Sunday, 9 March 2014

JJCP Japan : Day 01 (Part #2)

Tarikh:
22 November 2013
Lokasi kejadian:
Tenjinbashisuji - Osaka Museum of Housing and Living - Universal Citywalk

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tepat jam 12.00 tengahari kami berjalan semula ke Shin-Osaka Station. Bagpack kami dah letak kat lobby hotel, ringan sikit beban. Di luar hotel kelihatan banyak vending machine yang menjual macam-macam jenis air. Kat Jepun memang macam tu. Kebanyakan urusniaga semuanya mesin yang buat. Kurang penggunaan manusia. Negara berteknologi tinggi.. Hehe.. Air yang dijual dalam vending machine kebanyakannya tak pernah tengok di Malaysia. Tapi saya perasan di Aeon ada vending machine macam ni yang menjual product air dari Jepun. Dah memang Aeon company dari Jepun pun.. Mestilah ada..

Vending machine memang belambak kat Jepun ni
Gaya macam nak beli tapi tak beli pun.. Hehe
Setelah vending machine menjadi model gambar kenangan, kami terus menuju ke Shin-Osaka Station melalui jalan yang sama seperti kami datang tadi. Naik tangga, turun tangga dan masuk ke dalam station. Punyalah banyak platform kat Shin-Osaka Station ni. Nasib baik saya dah study siap-siap train mana yang nak naik untuk ke Osaka Museum. Kami terus ke platform 16 untuk naik JR Kyoto Line yang menuju ke Osaka Station. Sebenarnya banyak train yang menuju ke sana. Tapi disebabkan taknak amik risiko salah train, maka kami ikut jadual train yang saya dah sediakan awal-awal. Prosedur seperti biasa, tunjuk JR Pass pada officer di pintu masuk ke platform. Apa yang menarik tentang sistem train di Jepun ni adalah ketepatan waktunya. Kalau kat screen tulis waktu sampai, memang betul-betul sampai. Susah nak dengar train delay melainkan ada masalah seperti ribut dan angin kencang. Harap janganlah berlaku masa kami berada di sini, insyaAllah..

Orang ramai yang beratur menunggu train di platform..
Perkara kedua yang menarik perhatian kami adalah disiplin rakyat Jepun ketika menunggu train sampai. Masing-masing beratur ikut tanda yang ada pada lantai platform. Saya tak berapa faham tentang tanda di lantai tu. Yang pastinya kami ikut beratur sekali di belakang orang ramai. Cara beratur pun mengikut 2 barisan yang ada ruang di tengah-tengah. Tujuannya bila train sampai, yang beratur ni akan tunggu di kiri dan kanan pintu. Bila pintu train bukak, yang keluar akan lalu di tengah barisan. Bila dah selesai baru yang beratur ni naik. Walaupun keadaan train sentiasa penuh dengan orang tapi masih lagi nampak sistematik. Huhu.. Tak sampai 24 jam di Jepun tapi dah banyak pengalaman yang saya belajar tentang adap dan disiplin rakyatnya. Melihat dengan mata kepala sendiri lebih baik dari mendengar cerita orang lain..

Kat dinding platform ada tertulis route yang train akan lalui..
Lagi satu perkara menarik adalah penunjuk jalan untuk orang buta di Jepun. Di sepanjang jalan, tak kira tepi jalan ke, dalam station atau kat shopping complex sekalipun akan ada garisan kuning@perang@merah yang berbintik dan bergaris timbul di permukaannya. Tujuannya adalah sebagai guide untuk orang buta berjalan. Garis bermaksud jalan terus. Bintik bermaksud berhenti kerana ada simpang kiri dan kanan. Kerajaan Jepun buat garisan ni adalah kerana satu peristiwa dulu dimana seorang rakyat Jepun yang buta mati sebab jatuh di landasan train. Kerana satu kes tu, terus diorang buat jalan khas untuk orang buta. Memang respect betul tindakan kerajaan diorang. Satu kes je terus buat penambahbaikan.. Terbaiklah..

Beratur ikut tanda di lantai. Garisan kuning tu untuk guide orang buta..
@ Tenjinbashisuji

JR route from Shin-Osaka Station to Tenma Station
Tak sampai 5 minit perjalanan, jam 12.25 tengahari kami tiba di Osaka Station dan terus ke platform 2 untuk naik train yang lain. Tepat jam 12.35 tengahari train JR Osaka Loop Line membawa kami ke Tenma Station yang mengambil masa cuma 3 minit je. Dari Tenma Station, saya mula confuse jalan untuk ke Osaka Museum. Saya bukak Citymaps2GO untuk melihat route ke sana. Nasib baik cek awal-awal sebab kami dah tersilap jalan. Kami mengikut route yang ditunjukkan dalam maps dan masuk ke area Tenjinbashisuji, iaitu shopping street yang panjang. Masa untuk window shopping barangan yang dijual di situ. Kebetulan Fa mencari kasut baru untuk ganti kasut dia yang dah nak tertanggal tapaknya. Dah lama tak pakai kasut tu katanya. Memang betul, kalau kasut dah lama tak pakai, nanti getah dia senang nak tercabut. Macam-macam design kasut yang ada. Tapi pandai-pandailah memilih ikut harga yang ditawarkan. Jangan lupa convert sebab kat sana nilainya semua main ribu-ribu Yen je. Hehe..

Di Tenma Station. Mencari route guna Citymaps2Go dalam smartphone..
Menunggu Fa mencari kasut yang sesuai.. Pilih je mana yang berkenan..
Banyak shopping street macam ni di Jepun
Kalau nak tau nama shopping street rajin-rajinlah pandang atas bumbung
Di Jepun terlalu banyak kedai yang menjual barang 2nd hand tapi nampak macam baru. Orang Jepun memang stylish dan mementingkan penampilan yang up-to-date. Tak kisah saiz rumah sebesar shoe-box tapi pakaian mestilah branded. Sampai macam tu sekali. Wife saya pernah cerita kat Jepun ni ada banyak kedai sewa pakaian, handbag dan kasut khas untuk majlis-majlis tertentu. Nak beli mahal, just sewa jelah untuk sehari dua, asalkan nampak grand. Huhu.. Handbag branded yang original main longgok je kat luar kedai. Tapi harga 2nd hand pun still mahal lagi. Kalau 1st hand dah tentu lagi mahal. Samada mampu atau tak aje.. Yang penting window shopping tetap best. Hehe.. Teringin jugak nak beli jam 2nd hand tapi nampak macam tak mampu je.. Tengok dari luar cermin je la ye..

Antara kedai 2nd hand yang dapat kami window shoppingkan.. Hehe..
Kami terus berjalan sampai ke hujung Tenjinbashisuji. Di situlah letaknya Osaka Museum of Housing and Living. Sepanjang perjalanan tadi kami tak nampak pun signboard tentang arah ke Osaka Museum. Bila dah sampai kat lif bangunan baru nampak signboard. Itu pun dalam tulisan Jepun. Hanya refer kat gambar pada signboard tu aje yang meyakinkan kami ianya adalah Osaka Museum. Huhu.. Kami terus naik lif ke tingkat 8.

Walking from Tenma Station to Osaka Museum of Housing & Living
@ Osaka Museum of Housing and Living

Sampai di tingkat 8, kami disambut oleh sorang staff museum tersebut. Nasib baik dia boleh faham sikit apa yang kami cakap. Kami membeli tiket masuk bernilai 600JPY/person. Apa yang agak menarik, staff tu tak amik pun duit kami, tapi dia cuma ajar kami cara guna mesin tiket yang ada kat situ. Masukkan amaun, tekan butang dan keluar tiket. Keje dia kat situ just sambut visitor dan ajar cara beli tiket. Takde kaunter tiket di situ. Hehe.. Lepas tu tunjuk tiket kat dia untuk masuk ke dalam museum. Museum ni ada 3 tingkat, dari tingkat 8 hingga 10. Mula-mula kami kena naik eskalator ke tingkat 10 dulu untuk pemandangan keseluruhan di zaman Edo-period di Jepun. Setakat boleh amik gambar general view je kat situ. Lepas tu baru turun ke tingkat 9 untuk aktiviti meronda di kawasan tersebut.

Tiket masuk ke Osaka Museum of Housing and Living. 600JPY/person
Naik eskalator ke tingkat 10
Pemandangan keseluruhan zaman Edo-period dari tingkat 10
Setakat amik gambar je kat sini..
Kat tingkat 9, kami melalui pintu gerbang untuk masuk dan explore suasana persekitaran Jepun di masa lampau. Siap ada lighting dan sound effect sekali. Memang terasa macam betul-betul berada di zaman dulu. Seterusnya adalah aktiviti utama yang membuatkan kami ingin datang ke museum ni, iaitu menyewa kimono Jepun! Hehe.. Dengan bayaran sebanyak 200JPY/person, kami dapat pakai kimono yang lengkap dan bersiar-siar untuk amik gambar kat dalam tu selama 30 minit. Cukup dah tu. Memang itu impian wife saya yang teringin sangat nak pakai kimono, kat Jepun pulak tu. Saya pernah google website kimono rental, tapi harganya agak mahal. Yang paling murah pun dalam 3000JPY untuk sewa selama sehari, iaitu di area Kyoto. Cuma apa yang lebih adalah kita boleh bawak keluar jalan-jalan di Kyoto dengan kimono tu. Tapi masa kami di sini agak limited. Tak perlulah nak sewa sampai sehari. Dapat pakai 30 minit kat museum ni pun dah cukup bertuah. Dari forum yang saya baca, selalunya ramai tourists yang akan sewa kimono ni. Ada yang kena tunggu turn sampai 2-3 jam. Tapi memang nasib kami bertuah sebab masa tu hanya 2 orang je tourists yang sedang menunggu. Takdelah buang masa lama kat sini. Alhamdulillah..

Pintu masuk di tingkat 9. Edo-period di tahun 1830an..
Background keadaan pekan Jepun di zaman dulu..
Duduk kejap kat 'kedai' yang ada di situ..
Prosedur pembayaran untuk sewa kimono sama macam kat kaunter masuk tadi. Kena masukkan sendiri 200JPY kat dalam mesin untuk keluarkan tiket. Ada 2 orang staff yang bekerja kat situ, sorang handle tourists yang beratur dan sorang lagi tolong pakaikan kimono. Yelah, sape yang pandai nak sarung kimono sendiri. Nampak macam susah je, especially yang lilit kat pinggang tu. Huhu.. Nak dijadikan cerita, lepas kami beli tiket je, terus ramai tourists yang beratur. Memang nasib kami sungguh baik hari tu. Hehe.. Bila sampai turn kami, staff tu bagi kami pilih design kimono mana yang kami nak pakai. Untuk lelaki design agak limited dan warna pun plain je. Tapi untuk perempuan memang ada banyak pilihan corak bunga. Dah pilih yang mana berkenan, staff tu tolong pakaikan di badan kami. Bukan setakat kimono je, tapi selipar dan stokin pun diberi sekali. Complete set.. Memang terbaik dengan harga sewa yang ditawarkan.. Berbaloi!

Nampak macam mudah je dia buat bentuk reben kat belakang..
Yakuza sudah sedia.. Haha..
Dah selesai setting kimono, kami pun berjalan la kat dalam tu mencari lokasi yang menarik untuk bergambar. Macam-macam gaya ada. Hehe.. Masa 30 minit yang diberikan cukup untuk kami bergambar sepuasnya. Dengan staff yang jaga kat situ pun kami bergambar sekali. Apa yang penting kami berpeluang melihat design rumah dan kedai Jepun di zaman dulu. Teringat cerita Oshin kat TV yang saya cukup minat masa kecik-kecik dulu.. Dari karektor budak-budak sampai ke tua si Oshin tu saya layan sampaikan lewat pergi mengaji. Cerita zaman budak sekolah dulu.. Hehe.. Here's our 30 minutes kimono wearing session pictures (10% from the total pictures taken. Hehe..):

Surirumah menunggu suaminya di depan rumah..
Tak perasan suaminya dah ada kat dalam rumah.. Hehe..
Bilas kaki sebelum masuk rumah..
Jemput masuk.. Rumah sentiasa terbuka sebab takde pintu pun..
Agak sopan cara duduk tu.. Huhu..
Singgah di 'kedai kain' jap..
Di ruang tamu. Jemput bersila ye..
Di lorong ke rumah jiran..
Jumpa jiran rumah sebelah..
Tempat tangki air zaman dulu..
Tak tau kedai ni jual apa.. Jumpa suami jiran..
Bergambar kenangan dengan kimono masing-masing..
Bersama staff yang menjaga museum di situ..
Posing tunjuk reben kat belakang..
Selipar jepun takde kiri dan kanan sebab dua-dua shape sama..
Gaya pegang pedang samurai walaupun tak dibekalkan oleh pihak museum. Huhu..
Selesai 30 minit, kami return balik kimono tu. Tergerak jugak dalam hati nak beli sepasang kalau jumpa yang murah untuk dibuat kenang-kenangan, walaupun taktau masa bila nak pakai kat Malaysia. Tunggu bila family day atau annual dinner ada buat tema pakaian tradisional seluruh dunia. Time tu baru boleh pakai. Hehe.. Kami cukup puas dapat meronda dalam museum tu dengan berpakaian kimono. Seterusnya kami turun ke tingkat 8 untuk melihat Jepun di zaman moden pulak. Ada banyak replika yang menarik untuk diambil gambar. Dalam 15 minit meronda kat dalam tu, kami keluar dari museum. Keseluruhannya memang berbaloi dengan bayaran 600JPY dan 200JPY untuk melawat Osaka Museum of Housing ang Living ni. Satu pengalaman dan kenangan manis yang takkan kami lupakan..

Masa dah tamat.. Kena bukak balik kimono tu.. Puas sudah..
Turun ke tingkat 8 untuk lihat zaman Modern Osaka pulak..
Sony dan rakan-rakan bersama dengan product terawal mereka..
Replika bentuk rumah di zaman awal pemodenan Jepun..
@ Universal Citywalk

Kami keluar dari Osaka Museum of Housing and Living jam 2.45 petang. Kami lalu balik Tenjinbashisuji untuk ke Tenma Station. Lokasi seterusnya adalah ke Universal Citywalk dimana Universal Studios Japan dan Hard Rock Cafe Universal Citiwalk terletak di situ. Di Tenma Station, kami naik JR Osaka Loop Line menuju ke Nishikujo Station dan tukar train JR Sakurajima Line terus ke Universal City Station. Kami sampai di Universal City Station jam 3.20 petang. Kami berjalan menuju ke Universal Citywalk yang tak berapa jauh dari station. Suasana di situ agak happening dan cuaca agak sejuk. Ramai tourists dan locals yang pergi ke Universal Studio Japan. Kami cuma amik gambar pemandangan sekitar je. Yang utama adalah masuk ke dalam Rock Shop yang terletak betul-betul di depan pintu masuk Universal Studio Japan. Masa untuk menambah koleksi t-shirt HRC kami.

JR route from Tenma Station to Universal City Station
Patah balik di Tenjinbashisuji Shopping Street..
Di Universal Citywalk..
Kat belakang tu jalan ke Universal Studios Japan dan HRC..
Boleh la nak amik gambar kenangan kat sini..
@ Hard Rock Cafe Universal Citywalk

Bila tengok t-shirt yang dijual, saya perasan yang tulisan di t-shirt bukan lagi Universal Citywalk, tapi Osaka. Maknanya kami tak perlu nak ke HRC di bandar Osaka sebab dah tentu t-shirt tulisan yang sama. Staff disitu kata dah lama tak keluar t-shirt Universal Citywalk. Agak kecewa juga, tapi at least kurang sikit belanja t-shirt HRC kat sana. Hehe.. Yang menarik tentang HRC kat Jepun adalah harganya. Kalau dibandingkan dengan koleksi HRC yang saya ada, t-shirt HRC di Jepun yang paling murah. Terkejut jugak, sebab kat sini dah diketahui mahal serba-serbi. Untuk classic t-shirt cuma berharga RM75.00 je. Kalau kat tempat lain paling murah pun dalam RM100.00 - RM120.00. Sesuailah nak beli t-shirt HRC di Jepun sebagai kenangan dan koleksi peribadi.

Walking from Universal City Station to Universal Studios Japan entrance..
Di depan HRC Universal Citywalk
@ Universal Studios Japan

Selesai membeli dan membelahkan diri, kami berjalan ke kawasan pintu masuk Universal Studio Japan. Macam biasa, replika bumi yang berpusing dan berasap tu dah tentu ada seperti kat Singapore. Kat situlah tempat kami bergambar kenangan, walaupun tak masuk ke dalam. Cukup sudah sebagai bukti kami menjejakkan kaki di sini. Ada rezeki boleh plan balik datang ke sini bawak anak-anak, khas untuk layan permainan yang ada kat dalam Universal Studio Japan, insyaAllah.. Trip ni tak boleh nak buang masa sebab banyak lagi lokasi yang nak dijejaki. Jangan kacau plan dalam itinerary. Nanti kelam kabut dibuatnya.

Di depan gerbang ke Universal Studios Japan
Replica icon Universal Studios..
Bergambar kenangan bersama-sama..
Tak ramai yang beli tiket sebab dah lewat petang
Boleh la nak beli souvenir walaupun tak beli tiket masuk..
Harga popcorn.. Garret lagi sedap. Hehe..
Sudah puas bergambar, kami berehat kat kerusi yang disediakan merata di kawasan Universal Citywalk. Layan makan popcorn sambil melihat orang lalu-lalang di depan kami. Saya sempat juga meronda melihat kedai makan yang ada kat situ, dengan harapan ada yang berstatus halal. Tapi malangnya takde satu pun kedai yang boleh kami makan. Cuaca pulak dah mula senja. Kami teruskan perjalanan balik ke hotel. Jam 4.45 petang kami naik train JR Sakurajima Line, tukar train JR Osaka Loop Line di Nishikujo Station dan terus ke Osaka Station. Apa yang saya perhatikan kat sini, setiap station yang besar bergabung sekali dengan shopping complex yang tinggi-tinggi belaka. Patutlah nampak lagi besar station tu. Senang bagi rakyat Jepun nak shopping. Turun train je terus masuk shopping complex. Habis shopping terus naik train balik ke rumah.. Tak perlu nak jalan jauh-jauh..

JR route from Universal City Station to Shin-Osaka Station
Pemandangan platform di Osaka Station
Shopping complex attach dengan Osaka Station
Di Osaka Station kami naik pulak JR Kyoto Line menuju ke Shin-Osaka Station dan tiba pada jam 5.40 petang. Kali ni kami dah expert nak cari jalan keluar ke arah New Osaka Hotel. Hehe.. Tepat jam 6.00 petang kami dah sampai di hotel. Selesai hal di reception counter, staff di situ membantu kami bawak barang naik ke bilik hotel. Apa yang kurang tentang hotel ni adalah takde troli untuk bawak barang naik ke bilik. Terpaksalah pinjam troli dari restoran kat situ untuk bawak naik barang-barang kami. Kami dah tak larat nak angkat beg sendiri. Penat.. Huhu.. Kejap lagi nak keluar lagi.. Harap boleh bertahan.. Wallahualam..

*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Museum entrance : RM39.00
  - Kimono rentals     : RM13.00
  - Snacks                   : RM29.25
  - Jumlah                  : RM81.25

*Website yang membantu:

Tenjinbashisuji Shopping Street

Osaka Museum of Housing and Living

Universal Citywalk Osaka

Hard Rock Cafe Universal Citywalk

Universal Studios Japan

18 comments:

  1. salam... nice story and very informative
    boleh tak share itinerary? emel sy adt2647@yahoo.com.my
    thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam adt2647,
      Check ur inbox! Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  2. Salam! I pun nak itenary boleh? Also planning to go to osaka end of this year.. Tqvm for sharing, sgt membantu :) email: mdm.mimi@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mimi..
      Boleh, takde masalah. Check ur inbox ya. Happy travelling to Osaka! Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  3. As salam,
    Bole share itenary juga utk saya? Planning to go Kul- Osaka - Tokyo - Kul Nov 2016.
    Info sgt membantu. emel: hafie5@yahoo.com pls. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam brader misai..
      Bole, takde masalah.. Check ur inbox ya. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  4. salam...
    boleh tak emailkan itenary awak kat saya tak..
    sebab bulan 9 nie saya ke jepun..
    nathasyasuraya@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nathasya suraya,
      Check ur inbox ya. Tq for reading my blog!. :)

      Delete
  5. Assalamualaikum,
    Best baca blog awak.. sy nak ke Osaka-Hiroshima-Kyoto-Tokyo bln Mac 2017.. nak mnta itineri awak boleh? emel saya azilah.harun@gmail.com

    tqvm..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Azilah,

      Check ur inbox ya.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  6. Assalamualaikum..best baca blog awk..boleh tak emailkan itenarary dekat sy,sy nak pegi tokyo-osaka-kyoto bulan April 2017 ni.ni email sy nurulfzz@gmail.com
    Tqvm =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam nurulfzz
      Check inbox tau.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  7. Assalam. Bole emel itinerary to aiss0719@gmail.com. Btw nice sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam mamaqalesya..
      Boleh, takde masalah. Check ur inbox ya. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  8. Assalamualaikum. Very informative blog...saya suka. Saya dengan family akan pergi Osaka December ni. Plan kalau boleh nak cover Osaka, Kyoto, Kobe and Nara if sempat. Boleh share itinerary pls. Tq in advance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Mel..
      Lebih kurang macam trip saya, cuma saya tak sempat nak ke Kobe. Nak share itinerary kat mana tu ye? Anyway, tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  9. Salam tuan,

    Mohon share itinerary pls?
    Sy akan travel ke OSAKA-KYOTO Julai ni
    First time travel to Jepun

    Regards,
    Khairun Nisaak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Boleh dapatkan emel untuk saya share?

      Delete