Tarikh:
23 November 2013
Lokasi kejadian:
Osaka Castle Park - Shinkansen Bullet Train - Tokyo Station
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Jam 4.30 pagi lagi kami dah bangun. Awal sebab nak masak nasi. Di Jepun electrical voltage adalah 100V, berbesa dengan Malaysia iaitu 240V. Travel adapter dah memang sentiasa saya bawak bila keluar negara. Cuma agak confuse tentang charging rate. Contohnya bila charge phone, cepat ke lambat nak full battery. Tak pandai tentang electric supply ni. Electrical appliances dari Malaysia boleh pakai di Jepun. Tak pasti kalau sebaliknya. Ada yang suggest jangan beli barangan elektrik di Jepun sebab voltage supply tak sama. Nanti boleh meletup barang elektrik tu. Takpun kena pakai voltage regulator. Entah lah, saya kurang pasti. Tapi memang saya takde cadang nak beli barang elektrik pun kat sini. Apa yang saya concern sekarang ni adalah jangkasama nasi nak masak guna portable rice cooker yang kami bawak.
|
Universal travel adapter yang saya sentiasa bawak.. |
Saya dah try masak dalam portable rice cooker tu sebelum datang ke sini. Dalam 20 minit dah masak, boleh makan terus. Tapi kat sini, dari jam 5.00 pagi on periuk nasi, jam 6.00 pagi pun tak masak lagi. Biar betul!. Ini tak boleh jadi. Nak buat camna, tunggu je la sampai jam 7.00 pagi. Harap-harap dah masak nasi tu dalam 2 jam. Giler lama!. Huhu.. Sementara tu kami bersiap-siap mengemas diri dan barang. Sempat lagi menjamah baki nasi beriyani semalam. Mahal tuu.. Huhu.. Apa yang best tentang portable rice cooker tu, ia ada bekas yang boleh panaskan sekali lauk yang diletakkan di atas periuk nasi. Isteri saya panaskan sup daging dalam tin Adabi. Menu makan tengahari kami adalah nasi, sup daging dan kerepek pedas yang mak kirimkan sekali. Sedap atau tidak sup daging tu lain cerita. Hehe..
|
Portable rice cooker yang saya bawak.. Hanya 0.3L je. Cukupla.. |
Jam 7.30 pagi, lepas dah pack makanan yang dimasak, kami keluar dari hotel menuju ke Shin-Osaka Station. JR Pass yang kami pakai semalam dah tak boleh guna dah. Kami mencari JR Ticket Office di station. Ada, tapi belum bukak lagi. Info yang saya dapat dari google, ada 3 JR Ticket Office di Shin-Osaka Station. 2 kaunter bukak seawal jam 5.30 pagi dan 1 kaunter lagi bukak bukak jam 9.00 pagi. Mungkin kaunter lambat bukak tu yang kami jumpa. Bila tanya officer yang menjaga station kat situ, sorang pun tak tau camna nak guide ke kaunter yang bukak awal tu. Huhu.. Daripada buang masa tunggu sejam lebih baik kami beli tiket sendiri ke Osaka Castle Park. Cara beli tiket guna mesin yang saya guna semalam masih ingat lagi. Sama je, cuma kat Shin-Osaka Station agak mudah sebab ada button english language. Kami beli tiket dari Shin-Osaka Station ke Osaka Station yang bernilai 160JPY/person.
|
Depan Family Mart ala 7-Eleven tapi bukan 24 jam.. |
|
Inilah tangga untuk ke Shin-Osaka Station |
|
Tengah kaji tiket mana yang nak dibeli.. |
@ Osaka Castle Park
Sampai di Osaka Station, kami beli pulak tiket ke Osakajokoen Station yang bernilai 160JPY/person. Rugi terasa sebab kami tak exchange JR Pass kami. Kalau tak memang guna JR Pass je untuk ke Osaka Castle Park. Huhu.. Kami tiba di Osakajokoen Station tepat jam 9.00 pagi. Osaka Castle Park terletak betul-betul di sebelah station. Besar betul kawasan Osaka Castle Park ni. Dari station kelihatan Osaka Castle jauh di atas bukit. Kebetulan ramai orang berada di Osaka Castle Park sebab ada pertandingan marching band sekolah rendah di situ. Dapat jugak kami tengok group marching band ni prepare untuk buat persembahan. Disebabkan masa dah agak lewat, kami tak dapat nak berjalan sampai ke Osaka Castle. Kami berhenti di satu kawasan berehat di tepi sungai, menghadap Osaka Castle. Cukuplah dapat view dari jauh.
|
JR Train route from (A) Shin-Osaka Station to (B) Osakajokoen Station |
|
Di Osakajokoen Station |
|
Tiket JR Train dari Osaka Station ke Osakajokoen Station.. |
|
Jambatan yang menghubungkan Osakajokoen Station dan Osaka Castle Park |
Sambil melihat gelagat budak-budak marching band, kami makan makanan yang kami pack dari hotel. Walaupun tak berapa sedap sup dalam tin tu, kami telan jugak. Lepas ni dah takde nak makan dah. Time malam nanti baru makan balik. Isi perut bagi full. Hehe..
|
Osakajokoen Station and Osaka Castle Park location |
|
Group marching band.. Macam comel je.. Hehe.. |
|
Osaka Castle di kejauhan.. |
|
Rehat di tepi sungai yang mengelilingi Osaka Castle |
|
Tak larat nak ke Osaka Castle. Lepak kat sini je lah.. |
|
Masa untuk isi perut. Harap bertahan sampai malam.. |
|
Bekalan kami. Nasi, sup, kerepek, roti dan buah.. Complete.. |
|
Bergambar bersama sebelum pulang ke hotel.. |
Jam 10.00 pagi kami berjalan balik ke Osakajokoen Station. Terpaksa kejar masa, takut kena extra charge sebab late check-out. Barang-barang belum fully pack lagi dalam hotel tu. Keluar lagi duit 320JPY/person untuk balik ke Shin-Osaka Station. Kami tiba di hotel jam 11.15 pagi. Masa untuk packing barang..
|
Group exercise guna walking stick.. |
|
Ticket machine. Dah mula faham sepenuhnya.. Hehe.. |
|
Abang pro tengah beratur nak guna ticket machine. Hehe.. |
|
Pilih nilai fare ikut destinasi ye.. |
|
First time tengok memang pening. Second time dah boleh senyum.. Hehe |
|
Sistem standard, masuk tiket, pagar buka, amik balik tiket.. |
|
Di Osaka Station. Make sure platform yang betul ye.. |
|
Boleh refer kat setiap sign platform untuk tahu destinasi. |
Selesai packing barang, sebelum keluar dari bilik hotel saya sempat lagi amik gambar keadaan bilik. Sebagai kenangan dan panduan. Bilik tak besar pun. Tapi cukuplah untuk merehatkan badan. Jam 11.30 pagi kami dah turun ke lobi hotel. Waktu check-out hotel ni adalah jam 11.00 pagi. Harap-harap tak kena extra charge. Sementara menunggu wife dan Fa selesaikan hal di kaunter reception, saya berjalan-jalan di sekitar kawasan hotel. Rupanya pintu yang kami guna untuk keluar masuk hotel sebelum ni adalah pintu belakang. Saya pun mencari pintu depan hotel. Baru perasan yang jarak dari hotel ke Shin-Osaka Station lagi dekat ikut pintu depan. Tak perlu nak naik turun tangga pun. Exercise lebih sikit nampaknya sebelum ni.. Hehe..
|
Keadaan katil yang agak selesa. Boleh laa.. |
|
Di sudut yang lain dalam bilik.. |
|
Walaupun kecik tetap ada bath tub.. |
|
Bersedia untuk sesi memenatkan diri di hari ke-2.. |
|
Thank you room no. 1128! |
|
Inilah view pintu depan New Osaka Hotel |
|
Di lobi hotel. Simple dan bersih.. |
|
Dah settle? Let's jom!!.. |
|
Not the most pleasant stay.. Just ok.. |
Selesai hal check-out, jam 11.50 pagi kami berjalan ke arah Shin-Osaka Station melalui pintu depan hotel. Nasib baik tak kena extra charge sebab late check-out. Hehe.. Kami lintas jalan, terus sampai di kawasan parking teksi dan pintu masuk station. Siap ada eskalator lagi untuk naik ke atas station. Kami terus ke kaunter JR Ticket Office untuk tukar kepada 7-days JR Pass. Sambil menunggu officer tu keluarkan JR Pass, saya berjalan-jalan di dalam station, mencari info tambahan tentang Shin-Osaka Station. Dalam 10 minit je saya dah kembali ke kaunter. Masa tu diorang dah siap sedia nak ke platform Shinkansen. Officer tu kata Shinkansen akan bergerak lagi 5 minit. Kalau terlepas memang lama lagi nak tunggu train seterusnya. Ada jenis Shinkansen yang tak valid untuk pemegang JR Pass iaitu Nozomi dan Mizuho. Kena pastikan betul-betul. Kalau salah naik, kena bayar harga tiket Shinkansen tu. Memang rugi besar dibuatnya!. Dengan beg trekking yang besar, kami berjalan laju ke pintu masuk Shinkansen. Tunjuk JR Pass pada officer dan terus ke platform. Berlari anak dah macam cerita The Amazing Race je. Hehe.. Sampai di platform, officer yang kawal train dah mula tiup wisel menandakan train akan bergerak tak lama lagi. Tengok kat tiket, kami dapat seat di coach no.16, yang mana coah yang paling depan sekali. Jauh sungguh nak berlari sampai ke hujung platform. Harap sempatlah nak masuk sebab Jepun memang pentingkan ketepatan masa. Cukup masa pintu akan ditutup. At last, kami berempat berjaya masuk ke dalam train dan pintu pun terus tertutup. Alhamdulillah..
|
View dari kawasan parking teksi di depan Shin-Osaka Station |
|
Sign Shin-Osaka Station di pintu masuk utama.. |
|
View dari pintu utama Shin-Osaka Station. New Osaka Hotel di sebelah kanan tu.. |
|
Walaupun ada JR Pass, untuk naik Shinkansen ada tiket khas.. |
@ Shinkansen Bullet Train
Kami mencari seat seperti yang ditunjukkan dalam tiket. Tak ramai pun orang di dalam train. Tepat jam 12.13 t/hari (memang tepat!) Shinkansen Hikari 520 mula bergerak menuju ke Tokyo. Kelajuan Shinkansen tak terasa pun bila berada di dalam. Tengok dari luar memang terasa laju. Sama seperti Haruka train dari Kansai Airport ke Shin-Osaka, ada officer datang check tiket lepas 10 minit perjalanan. Saya amik peluang untuk update perjalanan kami dalam buku yang sentiasa saya bawak. First stop adalah di Kyoto Station. Coach dah mula dipenuhi penumpang. Kami amik peluang untuk tidur kejap sebelum sampai di Tokyo. Melayan perasaan masing-masing di dalam Shinkansen yang bergerak laju dan lancar..
|
Shinkansen route from (A) Shin-Osaka Station to (B) Tokyo Station |
|
Keadaan di dalam Shinkansen. Amat bersih.. |
|
Kitorang je penumpang yang ada.. Peace yo..! |
|
Tray yang boleh dibuka.. Boleh refer di mana toilet dan smoking room.. |
|
Time to check our tickets |
|
Merasa jugak naik Shinkansen.. Yezzaa.. |
|
Mode selfie pulak. Hehe.. |
|
Masa untuk update trip kami.. |
|
Pemandangan yang indah di sepanjang perjalanan.. Hijau bumi Tuhan.. |
Second stop adalah di Nagoya Station. Bertambah lagi orang di dalam coach. Seat yang kosong masa awal tadi dah jadi full. Saya tak sambung tidur sebab nak tengok pemandangan Mount Fuji dari Nagoya ke Tokyo. Selalu saya tengok gambar train yang lalu di Mount Fuji dalam internet. Memang cantik. Tunggu punya tunggu akhirnya kami berpeluang tengok Mount Fuji untuk kali pertama. Unik sungguh Mount Fuji ni. Di bahagian atas gunung ada tompok putih salji dan di keliling gunung cuma kawasan lapang. Mungkin kerana Mount Fuji adalah gunung berapi yang masih aktif, takde penempatan yang dekat dengan gunung tu kot. Tunggu masa je tu untuk meletus. Saya tak dapat nak amik gambar sebab seat saya disebelah kanan dan view adalah dari seat sebelah kiri. Takpe, nanti kami akan pergi terus ke Mount Fuji tu, insyaAllah..
|
Bentuk hujung Shinkansen di Nagoya Station.. Aerodynamics.. |
|
Bangunan tinggi menunjukkan dah nak sampai Tokyo.. |
@ Tokyo Station
Seperti yang tetulis pada tiket, kami tiba di Tokyo Station tepat jam 3.10 petang. Sampai di station, kami bergambar dengan train Shinkansen. Bila lagi peluang nak bergambar. Kebetulan coach kami paling depan. Hehe.. Pertama kali kami menjejakkan kaki di Tokyo. Alhamdulillah, perjalanan dengan Shinkansen amat lancar dan selesa. Yang penting puas sebab bukannya murah pun harga tiket Shinkansen. Lebih baik guna JR Pass, lebih barbaloi. Harga tiket Shinkansen returns dah lebih kurang sama je dengan JR Pass untuk 7 hari. Huhu..
|
Memang betul macam bullet pun bentuk Shinkansen nih.. |
|
Abadikan kenangan dengan Shinkansen yang laju dan.... mahal.. Huhu.. |
Ada satu bilik kat platform yang disediakan untuk para perokok. Kat Jepun dah diketatkan undang-undang merokok. Tak boleh nak merokok sambil berjalan. Disediakan lokasi-lokasi yang khas untuk merokok. Kalau polis nampak merokok kat tempat yang tak sepatutnya memang on-the-spot kena kompaun. Dalam 1000JPY rasanya. Huhu.. Walaupun Jepun antara negara yang paling ramai perokok tegar dan rokok pun dijual dalam vending machine kat tepi jalan, tapi undang-undang tetap dipatuhi. Ada jugak nampak orang yang berjalan sambil merokok. Tapi kita sebagai visitor ni takkan la nak buat selamba macam tu. Sia-sia je derma 1000JPY kat kerajaan Jepun yang dah sedia kaya tu. Hehe.. Senang cerita, merokoklah di tempat yang disediakan.. Patutlah kat Daiso saya selalu nampak mobile astray yang dijual. Rupanya kat sini ramai jugak yang merokok sambil pegang mobile ashtray. Macam-macam design ada. Mungkin taknak puntung rokok bertaburan kat lantai kot. Macam-macam orang Jepun ni. Respect!..
|
Beli di Daiso, sebab nampak cute tin dia. Hehe.. |
|
Bilik khas untuk perokok.. |
Setelah 15 minit puas bergambar, kami berjalan keluar dari platform. Tokyo Station lebih kurang macam Shin-Osaka Station, besar dan banyak pintu keluar. Kami mencari arah ke platform untuk naik JR local trains ke destinasi seterusnya. Pengambaraan mencari pengalaman di bandar Tokyo pun bermula.. Harap selamat semuanya.. Wallahualam..
|
Ini ke exit yang betul? Yang penting keluar dulu dari platform.. |
|
Tokyo here we come!.. |
*Kos wajib untuk 2 orang:
- JR Tickets : RM41.60
- Jumlah : RM41.60
*Website yang membantu:
JR Ticket Offices
Osaka Castle Park
Shinkansen Bullet Trains
Salam nak tanya... buah tu beli dekat Jepun atau bawa dari Malaysia? ada makanan yang di larang tak untuk bawa ke sana atau masuk ke bagasi?
ReplyDeleteSalam..
DeleteBuah tu ada yang dibawa dari Malaysia.. Tapi beli kat sana lagi senang. Banyak pilihan dan fresh.. Harga pun berpatutan.. Makanan yang saya bawa dari Malaysia takde satu pun yang kena rampas masa di imigresen.. Tapi semuanya makanan dalam tin dan kering. Tak pasti pulak kalau bawak barang makanan dalam bentuk cecair.. Tq for reading my blog!.. :)
Ok thanks..
DeleteYou're most welcome! :)
Deletenak tya.portable rice cooker tu bli kat mana ye.rm brapa.blog anda sgt membantu.tq..
ReplyDeleteSalam..
DeleteKebetulan 3 bulan sebelum ke Jepun, ada online sale di mydeal.com. Masa tu groupon pun ada buat rasanya. Harga asal RM129.00, tapi bila book via mydeal, harga jadi RM79.00 je. Cuma kena tunggu hampir sebulan untuk dapat barang tu. Mungkin saudara/saudari lebih pakar tentang pembelian online ni. Tq for reading my blog!.. :)
Berapa kah harga tiket Shinkansen utk seorang?
ReplyDeleteUntuk perjalanan sehala dari Shin-Osaka ke Tokyo, harga tiket Shinkansen adalah dalam RM460/seorang. Saya suggest beli JR Pass (7-day pass) yang berharga RM920/seorang. Boleh guna untuk local JR train selama seminggu dan juga Shinkansen. Tq for reading my blog!.. :)
DeleteAs salam en khairul. Leh sy tau. Selain dari train, kita leh naik apa lg kalu nak ke shin osaka station dari kansai airport. Adakah naik train d best transporation semasa di sana
ReplyDeleteSalam..
DeleteSelain dari train, boleh juga kalau nak naik shuttle bus untuk ke Shin Osaka Station. Teksi pun boleh, cuma tambangnya mungkin mahal. Saya naik train sebab saya gunakan JR-West Rail Pass. For me, train is the best mode of transportation in Japan. Tq for reading my blog!..
as salam en khairul, feb 2015 sy akan nagoya selama 5 hr blh sy tau klau dr nagoya ke osaka n tokyo naik apa lg better n berapa tambang utk ke 2 distinasi tersebut...
ReplyDeleteAs Salam..
DeleteAda beberapa option untuk perjalanan Osaka-Nagoya-Tokyo. Nagoya terletak di pertengahan jalan antara Osaka dan Tokyo. Trip Osaka ke Tokyo: Shinkansen (JPY13620), Highway bus (JPY3500) dan Local trains (JPY8750). Trip Osaka-Nagoya: Shinkansen (JPY5830), Highway bus (JPY3000) dan local trains (JPY3350). Trip Tokyo-Nagoya: Shinkansen (JPY10,360), Highway bus (JPY5000) dan Local trains (JPY6260). Kesemuanya tiket untuk one way trip.
Ada cara lain untuk dapat harga tiket yang lebih murah. Banyak jenis discount pass dijual disana untuk naik public transport. Pada pendapat saya, JR Pass paling bagus kalau nak naik Shinkansen. Harap penerangan saya dapat membantu tuan.. Tq for reading my blog!.. :)
Salam
ReplyDeleteJR Pass boleh beli di osaka atau kena beli di Malaysia?
JR West Rail Pass? Kalau trip nak jalan2 area Osaka sahaja elok beli JR pass yang mana?
Salam zulkola..
DeleteJR Pass adalah khas untuk pelancong ke Jepun dan mesti dibeli di luar Jepun. Zul boleh pergi ke JTB di Bangunan Amoda Jalan Imbi untuk beli JR Pass. Sampai di Jepun nanti zul kena exchange tiket tu.
Untuk JR West Rail pass pun sama jugak. Di Osaka ada beberapa jenis pass yang zul boleh pilih mengikut lokasi yang nak dituju. Boleh check kat website JR Pass.
Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!. ::)
salam
ReplyDeletenak tanya mana lagi better beli pass 7 days or beli ticket terus dari sana? osaka-tokyo.
Salam Nadia,
DeleteCadangan saya, kalau nak naik shinkansen better beli 7-days JR Pass di sini sebelum ke sana. Agak mahal kalau beli single ticket untuk naik shinkansen. Dan pass tu hanya available untuk tourists. Mungkin tak dijual di sana. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)
Salam Khairul
ReplyDeleteJR Pass 7 days tu boleh guna utk train & shinkansen je ke? or blh guna utk bus & teksi skali?
Salam..
DeleteSaya tak pernah guna JR Pass untuk bas dan teksi. Apa yang saya tau ada jenis bas yang boleh guna JR Pass. Teksi saya kurang pasti. Tq for reading my blog!.. :)
Salam En. Khairul
ReplyDeleteJR Pass tu boleh guna banyak kali untuk hikari shinkansen tak?
Contoh macam Tokyo --> Nagoya --> Shin-Osaka --> Hiroshima --> Tokyo
Terima kasih~
Salam..
DeleteSaya tak pasti sebab saya sendiri naik sekali je dari Osaka ke Tokyo. Tapi apa yang saya tau JR Pass adalah unlimited. Maknanya boleh la kalau nak naik banyak kali dalam masa JR Pass tu aktif. Tq for reading my blog!.. :)
salam, JR pass boleh guna utk shinkansen from osaka to tokyo? ada yg kata tak boleh, bit confusing....so pass apa patut di beli untuk around osaka, kyoto dan shinkansen ke tokyo? pls advise, thanks in advance!
ReplyDeleteSalam flors ss..
DeleteSaya beli 7-days JR Pass dan dapat naik Shinkansen dari Osaka ke Tokyo. Mungkin confuse dengan jenis train kot. Ada banyak jenis shinkansen di Jepun. Tak semua JR Pass boleh guna. Di sana ada banyak jenis pass yang kita boleh beli. By region ada, east ke, west ke, etc.. Kena pastikan area mana kita nak pergi. Even JR-Pass pun ada macam-macam jenis. Tapi pada saya JR-Pass yang paling sesuai untuk saya sebab selain dari naik Shinkansen Osaka-Tokyo, local train di bandar pun saya boleh guna. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)
kalau beli jr pass blh pakai untuk ke tokyo, osaka ke kyoto (return) dan ke universal studio tak? thx again
DeleteRasanya universal studio tak cover. Tak pasti kalau untuk 2015 ni ada pakej baru untuk JR Pass. Pada kad JR Pass ada banyak stamp column untuk naik Shinkansen. Saya cuma guna satu je sebab dari Tokyo ke Osaka saya naik bas. Tokyo-Odawara by bus and Odawara-Osaka by train (JR Pass).
Deleteyg cooker tu mmg yg multi voltage ke? kalau yg 220v tak boleh guna kat sana kan? tq again
ReplyDeleteCooker saya tu Malaysian voltage (240V). Voltage di Jepun 100V. Takde masalah nak guna Malaysian appliance di Jepun. Kalau sebaliknya baru kena cari converter. Takde converter confirm meletup punya. Huhu.. Saya takde masalah guna cooker tu. Yang menjadi masalahnya adalah nasi lambat masak!. Kalau betul nak masak nasik, better prepare sebelum masuk tidur. Dua jam pun belum tentu lagi masak tau. Huhu..
DeleteSalam En. Khairul Anuar Aris.....
ReplyDeletenk tnya pasal penggunaan rice cooker dari Malaysia di Japan...TAK PERLU converter eh? takut kang meletop plak.. hehe.. sia2 bawak...
Salam Nor Badarina..
DeleteBoleh kalau nak guna Malaysian rice cooker kat sana. Tapi voltage supply tak kuat. Amik masa yang lama nak masak nasi. InsyaAllah tak meletop. Hihi.. Saya tak guna pun voltage converter. Kalau guna Japan rice cooker kat Malaysia confirm berasap. Huhu.. Tq for reading my blog!.. :)
Salam tuan, kalau hisap rokok..contohnya sy perokok tegar winston..jadi boleh ka..sy membawa rokok ni ke japan or ada limit rokok ke sana..
ReplyDeleteSalam..
DeleteFYI orang Jepun lagi kuat merokok. Rokok siap jual kat vending machine je. Paling famous rokok Mevius. Nak bawak rokok dari Malaysia takde masalah. Tapi kat sana ada tempat khas untuk merokok. Kalau nak merokok kat open space kena ada ashtray skali dan jangan buang merata. Kedai Jepun seperti Daiso ada jual mobile ashtray. Tq for reading my blog!.. :)