Tarikh:
26 November 2013
Lokasi kejadian:
Fuji Visitor Center - Mount Fuji - Highland Resort
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Jam 5.30 pagi lagi kami dah bangun. Kemas semua barang. Hari ni kena standby awal sikit sebab nak ikut tour bus. First time guna khidmat tour bus dalam sejarah trip oversea kami. Kami amik tour ni pun sebab termasuk dalam pakej hotel yang kami booking masa Matta Fair haritu. Kalau tak amik lagi rugi. Tengok je la camna kami cuba adapt dengan sistem tour yang mementingkan ketepatan masa tambahan pula negara Jepun. Huhu.. Mesti rushing jadinya..
|
Amik gambar breakfast slip sebagai kenangan |
|
Accommodation card pun amik sekali.. Huhu.. |
Jam 7.00 pagi lagi kami dah turun untuk breakfast. Kami buat last check takut ada barang yang tertinggal. Thank you room 2217 Prince Hotel!. Such a nice hotel to stay. Selesa!. Recommended kepada yang bakal datang menginap di Ikebukuro. Sampai di bawah kebetulan cafe pun baru dibuka. Menu breakfast macam biasa, roti salut butter dan fresh orange. Huhu.. Jadilah buat alas perut.
|
Tq Prince Hotel.. Banyaknya sampah bawah meja. Hehe.. |
|
View from window. Pagi yang gelap, kini sudah terang.. Lalala.. |
|
Takde orang pun kat taman dibawah pagi-pagi ni |
Jam 7.45 pagi tour bus akan memulakan perjalanan dari Prince Hotel. Selesai breakfast, jam 7.30 pagi kami ke kaunter untuk check-out. Alhamdulillah urusan check-out tiada masalah. Kami tak amik apa-apa pun dalam bilik tu kecuali toiletries dan selipar hotel buat souvenir. Hehe.. Kelihatan Fa dan husband dah sampai di lobi hotel. Driver bas tolong angkatkan beg dan kami masuk ke dalam bas. Rupanya kami yang terawal naik bas. Huhu..
|
Mt. Fuji Confirmation Slip dari JTB Malaysia |
|
Orang pertama di dalam bas.. |
|
Muka blur je.. Letih mengemas pagi tadi.. |
|
Kene bagi kertas ni kat hentian berikutnya.. |
Rupanya bas yang kami naik ni bukanlah tour bus. Tapi bas transit untuk ke station berikutnya. Nanti kene tukar dengan tour bus yang sebenar. Patutlah tak ramai orang naik bas. Disebabkan beberapa penumpang je yang naik dari Prince Hotel dan bila semuanya dah ada dalam bas, jam 7.45 pagi bas bergerak ke station berikutnya, Hamamatsucho Bus Terminal. Sempat juga Fa amik beberapa gambar pemandangan dan orang ramai yang keluar bekerja..
|
Lori simen yang bakal memulakan kerja.. |
|
Kalau drive kene guna GPS.. English version ya.. |
|
Orang ramai mula berjalan ke tempat kerja |
|
Makin ramai. Tapi tak seramai di Shibuya.. Huhu.. |
|
Cool giler tengok uncle tu naik basikal tayar kecik.. |
|
Inilah bas transit kami dari Prince Hotel.. |
|
Transit bus route from Prince Hotel to Hamamatsucho Bus Terminal |
Jam 8.45 pagi bas tiba di Hamamatsucho Bus Terminal. Kami berpindah naik bas yang lain pulak. Barulah ramai penumpang. Tepat jam 9.00 pagi tour bus bergerak menuju ke Mt. Fuji. Pengalaman baru bakal tercipta. Dalam bas, tour guide bagi penerangan tentang tour dalam bahasa inggeris. Boleh la faham sikit english slang Japan, 'Janglish' (ada ke terms Janglish? Mana ada.. Lebih kurang macam Spanglish le.. Hehe..) 5-6 kali jugak la dia ulang benda yang sama. Naik bosan pun ada juga. Huhu.. Mungkin itu cara orang Jepun kot. Ulang banyak kali supaya diri sendiri lebih mudah faham. Dalam perjalanan yang dapat kami buat hanya melihat pemandangan dari tingkap bas. Tengok pokok yang berwarna warni di sepanjang highway.. Setelah hampir satu setengah jam di dalam bas, barulah view yang kami dinantikan, iaitu pemandangan Mt. Fuji di hadapan mata kami. Tour guide tu kata ada 5 station untuk laluan bas sampai ke bahagian yang paling tinggi di Mt. Fuji. Mungkin hari ni bas cuma boleh sampai paling tinggi pun di 4th Station je. Nak naik sampai ke 5th Station bergantung pada cuaca. Pagi tadi katanya laluan untuk ke 5th Station masih tutup. Takpe lah, mungkin takde rezeki nak sampai di station yang paling atas. Sampai 4th Station pun dah cukup baik.
|
Nombor seat pun ada.. Tak boleh duduk sesuka hati ye.. |
|
Kerusi yang selesa untuk orang Asia yang bersaiz sederhana.. |
|
Kalau saiz orang Europe yang berbadan besar.. Aduhaii.. Huhu.. |
|
Ada kerusi lipat extra khas untuk kanak-kanak.. |
|
Pemandangan di sepanjang highway.. |
|
Tambah view suasana kampung di Jepun.. |
|
Mt. Fuji tersergam indah di depan bas.. |
|
Inilah rupa tour guide kami. Nama dia pun tak sempat nak tanya.. |
|
Warna putih tu yang buat Mt. Fuji berbeza dari gunung yang lain |
@ Fuji Visitor Center
Jam 10.40 pagi bas berhenti di Fuji Visitor Center yang terletak di kaki Mt. Fuji. Tour guide tu tunjuk jam yang ada di dalam bas. Dia bagi masa 20 minit je untuk meronda di situ. Tepat jam 11.00 bas akan bergerak naik ke Mt. Fuji. Huhu.. Itu pasal la saya tak berapa berminat nak jalan-jalan ikut tour ni. Kene set alarm kat jam tangan, takut terlajak.. Hehe.. Semuanya kerana pakej hotel tu la. Layankan aje.. Di tingkat atas Fuji Visitor Center, pelawat berpeluang untuk amik gambar berlatarbelakangkan Mt. Fuji yang amat cantik. Cuma waktu je tak sesuai sebab silau cahaya matahari. Kalau time senja mesti superb amik gambar kat situ.
|
Tour bus route from Hamamatsucho Bus Terminal to Fuji Visitor Center |
|
Tour bus kami |
|
Fuji Five Lakes map yang terletak di sekitar Mt. Fuji |
|
Fuji Visitor Center. Yang open kat atas tu tempat amik gambar.. |
|
Dah macam gambar poskad je view dari sini |
|
Amik jugaklah gambar sebagai kenangan.. |
Selesai bergambar, kami masuk ke dalam Fuji Visitor Center di tingkat bawah. Masa tinggal lagi sepuluh minit je ni. Kat dalam tu macam-macam jenis souvenir dijual. Kami memilih yang mana berkenan sebagai kenangan. Time beratur nak bayar yang lemah tu. Panjang barisannya. Huhu.. Ada tourist yang potong-Q, ada jugak yang bagi barang dan duit kat orang depan mintak tolong bayarkan. Semua kelam kabut sebab masa dah suntuk. Selesai membayar, kami berjalan laju ke arah bas. Naik je bas terus kena sound dengan tour guide. Tengok kat jam dalam bas, pukul 11.01 pagi. Lewat seminit, tapi sound gila-gila punya macam kami ni lewat sejam. Orang Jepun kalau bercakap memang bersungguh-sungguh. Nampak macam marah, tapi rupanya normal. Hehe.. Siap cakap kalau lagi sekali kami lewat, dia tinggalkan aje. Wahh.. sedap hati je nak tinggalkan orang ye. Kami pun bayar la untuk tour ni. Tapi bila fikir balik, ini adalah TOUR, bukan INDEPENDENT. Ok, sori ye tuan. Janji tak lewat dah. Nak buat camna lagi, buat bodo je la. Huhu.. First time join tour, di negara yang pentingkan masa pulak tu. Memang kene sangat la. Boleh dijadikan sebagai pengalaman hidup ni. Tajuk pengalaman: "teguran serius dari tour guide". Hehe..
|
Dalam Fuji Visitor Center. |
|
Yang ni baru betul gambar yang diambil dari poskad |
@ Mount Fuji
Seterusnya bas bergerak menuju ke kaki Mt. Fuji melalui jalan Fuji Subaru Line. Ada banyak lagi jalan lain untuk ke puncak Mt. Fuji. Tapi selalunya bas untuk tourists akan melalui jalan ni. Lepas melalui tol, bas bergerak naik bukit menuju ke puncak. Dari tingkap bas, kelihatan tompokan salji di tepi jalan. Mesti sejuk kat luar ni walaupun cahaya matahari terik bersinar. Hampir 20 minit mendaki bukit, akhirnya kami tiba di Osawa View Point iaitu di 4th Station. Kelihatan jalan untuk naik ke 5th Station ditutup dengan pagar. Tak dapat nak merasa view paling tinggi di Mt. Fuji. Huhu.. Tour guide bagi masa 20 minit untuk view dan bergambar di sekitar kawasan. Kami tak melepaskan peluang bergambar. Pergerakan yang pantas, takut kena sound lagi. Hehe.. Baru je 10 minit di situ, tour guide bagitau pagar untuk naik ke 5th Station dah mula dibuka untuk bas. Dengan cepat kami naik bas. Akhirnya merasa jugak kami naik sampai ke 5th Station. Bas kami yang pertama bergerak naik ke atas. Yezzaa..
|
Tour bus route from Fuji Visitor Center to 5th Station via Fuji Subaru Line Tollroad |
|
Fuji Subaru Line Tollgate |
|
View Mt. Fuji yang makin dekat dari pandangan |
|
Osawa View Point di 4th Station |
|
Ada tompokan salji yang keras dan licin |
|
Merasa jugak bergambar dengan salji walaupun sikit je. Huhu.. |
|
Tinggi 2020 meter. Macam wawasan pulak.. |
|
Ada petunjuk di view point yang kami tak faham apa maksudnya.. |
Dari 4th Station menuju ke 5th Station cuma mengambil masa 15 minit. Jam 12.05 t/hari kami sudah menjejakkan kaki di 5th Station. Kami berjalan laju mencari tandas. Bukan sebab tak tahan, tapi sebab nak kejar masa. Nanti kene tinggal kat 5th Station kang. Hehe.. Cuaca amat sejuk. Saya pulak tak pakai long john. Memang tak bawak langsung datang ke Jepun ni. Dulu masa kat UK saya pakai tapi cuaca tak sejuk sangat masa tu. Bila nak ke Jepun, saya tengok la weather forecast. Lagi tinggi suhu berbanding di UK. Jadi saya pun decide tak payah bawak long john. Wife saya pun sama le. Hehe.. Padan muka kami. Dengan pakaian jeans corduroy dan light jacket beserta t-shirt nipis di dalam, menahan kesejukan la kami. Huhu.. Faktor angin yang kuat membuatkan cuaca bertambah sejuk. Telinga dan hidung dah rasa kebas. Itulah, lain kali kena beringat. Bukannya berat pun long john tu. Apa la salahnya kalau bawak kan? Nak save space dan berat luggage kononnya. Huhu.. Pengalaman tu.. Pengalaman la sangat. Seperti ayat favourite wife saya: "Semakk betul".. Hehe..
*P/S: Dalam google map, kita boleh tengok street view mode kat puncak Mt. Fuji. Hold icon orang kaler oren tu dan letak kat puncak Mt. Fuji. Siap ada gambar pendaki lagi. Cubalah.. Google Map memang terbaik!..
|
Up, up and away!.. |
|
Lagi dekat dengan puncak.. |
|
Hati-hati.. Jalan licin.. |
|
Sampai sudah di 5th Station |
|
Superb view of Mt. Fuji.. |
|
Saujana mata memandang.. Ciptaan yang maha Esa.. |
|
Kontrol.. Walaupun hidung dan telinga dah kebas.. |
|
Sejuk pun ku gagahi jua bergambar macam ni.. |
|
Bergambar kenangan bersama di 5th Station.. Best!.. |
|
Sebelum ni pegang ais kat dalam peti sejuk je. Hehe.. |
|
Yang terawal sampai di bas. Mesti tour guide kagum kan.. |
@ Highland Resort
Awal kami masuk dalam bas sebab tak tahan sejuk. Takut demam je, lagi susah. Tepat jam 12.30 t/hari bas mula menuruni Mt. Fuji. Berakhirlah sudah kenangan kami di 5th Station yang takkan kami lupakan. Perjalanan seterusnya menuju ke Highland Resort. Sampai di Highland Resort jam 1.20 petang. Masa untuk lunch. Untuk tour ni diberi pilihan samada nak provide lunch ataupun tidak. Kami memilih untuk taknak amik lunch. Taktau apa menu lunch yang dihidangkan. Baik makan makanan kami sendiri, iaitu mee segera. Huhu.. Takde masa nak masak nasik dah. Mihun sup Pama yang pedas tu menjadi menu lunch kami. Jadilaa.. Ada cafe di sebelah Highland Resort tapi kami memilih untuk makan di luar je. Cari port yang cantik sikit kat tepi pokok. Wife saya masuk ke dalam cafe untuk mintak air panas. Staff cafe tu kata tak boleh makan di luar. Mungkin undang-undang kat Jepun kot, takleh makan merata kat area resort. Kat taman seperti di Yoyogi Park mungkin boleh. Malas nak pindah tempat, kami selamba je duduk kat atas para kayu kat luar cafe tu. Harap staff tu tak halau kami. Sambil melayan angin sejuk, sedap jugak mihun yang dimakan. Alhamdulillah.. Selesai makan, kami berjalan di kawasan sekitar sambil bergambar dan berehat di lobi resort..
|
Highland Resort yang terletak berdekatan dengan Fuji Visitor Center |
|
Menuruni Mt. Fuji.. |
|
Amat santai makan kat luar macam ni.. |
|
Tempat letak payung di lobi resort.. |
|
View Mt. Fuji dari lobi resort |
|
Highland Resort |
|
Sempat lagi bergambar berlatarbelakangkan Mt. Fuji.. |
|
Kenangan terakhir sebelum Mt. Fuji hilang dari pandangan.. |
Tour guide bagitau masa untuk berkumpul semula di lobi resort jam 1.50 petang. Jam 1.40 petang lagi kami dah standby kat lobi. Lagi sekali membuatkan tour guide merasa kagum. Hehe.. Tepat jam 2.00 petang bas kami meninggalkan Highland Resort menuju ke destinasi yang lain pulak.. Kami melayan perasaan masing-masing di dalam bas sambil menunggu masa untuk tiba di lokasi seterusnya dengan penuh harapan.. Wallahualam..
|
Awal dah tunggu di lobi. Muka tour guide pun tak nampak lagi.. Hehe |
*Kos wajib untuk 2 orang:
- Tiada -
*Website yang membantu:
Sunrise Tours
Fuji Visitor Center
Fuji Subaru Line 5th Station
Highland Resort
i wish i can visit japan someday. beautiful place!
ReplyDeleteyup.. really beautiful country to visit.. a nice people too!..
Deletesaya berminat nak mendaki gunung fuji. boleh bgtau berapa kos transport dan penginapan tokyo - mt fuji - tokyo tak?
ReplyDeleteSaya guna tour agency untuk trip ke Mt. Fuji. Itupun sebab dapat harga diskaun lepas booking bilik hotel di Tokyo. Saya pernah terbaca tentang independent trip ke Mt. Fuji. Tak pasti ada public transport untuk sampai ke checkpoint paling atas atau tak. Boleh google agency yang provide trip mendaki puncak gunung Fuji. Untuk penginapan di Tokyo, option yang paling murah adalah hostel. Boleh cuba google Hana Hostel, agak famous juga di kalangan pelancong Malaysia. Harap penerangan saya dapat membantu.. Tq for reading my blog!.. :)
DeleteBerapakah harga tour agency untuk trip ke Mt. Fuji bagi seorang ?
ReplyDeleteUntuk agency Sunrise Tours, pakej standard tanpa diskaun adalah bermula dari JPY11000 @ RM357.50 (currency rate: JPY1000 = RM32.50). Untuk kanak-kanak JPY5,500 @ RM178.75. Saudari boleh pilih pakej mana yang bersesuaian dengan itinerary saudari. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)
Deletesalam nak tanya. dekat area fuji ada halal food? and kalau tour mahal tak yang dari sana? tq
ReplyDeleteSalam John Appleseed..
DeleteSaya tak jumpa halal food di area fuji. Saya pilih tour package without meal. Masa tour group berhenti makan, kami cari port kat luar restoran dan makan maggi/roti yang kami bawa.
Saya juga kurang pasti mahal ke tak kalau beli tour package dari sana. Tour package yang saya ambil agak murah sebab ia termasuk bayaran hotel.
Tq for reading my blog!.. :)