Tuesday, 12 April 2016

JJCP Western Europe: Day 06 (Part #1)

TARIKH:
24 DISEMBER 2015

LOKASI KEJADIAN:
KOBLENZ - KAUB - RUDESHEIM AM RHEIN - DONER DELUXE


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kami bangun jam 6.00 pagi. Lepas dah bersiap-siap, saya terlelap semula. Letih aktiviti seharian semalam tak abis lagi. Demi mencari pengalaman hidup yang optimum akan ku gagahkan jua. Hihi.. Wife saya kejut jam 9.00 pagi. Dia awal-awal lagi dah gi jumpa staff kat reception counter, bertanyakan hal booking yang kami dah buat awal tapi takde dalam sistem. Staff tu kata dia akan selesaikan pasal bayaran yang dah dibuat. Harap betul la dia refund balik. Teringat saya masa booking hotel kat Busan dulu. Dah bayar lepas tu kata bilik full. Sakit je hati. Huhu.. Kami bersiap untuk check-out. Leceh betul la toilet kat luar bilik ni. Haduii..

Toilet dan bilik mandi di luar bilik. Nasib baik takyah beratur macam cerita P. Ramlee.. Hehe
Nampaknya agak lewat juga kami mulakan perjalanan hari ni. Dalam itinerary jam 7.00 pagi lagi dah gerak. Takpelah, trip hari ni cuma jalan-jalan sambil melihat pemandangan kampung di Germany. Kami akan ikut Germany Rhine River Route dan Romantic Road yang bermula dari Koblenz. Ada banyak bandar atau kampung yang cantik di sepanjang jalan ni. Mungkin kami takkan lalu sepenuhnya memandangkan kami gerak pun dah lewat. Tengoklah mana yang sempat singgah. Huhu.. Roti keras dari Memoli Restaurant semalam dan air kopi panas EUR1.00 dari vending machine kami jadikan menu breakfast pagi ni. Itupun makan dalam kereta je. Dah lambat dah ni. Lets go!..

Koridor motel yang dibersihkan setiap pagi
Bye Motel 24H Cologne!..
Jam 9.40 pagi kami mulakan perjalanan dari Cologne menuju ke Koblenz melalui Autobahn. Motorway clear, tak banyak kereta. Cuaca pagi amat baik. Walaupun cahaya matahari memancar, tapi tetap sejuk. Kami melayan pemandangan yang cantik di sepanjang perjalanan. Dari jauh kelihatan kawasan kampung yang dikelilingi padang rumput yang luas. Orang kata rugi kalau ke sini tapi tak pergi melawat kawasan kampung yang kebanyakannya masih mengekalkan ciri-ciri zaman dulu. Ada banyak castle yang masih kukuh binaannya di seluruh Germany. Paling famous dah tentu Neuschwanstein Castle yang nampak macam fairytale tu. Hihi.. Malangnya kami tak dapat nak tengok sebab route yang saya susun tak lalu situ. Tengok dalam internet memang superb pemandangannya.

Driving route: From Motel 24H Cologne to Koblenz
Trafik amat lancar.. Cuaca pun sangat baik. Sejuk tu sudah tentu. Hihi..
@ KOBLENZ

Tepat jam 11.00 pagi kami dah sampai di bandar Koblenz. Kami berhenti sekejap di hentian sebelah Novum Restaurant. Sambil meregangkan otot, kami melihat pemandangan bandar Koblenz dari atas bukit di tepi Rhine River. Di sini bermulanya Rhine River Route yang melalui pekan-pekan kecil yang cantik di sepanjang sungai. Nampak ada yang menarik boleh je berhenti dan bergambar. Itu yang bestnya bila sewa kereta ni. Ikut la mana nak berhenti pun. Hehe..

Besar juga bandar Koblenz ni. Hati-hati dengan speed limit..
Rehat kejap sambil menikmati pemandangan bandar Koblenz dari jauh
10 minit kemudian kami teruskan perjalanan. Kami singgah di Shell untuk isi minyak buat kali kedua di Europe. Macam biasa, isi dulu baru bayar. Lepas isi saya masuk ke dalam kedai. Saya ternampak Lego Shell collectible items kat kaunter, sama seperti di Malaysia. Saya memang collect Lego tu untuk anak saya. Tinggal lagi 2 je yang takde. Selalunya hari pertama saya dah pegi beli. Nak dijadikan cerita, masa minggu kedua terakhir saya ada mesyuarat di Seremban. Hari kedua baru saya cari kat Shell. Malangnya banyak Shell yang saya pergi dah takde stok. Huhu.. Cepat betul habis. Nampaknya takde rezeki saya nak kumpul semuanya. Shell ni pun satu, dah tau ramai orang suka Lego supply la banyak sikit. Huhu.. Lepas bayar duit minyak, saya masuk semula ke dalam kereta. Kebetulan wife saya nak beli air, saya mintak dia tanyakan cashier ada lagi tak Lego tu. Cashier tu kata semua ada stok lagi. Kat sini tak ikut minggu, bole je nak beli model mana-mana pun. Tapi syaratnya sama, kena isi minyak. Saya dah isi tadi. Sepatutnya masa nak bayar tu beli sekali. Kalau dah bayar tak boleh nak beli dah. Huhu.. Harap jumpa lagi Shell time nak isi minyak nanti.

Driving route: From Novum Restaurant Layby to Shell Braubacher Str.
Tinggal satu lagi dan tanker yang saya takde. Huhu.. (Ihsan Google Images)
Diesel kat sini murah sikit. Saya isi EUR40.00 terus..
Perjalanan diteruskan di sepanjang Rhine River yang mengalir tenang. Cantik sungguh kampung yang kami lalui. Ditambah dengan banyak castle lama di celah bukit membuatkan pemandangan menjadi lebih cantik. Bila masuk kawasan kampung kena la jaga speed limit. Nanti tetiba ada flash depan muka baru nak menyesal. Huhu.. Walaupun kami mengejar masa, tapi perjalanan tetap santai dan ikut halaju yang ditetapkan. Nampaknya tak dapatlah nak pergi semua tempat yang dah saya set dalam itinerary. Itu tak menjadi masalah. Sendiri buat itinerary, bila-bila masa boleh ubah. Hihi.. Sebenarnya ada 3 lokasi yang saya set untuk singgah. Tapi andai kata tak dapat nak cover semuanya, at least satu tempat ni mesti kena pergi. Saya sendiri tak tau kenapa saya nak sangat pergi. Dalam semua website yang saya cari, tempat ni mesti berada dalam kedudukan top 3 must visit places. Tak kira lah, dah malam pun tetap akan sampai. InsyaAllah..

Subhanallah.. Cantiknya bumi ciptaan Tuhan..
Castle ada di mana-mana. Yang atas bukit tu mesti creepy kan. Huhu..
@ KAUB

Setelah hampir 40 minit memandu, saya berhenti di Kaub sebab tak tahan tengok pemandangan yang cantik di sepanjang jalan. Kalau boleh nak berhenti kat semua tempat. Huhu.. Dapat satu tempat pun jadilah buat kenangan. Kami keluar dari kereta dan bergambar di kawasan sekitar. Yang buat saya berhenti sebab nampak ada satu castle terletak di atas pulau di Rhein River. Suasana yang amat tenang di sini. Rasanya orang muda kat sini mesti dah cabut lari ke bandar besar. Tinggal yang tua-tua je sesuai duduk tempat macam ni. Meneruskan saki baki kehidupan selepas bersara. Hihi..

Driving route: From Shell Braubacher Str. to Kaub
Ferry tour dan train panjang di seberang sungai
Kaub. Cantik betul la tempat ni..
Rehat kejap sambil bergambar kat sini. 
Jam 12.25 tengahari kami teruskan lagi perjalanan. Our next pitstop yang sebenarnya adalah di Rudesheim Am Rhein. Ada satu restoran halal untuk kami berhenti makan. Sambil tu boleh la jalan-jalan cari pengalaman di situ. Dalam itinerary sepatutnya sampai di situ jam 10.30 pagi. Huhu.. Nampaknya banyak kena adjust dalam itinerary. Ada destinasi yang kena skip, tapi the one and only main attraction mesti kena pergi jugak. Walaupun sedikit rasa terkilan sebab ada tempat yang tak sempat nak singgah, tapi dapat tengok pemandangan sepanjang perjalanan pun dah cukup puas hati. Alhamdulillah..

Road construction pun ada traffic light sementara..
Houses with the view of Rhein River
Jalan dah mula berkabus di depan
Cantik sungguh design rumah yang klasik di sini
@ RUDESHEIM AM RHEIN

Jam 12.45 tengahari kami sampai di Rudesheim Am Rhein yang terkenal sebagai tempat pengeluar wain di Germany dan juga salah satu UNESCO World Heritage Site. Tapi kami bukan datang ke sini sebab nak try rasa wain ye. Hihi.. Kami cuma nak mencari restoran halal. Hari ni hanya roti kering je yang ada dalam perut. Sebelum parking kami mencari lokasi restoran tu sebab dalam info ianya terletak kat tepi jalan. Kalau tutup kami ingat nak teruskan perjalanan. Tapi kami tak nampak sebab ada gerai christmas market kat sepanjang bahu jalan yang menghalang deretan kedai yang ada di situ. Terpaksalah kami cari parking, dengan harapan restoran tu bukak. Mula-mula nak parking kat tepi jalan je. Tapi takut kena saman, saya cari proper parking space yang terletak di belakang deretan kedai.

Driving route: From Kaub to Rudesheim Am Rhein
Parking area and Doner Deluxe location @ Rudesheim Am Rhein
Dari parking, kami berjalan ke arah restoran halal, Doner Deluxe. Banyak kedai yang dah tutup sebab esok Krismas. Peniaga gerai christmas market pun dah mula kemas barang masing-masing. Krismas tahun depan berniaga balik. Hehe.. Hanya beberapa kedai je yang bukak kat sini. Nasib kami amat baik kerana dari beberapa kedai yang bukak tu, salah satunya adalah Doner Deluxe. Yeszaa.. Dapat juga kami mengisi perut yang cuma berisi roti kering dan kopi dari pagi tadi. Hihi..

Proper parking space kat belakang bangunan
Chinese restaurant ada di mana-mana kat dunia ni ye. Huhu..
Gambar kenangan satu..
Lega bila restoran ni bukak. Hihi..
@ DONER DELUXE

Kami order makanan yang nampak sesuai untuk selera kami. Selesai order, saya tunggu di meja sementara yang lain berjalan mencari kedai souvenir di kawasan sekitar. Sambil menunggu makanan siap, saya memikirkan tentang restoran chinese food dan restoran dari middle-east yang belambak kat dunia ni. Saya terfikir, agak-agak kalau jual nasi lemak kat oversea boleh berjaya ke tak ye.. Ini asyik jumpa chinese food, kebab dan nasi beriyani je. Teringat kisah sorang perempuan yang berniaga laksa penang kat oversea. San Francisco tak silap saya. Memang hati kering betul. Akhirnya berjaya jugak dia. Itulah, kadang-kadang apa yang kita buat mestilah kena penuh semangat, yakin dan berani terima risiko. Kebanyakannya hangat taik ayam je. Tak berani amik risiko. Lepas tu merungut duit takde. Akhirnya mencuri la kerjanya. Huhu.. Tak dinafikan semenjak banyak benda yang naik kat Malaysia, bilangan pencuri pun naik juga. Semuanya nak kaya cepat, tanpa mengira dosa dan pahala. Entahlah..

Kebab.. Makanan halal yang selalu jumpa kat oversea..
Dalam 10 minit menunggu, makanan pun sampai. Tapi diorang masih lagi mencari kedai souvenir. Banyak sangat ke souvenir yang dibeli tu? Hihi.. Nak telefon tak boleh. Saya pun makan dulu sementara makanan masih panas lagi. Tengah melayan beef burger, diorang pun sampai. Tak nampak pun barang yang dibeli. Cuci mata je kot. Hehe.. Sedap juga beef burger dan kebab yang kami order. Yang penting kenyang dan boleh bertahan lama. Hihi..

Layan..
Jemput makan ye. Hihi..
Kenyang betul. Alhamdulillah. Setelah bayar makanan kami yang berharga EUR10.60, jam 1.40 petang kami berjalan semula ke kereta. Kami melalui marketplace untuk mencari toilet. Kelihatan pekerja di marketplace mula mengemas barang. Masing-masing dah tak sabar nak beraya esok hari. Hihi.. Rasanya kalau bukak agak meriah juga marketplace ni sebab ada banyak gerai jualan di sini. Ditambah pulak dengan gerai kat tepi jalan tadi. Mesti happening punya. Hihi.. Banyak kedai yang dah tutup kat marketplace ni. Jangan toilet pun tutup sudah la. Toilet kat sini bukan setakat bukak je, tapi kena bayar EUR0.50/person. Huhu..

Amat peramah pekerja kedai ni..
Gerai di marketplace semua dah tutup. Esok nak raya la katakan. Hehe..
Sila bayar 50 sen ye. Hihi..
Selesai urusan masing-masing di dalam toilet, kami berjalan menuju ke kereta. Bayaran untuk parking cuma EUR1.00. Kami teruskan perjalanan ke destinasi berikutnya. Nampaknya confirm tak dapat nak singgah beberapa tempat yang kami dah set dalam itinerary. Kami terus menuju ke tempat yang paling menjadi keutamaan kami. Harap sempat la sampai sebelum gelap. Agak laju juga saya bawak kereta sampaikan terlupa nak perlahan bila masuk kawasan kampung. Saya macam perasan ada camera flash masa masuk jalan kampung. Kebetulan saya record perjalanan kami. Saya mintak wife saya tengok balik video part masuk jalan kampung tadi. Wife saya kata takde pun nampak cahaya flash dalam video. Fuhh, lega rasanya. Haha.. Andai kata kena speed trap, gambar kereta akan dihantar kat Avis. Masa return kereta nanti baru la tau kena ke tak. Huhu.. Harap tak kena la. Wallahualam..

Mesin tiket langsung takde option dalam english. Huhu..

*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - DIESEL    : RM94.00
  - TOILET   : RM4.70
  - PARKING : RM2.35
  - JUMLAH  : RM101.05

*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
  - COFFEE               : RM4.70
  - DONER DELUXE   : RM49.80
  - JUMLAH               : RM54.50

No comments:

Post a Comment