Tuesday, 10 June 2014

JJCP Japan : Day 05 (Part #2)

Tarikh:
26 November 2013
Lokasi kejadian:
Hakone Kojiri - Lake Ashi Cruise - Komagatake Ropeway - Odawara - Hearton Hotel

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

@ Hakone Kojiri

Saya tertidur dalam perjalanan menuju ke Hakone. Bila saya terjaga bas masih lagi belum tiba di destinasi. Jam 3.10 petang barulah kami tiba di Hakone Kojiri Ferry Terminal. Aktiviti seterusnya adalah naik feri di Lake Ashi. Disebabkan ramai yang beratur nak naik feri, kami sempat beli buah epal giant yang berharga JPY320 sebiji. Mahal weh.. Teringin punya pasal. Sebijik pun dah cukup.

Tour bus route from Highland Resort to Hakone Kojiri Ferry Terminal
Masuk terowong je terus terlelap
Bila terjaga terus nampak tasik. Nak dekat sampai la tu
Di kawasan Hakone Kojiri Ferry Terminal
Layan epal giant di jeti
Feri yang akan bawa kami bersiar-siar di Lake Ashi
@ Lake Ashi Cruise

Feri mula bergerak jam 3.20 petang. Jangkamasa feri belayar cuma 15 minit je. Kami tak lepaskan peluang bergambar di semua bahagian feri. Angin yang datang sangat kuat dan sejuk. Kami hanya mampu bertahan. Tak banyak pergerakan sebab terlampau sejuk. Tak dapat bayangkan bila musim salji di sini. Dari Hakone Kojiri, feri berhenti di terminal yang berikutnya, Hakone-en tepat jam 3.35 petang. Kami turun dari feri dan berjalan mengikut group tour ke pintu masuk Komagatake Ropeway. Dari atas feri lagi kami dah nampak ada satu bangunan di puncak gunung dan gondola yang bergerak ke atas. Rupanya itulah ropeway yang bakal kami naik.

Lake Ashi cruise and Komagatake Ropeway
Feri belum gerak lagi dah bergambar..
Wife saya sudah mengalami kesejukan melampau..
Feri mula meninggalkan jeti Hakone Kojiri
Walaupun ada cahaya matahari tapi cuaca teramatlah sejuknya..
Resort di tepi tasik.. Berapalah harga semalam ye..
Antara shrine yang terdapat di tepi tasik..
View gambar dari atas.. Tq Fa..
View gambar dari bawah.. Tq Nuar.. Hehe..
Ada bangunan kat atas puncak gunung tu..
Sampai sudah di jeti Hakone-en.
Kami berjalan di barisan belakang group tour. Sambil berjalan kami bergambar. Lagi sekali kami kene tegur dengan tour guide. Dia kata group tour kami ni dah terlewat dari masa sebenar. Takut tak sempat nak stay lama di puncak dan kena kejar masa untuk naik Shinkansen di Odawara Station. Katanya lagi, kalau kami jenis slow mover dia suruh kami jalan di depan. Aduu laa, nak amik gambar daun pokok pun tak boleh ke? Takde species pokok ni kat Malaysia tau. Huhu.. Tak kuasa nak jalan laju-laju kat depan. Nanti tak dapat nak amik gambar banyak-banyak. Kami just mengangguk kepala je tanda faham arahan yang diberikan. Tapi tetap jalan di barisan belakang. Typical Malaysian attitudes. Hehe..

Species pokok yang nampak rare dan special..
Special daun ni sebab tu kene sound. Hehe..
@ Komagatake Ropeway

Kami beratur naik tangga untuk ke ropeway station. Hanya ada satu je gondola untuk naik dan turun dari gunung. Tengok pada signboard, next ropeway jam 4.00 petang. Tengok jam kat tangan baru pukul 3.50 petang. Ada 10 minit lagi. Bukan main suruh jalan laju-laju ye. Huhu.. Sambil menunggu gondola turun, kami bergambar lagi di dalam station.

Naik tangga untuk ke Komagatake Ropeway Station..
Raut wajah yang jelas menunjukkan keterujaan untuk naik gondola. Hehe..
Kaunter tiket. Kami tak payah bayar. Dah masuk dalam pakej tour..
Ada 10 minit lagi untuk sebelum gondola sampai
Dawai yang digunakan untuk memegang gondola.. Kuat ni..
Di tiket tertera info tentang Komagatake Ropeway
Gondola sudah sampai.. Yeay..
Amik gambar sekeping dua dulu sebelum naik..
Besar juga gondola ni. Daripada info, ia boleh muat dalam 101 orang sekali naik. Biar betul? Harap dawai yang mengikat gondola ni dapat bertahan. Info dari tour guide, gondola di  sini belum pernah jatuh lagi. Huhu.. Adalah keyakinan sikit. Jujur yang saya ni memang gayat naik benda alah ni. Kisah naik gondola di Pulau Langkawi beberapa tahun yang lalu masih segar dalam ingatan. Dah la gayat, boleh pulak gondola tu berenti kat pertengahan jalan. Untuk amik gambar pemandangan katanya. Lagi la takut.. Dah tau takut tapi naik jugak. Huhu.. Itu semua pengalaman.. Bayangkan la, sebatang dawai je yang mengikat gondola. Macam-macam teori dan andaian ngeri boleh keluar. Harap diorang sentiasa buat inspection kat dawai tu. Tapi insyaAllah takde apa-apa yang berlaku. Kami melangkah masuk ke dalam gondola. Rasanya tak sampai 50 orang ada kat dalam tu. Ringan sikit. Hehe.. Baca doa apa yang patut..

Bila tengok pemandangan macam ni, hilang kejap rasa takut..
Makin jauh ke atas gunung..
Rileks je muka dia. Selalunya dia lagi takut dari saya.. Huhu..
Aiseh.. Jauh lagi ke nak sampai puncak..
Perjalanan gondola sejauh 1800 meter tu mengambil masa 7 minit untuk sampai ke puncak. 7 minit yang menyeksakan kepada orang yang fobia pada ketinggian. Sampai je kat station di puncak, saya antara yang terawal keluar dulu. Huhu.. Lega.. Di puncak terdapat banyak lokasi yang menarik untuk bergambar. Luas juga puncak gunung ni. Ada shrine yang terletak di atas bukit. Kami berdua tak pergi sampai ke situ. Hanya tengok dari jauh je. Fa dan husband habis semua tempat diorang ronda sambil membawa tripod. Suka tengok orang yang suka bergambar ni. Saya ke satu sudut di mana view Mt. Fuji amat jelas dan cantik dari jauh. Tambah pula hari dah senja, lagi cantik mata memandang. Ramai juga orang yang tunggu giliran untuk bergambar. Sambil menunggu giliran bergambar, saya tolong amikkan gambar. Sampai giliran kami, diorang pulak tolong amikkan gambar. Fa dan husband dah hilang entah ke mana. Biarkan romantic couple tu melayan perasaan berdua-duaan. Hehe..

Fa dan husband berposing di tepi ropeway station
Ada banyak trail untuk mendaki di sini..
Salah satu trail mendaki. Nun jauh disana kelihatan Mt. Fuji..
Cantik sungguh pemandangan Mt. Fuji di waktu senja
One of my favourite picture.. Love it!
Setelah puas bergambar, kami berjalan ke arah sudut yang lain. Ada teleskop disediakan untuk lihat pemandangan tasik di bawah gunung. Tapi kena bayar JPY100 untuk guna teleskop tu. Takpe, tengok dengan mata kasar pun dah cukup. Walaupun cuaca senja tapi amat jelas pemandangan di persekitaran. Tiada kabus yang menghalang. Angin tak payah cerita la, memang open air kat puncak gunung ni. Lagi sejuk dari di bawah. Melayan perasaan di atas puncak gunung berdua.. Romantiknya.. Hehe..

Shrine di atas bukit. Kami wakilkan Fa dan husband untuk ke sana. Hehe..
Gaya je lebih. Tak nampak apa pun. Hehe..
Indah sungguh dunia ciptaan Tuhan..
Matahari dah nak terbenam..
Sudah-sudah la bergaya dengan teleskop tu..
View of beautiful Lake Ashi.. Superb!
View dari kamera di lantai sebab tak bawak tripod. Huhu..
Masa untuk turun semula ke bawah.. Memang puas bergambar di atas puncak. Kalau la time ni ada monopod dah lama memory card full, penuh dengan gambar selfie. Hehe.. Kami menunggu gondola yang tiba untuk bawa kami turun pada jam 4.40 petang. Itu adalah trip yang kedua terakhir. Kami tak nampak Fa dan husband. Mungkin diorang masih belum puas bergambar. Takpelah, masih ada satu lagi trip terakhir jam 5.00 petang nanti. Kalau trip tu diorang terlepas, terpaksalah bermalam di puncak. Hehe.. Tepat jam 4.40 petang, gondola membawa kami turun ke bawah. View Mt. Fuji di waktu senja yang cantik dapat dilihat dari cermin gondola. Itulah pandangan Mt. Fuji yang terakhir kami.

Beratur untuk trip gondola jam 4.40 petang
Wicket means a small door.. Ingat salah eja ticket tadi..
Bye-bye Mt. Fuji..
Jam 4.50 petang kami dah berada di depan tour bus. Sementara menunggu Fa dan husband turun jam 5.00 petang, saya sempat berborak dengan 2 orang tourists, sorang dari US dan sorang lagi dari New Zealand. Hmm, kedua-duanya negara yang saya teringin nak pergi. Bila saya sebut dari Malaysia, terus diorang kata "Twin Tower huh?". Rupanya kedua-dua mereka pernah datang ke Malaysia atas urusan kerja. Yezzaa.. Memang betul twin tower menjadi landmark Malaysia. Mana taknya, asal gambar poskad je mesti twin tower. Asal twin tower je mesti gambar poskad. Hehe.. Berbangga saya jadi rakyat Malaysia. Saya pun bertanya la beberapa soalan tentang negara diorang especially New Zealand. Bila la agaknya dapat naik caravan jalan-jalan di sana. Huhu.. Hebat jugak saya boleh speaking dengan diorang. Walaupun agak pelik susunan ayat, apa yang penting diorang tau apa yang saya cakap dan saya faham apa yang diorang tanya. Hehe..

Dah sedia di luar bas.. Sudah sampai ke penghujung tour..
Jam 5.10 petang Fa dan husband beserta tourists yang lain dah masuk ke dalam bas. Perjalanan terakhir kami bersama tour bus menuju ke Odawara Station. Ada beberapa option untuk tourists pilih di akhir sesi tour, bergantung pada lokasi masing-masing. Ada yang turun dari ropeway tadi terus naik teksi ke hotel di kawasan sekitar. Ada juga yang naik bas atau Shinkansen balik ke Tokyo. Kami pilih option untuk turun di Odawara Station dan naik Shinkansen menuju ke Shin-Osaka Station. Perjalanan di waktu malam membuatkan saya tertidur hingga sampai di Odawara Station. Nak tengok kat luar tingkap pun tak nampak apa-apa. Baik tidur je. Huhu..

Perjalanan dari Hakone-en ke Odawara Station yang mana saya habiskan masa dengan tidur..
@ Odawara Station

Jam 5.50 petang wife kejutkan saya sebab kami dah sampai di Odawara Station. Takde masalah pun kalau tertidur. Sure tour guide tu kejut punya. Sebab dari mula tour pagi tadi rasanya lebih 10 kali dia ulang ayat yang sama, mengatakan kami berempat akan naik Shinkansen di Odawara Station. Hehe.. Bas berhenti agak jauh sikit dari pintu masuk station. Terpaksa la kami berjalan mengangkat beg yang berat masuk ke dalam station. Masa ni pun tour guide tu berulang kali sebut suruh naik Shinkansen Hikari jam 6.08 petang, jangan terlepas. Kalau terlepas, kami kena naik Shinkansen Kodama dimana train akan berhenti kat setiap station. Jadi lama nak sampai ke Shin-Osaka. Kalut betul tour guide tu. Tapi secara positifnya, bagus cara dia menjadi tour guide. Dah tentu dia pentingkan masa dan tourists dia. Kalau ada salah atau komplen nanti dia jugak yang tak senang duduk. Memang begitu cara orang Jepun bekerja, cepat serba serbi. Walaupun tak puas hati dia sound kami selalu lambat tapi kami tetap respect dia. Selepas ucap selamat tinggal kat tour guide, kami terus ke kaunter untuk amik tiket Shinkansen. Tepat jam 6.08 petang Shinkansen Hikari 523 meluncur laju menuju ke Shin-Osaka. Sambung tidur balik. Hehe..

Shinkansen Hikari 523 from Odawara Station to Shin-Osaka Station
Shinkansen reserved seat ticket from Odawara to Shin-Osaka
Sampai di Shin-Osaka Station tepat seperti yang tertulis di tiket, jam 8.26 malam. Seterusnya kami kena naik train yang lain untuk ke Osaka Station sebab hotel kami terletak di sana. Walaupun dekat, tapi disebabkan barang yang berat dan kami pulak dah keletihan, maka kami amik keputusan untuk naik teksi je. Walaupun saya dah study bahawa naik teksi di Jepun tambangnya agak tinggi, tapi kepenatan mengatasi segalanya. Tak kisahlah berapa pun nak bayar, asalkan keluar je dari teksi terus nampak pintu masuk hotel. Betul-betul punya penat ni. Huhu.. Saya berjalan ke arah taxi stand di luar station. Tengok pada signboard memang tak faham. Ada banyak jenis teksi, ikut pada saiz. Saya ternampak satu teksi yang terletak jauh sikit dari taxi stand. Kalau kat Indonesia dah tentu geng teksi sapu, jenis tak ikut meter. Main suka-suka je letak harga, lagi tinggi kalau tourists. Huhu.. Takkan kat Jepun pun ada kot. Selamba je lah. Nak tanya orang kat situ pun susah nak faham. Saya terangkan pada driver nama hotel kami. Dia angguk je. Betul ke tak, wallahualam. Tapi bila sebut Osaka lagi dia angguk. Kira betul la tu. Hehe..

Taxi route from Shin-Osaka Station to Hearton Hotel Nishiumeda
Dalam teksi abang Fikri pun melayan la driver tu. Rasanya macam masing-masing kurang faham tapi nampak macam smooth je perbualan. Ikut fahaman sendiri kot. Hehe.. Layankan aje driver tu. Yang saya tau dia sebut hotel kami "Hirrton Hoteru". Pastu sebut "Rich maann". Bahasa Jepun takde huruf 'L' agaknya. Masa saya belajar bahasa Jepun kat sekolah dulu, diorang tak guna huruf ABC tapi guna suku kata seperti 'Ka Ki Ku'. Ada tiga level, Hiragana, Katakana dan Kanji. Kanji paling kompleks, dah macam tulisan cina rupa dia. Nama selalu ditulis dalam huruf Katakana. Kalau sebut nama saya, "Khairul" jadi "Kairuru". "Anuar" jadi "Anuaa". Lebih kurang camtu la bunyi sensei Yuka Fujisawa sebut nama saya masa kat sekolah dulu. Ada lagi rupanya saki baki ilmu dan kenangan bahasa Jepun dalam diri ni. Kisah silam 20 tahun yang lalu. Hehe..

Ejaan nama saya dalam tulisan Katakana. Cara sebut: "Ka-i-ru-ru A-nu-a-a". Hehe
Back to the topic. Sambil teksi bergerak menuju ke destinasi, saya jenguk jugak meter tambang. Macam laju je pergerakan nombor kat meter tu. Huhu.. Tengah sedap berborak, driver tu pun berhentikan teksi. Terkejut saya sebab dia stop kat depan Hilton Hotel!. Patutlah dia sebut "rich man". Not so rich man la kawan.. Huhu.. Saya sebut balik nama hotel kami. Guna suku kata Jepun. Nasib baik dia tau slang saya sebut "Hiiarton Hoteru". Angguk kepala tanda dia faham. Dia pun bawak kami ke Hearton Hotel sambil sebut berulang kali nama hotel tu, "Hiaarton Hoteru". Hehe.. Boleh pulak kat Osaka ada Hilton Hotel. Nasib kami agak baik sebab Hearton Hotel terletak dekat je dengan Hilton Hotel. Kalau la jauh, dah tentu makin galak meter teksi tu bergerak. Huhu..

@ Hearton Hotel Nishiumeda

Sampai di depan Hearton Hotel Nishiumeda jam 8.50 malam. Tambang yang dikenakan JPY1080. Lebih kurang RM35.00 untuk perjalanan yang tak sampai 5 km.. Hmmm.. Takpe, kongsi bayar 4 orang. Yang penting tak perlu mengangkut beg yang berat tu berjalan jauh. Lagipun dapat merasa pengalaman naik teksi di Jepun. Hehe.. Selesai bayar pada driver teksi, kami terus masuk ke dalam hotel untuk check-in. Tak sabar nak masuk bilik untuk berehat.

Reception counter di Hearton Hotel Nishiumeda
Selesai check-in, kami naik ke bilik 1614. Bilik agak selesa untuk 2 orang. Bilik besar sangat macam suite pun buat apa. Hotel kat oversea memang tujuan utama ada 3 je iaitu untuk tidur, mandi dan membuang (mudah sebab ada paip. Hehe..). Tambah satu lagi, cerek untuk masak meggi. But the most important thing for me is privacy. Kalau boleh taknak la duduk hostel yang terpaksa kongsi bilik air. Kalau trip solo boleh le consider. Takpelah bayar lebih sikit untuk keselesaan dan privacy. TV pulak kalau ada channel HBO kira bonus la. Selalunya TV yang tengok kami sebab tertidur akibat keletihan aktiviti seharian. Saya perhatikan ada satu decoder kat bawah TV. Lebih kurang macam astro decoder tapi lagi besar. Terdapat satu ruang/slot untuk masukkan duit. Saya tengok pada katalog yang ada di atas meja. Rupanya slot tu untuk menonton channel khas. Kalau nak tengok kena bayar JPY600 untuk satu session/malam. Channel sama macam di UK dulu, kategori 18SX. Cuma Japan version unik sikit sebab ada coin slot. Huhu.. Kena hati-hati kepada family yang bawa anak-anak yang duduk di bilik berasingan. Make sure mintak pihak hotel disable channel tu. Bahaya.. Inilah antara salah satu perkara yang negatif tentang Jepun, di mana pornografi adalah suatu perniagaan dan salah satu punca pendapatan rakyat Jepun. Bukan negara Islam pun, apa ada hal. Dalam kelebihan sesebuah negara, ada juga kekurangannya. Pandai-pandailah kita ikut mana yang positif ye.

Bilik yang selesa untuk 2 orang
Toilet ada bathtub. Boleh berendam air panas.. Hehe
Cerek yang unik. Sekali masak untuk sekali minum je..
Perhatikan decoder bawah TV tu.. Pay and watch out! Hehe..
Selipar di Jepun sama macam terompah, kiri dan kanan sama bentuk..
Kami turun ke bawah semula mencari kedai untuk membeli makanan. Di sebelah hotel terdapat kedai runcit ala-ala Family Mart iaitu Heart-in. Kami beli roti dan air untuk makan malam dan juga sebagai bekalan untuk esok hari. Selesai membeli, kami naik semula ke bilik untuk bersihkan diri. Nak makan roti je tak cukup kenyang. Kami masak air untuk makan meggi pulak. Hari ni 2 kali kami makan meggi. Kena bagi kenyang secukupnya. Huhu.. Kalau terlalu lapar pun susah jugak nak tidur. Selesai makan, kami berehat. Tak pasti jam berapa kami tertidur. Memang penat sangat aktiviti hari ni. Tidur untuk kumpul sebanyak tenaga yang boleh. Sebab esok menanti satu lagi aktiviti yang sudah pasti akan memerlukan tenaga maksima. Wallahualam..

Bekalan makanan..
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Giant apple: RM10.40
  - Taxi            : RM17.50
  - Foods         : RM40.10
  - Jumlah       : RM68.00

**Day 05 Expenses : RM68.00

*Website yang membantu:

Lake Ashi Cruise

Komagatake Ropeway

Hearton Hotel Nishiumeda

No comments:

Post a Comment