TARIKH:
30 DISEMBER 2015
LOKASI KEJADIAN:
AVIS CAR RENTAL - CHARLES DE GAULLE INT'L AIRPORT - SAINT-MICHEL NOTRE-DAME - PONT NEUF - PONT DES ARTS - PYRAMIDE DU LOUVRE
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kami bangun jam 6.00 pagi. Kami bersiap-siap untuk keluar. Sebelum tu breakfast maggi dulu kat dalam bilik. Hihi.. Hari ni tak perlu nak bawak semua beg. Pagi ni dah nak hantar kereta kat Avis. Dalam perjanjian kami set untuk return kereta jam 9.00 pagi. Bahaya juga kalau sampai lewat. Takut kena extra charges. Saya baca dalam forum sewa kereta, kebanyakan company sewa kereta suka kenakan charges walaupun takde besar mana salahnya. Huhu.. Teringat saya masa sewa kereta kat UK dulu. Ada dua orang perempuan US kena maximum charges GBP300.00 sebab kereta calar sikit. Sebenarnya takde pun teruk sangat calarnya, tapi disebabkan perempuan tu agak kurang ajar bila bercakap, tu yang buat staff company kereta tu hangin satu badan. Staff tu sendiri cerita kat kami. Dah la masa tu kami baru nak amik kereta. Terus rasa takut nak sewa kereta kat situ. Tapi alhamdulillah selamat semuanya. Hihi.. Jam 8.00 pagi kami mulakan perjalanan menuju ke Charles de Gaulle Int'l Airport. Sebelum sampai airport, kami singgah di stesen minyak. Polisi sewa kereta kami, amik full tank dan hantar balik pun mesti full tank. Kalau tak full nanti confirm kena bayar extra. Huhu..
|
Driving route: From Hotel Premiere Classe Roissy-Villepinte to Avis Car Rental |
|
Isi minyak dulu bagi full sebelum return kereta.. |
|
Cuaca dah mula cerah pagi ni.. |
@ AVIS CAR RENTAL
Dari stesen minyak kami teruskan perjalanan masuk ke kawasan airport. Saya memang takut betul bila lalu jalan airport sebab banyak sangat lorong dan simpang. Tersilap masuk terpaksa la cari jalan lain. Huhu.. Banyak sangat signboard tunjuk arah parking untuk kereta sewa. Saya cuba ingat balik laluan yang betul untuk sampai semula di tempat kami amik kereta haritu. 2-3 kali jugak pusing akhirnya kami jumpa jalan masuk ke tempat parking kereta sewa. Kami mencari parking space khas untuk company Avis. Rasanya macam salah tempat sebab tak nampak pun kabin company sewa kereta macam haritu. Huhu.. Ada sorang staff datang ke arah kami sambil pegang fail. Saya tanya betul ke kami kena hantar kat sini atau kat tempat lain. Dia kata takde masalah sebab memang ada dua tempat parking untuk kereta sewa. Nasib baik. Kalau tak jenuh la nak tawaf keliling airport cari parking haritu. Huhu..
|
Pening betul jalan kat airport ni. |
|
Yang penting parking kat space yang betul ikut company |
Saya bagi kunci kereta pada staff tu. Dia pun check keadaan luaran kereta, kemudian masuk dan check meter minyak dan condition dalam kereta. Maaflah ye, bersepah sikit dalam kereta ni. Hihi.. Lepas tu dia tulis sesuatu kat fail. Tak sampai 5 minit check kereta akhirnya dia kata semuanya ok. Alhamdulillah.. Leganya bila takde apa-apa charge dikenakan. Kereta yang kami sewa dipulangkan dengan baik. Sebelum beredar, saya sempat snap gambar mileage kereta. Agak-agak berapa total mileage saya memandu selama 9 hari, 17 jam dan 30 minit kat Western Europe ni? Saya memandu sejauh 4501 km!.. Satu rekod baru dalam diri saya memandu di luar negara setakat ni. Hihi.. Alhamdulillah selamat di sepanjang perjalanan. Kereta pun tak buat ragam. Citroen Berlingo Diesel, saya mesti pilih!.. Err, untuk sewa kereta je lah. Hehe..
|
Total driving mileage: 4501 km. Fuhh.. |
|
Sama jarak dari Wangsa Maju ke Mt. Everest Base Camp. Hihi.. |
@ CHARLES DE GAULLE INT'L AIRPORT
Selesai sudah cerita tentang perjalanan dengan kereta sewa di sini. Driving mission accomplished! Yeayy.. Lepas ni layan naik public transport pulak kat Paris. Hihi.. Kami berjalan masuk ke dalam terminal mencari train station untuk ke Paris. Mula-mula kami guna ticket kiosk tapi tak pasti tiket mana yang nak dibeli. Akhirnya kami beratur untuk beli tiket di kaunter. Hihi.. Tahun 2012 dulu kami cuma beli 1-Day Ticket Mobilis yang berharga EUR6.30/person dan cover untuk zone 1 dan 2 je. Masalahnya Ticket Mobilis tak cover perjalanan train di airport, hanya boleh naik bas je dari airport untuk ke bandar Paris. Leceh pulak nak mencari bas kat airport ni. Huhu.. Kami amik keputusan untuk beli tiket 1-Day Paris Visite yang berharga EUR23.50/person. Agak mahal, tapi cover keseluruhan perjalanan di Paris.
|
Mencari signboard ke train station |
|
Cuba beli ikut kiosk, tapi rasa macam tak yakin pulak. Huhu.. |
|
Akhirnya kami tanya kat mana kaunter jual tiket. Hihi.. |
|
Beli kat kaunter lagi selamat. Hahah.. |
|
1-Day Paris Visite Ticket valid untuk perjalanan seharian |
Tiket dah ada di tangan. Kami turun ke platform RER Station dan train dah sedia menunggu untuk mulakan perjalanan. Tak ramai penumpang yang naik. Jam 9.20 pagi train RER B mula bergerak meninggalkan Charles de Gaulle Int'l Airport menuju ke bandar Paris. Tak sabar nak menjejakkan kaki kali kedua di bumi Paris. Harap ada perubahan selama 3 tahun ni. Tak mungkin Eiffel Tower berubah tempat pulak kan. Hihi..
|
RER train station di Terminal 2 |
|
Let's jom to Paris!.. |
@ SAINT-MICHEL NOTRE-DAME
Destinasi pertama kami adalah berjalan-jalan di tepian Seine River. Perjalanan dalam train mengambil masa hampir 40 minit. Kami turun di Saint-Michel Notre-Dame Station. Keluar je dari station terus nampak Cathedrale Notre-Dame de Paris di seberang sungai. Apa yang menarik tentang Paris pada saya ialah struktur bangunan lama dan menarik banyak di sini. Memang cantik kalau bergambar. Kami habiskan masa lebih 10 minit bergambar kat atas jambatan berlatarbelakangkan Cathedrale Notre-Dame de Paris yang terletak di atas pulau dikelilingi Seine River.
|
Sampai sudah di Saint-Michel Notre-Dame Station |
|
Baru naik dari platform terus melekat kat jambatan. Hihi.. |
Puas bergambar, kami berjalan menyusuri Seine River. Ada banyak gerai jualan di sepanjang sungai, tapi banyak yang tak bukak lagi. Kebanyakannya menjual barang souvenir yang menarik. Saya ingatkan Fa dan husband, kalau nampak barang yang menarik, baik beli terus sebab kami takkan lalu lagi kawasan ni. Takut tempat lain tak jual dulang dan plat yang cantik macam kat sini. Nanti menyesal. Hehe.. Cuma kalau setakat nak beli key-chain atau fridge magnet tu kami tau kat mana tempat yang murah. Dah survey masa datang sini dulu. Ingatan masih kuat lagi. Itu pun harap 'kedai' tu beroperasi la hendaknya hari ni. Hihi..
|
Cantik design plat dan dulang kat sini.. |
|
Landmark Fontaine Saint-Michel di seberang jalan |
@ PONT NEUF
Setiap jambatan yang menyeberangi Seine River di sini ada sejarahnya tersendiri dan mesti ada sesuatu yang menarik di atas jambatan untuk bergambar kenangan. Kami singgah sekejap di Pont Neuf untuk melihat mangga yang banyak dikunci di pagar. Dulu jambatan di Pont des Arts menjadi sasaran couple dan tourist untuk kunci mangga sebagai tanda cinta dan kenangan indah. Sampaikan habis roboh dinding jambatan kerana tak boleh menampung berat mangga. Tengah tahun haritu diorang terpaksa buang semua mangga kat situ. Bahaya untuk orang ramai dan juga bot yang lalu kat bawah jambatan. Kena sebiji pun belum tentu boleh tahan, inikan pulak keseluruhan pagar jatuh atas kepala. Maut la jawabnya. Huhu..
|
Di atas Pont Neuf. Amat menarik pemandangan Seine River di sini.. |
|
Statue Equestre d'Henri IV yang terletak di Pont Neuf |
|
Kat Pont des Arts dah kena banned, diorang letak pulak kat Pont Neuf. Hehe.. |
|
Main lompat-lompat pulak dia kat sini. Hihi.. |
@ PONT DES ARTS
Selesai belek mangga yang ada macam-macam mesej yang tertulis, kami teruskan perjalanan ke jambatan yang lain pulak iaitu Pont des Arts. Jambatan kayu ni antara yang paling famous di sini. Banyak movie buat penggambaran kat atas jambatan ni kerana pemandangan sekelilingnya yang amat cantik. Dulu ada banyak mangga tapi sekarang dah takde, membuatkan pemandangan sekeliling lebih clear. Masa kami kat atas jambatan ni, ada dua orang perempuan datang ke arah kami. Kononnya diorang ni kerja charity, nak mintak derma dari kami. Bila saya tanya berapa banyak, diorang jawab EUR20.00. Aik? Kata charity, tapi ada nilai tertentu pulak nak kena bagi ye. Haa, inilah salah satu aktiviti scam yang berlaku kat Paris. Menipu je diorang ni. Bukan main memaksa kami bagi duit. Saya pun bagilah 20 sen sebab nak bagi diorang beredar dari situ. Terkumat kamit mulut diorang cakap French sambil buat muka. Mesti tensen tak dapat nak pau kami. Hahah..
|
Cantik view kat Pont des Arts ni.. |
|
Kerusi yang Mark Ruffalo duduk dalam movie Now You See Me. Hehe.. |
|
Barulah lapang pemandangan bila takde mangga. Hihi.. |
|
Nak main lompat-lompat jugaklah. Hehe.. |
|
Kenangan kami di Pont des Arts Paris |
Jenuh letih bergambar kat Pont des Arts sampai melompat-lompat. Huhu.. Kami teruskan perjalanan menuju ke Pyramide du Louvre yang terletak di seberang sungai. Masa nak melintas jalan kelihatan askar sedang meronda menjaga keselamatan. Mungkin lepas kejadian Paris Massacre diorang lebih berhati-hati dengan serangan pengganas. Macam biasa, orang Muslim juga yang dituduh terrorist. Kami berhati-hati bila jalan di sini. Takut ada geng racist tetiba datang menyerang kami. Geng racist ni sebenarnya tak ramai pun. Hanya golongan minoriti. Majoriti orang kat sini tak suka pun keganasan. Hidup aman buat kerja masing-masing kan bagus. Ntah kenapa nak menyusahkan orang lain. Huhu.. Orang lain yang mengganas, tempiasnya kena kat orang lain. Haduii..
|
Sebelum masuk kawasan Musee du Louvre. Cantiknya beca kat sini. Hihi.. |
|
Askar France sedang berkawal beramai-ramai |
@ PYRAMIDE DU LOUVRE
Mak aihh.. Ramainya manusia kat Pyramide du Louvre ni. Dulu masa kami ke sini dapat jugak kami turun ke bawah pyramid tu walaupun tak masuk ke dalam galeri. Kali ni memang tak boleh nak masuk langsung. Barisan beratur punyalah panjang. Semuanya nak tengok potret Monalisa dari dekat. Kuat betul pengaruh lukisan Leonardo Da Vinci ni ye sampaikan satu dunia teringin nak tengok hasil lukisannya. Huhu.. Kami takdelah sampai nak beratur panjang macam tu. Sekarang ni nak jalan-jalan kat tempat yang crowded macam uptown pun malas. Mungkin faktor usia kot. Hihi.. Tapi rasanya faktor cuaca paling utama. Bila ramai orang mulalah panas berpeluh-peluh. Selisih pulak dengan geng ketiak hangit. Kalau perut kenyang boleh muntah balik dibuatnya. Hihi.. Baik duduk rumah pakai kain pelikat sambil tengok tv.
|
Perghh.. Panjang sangat orang beratur ni. Bila la sampai turn nak turun bawah ye. Huhu.. |
Cukup sekadar bergambar dari jauh je. Kami meronda kawasan sekitar dan terus menuju ke Palais Royal Musee du Louvre Metro Station untuk naik train menuju ke destinasi yang seterusnya. Dah takde masalah nak mencari lokasi metro station sebab pengalaman yang lalu masih segar lagi dalam ingatan. Cadangnya nak pergi tempat yang kami belum pernah sampai lagi di Paris. Tapi memandangkan Fa dan husband pertama kali datang ke sini, jadi tak best pulak kalau tak bawak diorang pergi area tourist hotspot kat Paris ni. Takpelah, sekurangnya boleh la amik gambar dari angle view yang lain pulak. Hihi.. Harap diorang puas hati ikut kami berjalan di Paris ni. Wallahualam..
|
Dah expert jalan kat Paris ni. Hihi.. |
|
Walking route: From Saint-Michel Notre-Dame to Palais Royal Musee du Louvre |
*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
- DIESEL : RM94.00
- PARIS VISITE : RM220.90
- JUMLAH : RM314.90
*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
- TIADA -
No comments:
Post a Comment