TARIKH:
23 DISEMBER 2015
LOKASI KEJADIAN:
LELYSTAD - AL IMAN MOSKEE - GIETHOORN
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
@ LELYSTAD
Dihujung jalan Houtribdijk terletaknya bandar Lelystad. Sama seperti Volendam, Lelystad hanyalah bandar biasa yang terletak di tepi laut dan ianya adalah ibu negeri Flevoland. Apa yang membuatkan saya ingin singgah di sini adalah kerana dalam zabihah.com ada 3 masjid yang besar di sini dan beberapa restoran halal. Sedang elok la kami sampai waktu tengahari ni. Perut pun dah mula lapar. Hehe..
|
Di penghujung Hourtibdijk terus sampai ke Lelystad |
|
Jalan agak lengang di sini.. |
Jalan raya di Lelystad ada banyak roundabout. Nak lalu kena pastikan masuk lorong yang betul sebab ada divider di setiap lorong. Maknanya kalau nak ke pukul 12 kena amik lorong di tengah sebab memang takleh nak ke pukul 3 atau 9. Kena perhati betul-betul kat tanda atas jalan sebelum sampai roundabout. Kalau silap pun takpe, boleh je pusing 2-3 kali kat roundabout tu. Hihi.. First time saya jumpa sistem roundabout macam ni. Agak sistematik juga. Kalau masuk lorong paling kiri maknanya untuk ke pukul 9. Boleh cuba buat kat Malaysia roundabout camni. Banyak kali jugak kami lalu roundabout untuk sampai ke destinasi berikutnya.
|
Driving route: From Houtribdijk to Lelystad |
|
Ada 3 masjid berdekatan di Lelystad |
@ AL IMAN MOSKEE
Kami mencari salah satu masjid yang ada di sini. Jam 1.45 petang kami sampai di Al Iman Moskee yang terletak di IJssellaan Road. Kami disambut oleh seorang lelaki yang menjaga masjid. Dia boleh cakap english walaupun tak berapa fasih. Yang penting kami faham apa yang dia cakap. Kami pun tak berapa fasih jugak. Hihi.. Dalam masjid kelihatan beberapa lelaki sedang berborak. Kami beri salam dan lelaki tadi tunjukkan tempat ambil wuduk di tingkat bawah dan ruang solat di tingkat atas. Bersungguh-sungguh dia tunjuk kat kami. Mungkin excited sebab ada orang luar yang datang ke masjid ni.
|
Sampai sudah di Al Iman Moskee |
|
Pintu masuk masjid |
|
Tandas dan tempat wuduk amat bersih. Ruang solat juga besar. |
|
Taktau apa dia tulis. Yang pasti itu buku tafsir.. |
Selesai menunaikan solat, saya berborak dengan lelaki yang membantu kami tadi. Dia kata kalau solat jumaat, hampir 500 orang jemaah yang hadir termasuk orang dari luar Lelystad. Kalau masjid ni 500 orang jemaah, kat masjid yang lagi dua tu pun mesti ramai jugak. Kuat juga komuniti Islam di sini. Alhamdulillah.. Kemudian lelaki tu bawa kami ke satu bilik di tingkat bawah. Rupanya ada kedai menjual barang halal dalam masjid ni. Lelaki yang menjaga kedai tak pandai cakap english. Cuma senyum je. Hihi.. Saya mintak kebenaran untuk amik gambar di dalam kedai dan dia mengangguk. Saya beli roti donut yang berharga EUR2.00. Dia siap bagi kami sebotol sorang air oren free. Syukran!.. Really appreciate it..
|
Antara barang yang dijual dalam kedai ni. Kebanyakannya bahan untuk memasak.. |
|
Donut EUR2.00 dan air free. Takde nama brand lain ke donut tu? Hihi.. |
Setelah mengucapkan terima kasih kepada lelaki tadi kerana bagi tumpang kami solat, jam 2.10 petang kami teruskan perjalanan mencari restoran halal di Lelystad. Saya dah set 2 kedai untuk kami pergi sebab satu kedai ni dalam zabihah.com kata bukak watu petang. Takpelah, dah alang-alang kat sini apa salahnya check-out restoran tu. Mana lah tau tetiba dah bukak ke. Kadang-kadang info waktu perniagaan dalam website tak update selalu. Kami ke restoran pertama yang paling dekat dengan masjid, iaitu Eethius Misto.
|
Driving route: From Al Iman Moskee to Eethius Misto |
Tak sampai 5 minit memandu kami dah sampai di Eethius Misto. Ada parking space kat depan restoran, bersebelahan dengan apartment. Kami berjalan ke restoran. Malangnya restoran tak bukak lagi. Tengok ikut pintu, kelihatan ada 2 orang sedang berborak kat dalam. Tapi kerusi semua ada atas meja. Memang sah la belum bukak lagi. Orang kat dalam tu nampak kami di luar tapi takde pun nak keluar untuk bagitau kami kedai bukak ke tutup. Takpelah, takde rezeki duit kami nak bagi kat restoran ni. Huhu.. Kami balik semula ke kereta dan mencari restoran yang kedua.
|
Tak bukak lagi restoran ni. Lapar.. |
Restoran yang kedua adalah Just Taste, menjual western food dan pizza. Teringin betul nak merasa makan pizza halal kat sini especially bila sampai kat Italy nanti. Hihi. Tapi buat masa ni jumpa je restoran halal memang nak makan apa saja. Bila dah jumpa restoran halal tapi tutup membuatkan perut rasa bertambah lapar. Tension betul. Huhu.. Nasib baik restoran kedua ni dekat je.
|
Driving route: From Eethius Misto to Just Taste |
|
Lalu sebelah Al-Firdaus Moskee |
Restoran Just Taste ni terletak di kawasan perumahan dan kilang. Sampai je di depan restoran, saya mintak abang Fikri tengok dah bukak ke belum. Signboard 'OPEN' menyala tapi nampak macam tak bukak lagi. Abang Fikri pun jengok la ikut pintu. Pastu dia bagi isyarat tangan tanda tutup. Haduii.. Tension kali kedua. Lupa pulak nak tanya lelaki kat masjid tadi lokasi restoran halal kat Lelystad. Dah tentu dia tau punya. Ramai muslim kat sini mesti ada banyak kedai halal kat sekitar ni. Takpelah, nasib tak baik juga rupanya nak makan kat Lelystad ni. Mujur tadi beli donut kat masjid. Boleh la buat alas perut. Nak cari tempat lain takut buang masa sebab destiansi seterusnya kena sampai sebelum gelap. Agak jauh juga perjalanan nak ke sana. Baik pergi terus. Makan je la apa yang ada dalam kereta ni. Huhu..
|
Lampu 'OPEN' nyala tapi kedai tutup. Perut lapar memang mudah terasa. Sensitif.. Hihi.. |
Kami teruskan perjalanan ke destinasi berikutnya iaitu perkampungan yang takde jalanraya, Giethoorn. Tempat ni yang pertama sekali wife saya cadang nak pergi masa mula-mula susun itinerary. Teringin nak tengok camna keadaannya bila hanya sampan sebagai mode of transport di Giethoorn. Sebab tu kena sampai masa cuaca masih cerah lagi. Dah gelap kang tak nampak apa-apa pulak. Huhu.. Dah la tengah tension sebab tak dapat makan. So, baik duduk diam-diam dalam kereta. Hehe..
|
Driving route: From Just Taste Lelystad to Giethoorn |
Kami melalui jalan motorway untuk ke Giethoorn. Kami nampak berderet wind turbine di sepanjang jalan. Kurang la sikit tension sebab dapat tengok pemandangan yang cantik kat motorway ni. Kenapa kat Malaysia takde wind turbine ye? Padahal ada je tempat laluan angin kat highway PLUS tu. Mungkin kos dan maintenance untuk bina wind turbine ni tinggi. Tapi kalau pulangannya berbaloi apa salahnya. Demi kesejahteraan rakyat, boleh je nak buat. Tapi sekarang ni bukan masa sesuai nak cerita pasal kos di Malaysia. Biarlah orang yang bertanggungjawab pastikan negara kita sentiasa maju. Sebagai rakyat biasa, kami cuma berusaha cari pendapatan lebih untuk keluarga. Jangan mencuri harta orang lain sudah. Confirm tak senang hidup kat dunia ni. Tu belum kira akhirat lagi. Wallahualam..
|
Banyaknya wind turbine kat sini. Puas hati dapat tengok.. |
|
Alamak, matahari nak terbenam dah ni.. |
|
Ada banyak tasik kat area sini |
|
Sikit lagi nak sampai Giethoorn |
@ GIETHOORN
Jam 3.35 petang kami dah sampai di Giethoorn. Kami mencari parking free yang luas di belakang supermarket yang tak berapa jauh dengan Giethoorn Village. Tak banyak pun kereta yang parking kat sini. Mungkin sebab dah nak gelap, ramai yang dah balik. Kami dengan pantas berjalan menyusuri terusan untuk masuk ke kawasan kampung. Kelihatan beberapa tourist masih ada di sini. Kami disapa oleh seorang lelaki yang offer kami naik bot trip terakhir untuk jalan-jalan di dalam kawasan kampung. Saya menolak dengan baik. Niat nak jalan kaki je dalam kampung tu. Bajet pun ye jugak. Hihi.. Lupa pulak nak bertanya berapa bayaran naik bot untuk seorang. Takut kalau tanya nanti lagi lama kami stuck kat situ. Huhu..
|
Parking Area and Giethoorn Village locations |
Sebenarnya kalau betul nak explore Giethoorn ni baik naik bot sebab kawasan kampung ni agak besar. Nak berjalan kaki kena ada seharian kat sini. Baru rasa puas hati. Tapi kami takde la sampai nak habiskan masa kat satu tempat. Dapat jejak kaki kat bahagian awal kampung pun dah cukup puas hati. Tiada penyesalan. Macam kes kami ke Stonehenge dulu. Ada kawan saya kata rugi kalau tak masuk ke kawasan Stonehenge tu. Kami cuma ronda kat bahagian luar je sebab free. Hehe.. Tapi still nampak Stonehenge dari pagar. Dapat lihat depan mata pun kira berbaloi. Sekurangnya boleh bagi guide kat orang lain cara nak datang ke sana. Hehe..
|
Welcome to Giethoorn!.. |
|
Sungai menemani kami sepanjang perjalanan di Giethoorn |
|
Sebelah kiri tu bot last trip ke Giethoorn Village |
Di sepanjang jalan ke kawasan kampung kami melalui rumah dan kedai yang kebanyakannya dah tutup. Syoknya empunya rumah kat sini. Mesti tenang je hidup dia kan. Hihi.. Dalam 5 minit berjalan kaki, akhirnya kami sampai di pintu masuk Giethoorn Village. Tiada kenderaan yang boleh masuk ke sini. Yang ada cuma denai untuk pejalan kaki dan sungai kecil untuk laluan sampan. Kami mula explore rumah dan bangunan yang ada di sini. Masa dah suntuk. Cuaca pun dah mula senja. Ikut la mana yang sempat. Janji dapat tengok bagaimana kampung ni dibina dengan sungai di sekeliling tanpa jalanraya.
|
Banyak kedai yang dah tutup awal |
|
Di hujung tu pintu masuk ke Giethoorn Village |
|
Dah sampai di pintu masuk kampung |
Di sini bukan hanya ada rumah orang je, tapi museum, gereja, kedai dan restoran pun ada. Macam kampung biasa, yang bezanya cuma takde jalanraya. Kami explore beberapa bangunan dan rumah yang berdekatan. Tak berani nak jalan masuk ke dalam sangat. Cuaca gelap nanti takut sesat tak jumpa jalan keluar. Huhu..
|
Banyak tempat menarik boleh pergi di sini |
|
Giethoorn History Museum |
|
Tak tau bentuk apa replika tu... |
|
Indahnya pemandangan kat sini |
|
Sape punya rumah kat sini ye? Nak berkenalan la. Hihi.. |
|
Takde nyamuk ke kat sini? Huhu.. |
Kagum betul kami dengan pemandangan dan design rumah yang cantik kat sini. Takde masalah nak lalu depan rumah-rumah kat sini, tapi jangan la buat bising. Marah tuan rumah orang datang buat bising. Huhu.. Saya tengok dalam internet, bila musim salji sungai di sini jadi ais dan orang main ice-skating. Bestnya.. Berapa la agaknya harga rumah kat sini ye. Mesti juta-juta punya nih. Huhu.. Tak termampu nak beli untuk retirement plan kami. Hahah..
|
Santai betul restoran open air kat sini.. |
|
Ada rumah untuk dijual la.. Boleh la call tanya harga. Hahah.. |
|
Mengabadikan kenangan di Giethoorn Village. Superb view lah!.. |
Kami masuk ke dalam kedai souvenir yang masih buka. Ada beberapa tourist tengah tengok barang-barang yang dijual. Mula-mula ingatkan mahal barang souvenir kat kedai ni. Boleh tahan murah juga rupanya. Mula lah kami berkira-kira beli souvenir untuk family dan kawan-kawan. Lepas ni kami nak masuk ke Germany pulak. Inilah peluang terakhir untuk cari souvenir di Netherlands. Nak kata murah tu takdelah murah sangat, tapi kira berbaloi jugak beli kat sini. Kena bajet jugak. Bukannya bawak duit banyak pun macam tourist China. Hihi.. Takut kat Germany souvenir mahal. Kalau dah mahal memang beli untuk diri sendiri je la jawabnya. Hihi..
|
Memilih souvenir yang sesuai untuk family dan kawan-kawan.. |
Selesai membeli souvenir yang sesuai, kami keluar dan terus berjumpa Fa dan husband. Kami ceritakan tentang harga souvenir yang murah kat sini. Rasa macam tak cukup pulak untuk family dan kawan-kawan. Kami patah semula ke kedai tadi, tapi dah tutup. Huhu.. Rupanya kami customer terakhir keluar dari kedai souvenir tu. Takde rezeki nak beli lebih untuk kawan-kawan. Harap kat Germany dan negara seterusnya adalah souvenir yang murah. Kat Switzerland jangan harap la. Ramai kawan yang dah ke sana kata barang semua mahal. Even nak ke public toilet pun mahal. Huhu.. Takpe, ada rezeki nanti adalah sesuatu untuk kawan-kawan, insyaAllah.. Cuaca pun dah mula nak gelap. Jam 4.30 petang kami mula meninggalkan Giethoorn Village yang amat cantik dan menuju ke kereta.
|
Bye-bye Giethoorn. Thanks for the sweetest memories.. |
Masa berjalan balik ke kereta, saya baru perasan di Netherlands takde tiang elektrik kat sepanjang jalan. Rupanya semua cable terletak di bawah tanah. Patutlah sejak dari semalam tak perasan langsung wayar elektrik yang berselirat kat tepi jalan. Advance betul Netherlands ni. Mesti guna teknologi terkini untuk selenggara wayar elektrik bawah tanah. Sebab tu la jalanraya kat sini lagi nampak menarik sebab takde tiang elektrik. Tiang lampu ada la. Mungkin ada kelebihan dan kekurangan guna cable bawah tanah. Hanya electrical engineers je yang memahami. Saya ni setakat electric shock tu selalu la kena. Itu sebab saya fobia pasal elektrik ni. Serahkan pada yang pakar je. Hihi..
|
Melayan suasana senja yang sejuk di Giethoorn |
Kami mula meninggalkan Giethoorn jam 4.45 petang. Satu pengalaman yang tak dapat kami lupakan. Memang indah seperti yang dilihat dalam internet. Cuma masa tak mengizinkan kami untuk explore lebih lama lagi di sini. Pengalaman yang sedikit tu sudah cukup untuk dijadikan pengalaman yang terindah dalam hidup kami. Perjalanan diteruskan dalam cuaca yang semakin gelap. Time ni yang lain-lain mula la rasa nak tertidur sebab takde view yang nak dilihat. Saya dah tentu kena tahan mengantuk. Takpe, dengan bantuan lagu rock dalam MP3, insyaAllah mata saya dapat bertahan. Bagus juga bila perut lapar ni. Takde la rasa mengantuk sangat. Harap perjalanan ke destinasi seterusnya lancar dan selamatlah hendaknya. Wallahualam..
*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
- TIADA -
*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
- SNACKS : RM9.40
- JUMLAH : RM9.40
No comments:
Post a Comment