Friday, 6 June 2014

JJCP Japan : Day 04 (Part #2)

Tarikh:
25 November 2013
Lokasi kejadian:
Kamata - Yuzawaya - Queen's Square Yokohama - HRC Yokohama - Khazana Restaurant

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kami sampai di Tokyo Station jam 1.45 petang. Destinasi seterusnya adalah ke Kamata. Apa yang menarik di sana? Semuanya tentang wife saya yang teringin betul nak tengok kain Japanese Cotton. Ada satu blog menceritakan tentang kedai kain di Kamata. Tapi blog tu tak tunjuk lokasi sebenar kawasan kedai tu. Nanti sampai sana boleh la tanya orang ramai, dengan harapan ada yang faham. Hal bantu-membantu sudah menjadi tradisi orang Jepun. Terbaik..

Cuaca semasa di Tokyo.. Sejuk la jugak..
Antara line yang popular.. Keihin-Tohoku Line..
@ Kamata

Jam 1.50 petang kami naik JR Keihin-Tohoku Line menuju ke Kamata Station. Perjalanan mengambil masa 24 minit. Bila sebut 24 minit memang betul-betul 24 minit tau. Efisien sungguh train kat Jepun ni. Masa itu emas. Hehe.. Jam 2.15 petang kami dah berada di luar Kamata Station. Still confuse, nak keluar ikut kiri atau kanan station? Saya cuma ingat gambar kat google map ada roundabout besar di luar station, tapi kiri dan kanan pun ada roundabout besar. Kami keluar ke arah kanan dulu. Yakin betul sebab saya nampak roundabout besar dan pintu masuk ke Sunrise Shopping Street, sama seperti yang saya tengok dalam google map. Main ingat dalam kepala macam tu je. Letih saya study sebelum sampai ke sini. Hehe..

JR Keihin-Tohoku Line from Tokyo Station to Kamata Station
Sunrise Shopping Street.. Exit yang betul dah ni..
View Kamata Station dari roundabout yang besar di tengah jalan..
Ada kawasan rehat di tepi Kamata Station. Boleh la nak berehat sekejap sambil makan makanan yang dibawa. Cuma risau dengan burung yang banyak kat situ. Takut najis jatuh melekat atas kepala je. Huhu.. Mungkin burung kat sini educated sikit, hormat visitor sama seperti rakyatnya. Hehe.. Dengan penuh tawakal, kami pun makan je la kat situ. Lauk sardin menjadi hidangan utama. Walaupun dah sejuk tetap juga makan sebab perut dah mula keluar macam-macam genre lagu. Hehe..

Wahai burung.. Tolong berdisiplin sikit ye..
Melayan makanan yang dibawa.. Refill energy..
Selesai makan, jam 2.40 petang kami berjalan masuk ke Sunrise Shopping Street. Sambil berjalan tengok barangan yang dijual, kami mencari kat mana letaknya kawasan menjual kain Japanese Cotton. Dalam blog yang saya baca dia cuma cerita kedai kain tu terletak berhampiran dengan shopping street ni. Mungkin ada di lorong sebelah atau di seberang jalan. Tak perlu rushing. Jalan-jalan cuci mata. Banyak juga kedai ala-ala Daiso kat sini. Kedai JPY100 yang mana lagi murah dari Daiso di Malaysia. Satu barang RM3.25.

Patung yang terdapat di depan Sunrise
Pintu masuk Sunrise Shopping Street
Kami singgah di kedai majalah. Kat sini majalah yang dijual beserta dengan free gift sekali. Macam-macam free gift ada ikut pada jenis majalah. Beli majalah, pastu buang, amik free gift je. Huhu.. Nak baca pun bukannya tau. Tengok gambar je la yang boleh. Harga majalah pun takdelah mahal sangat, dalam JPY500 hingga JPY1000. Jika dibandingkan dengan free gift yang dapat seperti beg kecil LeSportsac, memang berbaloi sangat-sangat. Hehe.. Kami meneruskan perjalanan sampai ke hujung shopping street. Sunrise Shopping Street ni ada dua lorong. Pergi dan balik kami ikut lorong berlainan. Dapat merasa tengok semua kedai yang ada. Sambil berjalan kami tengok simpang yang ada, kalau-kalau ternampak kedai kain tu. Malangnya tak berjumpa juga. Tanpa disedari Fa dan husband hilang dari pandangan kami. Mungkin diorang masuk ke dalam kedai masa kami berjalan di depan. Takpe, nanti boleh sms jumpa di lokasi tempat makan tadi.. Kami berjalan patah balik ke pintu masuk tadi. Cuba mencari kedai kain di jalan luar pulak..

Belek baju yang murah-murah.. Hehe..
Kedai majalah.. Satu hapa tak faham.. Huhu..
Dalam majalah ada free gift.. Kat kulit depan ada bagitau free gift apa.. Pilih je..
@ Yuzawaya

Jam 3.30 petang masih lagi tak berjumpa kedai kain tu. Cuaca dah mula senja. Kami mencari orang yang kami rasa boleh berbahasa inggeris. Cari yang pakai kot maybe boleh rasanya. Huhu.. Tapi semuanya jalan laju, macam kejar sesuatu. Malas nak tahan dan bertanya.. Takut diorang urgent nak ke destinasi masing-masing. At last, kami berjumpa sorang guard (tak pasti guard atau polis). Kami bertanyakan tentang kedai kain yang besar di sini. Susah jugak nak explain, siap buat macam-macam bahasa isyarat lagi. Huhu.. Akhirnya setelah 5 minit kami explain, barulah dia faham. Dia kata "Yuzawaya?".. Ye la kot? Kami pun tunduk kepala sambil sebut "hait, hait.." Hehe.. Dia pun bawa kami ke arah kedai kain tu. Rupanya tak jauh pun dari Kamata Station. Cuma terselindung di sebalik bangunan Tokyu Plaza. Lepas lalu terowong di bawah Tokyu Plaza tu terus nampak betapa besar dan panjang kedai kain Yuzawaya ni. Ada banyak bangunan dan bahagian kedai kain Yuzawaya ni. Wife saya jadi teruja terus. Huhu.. Kami masuk ke kedai pertama yang kami lalu dulu.

Inilah dia salah satu kedai kain Yuzawaya..
Tengok betapa banyak bangunan kedai kain Yuzawaya ni..
Kain Japanese Cotton.. Saya tak berapa arif tentang kain ni.. Huhu
Cerita tentang kain.. Saya memang tak tau jenis-jenis kain ni. Kalau bagi merasa dengan jari, tak tau pun apa material dan jenis kain tu. Orang perempuan lain sikit. Isteri saya memang suka bab-bab kain ni. Katanya kain Japanese Cotton ni kualiti terbaik. Kalau tengok pada corak pulak, pada saya sama je, baik English Cotton mahupun Japanese Cotton. Isteri saya kata lain corak bunga pada kain Japanese Cotton ni. Entah la.. Saya ikutkan aje. Yang penting wife saya puas hati sebab dapat beli kain Japanese Cotton di negara Jepun.. Muka pun senyum memanjang je. Confirm suka la tu. Hehe.. Itu yang saya kata tadi, feel membeli kain Japanese Cotton di Jepun memang berbeza dari membeli di Malaysia mahupun pesan dari kawan ataupun secara online.. Sukar nak dinyatakan dengan perkataan. Hanya yang pernah mengalaminya saja yang tau.. Hehe..

Made in Japan tuu..
Kalau tak pasti mana satu harganya, tanya tuan kedai..
Sedang wife saya asyik membelek kain, saya berjalan ke tempat makan tadi untuk berjumpa Fa dan husband. Diorang pun join sekali ke Yuzawaya. Baru masuk satu kedai. Ada banyak lagi kedai yang lain. Tapi semuanya dibawah Yuzawaya.. Mungkin ikut pada gred kain kot. Kalau gred yang tinggi seperti kain buat kimono tu kat bangunan lain, ada aircond. Kedai tadi open space je, tepi jalan. Kami masuk ke dalam salah satu kedai yang ada aircond. Memang betul, kualiti kain yang di dalam kedai lebih tinggi dan eksklusif. Harga pun eksklusif juga le.. Huhu.. Cukuplah sekadar kain yang murah di tepi jalan. Yang penting made in Japan and buying it in Japan. Terbaiklah..

Signboard penunjuk arah kedai kain Yuzawaya..
Yang ni kedai ada aircond.. Takde orang pun.. Huhu..
Setakat melihat je lah..
Our walking route and location at Kamata Area
Selesai melihat kain pelbagai kualiti, kami meninggalkan Yuzawaya jam 4.40 petang.. Cuaca dah gelap. Ada satu lagi destinasi yang nak dituju. Makan malam pun belum cari lagi ni. Kami berjalan ke Kamata Station dan menunggu train untuk ke Yokohama Station. Kebetulan Kamata terletak di pertengahan antara Tokyo dan Yokohama. Kira on the way lah ni. Jam 5.00 petang kami sambung perjalanan menaiki JR Keihin-Tohoku Line menuju ke Yokohama Station.

Last shot sebelum meninggalkan Yuzawaya dan Kamata
Ingat lambang Yuzawaya ni..
Menarik pulak tengok motor McDonalds delivery ni..
Perjalanan dari Kamata Station menuju ke Yokohama Station mengambil masa dalam 20 minit. Kami tiba di Yokohama Station jam 5.20 petang. Dari situ kami naik train yang lain pulak menuju ke Minatomirai Station. Train ni bukan dibawah JR. Maka terpaksalah kami beli tiket JPY180/person. Jam 5.35 petang kami naik train Minatomirai Line menuju ke Minatomirai Station. Entah macamana boleh terlepas station. Terpaksa lah turun di Bashamichi Station dan tunggu train yang lain untuk patah balik ke Minatomirai Station. Huhu.. Perjalanan yang patutnya mengambil masa 8 minit jadi 15 minit. Jalan-jalan cari pasal.. Hehe.. Minatomirai Station terletak di dalam shopping complex yang bernama Queen's Square Yokohama. Di sini lah terletaknya Hard Rock Cafe Yokohama. Bertambah lagi koleksi peribadiku..

JR Keihin-Tohoku Line from Kamata Station to Yokohama Station
Minatomirai Line from Yokohama Station to Minatomirai Station
Di Yokohama Station. Betul dah ikut platform ni..
Tiket Minatomirai Line JPY180/person
Kalau confuse boleh study station route di sini..
Terlepas sampai ke sini.. Kena tunggu train lain untuk patah balik. Huhu..
Di Minatomirai Station
@ Queen's Square Yokohama

Kami berjalan-jalan di dalam Queen's Square mencari arah ke HRC Yokohama. Agak pening mencari di mana letaknya HRC Yokohama. Daripada info yang saya google, HRC Yokohama terletak di hujung bangunan Quuen's Square, tapi bila dah sampai tak pasti hujung yang mana satu. Saya bertanyakan pada staff yang menjaga information counter. Just tunjuk baju HRC yang saya pakai, dia dah faham sambil menunjukkan arah ke sana. Senang cerita. Kami berjalan ikut luar bangunan. Sejuk betul angin yang datang dari laut. Ada funfair di luar yang penuh warna warni. Kami tak lepaskan peluang bergambar walaupun cuaca gelap. Hehe..

Di Queen's Square Yokohama
Queen's Square map.. Tak faham nak baca..
General view.. Macam Great Eastern Mall Jalan Ampang pun ada..
Ada funfair kat luar. Warna warni ferris wheel tu..
Tepat jam 6.00 petang tertera kat ferris wheel tu..
@ Hard Rock Cafe Yokohama

Kami terjumpa Starbucks dulu. Sebuah city-mug menjadi pilihan koleksi kami. Dari Starbucks kami berjalan ikut jalan luar bangunan. Sejuk betul angin yang datang dari laut. Di hujung bangunan ternampak replika gitar HRC. Amik gambar dulu, then baru masuk ke dalam Rock Shop. Saya mencari design yang belum pernah saya ada lagi. Selesai sudah misi pencarian Hard Rock Cafe di Jepun untuk trip kali ni. Cuma HRC Fukuoka je yang tak dapat nak pergi sebab jauh. Huhu.. Nanti ada rezeki boleh pergi ke sana pulak, insyaAllah.. Harap masih bukak lagi la. Sebab HRC Narita pun dah lama tutup. Tak merasa nak pergi. Kat bundle mungkin ada lagi kot t-shirt HRC Narita.. Terus jadi rare items.. Hehe..

City-mug Starbucks Yokohama menjadi koleksi..
Replika gitar Hard Rock Cafe Yokohama
Di luar Rock Shop
Minatomirai Station and Queen's Square Yokohama locations
@ Khazana Restaurant

Selesai agenda di dalam Rock Shop, kami berjalan mencari tempat untuk makan malam. Ada satu restoran halal di dalam Queen's Square ni, namanya Khazana Restaurant. Dari pagi tadi breakfast roti di hotel, kemudian makan nasik berlauk sardin di Kamata. Inilah peluang nak makan sedap untuk hari ni. Huhu.. Sampai di depan Khazana Restaurant jam 6.40 petang. Tak ramai orang di dalam. Cepat sikit makanan sampai. Hehe. Kami order apa yang kami nampak macam sedap kat menu tu. Ada nasik, roti naan dan kari.. Jadi laa..

Di depan Khazana Restaurant
Besarnya sign halal. Tapi takde cop Jakim. Hehe..
Antara menu yang ada di sini
Amik set macam ni je lah.. Senang cerita
Tak ramai customer malam ni
Menunggu dengan penuh kesabaran.. Hehe..
Dinner for JPY3300.. Wow!
Alhamdulillah, kenyang terasa. Jam baru pukul 8.15 malam. Lepas ni tinggal nak balik hotel terus. Lepas bayar bil JPY3300 (mahalnya!) untuk kami berdua, kami meninggalkan Queen's Square menuju ke Minatomirai Station. Another JPY180/person for the tickets. Kami tiba di Yokohama Station jam 8.40 malam.. Dari situ kami naik JR Keihin-Tohoku Line terus ke Tokyo Station. Perjalanan sepatutnya mengambil masa 40 minit je. Tapi disebabkan cuaca hujan dan angin yang kencang membuatkan train kami tak bergerak. Kedengaran staff train bagi announcement tapi satu patah perkataan pun kami tak faham. Ada penumpang yang keluar dari train dan naik train yang lain. Kami tak pasti train yang lain tu pergi mana. Silap haribulan lagi jauh dari destinasi. Nak selamat, just duduk je lah dalam train tu sampai ia bergerak balik. Apa yang buat saya kagum masa tu, agak lama train tak bergerak tapi orang ramai duduk senyap je. Takde kedengaran suara pun. Bunyi angin yang kuat dari luar je yang kedengaran. Kami nak berborak pun rasa serba salah. Terpaksa la borak style bisik-bisik. Huhu..

Apakah maksud signboard ini?
Melayan perasaan masing-masing dikala kesunyian dalam train..
Akhirnya setelah agak lama menunggu, train mula bergerak semula. Kami sampai di Tokyo Station jam 10.30 malam. Hampir 2 jam dalam train yang sepatutnya 40 minit je. Huhu.. Mesti staff JR terus buat post-mortem tentang kes ni. Jarang berlaku kes train delay di Jepun. Dapat jugak kami merasa pengalaman yang susah nak berlaku ni di Jepun. Train delay pun suka ke? Kira oklah dapat pengalaman train delay daripada tsunami atau earthquake.. Lagi parah dibuatnya.. Huhu.. Dari Tokyo Station kami naik train JR Yamanote Line menuju ke Ikebukuro Station. Fa dan husband turun di Otsuka Station. Sampai di Ikebukuro Station jam 11.00 malam. Kami berjalan balik ke Prince Hotel dengan keadaan angin yang kuat dan sejuk terasa sampai ke tulang. Hari dah makin dekat untuk salji turun kot. Huhu.. Sampai di hotel jam 11.25 malam. Kami bersihkan diri dan bersiap untuk tidur. Letih terasa especially dalam train yang sangkut tadi, sebab tak boleh nak buat apa-apa.. Berakhir sudah perjalanan untuk hari ini. Harap esok takde lagi kejadian train delay macam tu. Wallahualam..

*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Train tickets :  RM23.40
  - Dinner           : RM107.25
  - Jumlah          : RM130.65

**Day 04 Expenses : RM146.90

*Website yang membantu:

Visit Kamata

Yuzawaya

Sunrise Shopping Street

Visit Yokohama

Queen's Square Yokohama

Hard Rock Cafe Yokohama

Khazana Restaurant

No comments:

Post a Comment