Wednesday, 5 March 2014

JJCP Japan : Day 01 (Part #1)

Tarikh:
22 November 2013
Lokasi kejadian:
Kansai International Airport - JR Ticket Office - Shin-Osaka Station - New Osaka Hotel

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 3.30 pagi saya terbangun. Tetiba je sakit perut. Kali pertama saya menggunakan toilet di dalam flight untuk hal yang 'besar'. Sempit dan kurang selesa.. Huhu.. Selesai je urusan yang besar tu, saya kembali ke tempat duduk. Stewardess sedang hidangkan menu makan. Pagi-pagi buta dah makan berat. Baguslah, perut pun baru je kosong. Hehe..

Jarak penerbangan yang melebihi 5000 km. Lebih 6 jam jugak duduk dalam flight..
Nasi lemak takde timun, kacang dan ikan bilis. Chef Wan marah nih.. Hehe..
Wife saya pilih ala western. Boleh la nak telan pagi-pagi buta ni..
Lepas makan, hajat dihati nak tidur balik tapi mata susah nak lelap. Lagipun suasana kat dalam flight agak happening. Adulaa, time makan pun nak bising ke? Huhu.. Dapat jugaklah on-off tidur. Kena paksa tidur sebab nak cover untuk aktiviti pagi nanti. Banyak jugak lokasi yang nak explore dalam itinerary kami. Takut letih je. Dalam flight saya tak berapa gemar nak layan movie yang disediakan. Saya lagi prefer dengar lagu-lagu yang best. Sambil dengar boleh tertidur.. Layann..

Info tentang flight. Dah nak masuk ruang udara Jepun..
ETA jam 6.40 pagi. Dah tentu cerah di sana nanti..
@ Kansai International Airport

Jam 6.00 pagi saya mula mengisi borang kastam yang diberi masa mula naik flight tadi. Satu borang declaration dan satu lagi borang untuk mendarat dan berlepas. Saya pernah google tentang imigresen di Jepun. Agak strict jugak tapi insyaAllah boleh lepas tanpa soal siasat. Bukannya bawak dadah pun. Hehe.. Jam 6.35 pagi cuaca dah cerah di luar. Kelihatan laut dan persisiran pantai Jepun. Kansai Airport terletak di pulau di Osaka Bay. Masa untuk mendarat. Setelah lebih 6 jam di udara, akhirnya jam 6.52 pagi flight MH 52 telah selamat mendarat di Kansai International Airport, Osaka. Dalam beberapa minit lagi kakiku akan menjejaki bumi Jepun buat kali pertama.. Saya mula tukar waktu jam di Jepun iaitu awal sejam dari Malaysia.

Borang yang perlu diisi sebelum mendarat..
Pemandangan Osaka Bay sebelum mendarat di Kansai Airport.
Flight MH 52 sudah berhenti sepenuhnya di sebelah flight ANA airlines..
Kami berjalan kaki menuju ke imigresen. Sama seperti di KLIA, kami kena naik aerotrain untuk ke sana. Di kaunter imigresen kelihatan ramai orang yang beratur. Macam biasa, kami memang selalu jalan paling last sekali menuju ke kaunter. Sebab tu kena beratur panjang. Malas nak rushing jalan laju-laju. Holiday la katakan. Hehe.. Sampai turn kami di kaunter, officer tu suruh kami letakkan 2 ibu jari dan mata pandang tepat ke arah skrin di depan untuk scanning. Wah, memang up-to-date sistem inspection kat Jepun ni. Barulah betul negara maju. Alhamdulillah, kami lepas lalui imigresen tanpa sebarang masalah.. Kami ke bahagian luggage untuk amik beg-beg kami. Time to enter Japan!..

Kansai International Airport yang terletak di pulau
Sempat bergambar sebelum ke kaunter imigresen..
Welcome to Kansai! Arigatogazaimasu.. Hehe..
Seperti sebelum ni, sampai je di Arrival Hall, kami terus ke pintu keluar. Nak merasa cuaca di sana. Sejuk tapi still boleh pakai sweater je. Saya tak bawak pun longjohn untuk trip kali ni. Masa saya google tentang cuaca di Jepun takdelah terlampau sejuk sangat. Paling minimum 6oC. Itu pun waktu malam. Siang average dalam 12oC. Sama macam kat Sydney dulu. InsyaAllah boleh bertahan..

Alhamdulillah. Pengembaraan mencari pengalaman bakal bermula..
Layan cuaca sejuk kat luar dulu..
Keadaan di luar airport..
Orang ramai menunggu untuk ke destinasi masing-masing..
Kami duduk di Arival Hall sambil menunggu Fa dan suami sampai. Kalau saya terlupa dan tinggalkan dia dah tentu dia tak kawan saya sampai bila-bila kan? Hehe.. Takdelah sampai macam tu. Saya tengok kat information screen, flight Air Asia dari Kuala Lumpur akan sampai jam 8.10 pagi. Baguslah, takde la lama sangat kami menunggu. Saya bertanya pada officer di kaunter pertanyaan tentang pintu arrival. Takut ada banyak pintu arrrival nanti susah pulak nak mencari. Dia kata memang inilah pintu untuk international arrival. Thanks for the info. Cara dia speaking with Japanese accent masih boleh saya fahami. Tak tau macam mana pulak dengan orang Jepun yang lain di luar sana. Apa yang saya study, orang Jepun ramai yang tak tau speaking. Mereka lebih menggunakan bahasa mereka sendiri.. Harap kami tak encounter masalah komunikasi yang teruk sepanjang berada di sana, insyaAllah..

Information screen tentang flights yang akan mendarat..
Kumpul tenaga semaksimum yang boleh. Hehe..
Jam 9.00 pagi kelihatan Fa dan suami berjalan keluar dari pintu arrival. Alhamdulilah mereka sampai dengan selamat. Saya terus menegur dia dan bawak ke tempat wife saya mengumpul tenaga.. Hehe.. Sebelum mulakan perjalanan seterusnya, kami berempat menyiapkan diri dan membersihkan apa yang patut dibersihkan.. As predicted, toilet takde paip air. Hmm, pengalaman lalu mengajar kami untuk bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan yang berlaku di dalam toilet. We've experienced it before! Hehe..

Introducing Fa and husband, abang Fikri.. Let's jom!
Kami berjalan naik ke Level 2 dan menuju ke arah Terminal 2. Di pertengahan jalan kelihatan JR Ticket Office. Sebelum masuk ke dalam tu, Fa bagi hadiah surprise kat wife saya. Hari ni my wife's birthday. Happy Birthday sayang!! Dah 2 tahun berturut sambut birthday kat luar negara. Untungla lahir time cuti sekolah hujung tahun. Suka wife saya dapat hadiah dari Fa dan suami. Hadiah dari saya? Percutian ni la hadiahnya. Hehe.. Adalah nanti, special for you sayang.. Tq Fa dan suami di atas hadiah yang diberi.. Really appreciate it!

Lokasi JR Ticket Office di Kansai Airport Station (Ihsan Google Images)
Tunggu lif nak naik ke Level 2
Di ruang legar antara Terminal 1 dan Terminal 2
Inilah yang dikatakan seminit segambar. Hehe..
Keadaan biasa di Jepun. Ni belum cukup ramai lagi ni..
Sesi bagi hadiah kat tepi laluan orang ramai je.. Hehe..
@ JR Ticket Office

Kami masuk ke dalam JR Ticket Office dan beratur untuk menukar 1-Day JR-West Rail Pass. Masa beratur tu ada sorang staff yang bertanya tentang tujuan kami beratur. Yang ni lagi tak berapa faham dengar dia speaking. Banyak kali jugak explain, akhirnya faham jugak. Sampai turn saya dan abang Fikri, kami tunjukkan exchange order kepada staff bertugas. Dia pun key-in dalam komputer dan print out ticket. Saya sangat kagum dengan cara dia menyediakan tiket tu. Daripada cara dia terima exchange pass, key-in, print dan lekatkan pada kad keras seperti booklet dan bagi kat saya memang sangat berdisiplin. Standard etika kerja orang Jepun. Saya dah mula percaya pada info yang mengatakan orang Jepun ni teratur cara kerjanya. Nampak depan mata sendiri. Selesai exchange pass, saya baru teringat sesuatu. Masa google info di Malaysia, saya teringin nak naik romantic train di Kyoto. Saya kena book dan beli tiket awal sebab train tu selalu fully booked. Saya pun beratur balik. Sampai giliran, saya bertanya tentang romantic train ticket. Staff bertugas tu tak berapa faham english, tapi berusaha untuk membantu. Saya cuma sebut romantic train ticket dan tarikh naik train. Dia mencari sama ada available lagi atau tak. Dengan lemah lembut dia bagitau yang tiket masih ada lagi tapi limited. Saya tak faham pun apa yang dia cakap, tapi tau sebab saya tengok kat screen komputer yang dia tunjuk. Hehe.. Hanya tiket return je yang masih ada untuk 4 orang. Untuk pergi kami terpaksa naik berlainan waktu. Takpe, asalkan merasa naik romantic train tu.. Bayar 1200JPY/person return ticket. Selesai sudah hal tiket untuk hari ni. Ahh, susahnya nak communicate dengan orang Jepun. Menyesal tak belajar bahasa Jepun betul-betul time sekolah dulu.. Huhu..

JR-West Rail Pass Exchange Order. Kene tukar dengan tiket dulu..
Beratur menunggu giliran untuk exchange pass..
Macam-macam jenis tiket ada. Jangan salah beli sudah..
Tiket 1-day JR-West Rail Pass yang dilekatkan dalam booklet.
Beratur balik untuk beli romantic train tickets. Buang masa betul..
Jam 10.05 pagi kami mula bergerak ke arah JR Station yang terletak di depan JR Ticket Office. Mula-mula tak tau jugak mana satu train yang boleh guna JR Pass ni. Kena perhatikan lambang JR kat pintu masuk station. Takkan silap punya. Sebab setiap kali nak masuk station kena tunjuk JR Pass kat officer yang jaga kat kaunter di hujung setiap lorong masuk. Kalau kena tahan maknanya JR Pass tak boleh guna atau dah expired. Kami tunjukkan JR Pass pada officer bertugas, lepas. Terus kami turun eskalator untuk ke platform. Kebetulan train 'HARUKA  line' ke Shin-Osaka Station dah sedia ada, tunggu masa nak bergerak. Kami terus masuk, letakkan beg di tempat yang disediakan dan duduk di non-reserved seat. Tak ramai pun yang naik train. Tak sampai 5 minit train mula bergerak menuju ke Shin-Osaka Station.

Sempat lagi amik cop mohor kat JR Ticket Office. Kenangan..
Pintu masuk ke train under JR Line. Boleh guna JR Pass kat sini..
Memikirkan tentang train yang akan kami naik. Yang mana satu ye?
Inilah pintu masuk khas untuk pemegang JR Pass. Tunjuk je kat officer tu..
Keadaan platform yang lengang dan bersih..
Beg besar diletakkan di tempat khas dalam train..
Ready for Osaka..
Jangkamasa perjalanan dari Kansai Airport ke Shin-Osaka Station adalah lebih kurang 50 minit. Agak jauh jugak dari airport nak ke bandar Osaka. Train yang kami naik ni kira rapid jugak, tak berhenti kat semua station. Kalau local trains semua station akan berhenti. Lagi lama masa perjalanan. Apa yang kami buat dalam train cuma melihat pemandangan di luar dan bergambar sesama kami. Tak sampai 15 minit perjalanan kelihatan officer masuk ke coach kami untuk check tiket. Cara dia masuk ke dalam coach agak unik. Siap tunduk kepala lagi. Prosedur kerja agaknya. Kami cuma perlu tunjuk JR-West Rail Pass kat dia. Perjalanan train melalui jalan kampung dan pekan-pekan kecil. Kami mengambil gambar sebagai kenangan.. Itu je lah yang boleh dibuat dalam train pun.. Hehe..

JR Haruka Line from (A) Kansai Airport Station to (B) Shin-Osaka Station
Lepas amik gambar kami, amik gambar diorang pulak..
Mode selfie pulak. Hehe..
View kawasan bandar..
View kawasan tepi bandar..
Officer sedang check tiket train..
1-day JR-West Rail Pass..
Kulit depan booklet untuk tiket train
View kawasan tengah bandar..
@ Shin-Osaka Station

Jam 11.00 pagi kami tiba di Shin-Osaka Station. Jangan confuse sebab kat sini Osaka Station pun ada, tapi Shin-Osaka Station adalah yang paling besar dan sibuk. Hentian Shinkansen terletak di sini. Memang boleh sesat kat dalam station yang setinggi 4 tingkat ni. Saya dah cuba study map untuk Shin-Osaka Station tapi tetap tak berapa nak faham. Turun je dari train, kami bergerak mencari arah ke Subway Midosuji Line, di mana New Osaka Hotel terletak dekat dengan pintu masuk subway tu. Main ingat dalam kepala je ni. Hehe.. Kami melalui banyak kedai makan di dalam station. Setakat tengok aje lah. Takde makanan halal di Shin-Osaka Station. Dah hampir 20 minit berjalan, sebelum menjadi sesat kami bertanya pada staf kedai di situ di mana arah ke Subway Midosuji Line. Staf tu pun tunjuk arah ke situ. Nasib baik kami masih dalam laluan yang betul. Akhirnya kami berjumpa juga exit no. 6. Keluar je dari situ terus nampak New Osaka Hotel di seberang jalan.

Shin-Osaka Station Map. Pandai-pandai la cari jalan keluar. Hehe..
Sampai sudah di Shin-Osaka Station yang begitu besar..
Mencari signboard untuk halatuju seterusnya
Jalan-jalan mencari pintu keluar yang betul..
Nak keluar pun kena tunjuk JR Pass ye..
Ruang di dalam Shin-Osaka Station. Banyak kedai di sepanjang jalan..
Setakat amik gambar makanan je boleh lah.. Huhu..
@ New Osaka Hotel

Akhirnya jam 11.30 pagi kami tiba di depan pintu masuk New Osaka Hotel. Alhamdulillah.. Baru hari pertama dah penat terasa.. Nasib baik cuaca sejuk membantu mengurangkan sikit kepenatan kami. Sampai di reception counter, kami cuba untuk early check-in tapi tak dapat. Waktu check-in sebenar adalah jam 3.00 petang. Kalau nak tunggu sampai jam 3.00 petang memang tak sempatlah nak berjalan. Kami mintak kebenaran untuk tinggalkan beg dulu. Nasib baik staf tu sanggup terima beg kami yang diletakkan di satu sudut di bahagian hujung hotel. Takde locker service tapi tawakkal aje lah. Huhu.. InsyaAllah takde sape nak curi beg galas kami.

Lokasi Shin-Osaka Station dan New Osaka Hotel. Kena make sure exit yang betul..
Kelihatan Hotel New Osaka di seberang jalan..
Melangkah masuk ke dalam hotel.. 
Setelah selesai mengumpulkan beg-beg kami di sudut hotel sambil berdoa agar beg tak dicuri orang, kami mulakan perjalanan ke lokasi pertama kami, iaitu ke Osaka Museum of Housing and Living.. Kenapa kami nak sangat pergi ke muzium tu? Hmm, ada perkara menarik tentang muzium tu. Harap kami berpeluang merasainya.. Wallahualam..

*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Romantic Train Ticket: RM78.00
  - Jumlah                          : RM78.00

*Website yang membantu:

42 comments:

  1. Salam..

    Penuh sungguh info pasal travel..jumpa blog ni time nak cari info pasal europe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zila..

      Selain suka mengembara, saya juga suka bercerita.. Hehe.. Apa salahnya jika dapat berkongsi maklumat dan information tentang negara yang saya dah lawati. Harap sedikit sebanyak menjadi panduan kepada sesiapa yang nak melancong.. Tq for reading my blog! :)

      Delete
  2. Salam, your blog is very informative. Can you share your itinerary if u dont mind..my email: ha_feeza16@yahoo.com. plan to travel on blossom next year. Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Feeza,
      I've sent to you my itinerary and also train schedules for your references.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  3. salam ..seronok baca blog ni..tgh survey tempat2 yg menarik juga di Osaka & Tokyo.. nak request jugak ni..sekiranya sudi en khairul sharekan ttg itinerary and info ttg osaka n Tokyo.. Kami akan ke sana cuti honeymoon 2 org. tula, tgh prepare cari info..:) emial : hazliena85@yahoo.com salam kenal and terima kasih...byk info di sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ishatin Saffiyah..
      Saya dah emailkan itinerary saya semasa berada di sana. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!. :)

      Delete
  4. salam en khairul,

    Request saya juga sama seperti mereka :)
    Harap en khairul dpt email itinerary kepada saya di are.naconda@gmail.com

    TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anndifrick,
      Intinerary dah saya sent sama seperti mereka.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  5. Assalam..
    En Khairul, harap dapat share itinerary. Saya g jepun next week 12 - 19 nov. Alhamdulillah, plan yg sy wat sendiri da semi rapi, just nak tgok kot ada pape yg tercicir. Ni email address sy: curlcatoo@yahoo.com. Tqvm :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam E Jan..
      Maaf lambat reply. Saya dah email itinerary saya sepanjang berada di sana. Harap sempatlah tengok sebelum ke sana. Moga perjalanan mencari pengalaman ke Jepun selamat semuanya, insyaAllah.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  6. Salam aizanuar..
    Kalau dah ada plan untuk naik bas, rasanya tak perlu beli JR Pass. Lebih baik beli pass untuk region yang dilawati je seperti kansai west rail pass etc.. Ada banyak jenis pass yang dijual. Harap dapat buat pilihan yang tepat mengikut itinerary yang dirancang.

    My itinerary might not be the best.. But its good enough for me.. Hehe.. Where to share? email please.. Tq for reading my blog!.. :)

    ReplyDelete
  7. TQ bro Khairul. Sorry..lambat respon sbb outstation.

    Ni email saya: yanchor@yahoo.com

    Seriuosly bila tgk tempat2 menarik kat Jepon, tak pasti mcmne nak arrange utk sehari. Hehehe...yelah, kalo salah arrange nnt, mau jauh antara 1 destinasi ke 1 destinasi. Contohnya Maruyama Park & Arashiyama.. nampak dlm maps mcm utara-selatan jauhnya. hehehehe... harap boleh membantu. TQ brother.

    ReplyDelete
  8. Saya dah email itinerary saya sepanjang berada di sana. Harap dapat menjadi panduan dan rujukan, insyaAllah..

    ReplyDelete
  9. Salam En Khairul,
    Bleh share jugak ur itinerary utk dijadikan reference. Tempoh masa sy sama spt En Khairul.
    ssweetrwen@yahoo.com
    Btw,nice and informative blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry,my email is sweetrwen@yahoo.com

      Delete
    2. Salam Siti Sha,
      Check your inbox ya.. Harap dapat membantu.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  10. Salam En. Khairul, seronoknya baca blog saudara.. saya pun sedang merancang itinerary spring nanti..kalau boleh nak minta itinerary ya utk tambah2 idea.. email ke nieta2010@gmail.com ..tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam I am Nieta,
      Check ur inbox ya!.. Harap dapat tambah idea untuk ke sana.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  11. salam ..seronok sgt baca blog en khairul, sgt menarik
    saya tgh survey tempat2 yg menarik juga di Osaka & Tokyo.
    harap en khairul sudi sharekan ttg itinerary and info ttg osaka n Tokyo.
    mohon email itinerary & kos (kalau xkeberatan) :) pada emial : balqis25@yahoo.com
    salam kenal and terima kasih...byk info di sini..balqis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam balqis..
      Saya dah sent itinerary sepanjang berada di sana dan sedikit info berkenaan Osaka n Tokyo. Harap dapat dijadikan panduan dan rujukan. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
    2. Ooo lupa pula nak bgtau, saya akan ke Osaka dan Kyoto. kalau En Khairul ada itinerary untuk dua-dua tempat tu sangat membantu.. terima kasih
      zulkola84@yahoo.com

      Delete
    3. Itinerary saya termasuk Tokyo, Osaka dan Kyoto. Check ur inbox ya. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  12. salam en khairul..blh shaee iti osaka, kyoto & tokyo to hasliza_alias@yahoo.com.tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hasliza_alias..
      Check ur inbox ya. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  13. AsSalam
    Very informative blog!
    Thanks for sharing your experience Bro.
    Care to share your itinerary? my email sees69@yahoo.com

    Tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. As Salam Sheida..
      Check ur inbox ya!. Hope it helps! Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  14. Salam encik, boleh share itinerary x? liakifli123@gmail.com tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lia Kifli,
      Boleh je nak share. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  15. Salam en khairul, boleh share itinerary? Saya akan ke tokyo-kyoto-nara-osaka-kobe on march next year.. ni email saya tgtehmariah@yahoo.com. tqvm :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tgtehmariah..
      Lebih kurang macam trip saya cuma saya tak ke Kobe. Check ur inbox ya.. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  16. Salam En Khairul..
    Tengah dok cari cara tmpt menarik di jepun terjumpa blog tuan. Menarik sungguh pengalaman Tuan.
    Cubaan saya ke Jepun untuk cover Osaka - Kyoto - Nara - Tokyo. Boleh tuan email itinerary tuan kepada yamaguchigumi07@gmail.com
    Terima Kasih Tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan Yamaguchi..
      Trip penat dan letih, tapi tak ternilai jika dibandingkan dengan pengalaman yang diperolehi. Terbaik cubaan tuan tu. Lebih kurang macam trip saya. Check inbox ya tuan. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  17. Salam Tuan, JR West Rail Pass yang tuan ambik nie JR Kansai Pass la kan, ke lain. Jika x keberatan, boleh tuan share itenary tuan semasa di sana.. penyu.ganu@gmail.com.
    Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam peng you..
      Ada banyak jenis pass untuk JR West Rail Pass. Salah satunya adalah JR Kansai Pass. Jangan tersalah beli pulak ye. Make sure beli untuk tempat yang kita nak pergi je. Hehe. Check ur inbox. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  18. Salam...bole email itinerary roslinawatijaafar74@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lina..
      Check ur inbox ya. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  19. Salam tuan. Saya akan ke osaka kyoto kobe dan nara nov ni. Tengah pulun study. Plan dr kansai straight ke kyoto. Then baru turun ke osaka. Dr situ ke kobe dan nara. Boleh tuan emelkan saya itenary tuan. Tq bnyk tuan. Nadiah@ummc.edu.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..

      Itinerary lebih kurang macam saya cuma saya tak ke Kobe, tapi ke Tokyo sebab nak merasa naik Shinkansen. Hehe.. Check ur inbox ya. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  20. Salam en khairul...seronok bc blog awk. Kalo bwk budak 7thn wajib beli ke suica card tu utk knk2 puna atau memadai sy angkut je tumpang sy punya kad? Klo x keberatan share kn skli intinery nya norasheken2777@gmail.com.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mamieikeen..

      Untuk public transport seingat saya budak umur 6 tahun ke bawah free. Kalau ada yang cek boleh tunjuk passport. Harga tiket suica card untuk kanak-kanak sama cuma tambang yang ditolak berbeza dari dewasa.

      Check ur inbox ya. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  21. salam en kairul,

    boleh email itinery ke hafizanmohamed@yahoo.com.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hafizanmohamed..
      Check ur inbox ya. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete