22 November 2013
Lokasi kejadian:
Shinsaibashi Area
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Setelah berehat lebih sejam kat dalam bilik hotel, jam 7.30 malam kami bersiap-siap untuk keluar balik. Cadangan awal nak ke Hard Rock Cafe Osaka dan ke Shinsaibashi area. Tapi disebabkan t-shirt HRC di Universal Citywalk dah tertulis Osaka, maka kami amik keputusan untuk ke Shinsaibashi je. Perut yang hanya berisi popcorn dan air sepanjang hari ni dah mula berbunyi. Di Shinsaibashi ada restoran halal. Lepas makan boleh la nak berjalan di sepanjang shopping street di situ. Shinsaibashisuji adalah shopping arcade sepanjang 600 meter yang terawal dibina di Osaka. Di hujung Shinsaibashisuji ada jambatan yang menghubungkan kawasan Dotonburi yang juga dikenali sebagai entertainment district and food destination. Kat situ jugak terletaknya landmark the symbol of Osaka iaitu Glico Running Man sign dan Kani-Doraku crab sign.
Glico Running Man dan Kani-doraku sign di Shinsaibashi Shopping Arcade (Ihsan Google Images) |
Kami keluar jam 7.40 malam. Kami berjalan ke subway station yang terletak di sebelah belakang hotel. Pengalaman pertama, beli tiket guna ticket machine yang kebanyakannya tulisan Jepun.. Huhu.. JR Pass tak boleh nak guna untuk naik subway. Nasib baik dah study sikit sebelum datang ke sini. Harga tiket subway adalah mengikut zone yang kita nak pergi. Jadi kena pastikan station mana yang kita nak turun. Kat dinding atas ticket machine ada map besar yang menunjukkan station dan fare. Untuk ke Shinsaibashi dari Shin-Osaka harga tiket 230JPY/person one-way. Selesai masalah harga tiket. Masalah seterusnya adalah camna nak guna ticket machine tu. Huhu.. Macam-macam button ada. Info yang saya dapat, kat ticket machine tu ada button untuk English, tapi yang ni takde pulak. Haru.. Saya bertanya pada officer kat situ, saya cuma sebut Shinsaibashi je. Dia pun angguk dan bagitau harga tiket guna isyarat tangan yang saya dah sedia tau berapa bayarannya. Aduu, susah la macam ni. Nak taknak saya terpaksa memandaikan diri guna ticket machine tu. Lagipun kalau harga tiket kurang, nanti masa keluar dari station, ada kaunter fare adjustment untuk bayar baki nilai tiket yang tak cukup. Time tu boleh la mintak tolong kat orang lain. Hehe.. Saya masukkan duit 230JPY, dan merujuk pada simbol kat button tu saya tekan button simbol one person dan button fare 230JPY. Alhamdulillah, keluar pun tiket. Saya pun buat lagi sekali untuk tiket kedua, padahal boleh je tekan button simbol two person. Takyah buat dua kali. First time kan, manalah nak tau. Hehe.. Yang penting tiket dah ada kat tangan kami. Masukkan tiket pada slot di gate, pastu jangan lupa amik balik sebab nak masukkan kat gate keluar nanti.. Time to take a subway for the first time in Japan!.
Tiket subway. Yang faham cuma nombor je.. |
Saya menghafal station yang ke berapa untuk turun. Takut terlepas station. Agak ramai jugak orang di dalam subway. Time balik keje kot. Mata dan telinga saya fokus untuk pastikan station yang betul. Ada 6 stops sebelum sampai di Shinsaibashi Station. Dalam 15 minit perjalanan, akhirnya kami turun di Shinsaibashi Station. Masalah seterusnya, tak pasti mana satu exit yang betul untuk ke shopping arcade. Takut terlintas seberang jalan je. Langsung tak jumpa nanti. Kebetulan ramai passenger yang turun. Kami pun ikut je mana group yang ramai keluar dari station tu, dengan harapan betullah diorang nak ke shopping arcade. Alhamdulillah, betul rupanya. Kami terus mencari restoran Ali's Kitchen yang terletak di pintu masuk Shinsaibashi Shopping Arcade. Akhirnya kami berjumpa. Restoran Ali's Kitchen terletak di tingkat B1. Dari luar restoran kedengaran bunyi bising di dalam. Owner restoran tu (Ali la kot nama dia?) kata restoran full. Dia mintak kami datang lagi setengah jam. Takde masalah, kami boleh jalan-jalan kat shopping arcade dulu. Apa-apa pun kami dah tau di mana lokasi Ali's Kitchen..
Subway Midosuji Line from Shin-Osaka Station to Shinsaibashi Station |
Ali's Kitchen sign di tepi lif |
Shinsaibashi Area |
Di Shinsaibashi Shopping Arcade |
Orang ramai berjalan di shopping arcade.. |
Daiso kat sini lagi murah dari di Malaysia.. 100JPY/item |
Banyak betul kedai slot machine kat Jepun ni.. |
Window shopping je.. |
Orang dah tak ramai dah.. Jom makan!.. |
Ceria sebab perut kenyang kejap lagi. Hehe.. |
Amekau!.. Sepinggan cukup untuk 2 orang makan.. |
Map kawasan Shin-Osaka Station.. Harap faham la menengoknya.. Hehe.. |
*Kos wajib untuk 2 orang:
- Subway ticket : RM29.90
- Meals : RM195.00
- Jumlah : RM224.90
**Day 01 Expenses: RM384.15
*Website yang membantu:
*Website yang membantu:
Osaka Subway System
Shinsaibashi Shopping Arcade
Ali's Kitchen
Glico Running Man
No comments:
Post a Comment