Tarikh:
25 November 2013
Lokasi kejadian:
Tokyo Disneyland
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ke-4 di Jepun. Jam 6.00 pagi lagi kami dah bangun. Bukan kerana nak masak nasik, sebab nasik dah sedia masak sebelum tidur tadi. Bangun kerana kesejukan yang melampau. Saya memang tak boleh nak tidur lama dalam aircond. Mesti senang terjaga. Pelik jugak bunyinya. Selalunya orang lagi nyenyak tidur dalam aircond. Manusia ni macam-macam perangai. Hehe.. Tentang hal nasik, memang dah taknak masak dah sebab amik masa yang lama. Tapi bila pikirkan trip untuk hari ni cuma makan waktu malam, maka terpaksa jugaklah masak nasik. Sambil melihat keadaan luar hotel yang masih gelap melalui tingkap, kami menyiapkan diri untuk menambah pengalaman hidup yang baru. Tenaga yang dah kami refill masa tidur cukup agaknya untuk aktiviti hari ni. Let's get started!.. Jam 8.00 pagi kami dah turun ke bawah hotel. Breakfast dulu untuk extra energy..
|
Roti, jagung rebus dan fresh orange.. Jadi laa.. |
Jam 8.45 pagi, setelah selesai breakfast ala kadar, kami keluar dari hotel berjalan kaki sama seperti semalam, menuju ke hotel MyStays berjumpa Fa dan husband. Cadangan asal nak naik dari Ikebukuro Station dan berjumpa di Tokyo Station, tapi rasanya baik pergi sama-sama. Lagi mudah dan save phone credit. Hehe.. Sampai di luar hotel jam 9.10 pagi. Fa dan husband dah sedia menunggu. Kami berjalan menuju ke Otsuka Station. Sampai di Otsuka Station jam 9.30 pagi. Kami terus naik JR Yamanote Line menuju ke Tokyo Station.
|
Bergambar kenangan di luar hotel.. Walaupun esok ada lagi.. Huhu.. |
|
Jalan raya di luar Prince Hotel. Simpang masuk highway rasanya.. |
Perjalanan train dari Otsuka Station ke Tokyo Station mengambil masa 28 minit. Sampai je kami mencari train untuk ke Tokyo Disneyland. Kami naik JR Keiyo Line terus ke Maihama Station. Tak ramai pun penumpang kat dalam train. Weekdays kot. Hari bekerja. Perjalanan untuk ke Maihama Station mengambil masa 17 minit. Alhamdulillah, akhirnya kami tiba di Maihama Station jam 10.20 pagi. Keluar je dari train baru nampak ramai orang. Tapi tak seramai waktu weekend atau cuti sekolah. Saya ada terbaca dalam blog, kalau pergi time cuti sekolah di sana ataupun musim panas, silap haribulan tak dapat nak naik semua permainan kat dalam Disneyland. Kalau dapat pun lepas dah beratur berjam-jam. Teringat saya masa trip ke Universal Studios Singapore dulu. Kena beratur hampir 2 jam untuk naik game Transformers yang tak sampai 10 minit tu. Gila lah.. Tapi trip kami ni tak kisah cuti sekolah atau tak, sebab kami memang tak masuk pun dalam Disneyland. Jalan-jalan kat luar je. Melawat tapak la katakan.. Hehe..
|
JR Yamanote Line from Otsuka Station to Tokyo Station |
|
Takde orang pun dalam train.. Tenang.. |
|
JR Keiyo Line from Tokyo Station to Maihama Station |
@ Tokyo Disneyland
Keluar je dari Maihama Station ada signboard penunjuk arah yang besar. Arah kiri untuk ke shopping complex iaitu Ikspiari Town. Train station untuk mengelilingi kawasan Disneyland ada di situ. Arah kanan pulak untuk ke pintu masuk Tokyo Disneyland. Kami jalan kaki ke arah kanan dulu. Agak besar kawasan Disneyland ni sebab ia bergabung dengan Tokyo DisneySea. Sampai di pintu gerbang Disneyland, kami tak melepaskan peluang bergambar. Walaupun dari luar je tapi dapat layan suasana persekitaran pun dah cukup baik. Kelihatan orang dah mula ramai masuk ke dalam Disneyland. Kami singgah di souvenir shop yang terletak di tepi pintu masuk. Sungguh besar kedai souvenir ni. Harga pun besar jugak. Huhu.. Dapat sekeping dua fridge magnet untuk kenangan sudah memadai untuk kami. Tak lupa juga souvenir untuk anak kami di Malaysia..
|
Sungguh besar Tokyo Disneyland dan DisneySea sampaikan ada train khas mengelilingi kawasan.. |
|
Our walking route destination at Tokyo Disneyland |
|
Ruang jalan kaki yang luas untuk ke pintu masuk Disneyland dan Ikspiari Town |
|
Gambar sign Maihama Station pun nak ambik jugak.. |
|
Jalan ke pintu masuk Disneyland |
|
Di pintu masuk souvenir shop |
|
Gerbang untuk ke Disneyland |
|
Cantik pintu gerbang Tokyo Disneyland |
|
Gaya macam nak melangkah masuk je.. Hehe.. |
|
Kenangan bersama di Tokyo Disneyland |
|
Walaupun tak masuk tapi tetap puas hati sebab dah sampai.. |
|
Bersedia nak masuk ke souvenir shop |
|
Replika jam besar di dalam souvenir shop |
Selesai membelek barang souvenir kat dalam kedai, kami keluar dan menuju ke arah Ikspiari Town. Fa dan husband masih belum puas ronda dalam souvenir shop tu. Kami set masa untuk berjumpa kat pintu masuk Ikspiari Town. Dari pamphlet yang kami ambil kat pintu masuk, agak besar dan banyak juga kedai kat dalam Ikspiari Town ni. Konsep shopping complex yang agak open nampak santai dan menarik. Duty-free shop dan cinema pun ada. Restoran memang banyak, tapi takde yang boleh dimakan.. Huhu..
|
Pamphlet info tentang Ikspiari Town |
|
Di pintu masuk Ikspiari Town |
|
Kawasan luar Ikspiari Town yang cantik |
|
Menunggu Fa sambil update status.. Semestinya.. Hehe |
Jam 12.00 t/hari Fa dan husband sampai. Kami terus ke arah Resort Gateway Station. Tak dapat nak masuk ke dalam Disneyland, dapat naik train keliling kawasan pun dah cukup best. Hehe.. Kalau masuk dalam Disneyland tak tau pulak pukul berapa nak keluar. Miss semua agenda yang lain. Harga tiket untuk naik Disney Resort Line adalah JPY250/person. Ada 4 station semuanya. Setakat nak keluar dari train untuk ambil gambar, kemudian masuk balik train berikutnya tak menjadi masalah. Asalkan jangan keluar dari pintu pagar station. Dari ticket machine nak ke platform di atas pun ambil masa yang panjang. Bergambar le, apa lagi. Asal nampak menarik je bergambar. Tu yang bagus jalan-jalan secara independent ni. Tak perlu risau tentang masa. Sukahatilah nak bergambar sampai shopping complex dah tutup pun boleh. Hehe..
|
Ticket machine di Resort Gateway Station |
|
Aiseh.. dah pro beli tiket guna mesin maa.. Hehe.. |
|
JPY250/person untuk pusing keliling resort.. |
|
Asal jumpa view menarik je bergambar.. Free la katakan.. Hehe.. |
|
Staff jaga tiket pun diajaknya bergambar.. |
|
Disney Resort map |
|
Menunggu train sampai di platform.. |
Jam 12.20 t/hari train sampai. Dari luar train dah nampak cantik dengan tingkap berbentuk kepala mickey mouse. Belum masuk dalam train lagi. Dah tentu beratus gambar dalam train ni je. Huhu.. Bila masuk memang betul seperti jangkaan.. Berwarna-warni ikut konsep Disneyland. Train belum gerak lagi dah bergambar. Huhu..
|
Amik gambar Fa dan husband dalam train.. |
|
Diorang pulak amik gambar kami.. |
|
Mickey mouse window.. |
|
View pintu gerbang masa kami mula sampai tadi.. |
|
Di Tokyo Disneyland Station.. Cantik bangunan kat sini |
|
View pintu masuk Disneyland dari station.. |
|
Lengang.. Baru puas kalau nak bermain.. Tak perlu beratur panjang.. |
|
Menunggu train untuk ke station berikutnya |
|
Train dah sampai pun nak bergambar lagi.. |
Cukup puas walaupun sekadar bergambar di station. Ada rezeki boleh datang lagi bawak anak-anak, insyaAllah. At least mak dan ayah dah tau selok belok negara Jepun ni. Takde la menganga dan blur bila datang lagi sekali. Selesai bergambar, kami tunggu train yang berikutnya. Tak sampai 10 minit kami di platform, train pun sampai. Masuk je dalam train kami terus teruja. Rupanya train yang ini lagi meriah dengan konsep yang lebih warna-warni. Belum sempat duduk dah bergambar.. Terima kasih banyak-banyak kepada pencipta digital camera. Boleh capture banyak gambar dan boleh view cantik ke tak gambar yang diambil. Kalau tak cantik boleh delete je. Bayangkan zaman kamera guna filem dulu. Mau hati-hati amik gambar. Silap capture dah tak boleh reverse.. Time cuci gambar je menyesal sebab dalam gambar mata tertutup. Huhu..
|
Tunggu pintu train bukak dulu.. |
|
Orang tak ramai memang mudah sikit nak bergambar.. |
|
Kerusi kosong pun berdiri sebab nak pegang benda tu.. |
|
Kawasan parking kereta, still banyak lagi kosong.. |
|
Pabila tukang amik gambar diambil gambarnya.. |
|
Walaupun jarak perjalanan dekat tapi tetap ada staff yang jaga |
Kami tak turun di Bayside Station kerana cuma view hotel dan resort je. Kami turun di hentian berikutnya, Tokyo DisneySea Station. Bila difikirkan, memang tak cukup sehari kalau betul-betul nak masuk ke dalam Disney Resort ni. At least dua hari, sehari di Disneyland dan sehari di DisneySea, baru boleh dapat kepuasan maksima. Pada saya, dua hari tu macam-macam tempat boleh pergi kat Jepun ni. Ikut pada tujuan masing-masing. Trip seminggu tak sesuai nak masuk Disneyland melainkan memang itu tujuan utama datang ke Jepun.
|
View DisneySea dari station |
|
Cantiknya pemandangan pintu masuk ke DisneySea.. |
Selesai dan puas menikmati pemandangan di kejauhan, kami meneruskan perjalanan terakhir dalam train menuju ke hentian pertama, Resort Gateway Station. Tamat sudah perjalanan kami mengelilingi Disney Resort menggunakan train. Jam 12.50 t/hari kami turun dari platform dan berjalan-jalan cuci mata di Ikspiari Town. Takde apa pun yang kami nak beli sebab agak mahal barangan yang dijual walaupun duty-free. Dah macam duty-tak free je namanya. Hehe.. Sungguh tinggi cost of living di Jepun ni. Tak tau kenapa ada juga orang suka shopping di sini. Banyak sangat duit kot. Tak dinafikan ada juga barang yang murah di sini tapi majoritinya memang mahal. Kena pandai cari dan tau harga semasa barang tersebut di Malaysia. Kalau ada yang murah boleh la beli. Kadang-kadang kepuasan membeli di luar negara pun menjadi faktor juga. Contohnya beli kasut yang berharga sama atau mahal sikit dari Malaysia. Disebabkan lokasi beli di Jepun tu yang buat rasa lain sikit feel dia. Beli ajinomoto pun lain kot feel dia? Saya tak boleh nak nilai, sebab saya takde duit yang sangat banyak.. Hehe..
|
Teringin jugak nak bergambar sambil pegang benda tu.. Hehe |
|
Cantik bangunan kat Disney Resort ni.. Klasik.. |
|
Ikspiari Town. Open concept sama seperti Johor Premium Outlet.. |
|
Ukiran di dinding Ikspiari Town.. Superb view.. |
Sebelum meninggalkan Tokyo Disneyland, kami berehat sekejap di luar Ikspiari Town sambil berbincang destinasi seterusnya. Sempat juga kami melihat bagaimana jukebox yang berfungsi lain dari yang lain. Ada satu jukebox terletak di luar Ikspiari Town. Kalau nak dengar muzik, kene masukkan JPY200 dalam slot. Kemudian muzik pun keluar. Yang uniknya, mesin jukebox ni bukan yang selalu ada dalam restoran tu, tapi jukebox ni keluar muzik live. Rupanya ada orang duduk kat dalam jukebox tu. Respect bila ada orang yang sanggup duduk dalam tu lama-lama. Nasib baiklah cuaca sejuk. Cuba mintak dia buat kat Malaysia tepat jam 12.00 t/hari. Mesti taubat taknak buat dah. Hehe..
|
Masukkan duit dalam slot.. Kene sebut lagu yang dipilih dalam senarai |
|
Keluar muzik live.. Hehe |
|
Close-up sikit.. Kreatif sungguh.. |
Selesai tengok beberapa performance dari pemain muzik jukebox tu, kami mula meninggalkan Tokyo Disneyland. Kami naik semula train menuju ke Tokyo Station. Dah pukul 1.30 petang, perut dah berbunyi sama macam muzik jukebox tadi. Huhu.. Sebab tu kami terpaksa masak nasik malam tadi walaupun terasa malas. Takpe, biar sampai ke destinasi dulu baru makan. Keluar berdua boleh la makan tak ikut time. Kalau bawak anak-anak jangan haraplah nak delay waktu makan, sure mengamuk punya. Nak ke tandas pun on-the-spot je.. Tak boleh nak tahan dah.. Lambat sikit seluar pun basah.. Basah ok lagi, takut unsur pepejal pun keluar.. Huhu.. Kat Jakarta dulu nyaris nak kena.. Kalau kat rumah memang dah selalu hadapi situasi tegang macam tu. Sakit perut, lari masuk toilet. Tengok kat pintu takde seluar. Bila tanya kenapa tak bukak seluar, jawapan dua patah perkataan je, "tak sempat" katanya.. Pengalaman hidup jugak tu.. Kerenah anak-anak. Layankan aje. My wife can handle that. Hehe.. Back to the topic.. Kami menunggu train untuk sampai ke Tokyo Station dengan penuh rasa kelaparan.. Harap dapat bertahan.. Wallahualam..
*Kos wajib untuk 2 orang:
- Train tickets : RM16.25
- Jumlah : RM16.25
*Website yang membantu:
Tokyo Disney Resort
Ikspiari Town
No comments:
Post a Comment