chaussee d'Antin La Fayatte Station |
Sampai di sini jam 4.30 petang |
@ GALERIES LAFAYETTE
Kami keluar dari station dan terus masuk ke dalam Galeries Lafayette. Pintu masuk dijaga oleh guard dan mereka check beg yang kami bawa. Makin ketat kawalan keselamatan kat Paris ni. Keadaan amat crowded kat dalam ni. Ramainya orang bershopping kat sini. Banyak betul duit diorang ni kan. Huhu.. Wife saya tengok beg dan barang-barang lain yang menjadi idamannya. Saya layankan aje ikut di belakang. Wife saya kata harga lebih kurang sama je dengan butik kat KL. Ingatkan ada diskaun tapi takde. Kelebihan kat sini cuma banyak design beg berbanding di Malaysia. Saya rasa menyesal pulak tak bawak pergi La Valle Village. Mungkin harga kat sana murah sikit sebab designer outlet. Nampaknya cuci mata je lah ye kat sini. Hehe..
Jom masuk ke dalam Galeries Lafayette |
Takde diskaun langsung kat sini. Wife saya dah target beg MCM hitam tu. Hehe.. |
Hanya butik Longchamp je la yang boleh kami tengok lama sikit. Orang paling ramai pun kat butik ni la. Niat nak beli jam untuk menggantikan jam Tissot saya yang hilang dulu tinggal kenangan je la. Ada jam yang saya minat tapi harga pulak tak berapa berminat. Huhu.. Kami teruskan ke bahagian perfume dan mencari booth Annick Goutal. Harga agak tinggi juga berbanding kami beli dulu tapi masih berbaloi untuk dibeli. Staff yang jaga kaunter bagitau harga mungkin akan naik lagi dalam masa terdekat. Rupanya masalah harga barang naik ni adalah masalah satu dunia rupanya ye. Ingatkan kat Malaysia je sebab hari tu beli teh ais ikat tepi kat kedai belakang rumah dah jadi RM2.00.. Rasanya macam baru je lagi beli dengan harga RM1.50. Huhu..
Jumpa juga booth Annick Goutal |
Saya ni takde lah memilih sangat tentang perfume ni. Pakai je apa-apa pun asalkan ada bau. Tapi perfume Annick Goutal ni lain macam sikit tarikan bau dia. Orang kata bau geng dato' dan datin. Kelass gitu. Hahah.. Patutlah harga tak masuk akal. Sebenarnya perfume Annick Goutal yang kami beli dulu kat sini masih ada lagi kat rumah. Pakai sikit-sikit khas untuk special occasion je. Setakat pergi kerja duduk kat meja opis buat apa nak pakai. Buat rugi bau je. Hehe.. Walaupun dah hampir 3 tahun tapi bau masih kuat lagi. Perfume ni sebenarnya ada expiry date. Kalau perfume yang lasting tak sampai 30 bulan akan ada label 'best before' pada packing. Kalau takde tu maknanya boleh la tahan lebih dari 30 bulan. Senang cerita, bila sembur ada bau lain macam tu maknanya dah expired la tu. Hehe.. Kami mencari bau yang lain pulak kali ni. Sebelum harga naik baik beli. Boleh la buat stok sampai 3 tahun lagi. Hihi..
Bergambar dengan staff Annick Goutal |
Selesai pilih perfume yang berkenan di hati, kami keluar dari Galeries Lafayette dan pergi ke bangunan di belakang yang juga Galeries Lafayette, tapi department khas untuk lelaki. Dulu tak pernah masuk bangunan kat belakang ni. Bayangkanlah betapa besarnya Galeries Lafayette ni sampaikan department untuk lelaki dan perempuan pun ada bangunan masing-masing. Shopping heaven betul kat sini. Tapi heaven untuk orang kaya je la. Yang tak berapa kaya setakat heaven kat mata je. Kami sekadar cuci mata je kat department lelaki. Orang pun tak berapa ramai kat sini berbanding department perempuan tadi. Ye lah, sape yang lebih suka shopping pun kan. Hehe..
Cukup la tu cuci mata kat Galeries Lafayette ni. Huhu.. |
Agak kecewa juga takde barang yang berbaloi untuk kami shopping. Kalau la ada kedai Poundland macam kat London dah tentu kami serbu. Satu barang 1 pound. Hahah.. Saya tunggu di luar sementara menunggu wife saya buat claim tax-free di dalam. Saya tau wife saya rasa tak puas lagi nak shopping di Paris. Nak pergi La Valle Village sekarang ni rasa macam tak sempat dah. Takut belum habis ronda dah tutup. Huhu.. Saya teringat pada butik Primark yang menjual barang murah di UK dulu. Wife saya suka sangat shopping kat Primark. Setakat ni tak jumpa lagi Primark kat Paris. Kat Cologne hari tu ada tapi dah tutup. Tengok signboard Primark pun dia dah suka. Hehe.. Sambil menunggu urusan tax-free, saya google lokasi Primark di Paris. Rupanya ada 3 je kat sini. Daripada ketiga-tiga Primark ni hanya satu je yang easy access dari train station tapi yang paling jauh. Malas nak pergi Primark yang jauh dari train station. Letih nak menapak. Huhu.. Saya set pada here maps untuk ke sana. Jam dah pukul 6.00 petang. Sempat la kot nak melawat Primark dalam sejam dua. Saya tak cerita kat wife saya pasal Primark. Nak bagi surprise sikit kat dia. Hehe..
Menunggu dalam kesejukan malam |
Primark location in Paris |
Jam 6.15 petang wife saya keluar dari Galeries Lafayette. Kebetulan Fa dan husband pun sampai. Destinasi seterusnya saya cakap kat wife saya nak bawak pergi night market kat luar Paris. Market ala Anneessens kat Brussels kononnya. Hehe.. Diorang pun setuju je ikut ke mana saya nak bawak. Kami naik train Metro Line 9 dari Chaussee d'Antin La Fayette dan turun di Grands Boulevards Station, kemudian tukar kepada Metro Line 8 menuju ke Creteil-Prefecture Station. Agak jauh juga perjalanan dalam train. Wife saya bertanya mana saya dapat tau tentang night market ni. Saya kata cari kat google la. Boleh la habiskan duit Euro yang ada lagi kat night market tu. Hehe.. Tapi saya bagitau siap-siap takut night market tu dah tutup, padahal saya tak pasti Primark tu wujud ke tak. Kalau tak wujud boleh la jalan-jalan dalam shopping complex tu. Hihi.. Kadang-kadang info dalam google takleh percaya jugak. Pernah juga terkena pergi restoran tapi dah tak beroperasi rupanya. Huhu..
Train route: Metro Line 9 From Chaussee d'Antin La Fayette Station to Grands Boulevard Station and Metro Line 8 to Creteil-Prefecture Station |
Kami sampai di Creteil-Prefecture Station tepat jam 7.00 malam. Train station ni bersambung dengan Creteil Soleil Shopping Complex di mana Primark terletak di dalamnya. Wife saya macam dah dapat agak yang saya nak bawak ke Primark bila nampak shopping complex depan mata. Saya pun cakap la night market tu kat luar belah belakang shopping complex ni. Hehe.. Bila sampai je kat pintu masuk terus nampak signboard besar Primark. Kali ni dah takleh buat cerita dah. Suka kemain dia bila tau ada Primark kat Paris ni. Dengan pantas kami mencari di mana letaknya Primark dalam bangunan ni. Hehe..
Primark at Creteil Soleil Shopping Complex |
Sudah sampai di Creteil-Prefecture Station |
@ PRIMARK CRETEIL SOLEIL
Primark terletak di bahagian hujung sebelah kanan bangunan. Mula-mula takut juga kalau dah tutup atau tak beroperasi terus. Bila sampai depan Primark barulah rasa lega. Wife saya berkali-kali cakap terima kasih kat saya sebab bawak dia pergi Primark. Saya sendiri suka shopping kat Primark ni. Nasib baik ada Primark yang dekat dengan train station. Kalau jauh saya sendiri taknak pergi. Biarlah hari terakhir kat sini ada senyuman di wajah. Hehe.. Nak masuk ke dalam Primark juga ada security checking. Kami mula meronda mencari barang yang berkenan di hati. Primark adalah butik besar yang sama seperti Marks & Spencers cuma harganya lebih murah sikit. Ada kawan saya kata kualiti barang kat sini tak berapa bagus, sama seperti Mydin kat Malaysia. Almaklumlah, kawan saya tu banyak duit orangnya. Tapi pada saya barang dalam Primark ni tetap terbaik untuk level seperti kami ni. Hihi.. Jauh betul jika nak samakan dengan Mydin. Biasalah, itu kata-kata dari orang yang level up sikit dan baru sekali dua naik flights. Hahah..
Keluar dari train station terus masuk ke Creteil Soleil Shopping Complex |
Tu diaa.. Muka ada senyumm.. Hehe.. |
Besar juga Primark di sini.. |
Sejam setengah jugak kami meronda dalam Primark ni. Nak beli banyak takut beg lebih muatan pulak. Huhu.. Yang penting duit cukup nak bayar. Jadilah beli 2-3 pasang baju untuk anak-anak dan barang-barang yang lain. Kalau ikut hati memang nak stay kat sini sampai tutup jam 9.00 malam. Nafsu amarah shopping kena kawal sikit ye. Hehe.. Nanti tak cukup space nak letak barang kat rumah. Fa dan husband pun nampak seronok shopping kat sini. Terkejut juga dia bila tengok harga yang agak murah. Takut juga kalau dia geng level up macam kawan saya tadi. Hihi.. Tapi saya tau, Fa dan husband jenis takde masalah jika berjalan. Easy going couple. Sebelum ni Fa selalu jugak join saya trekking naik gunung dan camping. Jadi saya agak yakin yang kami boleh blend in dalam aktiviti macam ni. Sebab tu kami boleh ajak diorang pergi trip bersama. Itu pada pendapat saya. Tak tau la pulak apa hati kecil diorang berkata-kata tentang kami. Harap berkata yang baik je la ye. Hehe..
Haa.. Baru tau apa maksud shopping sakan yang sebenarnya. Hehe.. |
Jam 8.40 malam kami meninggalkan Primark dengan perasaan puas hati yang amat sangat. Hehe.. Mana taknya, banyak betul barang yang dibelinya. Itu pun belum cukup sebenarnya. Fikir berat luggage je takut exceed buat kami berhenti shopping. Hihi.. Tengok pada saiz paper bag tu nampak macam beribu Euro habis kan, padahal takde pun sampai banyak tu. Setakat kasut sepasang EUR4.00 je. Itu belum kira t-shirt kanak-kanak EUR1.50 sehelai. Hehe.. Primark adalah tempat shopping paling sesuai untuk semua golongan. Yang bajet up lebih sikit tu mungkin tak pernah masuk ke Primark ye. Huhu..
Bye Primark & Creteil Soleil. Ntah datang lagi ke tak lepas ni. Huhu.. |
Jam 9.00 malam kami naik semula train balik ke bandar Paris. Kami turun di Richelieu-Drouot Station kerana nak singgah sekejap di Hard Rock Cafe Paris. Wife saya nak cari sehelai lagi t-shirt HRC Paris menggantikan t-shirt classic warna putih yang dia beli dulu. Nampaknya Fa dan husband pun dah mula berminat dengan barang dari HRC. Masa sampai di HRC Brussels hari tu dia dah siap bertanya mana lagi HRC yang kita nak pergi. Sempat lagi terima order dari kawan-kawan dia untuk beli t-shirt dan souvenir dari HRC. Harap kawan-kawan dia bayar duit t-shirt tu. Macam saya dah pernah kena, pesan air liur lepas tu tak jadi nak amik. Hangin je. Nasib baik dapat jual balik kat mudah.my. Lepas ni dah takde nak amik pesan air liur dah. Memang dapat air liur balik la jawabnya. Takpun dapat tengok gambar kami kat HRC. Hehe..
Train route: Metro Line 8 from Creteil-Prefecture Station to Richelieu-Drouot Station |
Walking route: From Richelieu-Drouot Station to Hard Rock Cafe Paris |
@ HARD ROCK CAFE PARIS
Sampai di Richelieu-Drouot Station, kami berjalan tak sampai 5 minit untuk ke HRC Paris. Ada Starbucks di pertengahan jalan tapi dah tutup. Takpe, esok boleh cari citymug kat airport. Sampai di depan HRC, sama macam di butik dan shopping complex, ada security checking untuk masuk ke dalam Rockshop. Saya tak beli untuk diri saya sebab yang dulu masih cantik lagi. Even dah takde design tu kat HRC. Sambil menunggu tu saya telah ditegur oleh beberapa couple. Diorang bertanya kat mana letaknya Primark kat Paris ni. Patutlah dari tadi semacam je diorang tengok saya memegang paperbag Primark. Tiga orang bertanya saya pasal Primark. Hihi.. Saya pun terangkan dan tunjuk dalam phone route untuk ke sana. Rupanya ramai juga tourists yang suka pergi ke Primark. Dah memang dikenali dengan harga barang yang murah. Ala Mydin Malaysia la seperti yang kawan saya katakan tu. Hahah..
Hard Rock Cafe Paris for the second time.. |
Love the brands, love the designs, love Hard Rock!.. |
@ NABAB KEBAB
Selesai urusan di HRC Paris, kami keluar dan menuju ke restoran halal yang terletak di seberang jalan. Nabab Kebab nama restoran ni. Entah kenapa perut masih terasa kenyang lagi. Mungkin penangan makanan Morocco yang dipaksa masuk dalam perut petang tadi kot. Hihi.. Kami cuma order set chicken tenders beserta fries bersama air tin dan kopi espresso yang berharga EUR8.50. Boleh tahan juga harga makanan dia. Yang penting sedap dan boleh dimakan tanpa paksaan. Hehe.. Sambil makan kami berborak. Fa dan husband agak terkilan sebab tak beli dulang souvenir masa berjalan di Seine River pagi tadi. Rasanya dah tutup kot sekarang ni sebab cuaca dah gelap. Kami set untuk pergi semula ke Trocadero sebab Fa dan husband nak tengok Eiffel Tower waktu malam dan tambah souvenir dari brader Senegal tadi. Hehe.. Takde masalah sebab kami pun tak pernah lagi tengok Eiffel Tower waktu malam. Lagipun dah takde tempat lain nak pergi malam ni. Jangan terlepas train untuk balik ke hotel sudah. Last train jam 12.00 tengah malam.
Location of Starbucks, HRC Paris and Nabab Kebab |
Kita dinner kat sini dulu.. |
InsyaAllah kenyang sampai esok. Hehe.. |
@ TROCADERO
Selesai makan, kami bergerak naik train di Richelieu-Drouot Station menuju ke Trocadero. Sampai di Trocadero jam 11.10 malam. Kurang dari sejam untuk kami kejar train terakhir balik ke hotel. Masih ramai lagi orang kat sini. Tengah mencari port yang sesuai untuk bergambar, hujan renyai pulak turun. Bertambah sejuk la jadinya. Huhu.. Kami cepat-cepat ambik gambar suasana malam pemandangan Eiffel Tower. Fa dan husband mencari brader yang menjual keychain sambil kami menunggu di tangga platform. Risau je kalau terlepas train terakhir. Terpaksalah bayar lebih sikit kalau naik teksi. Dah la hotel jauh dari bandar. Huhu..
Train route: Metro Line 9 from Richelieu-Drouot Station to Trocadero Station |
View of Eiffel Tower at night plus drizzle.. Sejukk!.. |
Jam 11.40 malam kami naik train dari Trocadero Station dan turun di Denfert-Rochereau Station kerana train RER B berhenti di station ni jugak. Sampai je di platform RER B kelihatan train baru lepas bergerak. Tengok jam pukul 11.58 malam. Takkan dah terlepas kot. Tapi tak mungkin sebab ada lagi orang lain yang menunggu train. Dah tentu last train jam 12.00 tengah malam bermula dari station yang pertama. Denfert-Rochereau Station ni berada kat tengah. Untuk kepastian saya tengok pada skrin di platform. Train akan sampai lagi 6 minit. Lega rasanya. Hehe..
Train route: Metro Line 6 from Trocadero Station to Denfert-Rochereau Station |
Confirm masih ada train lagi. Fuhh lega.. |
Jam 12.10 tengah malam train RER B sampai. Tak ramai pun penumpang di dalam train. Baru rasa selamat bila dah duduk dalam train. Hehe.. Tak lama kemudian train RER B bergerak menuju ke Parc des Expositions Station yang terletak berhampiran dengan hotel kami. Habis sudah pengalaman kami di bandar Paris. Berjalan sakan hari ni sampai naik train yang terakhir. Hihi.. Last day, gunakan masa sebaiknya. Mata dah mengantuk tapi tak berani nak tidur. Nanti terlajak terus sampai ke airport. Huhu.. Melayan perasaan dalam train yang cuma ada kami berempat dan beberapa penumpang yang lain.
Train route: RER B from Denfert-Rochereau Station to Parc des Expositions Station |
Train terakhir untuk balik ke hotel |
Jam 12.45 tengah malam kami sampai di Parc des Expositions Station. Dari station cuma 5 minit berjalan kaki untuk sampai di hotel. Sebab tu setiap kali pilih hotel, saya akan cari yang paling dekat dengan train station sebab senang nak bergerak. Kalau naik kereta pulak saya lebih suka cari yang kat area pedalaman sikit sebab murah. Hehe.. Kami amik angin malam yang terakhir dulu di luar hotel sebelum masuk ke dalam bilik jam 1.15 pagi. Dalam bilik kami mengemas beg dan bersiap-siap untuk merehatkan diri. Esok pagi dah nak bertolak terus ke airport. Dah 31 Disember 2015. Ikut pada flight itinerary, kami sambut new year atas flight. Harap semuanya berjalan dengan lancar esok. Berharap juga takde kejadian flight delay. Wallahualam..
Walking route: From Parc des Expositions Station to Hotel Premiere Classe Roissy-Villepinte |
*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
- TIADA -
**DAY 12 COMPULSORY EXPENSES: RM314.90
*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
- DINNER : RM40.00
- JUMLAH : RM40.00
**DAY 12 MEALS EXPENSES: RM181.00
Saya setuju dgn bro pasal Primark. Saya n wife ritu shopping sakan kt Primark Zaandam. Terbaik Primark. Bli baju anak2 dlm Eur1.5-Eur7....barang2 lain kalo convert pn still berbaloi2. Saya repeat 2x kt Primark tu...trus terlajak itenari...tp tue la kelebihan travel sendiri2...masa kita, ikut kita la nk lama mn pn kt certain places tu...hehehe..seronok baca blog JJCP nie, mengimbau kenangan tahun lepas...saya nie simpan gambar je, nk tulis karang panjang2 tu yg x rajin...kekeke
ReplyDeleteSalam bro syahmi.. Ye bro, Primark memang best la. Sesuai untuk golongan yang bajet ciput macam saya ni kalau nak shopping. Hehe.. Tulis blog ni tujuannya untuk bacaan peribadi kenangan saya untuk 10-20 tahun akan datang. Tapi ada yang nak bertanya insyaAllah boleh membantu apa yang patut. Tq for reading my blog bro!.. :)
Delete