Saturday, 2 April 2016

JJCP Western Europe: Day 05 (Part #1)

TARIKH:
23 DISEMBER 2015

LOKASI KEJADIAN:
ZAANSE SCHANS - VOLENDAM - FOTO DE BOER - HOUTRIBDIJK


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kami bangun jam 6.00 pagi. 5 jam je dapat tidur kumpul tenaga. Hari ni agak pack juga perancangan aktiviti kami. Harap dapat bertahan hingga ke hotel seterusnya. Huhu.. Kami bersiap-siap untuk check-out. Sebelum tu kami masak air untuk buat maggi dan air kopi. Malam semalam kami langsung tak makan. Patutlah bangun tidur je terus terasa lapar. Lepas makan saya sempat terlelap kejap. Cadangnya nak bergerak dalam kul 7.30 pagi. Bila tengok pada itinerary memang kena kumpul tenaga banyak-banyak. Tambahan pulak saya memandu. Agak jauh juga perjalanan hari ni. InsyaAllah saya boleh lakukan. Think positive, think oversea!..

Sempat lagi buat bajet perbelanjaan kami
Jam 7.40 pagi kami check-out dan letak beg dalam kereta. Cuaca masih gelap lagi. Sampai kat pintu pagar hotel, kena tekan pulak nombor kod untuk naikkan palang. Ingatkan palang automatik. Terpaksalah pergi ke reception counter balik. Kenapalah tak bagitau masa hantar kunci tadi. Huhu.. Dah dapat nombor kod, tekan dan palang pun naik. Bagus juga cara macam ni. Parking hanya untuk hotel guest. Kalau tak dah tentu orang yang tak stay kat hotel ni selamba parking kat sini untuk naik train.

Tengah menekan nombor kat pagar hotel
Kami teruskan perjalanan ke destinasi berikutnya iaitu Zaanse Schans yang terletak dalam 30km dari hotel. Sampai nanti harap cuaca dah cerah la hendaknya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk ke sana. Jam 8.20 pagi kami dah tiba di Zaanse Schans. Kami mencari parking di pintu masuk. Kawasan parking terletak di depan Zaanse Museum. Rasanya kami group pertama yang sampai di sini. Awal betul. Hehe..

Driving route: From Hotel Campanile Amsterdam Zuidoost to Zaanse Schans
@ ZAANSE SCHANS

Zaanse Schans adalah salah satu tarikan utama pelancong ke Netherlands. Ianya sebuah kampung yang mempunyai ciri-ciri dutch dulu kala di kurun ke-18. Kalau nak tau camna suasana dan kehidupan rakyat Netherlands zaman dulu boleh la datang ke sini. Yang bestnya nak masuk tempat ni free. Cuma kena bayar parking dan beberapa attractions yang ada kat sini. Kami ke sini sebab nak tengok windmill dari dekat. Cadangan asal nak ke Kinderdijk, tapi bila susun itinerary macam tak sempat nak ke sana. Dapat tengok windmill kat Zaanse Schans pun jadilah.

Kawasan perkampungan pelancongan Zaanse Schans
View dari parking area pun dah nampak menarik. Tak sabar rasanya nak explore semua attractions yang ada kat sini. Saya set dengan Fa untuk berjumpa semula di kawasan pintu masuk jam 9.30 pagi. Kena set time. Takut terlebih teruja kat sini nanti tak sempat pulak nak ke tempat lain. Huhu.. Dari kawasan pintu masuk lagi kami dah bergambar. Memang cantik view tempat ni. Tengah syok bergambar, kami ditegur oleh staff di situ. Dia nak amik gambar kami. Dah boleh agak, mesti bila keluar nanti dia mintak kita beli gambar tu. Tengoklah camna. Kalau gambar menarik apa salahnya beli untuk kenangan. Dah tentu takde orang lain nak beli gambar kami. Hahah..

Belum masuk lagi dah banyak gambar kami amik. Tenang je suasana kat sini..
Kami mula berjalan masuk ke Zaanse Schans. Kelihatan kedai-kedai mula dibuka untuk mulakan perniagaan. Kami lintas satu jambatan yang sama bentuk seperti Magere Brug yang kami pergi semalam. Rasanya design jambatan ni memang terkenal turun temurun. Tengah seronok bergambar tanpa ada tourist lain, kami nampak ada satu bas pelancong baru sampai. Yang keluar dari bas adalah pelancong dari China. Dengar suara diorang dari jauh pun dah boleh tau. Alamak, nampaknya kena jalan cepat-cepat sebelum bercampur dengan diorang. Baik amik gambar sebanyak yang mungkin. Huhu.. Bukan nak racist, tapi mintak maaf la sebab kami dah banyak kali terkena dengan group dari China ni. Selain dari suara bercakap yang boleh dengar satu kampung, diorang ni jenis tak amik kisah dengan tourist yang lain. Teringat saya peristiwa di Jeju Island dulu. Punyala kita beratur nak bergambar, diorang main sedap je potong que. Time kami nak bergambar pun diorang interframe. Serius panas hati. Huhu.. Taknak cari pasal, baik larikan diri awal-awal. Hihi..

Replika jambatan Magere Brug ada di sini
Kami teruskan perjalanan. Mana-mana view yang menarik kami bergambar. Pada saya, apa yang membuatkan Netherlands ni menarik adalah kerana banyaknya sungai dan terusan yang mengalir. Bila dah banyak terusan, maka banyaklah jambatan yang cantik-cantik dibina. Jika dibandingkan dengan negara sebelum ni, rasanya suasana dan pemandangan di Netherlands adalah yang terbaik setakat ni. Sebab tu ramai tourist jadikan Netherlands sebagai destinasi utama jika melancong ke Eropah, especially yang sukakan suasana dan pemandangan yang cantik. Kami termasuk jugak dalam golongan tu. Beautiful scenery is always our priority in travelling. Shopping is only an option. Daripada bawak balik handbag LV, baik bawak balik pengalaman berdiri di sempadan Belgium-Netherlands. LV boleh cari kat KL atau beli online, tapi garis sempadan tu kat mana nak order? Biasalah, yang kaya dah tentu misi shopping 24/7. Yang kurang kaya layan pemandangan je la. Shopping pun fridge magnet je. Hihi..

Jumpa windmill yang pertama kat sini
Amik video 360 dulu. Superb view!..
Saujana mata memandang. Subhanallah!..
Kami tak berhenti-henti memuji tempat ni. Kagum betul dengan cara diorang jaga kawasan ni. Itik yang berenang pun muka nampak macam ceria je. Hihihi.. Siapa yang taknak kawasan rumahnya cantik seperti ni? Attitude tu penting. Saya ada terbaca tentang satu kawasan pantai yang orang baru discover kewujudannya di pantai timur. Bila dah viral dan orang pun dah ramai yang datang, akhirnya sampah penuh kat pantai tu. Terus jadi tak cantik dah. Huhu.. Itulah sikap segelintir manusia yang tak menghargai pemberian Tuhan. Nak buat camna, terpaksa terima je lah realiti itu. Kami sampai di kawasan windmill yang sebenar di sepanjang Zaan River. Ada windmill yang masih beroperasi dan ada juga yang dibuka untuk tourist.

Kawasan windmill di sepanjang Zaan River. Angin kuat masa ni. Sungai berombak. Sejuk!..
Kami berjalan sampai ke jeti yang paling dekat dengan windmill. Kami melayan pemandangan sambil menunggu Fa dan husband datang. Amik gambar berempat pun cantik juga kat sini. Harap jangan la Fa sampai dengan group dari China tadi. Abis kecoh atas jeti nanti. Nak bergambar pun susah. Huhu.. Alangkah bestnya kalau pemandangan macam ni ada kat Malaysia. Seingat saya, pemandangan yang paling saya suka di Malaysia adalah semasa saya ke Sabah. Amik gambar view Gunung Kinabalu di belakang. Teramatlah cantiknya!..

Serius cantik pemandangan kat sini..
Gambar kenangan kami berempat di sini
Last picture sebelum tinggalkan jeti ni..
Kami berpatah semula ke arah pintu keluar. Kami singgah sekejap ke kilang membuat keju. Netherlands adalah antara negara terbesar pengeluar keju. Ada macam-macam jenis keju yang dibuat di sini. Tapi kena hati-hati bila mencuba, sebab ada keju yang dicampurkan dengan wain dan bahan yang diragui. Setakat plain cheese tu takde masalah. Ada ditulis kat setiap jenis cheese yang dijual. Agak kecoh keadaan dalam kilang ni. Rasanya tau kenapa. Hihi.. Tahan je la. Kuat jugak orang China ni makan cheese ye. Berketul-ketul diorang beli. Huhu.. Tak dapat dinafikan, orang China kalau bercuti memang bawak duit berkepuk. Shopping sakan. Susah nak jumpa backpackers atau budget traveller di kalangan orang China. Golongan kaya raya ala-ala dato' dalam drama melayu je yang shopping kat oversea ni. Huhu.. Drama bersiri melayu kan popular dengan cerita dato' datin dan cinta je. Tak kuasa nak melayan. Hahah..

Jom masuk dalam kilang keju Catharina Hoevl ni.
Cantik betul cara dia pack cheese ni. Setakat rasa sample je. Tak beli pun. Hihi..
Kami keluar dari kilang cheese jam 9.20 pagi. Kami sempat berborak dengan tourist dari Indonesia. Kakak dan seorang anaknya join trip rombongan group dari China tadi. Terkejut saya bila dia kata dia kena bayar dalam 40juta rupiah seorang untuk trip 5 hari 4 malam ke sini. Lebih kurang RM11,000 tu. Huhu.. Bila saya kata duit yang dia bayar tu sama dengan trip sendirian berhad selama 2 minggu untuk 2 orang, dia pulak terkejut. Hahah.. Untung besar nampaknya travel agent tu. Kami dapat borak sekejap je dengan dia. Biasalah, ikut travel agent memang ada time limit. Hihi.. Lepas ucap selamat, kami mencari Fa dan husband. Diorang dah menghilang ke tempat lain. Harap dia masih ingat yang kami dah set untuk keluar dari sini jam 9.30 pagi. Perut pulak terasa lapar. Makan maggi pagi tadi tak cukup kenyang. Kami ke gerai berdekatan dan beli waffle with caramel, vegetable pizza dan air hot chocolate yang berharga EUR7.00 kesemuanya. Cukup la sebagai tenaga tambahan untuk hari ni.

Tahan je la tengok harga dia. Huhu..
Kita alas perut dulu. Mana la Fa pergi ni. Huhu..
Kami duduk dan makan sambil melihat bas pelancong yang makin banyak di parking lot. Kali ni ada group dari Malaysia baru sampai. Kami beri salam dan mereka respon dengan senyuman. Haa, macam tu la baru rasa syok. Kenapa nak berlagak sombong sedangkan masing-masing dah sampai di sini. Apa bezanya sampai nak eksyen bagai? Macam-macam perangai manusia ni. Huhu.. Kami dah habis makan tapi Fa dan husband still tak nampak batang hidung lagi. Daripada menunggu tak buat apa, kami masuk sekejap kat dalam kedai souvenir. Agak mahal jugak barang yang dijual. Favourite tourist location, dah tentu mark up harga sikit. Huhu.. Kami mencari fridge magnet yang ada tulis Zaanse Schans. Dapat beli satu pun cukupla sebagai tanda kenangan dah sampai di sini.

Banyak jenis souvenir yang dijual di sini. Harga boleh tahan mahal jugak. Huhu..
Kasut kayu ala terompah yang popular dari zaman dulu lagi.. Yang dalam kaca tu dah tentu paling mahal. Huhu..
Kami keluar dari kedai souvenir. Kelihatan Fa dan husband di bangunan sebelah. Harap dia nampak la kami yang tengah menunggu ni. Kami pergi ke booth gambar yang diambil masa sampai tadi dan mencari gambar kami di rak yang dibahagikan ikut negara. Ada ke patut dia letak gambar kami kat bahagian Indonesia. Nak buat camna, muka serumpun memang susah nak dibezakan. Hihi.. Selain dari gambar kami, diorang siap bagi calendar frame dan key-chain yang boleh dibuka untuk letak gambar kami. Harganya EUR15.00. Mak aii, mahalnya. Disebabkan kenangan yang ada kat sini cuma seketul fridge magnet, kami pun beli la gambar tu. Boleh la letak kalendar tu kat opis nanti. Baik betul staff perempuan ni layan kami. Kami berborak dengan dia sementara menunggu Fa sampai. Dia tau tentang Malaysia. Dia kata ramai tourist dari Malaysia yang datang ke sini dan suka dengan attitude orang Malaysia. Dia paling tak suka tourist dari China sebab kecoh semacam. Dah agak dah. Bukan saya buat cerita ye, memang dia sendiri buat statement macam tu. Huhu.. Apa-apa pun kami tumpang bangga bila dia puji negara kita. Hihi..

Tinggi betul orang dutch ni. Friendly pulak tu..
Kelihatan satu lagi bas pelancong masuk ke kawasan parking. Ada group melayu yang turun. Saya tegur sorang pakcik yang datang dengan isterinya bersama dua orang anak bujang. First time bercuti ke luar negara katanya. Dia pun terkejut bila saya kata kami ni travel sendirian berhad. Nak bajet memang camni la caranya pakcik. Hihi.. Tak boleh nak borak lama, nanti tak sempat pakcik tu nak explore Zaanse Schans ni. Sampai masa tour guide panggil naik bas. Baru la kelam kabut nak cari souvenir. Dapat tour guide yang macam kat Jepun dulu memang tension la dibuatnya. Huhu..

Zaanse Schans Map. Ada banyak attraction kat sini. Worth a visit..
Jam 9.50 pagi setelah berjumpa Fa semula, kami berjalan ke kereta. Bayaran parking yang dikenakan ialah EUR9.00. Fuhh, mahalnya!. Dah sama macam parking overnight kat KLIA. Apa boleh buat, bayar je la. Daripada parking kat tepi jalan, kena saman lagi haru dibuatnya. Nasib baik kongsi bayar. Hehe.. Kami teruskan perjalanan ke destinasi berikutnya iaitu Volendam. Wife saya teringin sangat nak ke situ. Banyak kali dia ulang masa saya tengah susun itinerary. Lagi banyak mention Volendam dari Amsterdam. Huhu..

Driving route: From Zaanse Schans to Volendam
Sepanjang perjalanan ke Volendam, pemandangan amat cantik sekali. Kebanyakan rumah di sini ada sungai atau terusan yang mengalir membuatkan kami rasa macam nak duduk kat sini je. Hihi.. Seperti wife saya kata, Volendam ni tempat yang sesuai untuk retirement plan. Sama macam kat Bourton-on-the-Water di Cotswold, England. Memang tenang je jiwa bila duduk rumah macam ni. Cerita pasal bersara, entah masih hidup lagi ke tak time tu. Huhu..

View kehijauan dan terusan yang mengalir tenang di sepanjang perjalanan
Bestnya dapat training bola kat padang camni..
Rumah yang dikelilingi terusan. Serius cantik..
@ VOLENDAM

Jam 10.20 pagi kami sampai di kawasan Volendam. Volendam adalah bandar pelabuhan yang terletak di North Holland. Bandar Volendam takdelah sebesar Amsterdam. Bangunan tinggi pun tak nampak kat sini. Lebih kepada kawasan kampung tepi laut dengan design rumah yang cantik-cantik belaka. Selain daripada view pelabuhan, kat sini juga terletaknya kedai gambar dimana kita boleh bergambar dengan berpakaian tradisi dutch zaman dulu-dulu. Memang itu la yang buat wife saya teringin ke sini tu. Huhu.. Best jugak dapat merasa pakai costume dutch. Bila lagi nak cuba. Hihi..

Dah sampai kawasan perumahan di Volendam
Mesti kat dalam ni ada replika kapal. Hihi..
Saya mengikut arah GPS ke tempat parking kereta yang free. Besar betul parking space kat sini. Dalam 20 bas dengan 100 kereta boleh muat ni. Huhu.. Masa nak parking tu saya perasan ada 2 warna berbeza kat line parking, biru dan putih. Tak tau apa maksud warna tu. Kata free parking, tapi kenapa ada 2 warna? Kalau parking yang ada time limit selalunya ada signboard. Takut salah satu warna tu untuk parking residence kat situ. Entah la, lama jugak saya fikir samada nak parking ke tak. Akhirnya saya belasah je parking kat line biru. Kami berjalan mencari lokasi pelabuhan kat situ. Kalau tengok kat google map, agak jauh juga parking lot ni dengan pelabuhan. Jalan je laa..

Jauh jugak nak menapak. Huhu..
Berjalan di kawasan perumahan mencari di mana lokasi pelabuhan. Macam sesat je. Huhu..
Dalam 10 minit berjalan melalui kawasan perumahan, saya rasa macam dah tersalah arah. Ditambah pulak dengan kerisauan kena kompaun sebab parking kat line biru yang taktau apa maksudnya, kami patah balik ke kereta. Saya set dalam GPS arah ke pelabuhan. Dalam perjalanan kalau ternampak ada parking space saya parking je terus. Dah hampir dengan pelabuhan, kami melalui jalan yang sempit hinggalah jumpa jalan mati. Huhu.. Reverse dan lalu lorong yang lain pulak. Akhirnya jumpa satu parking space di belakang kawasan rumah. Semuanya line biru. Tak nampak pulak ticket machine. Parking jugak lah. Kejap lagi nak tanya orang kedai kat situ apa maksud line biru ni. Dengan harapan ada orang kedai yang tau cakap english. Huhu..

Dapat parking dekat sikit. Hihi..
Kami berjalan di kawasan kedai di situ. Kami bertanya pada sorang perempuan yang baru keluar dari kedai. Malangnya dia tak tau apa yang kami tanya. Wife saya dan Fa masuk ke dalam satu kedai pakaian. Bila wife saya keluar, dia kata nasib baik orang kedai tu tau cakap english. Parking kami tu valid untuk 90 minit, tapi kena display tiket kat dashboard. Orang kedai tu bagitau kedai roti kat sebelah ada jual tiket parking. Kami terus ke kedai roti tu. Wife saya keluar dengan tiket parking yang berharga EUR2.50. Nasib baik murah. Saya berlari semula ke kereta untuk letak tiket kat dashboard. Set pada tiket jam 11.30 pagi padahal baru kul 11.15 pagi. Hehe.. Tiket dia bukan kertas biasa, tapi tebal macam folder dan ada roller bernombor untuk kita set masa start parking kereta. Rasanya tiket ni boleh pakai banyak kali kot sebab takde tanda tarikh atau masa kita beli tiket tu. Tak kisah la, yang penting kami dah parking secara legal selama 90 minit sampai jam 1.00 petang. Barulah rasa lega.. Hihi..

Takde pun tarikh dan waktu kami purchase tiket ni.
Kami berjalan melihat kedai-kedai yang ada di situ. Suasana amat tenang di sini. Di depan kedai ada sungai dan jambatan yang berbentuk seperti Magere Brug. Betul la kata wife saya, tempat ni sesuai betul untuk retirement plan. Hahah.. Dari tadi nampak majoriti orang tua je kat sini. Yang muda dah tentu lari ke Amsterdam. Macam di Korea, yang muda ramai kat Seoul, yang tua pulak ramai kat Busan. Memang busan sungguh. Hihi..

Ketenangan jiwa dapat dirasai di sini..
@ FOTO DE BOER

Seterusnya kami berjalan ke kawasan pelabuhan. Sampai je di pelabuhan terus nampak signboard kedai gambar Foto de Boer. Kami masuk ke dalam kedai dan disambut baik oleh pekerja kedai. Kami bertanyakan tentang pakej gambar costume. Ada macam-macam pakej mengikut saiz gambar dan bilangan orang. Kami pilih pakej gambar 2 orang dengan 2 keping gambar saiz kecil dan sekeping saiz besar yang berharga EUR19.00. Boleh la, asalkan hasrat wife saya tercapai. Saya pun suka juga sebenarnya. Hihi.. Kami naik ke tingkat atas untuk pilih pakaian. Ada banyak sign dalam bahasa melayu kat dalam kedai ni. Nampak sangat ramai orang Malaysia yang datang ke sini. Hihi..

Inilah dia kedai Foto de Boer yang famous tu..
Boleh la pilih pakej mana yang sesuai
Elok pulak tu ejaannya. Hihi..
Di bahagian atas kelihatan beberapa couple sedang menunggu giliran untuk bergambar. Kami tak pilih pakaian. Kami biarkan staf kedai yang pilih mana yang bersesuaian dengan kami sebab pakaian dia ada macam-macam warna dan design. Tak kisah la mana-mana pun sebab semuanya nampak menarik. Bila try seluar, memang standard saiz besar rupanya. Hihi.. Selesai mengenakan costume, kami pilih wooden shoe mengikut saiz kaki kami. Sambil menunggu giliran, kami bergambar dengan kamera sendiri. Ada sorang auntie yang sedang tunggu giliran offer untuk ambilkan gambar. Rugi tak amik gambar banyak-banyak berpakaian dutch ni. Hehe..

Macam-macam gaya ada. Tapi tunjuk yang skema je. Hihi..
15 minit menunggu, akhirnya sampai giliran kami untuk bergambar. Kami diberi beberapa pilihan tema background gambar dan alatan yang nak dipegang. Kami pilih tema suasana di dapur. Kalau pilih tema laut kena pegang stereng kapal. Hihi.. Ikut la mana yang berkenan. Nak pilih semua tema pun boleh, tapi kena bayar extra la. Satu tema pun dah mencukupi sebagai kenangan kami di Volendam. Say cheese!..

Berangan jadi orang belanda kejap. Hahah..
Sekejap je sesi fotografi. Lepas ni Fa dan husband pulak. Ramai lagi yang menunggu giliran. Huhu.. Selesai salin pakaian back to normal, kami turun ke bawah untuk melihat souvenir dan barang yang dijual. Agak murah juga fridge magnet dan t-shirt di sini. Kebetulan kami tak beli apa-apa lagi souvenir from Netherlands untuk anak-anak kami dan family. Semalam kat Amsterdam mana ada kedai souvenir yang bukak melainkan koleksi t-shirt HRC kami. Kami pilih souvenir yang paling menarik dan yang penting murah. Hihi.. Lepas bayar, wife bergamabr kenangan dengan pekerja kedai. Sempoi la diorang ni. Lain macam warna kulit putih diorang ni. Fair and lovely memang tak boleh jual kat sini. Hahah..

Souvenir agak murah di sini. Nampak tu ayat "Sangat Murah!"..
Kenangan dengan pekerja Foto de Boer. Err, gambar saya takde. Huhu..
Kenangan kami di Foto de Boer, Volendam
Impian wife saya nak pakai costume di Volendam dah tercapai. Kami berjalan-jalan di kawasan sekitar pelabuhan. Saya ada bertanya pada pekerja Foto de Boer, salji pernah turun tak kat Volendam. Dia kata dah lama salji tak turun di sini. Semuanya kerana global climate yang dah tak stabil. Dulu start awal November dah turun salji. Sekarang ni hujung bulan Mac pun masih ada salji lagi. Maknanya dah tak berapa feel celebrate Krismas tanpa salji. Tengok movie cerita pasal Krismas kan mesti ada salji. Itu cerita dulu. Bumi dah makin tua sebenarnya. Salji di kutub utara pun dah mula mencair. Salah manusia juga, tak jaga bumi dengan baik. Huhu..

Melayan pemandangan di sekitar Volendam Harbour
Update status la, apa lagi. Hihi..
Macam biasa, bila trip winter jaket tebal memang confirm ada sale..
Setelah puas meronda, jam 12.10 tengahari kami berjalan balik ke parking kereta. Cukup la kenangan kami mencari pengalaman di Volendam especially pakai dutch costume tadi. Ada banyak tempat lagi nak singgah hari ni sementara cuaca masih cerah. Perjalanan seterusnya adalah mencari pengalaman melalui jalanraya yang unik di Netherlands. Saya teringin nak drive lalu jalan empangan. Dari Volendam, perjalanan mengambil masa hampir sejam untuk ke Houtribdijk. Ada satu lagi jalan merentasi empangan di sini iaitu Afsluitdijk yang terletak di sebelah utara. Afsluitdijk sepanjang 32km manakala Houtribdijk cuma 27km. Dapat lalu salah satu dari jalan empangan ni pun dah cukup puas hati. Afsluitdijk agak jauh dari route itinerary kami.

Driving route: From Volendam to Houtribdijk
Pemandangan di sepanjang perjalanan dari Volendam ke Houtribdijk
Jam 1.05 petang kami sampai di persimpangan ke jalan Houtribdijk. Ada signboard amaran angin sebelum nak lalu. Mungkin jika angin kencang jalan ni ditutup kot?. Nasib baik jalan dan cuaca amat baik hari ni. Kami berhenti kejap kat hentian sebelah. Saya nak setting video kamera jap. Boleh pulak masa kat traffic light tadi bateri habis. Rupanya wayar charging buat hal. Huhu.. Terpaksa guna wayar yang lain. Itu la akibatnya bila beli wayar cap ayam kat pasar malam. Dulu ingat semua wayar sama je fungsinya. Tapi sebenarnya ada effect juga especially wayar untuk IPhone. Pernah terjadi plug charger RM10 meletup masa charge phone. Nasib baik tak jadi apa-apa yang buruk. Cuma dinding je hitam. Beringat la bila nak beli charger cap ayam ye. Huhu..

Kita berhenti kejap kat depan tu.
Pantang berhenti, mesti nak amik gambar punya. Hihi..
@ HOUTRIBDIJK

5 minit berhenti, kami teruskan perjalanan melalui jalan empangan Houtribdijk. Di depan kelihatan satu tembok jambatan laluan air untuk kapal melintas. Selalunya jalan darat yang lintas air, tapi kat sini jalan air yang lintas darat. Hihi.. Harap struktur tembok tu kukuh la ye. Kalau bocor memang abis laa. Huhu.. Jangan jadi masa kami nak lalu sudah le. Lepas melalui tembok tu terus nampak laut di kiri dan kanan kami. Angin agak kuat juga sampaikan terasa bergoyang kereta kami. Ini kereta besar. Kalau Viva tak tau camna gegarnya. Bawak pelan-pelan sudah.. Kami menikmati angin dan pemandangan sekitar. Agak-agak air laut kat sini pernah melimpah masuk atas jalan tak? Time ni la nak fikir bukan-bukan ye. Huhu.. For sure pakar engineer diorang dah study siap-siap sebelum bina jalan ni. Kalau terjadi jugak, ianya semua ketentuan Allah. Takde siapa yang boleh nak jangka. Berdoa yang baik-baik je, wallahualam..

Dah mula masuk jalan empangan
Jambatan air untuk laluan kapal dan bot di atas jalan.
Cek kalau-kalau ada kebocoran kat tembok. Huhu..
Jalanraya merentasi laut. Luas mata memandang..
Jalan raya di sini amat smooth dan cantik. Tak banyak pun kereta yang lalu. Di sepanjang jalan ada banyak hentian di tepi untuk kenderaan yang rosak. Agak-agak dah separuh perjalanan, kami berhenti kejap walaupun kereta tak rosak. Jangan la mintak kereta rosak. Nanti planning pun rosak juga. Huhu.. Berhenti sebab saje nak merasa angin laut. Bila lagi nak dapat peluang bergambar kat tengah jalan laut macam ni. Kat Malaysia merasa amik gambar kat jambatan Pulau Pinang je.

Bergambar kenangan di jalan empangan Houtribdijk
Selesai bergambar, jam 1.30 petang kami teruskan perjalanan. Perut dah mula terasa lapar tapi boleh tahan lagi. Lepas dari jalan Houtribdijk ni saya dah set restoran halal dan kawasan masjid di Lelystad. Dengarnya ramai orang muslim yang tinggal di kawasan ni. Harap dapatlah berjumpa dan berborak dengan locals di sini. Mencari pengalaman baru dalam hidup. Wallahualam..

*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - ZAANSE SCHANS PARKING: RM21.15
  - PARKING TICKET             : RM5.90
  - DUTCH COSTUME            : RM89.30
  - JUMLAH                          : RM116.35

*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
  - BREAKFAST : RM32.90
  - JUMLAH      : RM32.90

2 comments:

  1. Saya sependapat dgn tuan. Netherland antara top list saya nk revisit next time. Saya cdg kalau tuan nk revisit lg skali netherland, cuba stay B&B atau homestay. Masa saya pegi ritu saya duduk di Womerveer. Memang damai je suasana kt situ. Yg terkilannya, saya x sempt singgah Volendam. Next time maybe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul. Suasana damai je kat Netherlands ni. Mungkin takkan ke sana dah. Nak cuba ke negara lain pulak. Tapi mana la tau ada kawan yang mengajak ke. Wallahualam.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete