Saturday, 9 April 2016

JJCP Western Europe: Day 05 (Part #3)

TARIKH:
23 DISEMBER 2015

LOKASI KEJADIAN:
MEMOLI RESTAURANT - P+R HAUS VORST - HARD ROCK CAFE COLOGNE - MOTEL 24H COLOGNE


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Memandu di waktu malam, takde pemandangan yang dapat dilihat melainkan signboard dan garis putih atas jalanraya. Sambil melayan lagu MP3, saya memandu ke destinasi berikutnya iaitu tempat makan malam kami yang terletak di Hengelo, lebih kurang 100km dari Giethoorn. Lokasi restoran halal dari Turkey iaitu Memoli Restaurant saya dapat dari zabihah.com. Walaupun kecewa dengan restoran kat Lelystad tengahari tadi, tapi saya tetap beri harapan yang tinggi terhadap restoran ni. Berdoa sepanjang perjalanan mengharapkan restoran ni bukak. Lapar sangat dah ni. Huhu..

Driving route: From Giethoorn to Memoli Restaurant
@ MEMOLI RESTAURANT

Hampir 2 jam memandu, jam 6.40 petang kami sampai di pekan Hengelo. Akhirnya kami jumpa juga Memoli Restaurant yang terletak di corner lot deretan kedai di kawasan perumahan. Alhamdulillah, restoran masih bukak. Leganya. Bergerak-gerak perut tanda gembira. Hahah.. Saya parking kereta dan masuk ke dalam restoran. Ramai juga customer di dalam. Restoran ni tak berapa besar tapi ada ruang makan tambahan di bahagian dalam. Tengok pada menu yang dipamerkan di dinding, yang kami faham cuma perkataan kebab je. Huhu..

Sampai sudah. Nasib baik restoran ni bukak. Hihi..
Satu hapa pun tak faham melainkan kebab. Huhu..
Kami menunggu giliran untuk order. Agak sibuk pekerja kedai ni menyiapkan makanan. Rupanya ada servis delivery ke rumah. Patutlah telefon asyik berbunyi je. Customer yang ada kat sini pun kebanyakannya order untuk take-away. Hanya dua orang je yang dine-in. Sampai giliran, kami cuba bertanya kalau budak yang ambil order tu faham english. Nasib baik boleh sikit-sikit. Kami tak tau nak order makanan yang mana satu. Kalau boleh tak nak makan kebab. Saya pun tanya ada tak menu yang ada nasi dan daging. Budak tu angguk dan tulis kat kertas. Fa pun amik menu yang sama. Kami order 4 set. Macam confident je budak tu faham apa yang kami nak. Nak tau dia faham ke tak, kita tengok je la bila makanan tu sampai kejap lagi. Huhu..

Homemade yoghurt yang famous di Turkey
Serius betul budak tu amik order. Hihi..
Lama jugak kami menunggu sebab diorang siapkan delivery order dulu. Kami duduk di meja tinggi sambil membaca majalah sukan yang disediakan. Tak baca pun, tengok gambar je. Hihi.. Rasanya diorang ni peminat bolasepak kot. Selain majalah, banyak juga poster bolasepak kat dinding. Dah duduk pun kat Netherlands, mestilah layan bolasepak punya. Even rakyat Malaysia pun ramai yang sokong team oranje. Sedang melayan tengok gambar dalam majalah, jam 7.00 malam makanan kami pun sampai. Fuhh! Tengok je dah tau sedap. Memang betul la budak tu faham apa yang kami nak. Set makanan kami ada nasi, daging, chips dan roti kering. Tanpa cakap banyak, kami terus makan. Rasa dia memang terbaik la. Nasi dan daging amat sedap. Cili hijau bakar tu pun saya makan jugak. Lapar punya pasal. Hihi.. Sama ada kami terlalu lapar membuatkan makanan ni jadi terlampau sedap atau sebaliknya, yang penting perut kami gembira. Hihi. Rasanya memang betul sedap bila tengok bilangan customer yang datang, ditambah pulak dengan delivery order yang tak berhenti-henti. Best!..

Superb food!.. Recommended!.. Thumbs up!..
Puas hati betul makan kat sini. Harga makanan tak pasti lagi sebab tak tau mana satu dalam menu. Huhu.. Tapi sedap punya pasal tak kisah berapa pun harganya. Harga makanan paling tinggi dalam menu adalah EUR15.00. Air tin pulak berharga EUR1.50 satu. Dah boleh agak berapa nilai maksimum yang kami kena bayar. Seperti kata mak saya yang masih saya ingat lagi, tak kisah berapa pun harga makanan yang penting kita puas hati dengan makanan tu. Kalau bayar mahal tapi makanan tak sedap, memang menyumpah tak sudah la jawabnya. Restoran terus kena ban seumur hidup. Takkan datang dah. Hihi..

Rasanya 28/12 sampai 4/1 restoran ni tutup. Hebat betul saya translate. Hihi..
Habis licin kami makan. Cuma roti kering tu kami bungkus untuk breakfast esok pagi. Kami mintak bil kat budak tu. Saya ambil satu lagi air tin sebagai peneman saya ketika memandu kejap lagi. Jauh lagi perjalanan malam ni. Bila tengok bil, kami kena bayar EUR25.00 untuk 2 set makanan dan EUR4.50 untuk 3 air tin. Rupanya menu makanan kami namanya Buftek Schotel, bukan Memoli Speciaal yang paling mahal tu. Entah macam mana pulak rupanya menu special tu ye. Mesti lagi melampau banyaknya. Huhu.. Apa-apa pun kami amat puas hati dengan makanan di Memoli Restaurant ni. Sebelum meninggalkan restoran, kami buang dulu apa yang patut. Lepas ni takde nak berhenti kat mana-mana dah. Terus ke destinasi berikutnya..

GST 6% diserap ye. Restoran tanggung. Hihi..
Jam 7.45 malam kami meneruskan perjalanan melalui motorway dan merentasi sempadan Netherlands-Germany. Apa yang menariknya, masuk je Germany GPS speed limit yang sebelum ni ada terus hilang. Maknanya dah masuk jalan Autobahn. Autobahn adalah jalan motorway di Germany di mana tiada speed limit untuk kenderaan. Takde tol pulak tu. Bestnya. Hehe.. Betul ke kat Autobahn ni boleh bawak laju sepanjang masa? Itu apa yang kebanyakan orang cakap. Haa... memang betul, tapi yang tepatnya bukannya semua Autobahn boleh bawak laju. Ada area yang kena ikut speed limit. Mula-mula saya ingatkan Autobahn ni jalan 6-lane dan semua kereta bawak super laju. Realitinya takde pun macam tu. Sama je macam highway kat Malaysia. Kalau highway PLUS tu standard halaju 110km/h tapi kat area Melaka 90km/h sebab ada banyak angin lintang. Melaka patut pasang wind turbine kat laluan angin tu. Hihi.. Dengar cerita mulai 2016 jalan Autobahn akan ada tol. Tak kisah la, janji kami dah sampai sini dulu. Hehe..

Autobahn road in Germany.. (Ihsan Google Images)
Dah masuk Germany, saya pun bawak la laju sikit. Dalam 130km/h je. Itu pun kemain banyak kereta yang memotong. Saya ikut lane paling kanan. Bila ada lori baru la tukar lane. Berhemah je bawak kat negara orang ni. In fact, kat Malaysia pun saya tak bawak laju. Tambah pulak bila bawak penumpang lain. Kalau bawak sorang-sorang tu lain cerita la. Kadang-kadang laju jugak. Tapi bila bawak motor selalunya laju la. Superbike, memang tak sesuai la bawak slow. Penat badan. Huhu.. Yang penting mata kena alert dan sentiasa berhati-hati. InsyaAllah selamat.

@ P+R HAUS VORST

Driving route: From Memoli to P+R Haus Vorst
Lebih 2 jam jugak saya memandu dari Memoli Restaurant hingga sampai di Cologne. Malam ni kami akan check-in hotel di sini. Tapi sebelum ke hotel, kami singgah dulu di P+R Haus Vorst untuk selesaikan misi collectible items kami. Di Cologne ada Hard Rock Cafe. Kami sampai di P+R Haus Vorst jam 9.50 malam. Parking di sini free, space besar dan bertingkat-tingkat tapi cuma ada beberapa kenderaan je yang parking kat sini. Kawasan parking amat sunyi. Risau juga kami nak tinggalkan kereta kat sini. Saya mencari parking kosong yang berada di antara dua kereta. InsyaAllah selamat. Kebetulan masa kami bukak boot belakang dan bersiap-siap, ada satu kereta tengah lalu dan di dalamnya budak-budak muda. Lagi la bertambah risau kalau diorang pecah kereta kami. Huhu. Tawakal aje lah. Kami naik ke tingkat atas untuk mencari tram station tapi tak jumpa. Mana pulak la letaknya tram station ni. Rupanya bukan kat tingkat atas, tapi kat sebelah luar. Memang tak perasan langsung ada tram station kat luar masa masuk ke dalam parking area ni tadi. Huhu..

Tram station yang terletak di luar P+R Haus Vorst
Kami berjalan ke Haus Vorst Tram Station di luar. Tram baru je lalu dan kelihatan ramai juga penumpang yang turun dan berjalan ke arah parking lot. Makin kurang la kereta yang parking kat situ. Huhu.. Kami menunggu tram berikutnya sampai. Takde orang lain kat sini melainkan kami berempat yang sedang menahan kesejukan sebab station ni open air. Tak nampak pulak mesin tiket kat station ni. Jam 10.10 malam tram no. 7 sampai. Kami naik dan mencari mesin tiket di dalam tram.

Haus Vorst Tram Station
Kena pastikan arah yang betul untuk ke bandar
Saya beli EinzelTicket-Preisstufe 1B yang berharga EUR2.80/person dan valid selama 90 minit. Agak pening jugak masa saya google tentang tiket yang perlu dibeli untuk tram kat Cologne ni. Ada macam-macam jenis tiket. Rasanya tiket yang saya beli ni paling sesuai sebab ianya meliputi 2 zone di Cologne. Nak dijadikan cerita, mesin tiket kat dalam tram ni sama macam di Brussels, tak boleh guna duit kertas. Jenuh la saya keluarkan semua duit syiling sebab nak bayar untuk 4 tiket. Abis terus duit syiling saya. Itupun abang Fikri tolong tambah. Nasib baik ngam-ngam duit syiling kami digunakan untuk beli tiket tram ni. Lega..

Tiket tram berharga EUR2.80/person for 90 minutes
Tak ramai orang dalam tram. Yang warna merah belakang wife saya tu mesin tiket guna duit syiling. Huhu..
Kami duduk dalam tram sambil melihat gelagat penumpang lain. Saya perhatikan muka orang Jerman ni agak kasar juga. Garang semacam je. Mungkin baka Hitler kot. Hehe.. Dengar kata orang Jerman ni kurang friendly. Takpe, kat bandar nanti kita cuba tegur mana-mana locals yang kami jumpa. Nak tengok camna respon diorang. Hihi.. Tengah syok menganalisis muka orang Jerman kat dalam tram ni, hampir terlupa pulak nak check station yang kami patut turun. Nasib baik tak sampai lagi. Hihi..

Train route: Tram no. 7 from Haus Vorst Station to Neumarkt Station
Jam 10.35 malam kami sampai di Neumarkt Station. Saya dengan yakinnya turun dan jalan mencari lokasi Hard Rock Cafe Cologne. Saya masih ingat lagi gambar dalam google map kedudukan Hard Rock Cafe yang dekat dengan tram station. Tapi tetiba saya rasa macam lain je pemandangan kat sini. Macam tak sama je dengan apa yang saya tengok dalam google map tu. Mungkin gambar dalam internet yang lama kot. 10 minit kami berjalan tapi masih tak berjumpa. Saya dah rasa macam salah tempat. Kami berdiri kat depan Museum Koln dan bertanya pada couple yang sedang berjalan di depan kami. Mula-mula lelaki tu kata dia tak tau kat mana letaknya HRC Cologne. Saya mintak wife saya on wifi untuk saya cek kat google map. Tengah menunggu signal wifi, couple tadi datang kat kami dan tunjuk arah ke HRC. Rupanya dia pun google ikut smartphone dia. Terharu rasanya sebab dia cuba bantu kami. Tq!.. Kami ikut arah yang ditunjukkan untuk ke HRC.

Sempat lagi amik gambar kat lantai jalan ni
Kami melalui jalan Neumarkt Passage iaitu shopping street yang famous di Cologne. Tapi semua butik dah tutup waktu ni. Jalan pun clear. Kami berjalan dengan pantas sebab tak pasti waktu operasi Rock Shop kat sini. Takut tutup jam 11.00 malam je. Maka sia-sia je lah kami naik tram datang ke sini. Huhu.. Dari jauh kelihatan lambang Hard Rock Cafe di hujung bangunan. Makin laju kami berjalan. Selalunya kat luar HRC ramai orang, tapi kat sini takde pun orang yang melepak. Lega bila sampai di depan HRC, Rock Shop masih bukak lagi. Apa lagi, kami pun terus masuk dan melihat design t-shirt HRC Cologne.

Walking route: From Museum Koln to Hard Rock Cafe Cologne
Masa untuk memilih design HRC Cologne
@ HARD ROCK CAFE COLOGNE

Nampaknya semua design saya dah ada dalam koleksi. Terpaksa la pilih design yang sama dengan t-shirt HRC yang dah ada kat rumah. Huhu.. HRC sepatutnya buat banyak design lagi. Barulah best bila semua t-shirt koleksi HRC berlainan design. Harap HRC take note ye. Hihi.. Masa nak bayar saya bertanyakan pada staff yang menjaga kaunter tentang tram station terdekat di sini. Dia kata ada satu station kat sebelah luar HRC ni. Rasanya inilah station yang saya cari dalam google map sebelum datang ke sini. Camna boleh silap turun station ni? Buang masa betul. Huhu.. Dah la tiket valid 90 minit je. Saya cuba mintak nak tukar duit syiling. In case terlebih 90 minit masa naik tram nanti terpaksalah beli tiket baru. Tapi staff tu tak bagi. Muka pun berlagak je. Tak jadi nak amik gambar kenangan dengan dia. Huhu.. Lepas bayar kami terus ke tram station yang berdekatan dengan HRC. Sampai je kat tram station tu, baru lah saya tau kenapa kami silap turun station tadi. Nama station yang dekat dengan HRC adalah Heumarkt. Beza huruf H dengan N je. Alahai, kenapalah saya tak alert dengan nama station. Selalunya dalam train atau tram saya mesti tengok senarai nama station. Boleh pulak kali ni saya tak tengok. Sebab tu la bila nampak je Neumarkt Station terus kami turun. Kesilapan yang memenatkan!.. Huhu..

Train route: Tram no. 7 from Heumarkt Station to Neumarkt Station
Jam 11.15 malam kami naik tram no. 7 untuk balik semula ke Haus Vorst Station. Dari Heumarkt Station, tram berhenti di Neumarkt Station. Kelihatan semua penumpang keluar dari tram. Mungkin diorang semua nak tukar tram lain sebab kat Neumarkt Station memang banyak tram yang berhenti. Tinggal kami dan seorang penumpang je yang stay dalam tram. Tram pun bergerak semula tapi laluan route lain dari masa kami datang tadi. Mula-mula ingatkan memang ada route lain untuk ke Haus Vorst Station. Sekali tram berhenti kat tengah-tengah track dan berhenti lama. Takkan la stop terus kot? Camna nak balik ni? Huhu.. Dalam 10 minit menunggu, akhirnya tram bergerak semula. Tapi tram tu pergi semula ke Neumarkt Station. Haduii, apa masalahnya ni.. Badan dah la penat, tram pulak buat lawak tengah malam. Huhu..

Tram clear. Ada sorang mamat kat depan tu..
Kami turun semula di Neumarkt Station. Saya check kat digital board untuk tram yang berikutnya. Jam 11.30 malam tram no. 7 yang berikutnya akan sampai. Bila sampai masa, tak nampak pulak mana tram no. 7 tu. Kat digital board pun dah takde. Pelik sungguh. Mengharapkan masih ada lagi tram no. 7 yang berikutnya, kami mula mencari orang yang boleh tukarkan duit syiling sebab lepas jam 11.45 malam, tiket tadi dah tak valid. Kat tengah station ni ada night market. Peniaga tengah mengemas kedai masing-masing. Wife saya cuba nasib bertanya pada peniaga kat situ tapi sorang pun taknak tukarkan duit syiling. Saya pulak pening memikirkan camna tram no. 7 tadi tak lalu kat station. Bila saya perhatikan betul-betul kat digital board tu, rupanya ada banyak nombor lane kat station ni. Tram no. 7 yang berikutnya akan sampai jam 11.50 malam dan lalu di Lane 6. Saya terus mencari di mana Lane 6. Rupanya ada kat belakang. Patutlah tak nampak tram no. 7 tadi. Huhu.. Kami terus berjalan ke Lane 6. Tram lane kat Neumarkt Station ni berbentuk loop. Di tengah terletaknya night market. Kelihatan ada orang sedang menunggu di Lane 6. Kami cuba nasib lagi mencari orang yang boleh tukar duit syiling. Akhirnya ada dua orang perempuan yang sedang menunggu sudi tukarkan duit syiling kepada kami. Sambil mengira tu dia siap kata kalau naik tram kat sini memang kena standby banyak duit syiling. Dengar bunyi dalam beg duit dia memang terasa banyak betul syiling yang dia bawak. Hihi.. Apa-apa pun kami ucap terima kasih banyak-banyak kat dia.

Tram lane kat Neumarkt Station berbentuk loop. Kena alert tram ikut lane mana satu. Huhu..
Jam 11.50 malam, tram no. 7 sampai di Lane 6. Driver tram turun dan naik semula dengan membawa basikal. Last shift dia la kot. Abis kerja terus kayuh basikal balik rumah. Maknanya tram ni yang paling last untuk ke Haus Vorst Station. Nasib baik la kami sempat sedar lane yang mana satu. Kalau tak memang kena naik teksi la jawabnya. Sediakan je la duit nak bayar teksi. Huhu.. Dalam tram ada mesin untuk tag tiket. Masa naik kat Haus Vorst tadi kami tak tag pun. Sepatutnya kami kena beli tiket baru sebab tiket lama dah tak valid. Tapi kami tak beli pun tiket. Kami tag tiket kami dengan harapan takde orang datang dan cek tiket kami. Andai kata kalau ada, kami dah siap standby berlakon yang kami tak tau tentang validity tiket kami. Tourist la katakan. Hihi.. Kami sampai di Haus Vorst Station jam 12.35 t/malam. Alhamdulillah, takde pun orang datang cek tiket kami. Save sikit duit kami. Hihi..

Muka cool je walaupun tak beli tiket. Hehe..
Kami terus berjalan ke kereta. Hanya ada 3 kereta je kat parking lot. Nasib baik takde apa-apa berlaku kat kereta kami. Kami teruskan perjalanan ke Motel 24H Cologne yang terletak tak jauh dari P+R Vaus Horst. Tak sampai 10 minit kami dah berada di depan motel. Motel 24H adalah antara chain motel yang murah di Germany. Kat Germany takde Campanile Hotel. Hotel Premiere Classe ada tapi agak mahal berbanding Motel 24H. So, the cheaper the better. Hehe..

Driving route: From P+R Haus Vorst to Motel 24H Cologne
@ MOTEL 24H COLOGNE

Sistem check-in kat sini sama seperti di Hotel Premiere Classe. Wife saya uruskan check-in di mesin yang disediakan di pintu masuk. Masalah baru timbul. Nombor booking yang wife saya key-in takde dalam sistem. Padahal dah bayar online. Nampaknya terpaksa la purchase lagi sekali. Nasib baik la harga bilik sama. Esok kena inform kat kaunter tentang hal ni. Takut dia charge dua kali. Baik stay hotel Ibis je camtu. Huhu..

Bahagian luar Motel 24H
Hotel Ibis di sebelah Motel 24H
Mesin check-in. Camna boleh takde nombor booking. Huhu..
Lepas buat bayaran sebanyak EUR33.00/room, kami diberi access number untuk pintu masuk lobi dan bilik. Kami dapat bilik di tingkat bawah. Apa yang tak bestnya, motel ni takde private bathroom. Yang ada dalam bilik cuma katil, tv, penyangkut baju, heater dan sinki untuk gosok gigi dan basuh muka. Toilet dan bilik mandi kat bahagian luar. Maknanya kena berkongsi dengan bilik-bilik yang lain. Kurang privacy. Dah la selipar pun takde. Takkan la nak mandi pakai kasut. Tak mandi la jawabnya esok pagi. Huhu..

Harga semalam di Motel 24H. Ini yang paling murah saya jumpa.
Boleh la setakat untuk tidur je.
Jam dah pukul 1.30 pagi. Tak cukup tidur lagi la nampaknya malam ni. Huhu.. Kami bersiap untuk tidur. Badan terasa amat letih. Banyak betul aktiviti yang kami buat hari ni. Apa-apa pun kami cukup puas hati. Banyak pengalaman yang kami dapat sepanjang hari ni. Itu yang penting. Esok masih banyak lagi benda yang nak dibuat. Kena kumpul tenaga secukupnya. Perjalanan di bumi eropah masih jauh lagi. Banyak lagi pengalaman hidup yang perlu ditempuhi. Harap selamat semuanya. Wallahualam..

Day 05 estimated driving mileage: 480km
*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - TRAM TICKETS  : RM26.30
  - MOTEL 24H       : RM155.10
  - JUMLAH             : RM181.40

**DAY 05 COMPULSORY EXPENSES: RM297.75

*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
  - MEMOLI RESTAURANT : RM138.65
  - JUMLAH                      : RM138.65

**DAY 05 MEALS EXPENSES: RM180.95

2 comments:

  1. Kesian mencari makanan tak jumpa .... anyway, as for me, selalunya kita orang makan kat mana mana restaurant ... our option either vegetarian atau seafood ...

    And another option, selalunya just pergi ke Supermarket dan grab roti, tuna dan buah ... or kadang kadang tuh soup ...

    And mostly kedai kedai minyak ada quick bite ... selalunya ada air panas percuma .. so kalau lapar sangat, ada maggi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang last tu selalu saya buat.. maggi.. Hehe.. Roti, tuna dan buah akan sentiasa jadi makanan dikala emergency as back-up meals. Hihi..

      Delete