Sunday, 17 July 2016

JJCP Western Europe: Day 12 (Part #2)

TARIKH:
30 DISEMBER 2015

LOKASI KEJADIAN:
ARC DE TRIOMPHE - TROCADERO - RESTAURANT LA MOSQUEE - MOSQUEE DE PARIS


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kami naik metro train di Palais Royal Musee du Louvre Station. Destinasi seterusnya adalah ke tempat yang kami dah pergi dulu iaitu Arc de Triomphe. Takde masalah untuk naik train ke sana. Masih ingat lagi station mana yang kena turun. Hehe.. Boleh tahan juga ye ingatan saya ni. Cerita 3 tahun lepas masih ingat lagi semua yang berlaku di Paris. Bila kita betul-betul appreciate dengan apa yang kita buat, insyaAllah boleh ingat semuanya.

Naik metro di sini..
Train route: Metro Line 1 from Palais Royal Musee du Louvre Station to Charles de Gaulle Etoile Station
@ ARC DE TRIOMPHE

Kami sampai di Charles de Gaulle Etoile Station jam 11.40 pagi. Keluar je dari station terus keadaan jadi crowded. Punya la ramai orang kat sini bergambar di Arc de Triomphe. Dulu takdelah sampai sesak macam ni. Dah tu ada pulak construction work kat area roundabout membuatkan orang ramai bersesak mencari port yang terbaik untuk bergambar. Apa yang menarik kat Paris, boleh dikatakan semua roundabout kat sini ada replika dan bangunan yang bersejarah. Kalau la ada 2-3 hari kat sini dah tentu kami jelajah setiap roundabout yang ada kat sini. Dalam itinerary boleh tulis roundabout trip untuk satu hari. Hehe.. Kami pun bergambar la dengan Arc de Triomphe untuk kali keduanya. Tapi kali ni kami dapat amik kat tengah divider jalan raya. Lagi jelas pemandangan kat sini..

Arc de Triomphe antara landmark utama di Paris
Ramai lagi yang amik gambar kat tengah divider ni. Hehe..
Selesai bergambar, kami tunggu Fa dan husband. Bagi peluang diorang nak bergambar lama sikit. Arc de Triomphe adalah antara landmark yang famous di Paris selain Eiffel Tower. Tu sebab kami bawa juga Fa dan husband ke sini. Kalau kami berdua je confirm tak datang dah sebab takde perubahan pun pada rekabentuk Arc de Triomphe tu sejak dulu lagi. Bila bawak kawan-kawan kenalah adil. Walaupun Fa dan husband ikut je kemana kami bawak, tapi takkan semuanya nak ikut kepala kami je. Rugi rasanya kalau first time datang ke Paris ni tak tengok landmark yang famous seperti ni. Sekurangnya boleh la update gambar kami kat sini. Mana lah tau, trip seterusnya ke Europe mungkin akan turun di sini jugak. Nak buat camna, asal cari tiket je mesti turun di Paris yang paling murah. Huhu..

Cantik pulak tengok kereta ni. Hehe..
Hampir 20 minit kami di sini. Seterusnya kami naik semula train dan menuju ke Trocadero Station. Tiada lain yang menarik di Trocadero selain view Eiffel Tower yang paling cantik di situ. Kami pernah turun sampai ke kaki Eiffel Tower, tapi rasa macam menyesal pun ada jugak. Nak amik gambar pun nampak sekerat je. Lain la kalau ada niat nak naik atas Eiffel Tower tu. Huhu.. Pada saya kalau setakat nak bergambar baik pergi Trocadero je. Confirm nampak Eiffel Tower sepenuhnya. View cantik pulak tu sebab atas bukit. Hehe..

Train route: Metro Line 6 from CDG Etoile Station to Trocadero Station
Saya suka betul nama tempat ni. Rasa macam orang French bila menyebutnya. Hehe..
@ TROCADERO

Kami sampai di Trocadero jam 12.25 tengahari. Terus naik tangga dan keluar dari station. Sama macam di Arc de Triomphe tadi, ramai pelancong berlegar di dataran untuk bergambar. Agak malang sebab di area dataran juga ada construction works membuatkan ruang untuk bergambar agak limited. Huhu.. Rasanya kerajaan France baru dapat duit banyak kot sempena Euro 2016 yang akan berlangsung kat sini. Sebab tu la macam-macam kerja penyelenggaraan diorang buat. Dah tentu banyak income diorang dapat daripada penganjuran Euro 2016. Bukan setakat satu Europe yang datang ke sini, tapi seluruh dunia. Alangkah bestnya kalau dapat tengok live game Euro kat stadium. Nak tunggu World Cup kat Asia dah lepas dah. Rasanya lama lagi rotation untuk negara Asia jadi tuan rumah. At least murah sikit tiket flight kalau negara Asia jadi penganjur. Hehe..

One of the famous landmarks in the world.
Cukup la amik gambar sikit-sikit. Lagipun ramai juga yang menunggu untuk bergambar di port kami. Hihi.. Lepas amik gambar, kami teruskan dengan misi pencarian souvenirs. Kat sini la tempatnya kalau nak dapat keychain dan fridge magnet yang murah. Ramai orang kulit hitam yang berlegar kat kawasan ni sambil membawa beg dan ditangannya memegang keychain dan fridge magnet. Dulu saya pernah juga beli tapi sikit je sebab time tu ada askar tengah berkawal. Jadi diorang yang jual secara illegal ni dah tentu menghilangkan diri. Huhu.. Lagipun masa tu tak ramai pun tourists, kami dah tentu jadi mangsa paksaan untuk membeli. Tapi diorang ni tak jahat pun dengan tourists. Cuma kerja diorang je yang jahat sebab jual secara illegal. Diorang ni bukan rakyat France pun. Kebanyakannya dari Senegal dan negara jiran. Diorang akan approach dan beri harga souvenir yang dijual. Kalau tak berminat jangan layan, nanti lama tersangkut. Huhu.. Antara cara diorang approach, diorang tau kita ni dari negara mana. Siap cakap melayu lagi. Hahah.. Mula-mula kami tolak dengan baik sebab nak dapatkan harga yang paling special. Sekali tu ada sorang datang dan bagitau harga dia paling murah dari yang lain-lain, padahal kawan-kawan dia jugak yang menjual. Hehe.. Kami pun apa lagi, terus nego sampai dapat harga yang paling best.

Nego sampai jadi. Hehe..
Habis semua barang dia keluarkan..
Banyak juga kami beli especially keychain Eiffel Tower tu. Sampaikan dia bagi satu beg plastik untuk kami. Hehe. Sambil dia kira harga keychain dan fridge magnet, saya sempat kira harga untuk seunit. Keychain tu kami dapat dengan harga 65sen satu. Fridge magnet pulak RM5.60 satu. Itu harga dah convert tu. Memang murah sangat la. Disebabkan beli banyak, dia bagi lagi extra keychain. Hehe.. Terbaik la brader Senegal ni. Kelakar pulak tu. Masa dia mengira ada family dari Portugal nak beli jugak. Dia pun borak sambil guna bahasa Portugal. Hebat brader ni. Banyak bahasa dia boleh cakap. Hahah.. Ok, dah cukup keychain dan fridge magnet untuk souvenir kawan-kawan. Fa dan husband pun beli jugak. Tapi nak tawar lebih-lebih. Brader ni tensen, terus dia bagi lagi keychain free kat kami dengan tujuan nak sakitkan hati Fa. Hehe.. Walaupun salah sebab kami beli secara illegal, tapi disebabkan currency rate yang tak membantu, maka terpaksa la kami cari option yang murah. Hihi..

Takleh cari makan la kedai souvenir ni. Hihi..
Nasib baik dia jual keychain, fridge magnet dan replika Eiffel Tower je. Kalau dia jual t-shirt dah tentu kami beli jugak. Huhu.. Replika Eiffel Tower kami tak beli sebab dulu dah beli dua buat letak kat meja pejabat kami. Kira bersyukur la kawan-kawan dapat keychain walaupun harganya 65sen je. Yang penting beli kat Paris, bukan kedai S&J atau kedai RM2. Hehe.. Dulu kami beli poskad je bagi kat kawan-kawan. Limited budjet la katakan. Hehe..

Replika di roundabout Trocadero
Puas hati dah bergambar dan beli souvenir, jam 1.20 petang kami teruskan perjalanan mencari restoran halal di kawasan masjid Paris. Kami naik Metro Line 6 di Trocadero Station dan turun di Place D'Italie, kemudian sambung naik Metro Line 7 terus ke Place Monge. Ini kali pertama kami ke kawasan masjid Paris. Dulu tak sempat sebab tak cukup masa nak kejar waktu Eurostar balik ke London. Huhu.. Kali ni kami berkesempatan untuk melawat Mosquee de Paris. Alhamdulillah..

Train route: Metro Line 6 from Trocadero Station to Place d'Italie Station & Line 7 to Place Monge Station
Keadaan dalam train Metro Line 6
Tukar ke Metro Line 7 di sini
Setengah jam untuk sampai ke sini dari Trocadero
Disebabkan first time turun di Place Monge Station, kami mencari arah ke Mosquee de Paris. Tak jauh pun sebenarnya dari station, cuma kena pastikan lorong yang betul. Dalam perjalanan kelihatan banyak juga restoran halal. Mungkin kawasan dekat dengan masjid dan menjadi tumpuan orang Islam dari seluruh dunia membuatkan banyak kedai halal dibuka di sini. Tak sampai 10 minit berjalan kaki, kami sampai di kawasan Mosquee de Paris. Walaupun banyak restoran halal di sepanjang perjalanan, tapi kami nak pergi ke restoran yang terletak di bahagian belakang masjid. Katanya antara restoran halal yang popular di sini. Tak pasti pulak apa yang membuatkan ia popular. Dah makan nanti baru tau best ke tak makanan dari Moroccan ni. Huhu..

Walking route: From Place Monge Station to Restaurant La Mosquee
Kita makan dulu baru masuk masjid
@ RESTAURANT LA MOSQUEE

Sampai di depan restoran, kami melihat menu yang dipamerkan di pintu masuk. Satu menu pun kami tak tau. Huhu.. Harga pun boleh tahan mahal jugak. Takpelah, kita cuba dulu makan kat restoran yang popular ni. Ramai juga pelanggan di bahagian luar restoran. Kami masuk ke dalam dan seorang pekerja membawa kami ke meja kosong. Design dalam restoran ni agak unik. Grand semacam je rupanya. Patutlah harga pun agak grand juga. Huhu.. Kami diberikan menu sama seperti di luar tadi. Nak order apa pun tak tau. Sambil tu mata kami tengok juga makanan kat meja sebelah. Nampak macam best kami boleh terus bagitau kat waiter je tunjuk makanan tu. Hihi.. Kami bertanyakan tentang jenis makanan yang ada pada menu. Waiter yang mula-mula layan kami tadi tak pandai cakap english. Dia panggil waiter yang lain membantu. Boleh la faham sikit apa yang di terangkan. Hehe.. Kami pun order la ikut pada apa yang waiter tu bagitau. Janji ada nasi. Hehe..

Di luar Restaurant La Mosquee
Coca Cola je ejaan yang kami tau. Hihi..
Grand betul design dalam restoran ni
Faham ke idak tu? Hihi..
Hampir 20 minit menunggu akhirnya makanan yang kami order sampai. Tengok pada rupa makanan nampaknya sukar perut saya nak terima ni. Huhu.. Bila dah masuk mulut memang betul rupanya. Saya tak berapa suka dengan rasa makanan ni. Makan tu tetap makan juga sampai habis. Nak bayar mahal tu. Hehe.. Tengok yang lain macam layan habis je. Mungkin diorang boleh terima tapi saya tetap rasa kurang menarik. Cuba untuk feel tapi tak boleh jugak. Sekadar makan untuk kenyangkan perut. Makan makanan yang tak berapa sedap juga adalah pengalaman hidup. Kat luar negara jangan banyak songeh ye. Hehe..

Paksa makan sampai habis jugak. Malu makan berlapar la jawabnya. Hihi..
Walaupun kurang feel, tapi perut tetap kenyang. Alhamdulillah. Disebabkan kami kongsi order, harga makanan kami semuanya EUR60.00. Haa, amekau.. Please don't convert ya. Hehe.. Dah teringin nak makan kat restoran popular. Bayar jelah. Lepas ni kalau datang ke Paris lagi, ada banyak restoran halal lain kat luar tu. Huhu.. Walaupun mahal, orang yang datang makan di sini tetap ramai. Mungkin rasa makanan di sini sesuai untuk diorang kot? Nampaknya selain dari makanan dari Lebanon seperti di Zurich hari tu, kali ni makanan dari Moroccan pun saya tak berapa berminat. Bila makanan tak sedap mulalah teringat nasi lemak Taman Sri Rampai. Takpe, esok dah nak balik dah. Hehe..

Ada kuih dan manisan dijual di sini. EUR2.00 je satu
Cerita pasal makan, wife saya ada google tentang makanan halal yang boleh deliver ke hotel di Paris. Ada satu website buat delivery makanan Malaysia. Harga paling rendah EUR6.00/pax. Paling famous Nasi Lemak Paris namanya. Hehe.. Menu lain pun ada. Harga boleh tahan murah juga. Bila wife saya whatsapp, rupanya kena order banyak baru diorang hantar. Setakat 4 pax je diorang tak hantar. Takde rezeki la nampaknya nak merasa makan nasi lemak dalam cuaca sejuk di Paris ni. Hahah.. Lagipun macam tak sesuai pulak nak order sebab bukannya kami ada kat hotel pun. Kalau ada pun dah lewat malam dan badan pun dah letih. Takut tak lalu nak makan je sebab penat. Hihi.. Kepada yang nak cuba boleh la tengok dalam facebook "nasilemakparis". Kadang-kadang diorang mintak tolong jugak kepada yang datang ke Paris untuk belikan barang masak dari Malaysia. Bantu-membantu, apa salahnya. Hehe..

Boleh la cuba kepada yang stay lama kat Paris
@ MOSQUEE DE PARIS

Jam 3.25 petang kami meninggalkan Restaurant La Mosquee dan menuju ke pintu masuk Mosquee de Paris. Kelihatan ramai askar meronda di sekitar masjid. Biasalah, lepas kes Paris massacre hari tu mulalah orang Islam menjadi target. Kami pun risau juga kalau ada puak yang tak puas hati letak bom kat masjid. Nauzubillah.. Nyawa manusia sekarang dah takde nilai agaknya. Suka-suka je bunuh orang. Yang tak bersalah pun jadi mangsa. Huhu.. Harap takdelah jadi apa-apa yang buruk terhadap kami ni yang cuma nak mencari pengalaman hidup di bumi Allah..

Ada taman kat dalam masjid ni. Subhanallah cantiknya pemandangan..
Ruang solat dan fasiliti yang ada di dalam masjid
Selesai mengerjakan solat jamak, kami berjalan di dalam kawasan masjid. Kelihatan ramai juga non-muslim yang datang melawat masjid ni. Mana tau ada yang tergerak hati nak convert masuk Islam. Hapus segala dosa, insyaAllah. Masa amik wudhuk tadi, saya sempat berborak seketika dengan seorang lelaki dan anak perempuannya. Dia tanya saya dari mana. Bila sebut Malaysia terus dia senyum dan kata Malaysia negara yang aman. Dia dari Syria tapi dah lama tinggal di France. Suka betul tengok dia tengah ajar anak dia yang comel tu amik wudhuk. Hehe.. Apa-apa pun sedih bila mengenangkan negara Syria sekarang ni. Hanya mampu berdoa mengharapkan negara Syria aman satu hari nanti, insyaAllah..

Comel betul budak ni. Hehe..
Waktu lawatan masjid untuk non-muslim
Kenangan Grande Mosquee de Paris dalam ingatan..
Tepat jam 4.00 petang kami meninggalkan Mosquee de Paris. Cuaca dah mula nak senja. Ini adalah malam terakhir kami di sini. Esok pagi lepas check-out terus ke airport. Duit belanja masih ada lagi. Selalunya memang macam tu bila trip ke luar negara. Last day mesti nak shopping punya. Walaupun tak banyak, dapat shopping sikit pun jadilah. Hehe.. Dari hari pertama sampailah sekarang takde tempat yang murah pun untuk berbelanja. Ingatkan boxing day boleh la shopping sakan. Nampak macam tak meriah je boxing day kat Europe ni. Huhu.. Kalau kat UK sekarang ni dah selamat rasanya duit kami dilaburkan kat kedai di London. Mungkin tak jumpa tempat yang menarik dan sesuai dengan budget kami untuk shopping sakan di Paris ni. Wallahualam..

*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - TIADA -

*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
  - LUNCH   : RM141.00
  - JUMLAH : RM141.00

2 comments:

  1. mcm mana nk contact? coz dah beli ticket ke uk next week. in planning nak travel europe. saya bersama isteri dan anak seorang. qdeem96@gmail.con

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dekat sangat ni. Mesti dah plan semua itinerary. Harap semua berjalan lancar. Check ur inbox. Mana tau boleh buat rujukan last minute. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete