Monday 24 February 2014

JJCP Japan: Persiapan #1

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sejak dari beli tiket flight ke Osaka bulan April 2013 haritu, saya mula mencari info sebanyak yang mungkin tentang Jepun. Hari kejadian masih jauh lagi. Dapatlah saya google dengan tenang. Tak perlu nak rush mencari info. At least dalam seminggu, 2-3 hari google dah cukup. Accomodation, transportation, halal restaurants dan places to visit, semuanya saya kumpul dan susun dalam itinerary. Bermula kembali aktiviti menyusun itinerary seperti yang saya buat masa ke UK tahun 2012. Masa ke Indonesia saya cuma ahli jemaah je, tak perlu susah-susah nak cari info.

Tq Malaysia Airlines!.... Again.. (Ihsan Google Images)
# Flight ticket

Tiket yang dah dibeli adalah dari Malaysia Airlines. Kebetulan masa bukak kat bahagian 'deals of the day' ada tiket murah ke Osaka, Jepun. Pucuk dicita ulam mendatang. Memang ada dalam wishlist nak melawat negara Jepun. Maka saya pun mintak wife saya booking return flight tickets ke Osaka untuk 2 orang. Takut tunggu lagi nanti naik pulak harga tiket. Memang betul pun. Lepas 2 minggu wife saya book tiket, harga ke Osaka dah menjadi RM899/return. Naik lagi RM100. Patutnya masa RM699 dulu saya grab terus. Huhu.. But RM799 is still cheaper than normal price.. Naik MAS tak perlu risau tentang hidden charges. Confirm fix RM799/return per person.

RM1,598.00 untuk 2 orang. Kira murah la jugak..
# Itinerary planning

Saya ada banyak masa nak setup itinerary di Jepun. Rancangan awal adalah nak ke Osaka, Kyoto, Nara, Nagoya dan Tokyo. Teringin juga nak ke Mt. Fuji kalau ada kesempatan dan peluang. Siapa yang tak pernah dengar tentang Mt. Fuji kalau bercerita tentang Jepun? Mercu tanda yang paling famous di Jepun. Struktur gunungnya yang bertompok putih salji di puncak dan dikelilingi oleh kawasan yang lapang. Mt. Fuji banyak menyimpan kisah silam yang menarik dalam sejarah negara Jepun. Mt. Fuji adalah gunung berapi yang masih lagi aktif. Saya ada mencari info tentang Mt. Fuji ni. Dinyatakan bahawa Mt. Fuji dah lama tak meletus, dan para saintis menganggarkan yang Mt. Fuji akan meletus semula selepas 300 tahun dari tarikh akhir ia meletus, iaitu jatuh pada tahun 2013/2014! Huhu.. Janganlah time saya pergi ia meletus pulak. InsyaAllah, ada rezeki dapatlah saya melihat puncak Mt. Fuji dari jarak yang paling dekat.

Mt. Fuji. Cantik pemandangannya.. (Ihsan Google Images)
Jadi saya pun susunlah itinerary trip to Japan. Ada jugak saya google tentang sewa kereta di sana. Tapi rasanya macam payah nak bawa kereta kat sana sebab masalah bahasa. Signboard pun kebanyakannya dalam tulisan Jepun. Takde masalah sebab GPS kan ada. Tapi saya buat keputusan untuk tidak menyewa kereta di sana. Antara sebabnya ialah saya nak naik Shinkansen. Hehe.. Teringin betul nak naik bullet train tu. Maka draf pertama itinerary direka. 

- Day 01: KLIA - Osaka
- Day 02: Osaka
- Day 03: Nagoya - Tokyo
- Day 04: Tokyo
- Day 05: Tokyo
- Day 06: Mt. Fuji - Kyoto
- Day 07: Kyoto
- Day 08: Nara
- Day 09: Osaka - KLIA

Susunan lokasi kejadian secara draft dah dibuat. Tapi mungkin akan berubah di saat akhir. Ikut pada tempat yang akan dilawati dan masa yang diambil. Waktu siang di Jepun lebih kurang sama seperti di UK, time winter waktu siang pendek. Jam 5.00 petang dah gelap. Kenalah susun betul-betul itinerary secara details nanti.

Adakah saya berpeluang naik salah satu darinya? (Ihsan Google Images)
# Currency

Aduh.. Bab ni pening kepala sikit. Jepun adalah antara negara maju yang agak tinggi nilai matawangnya. Tapi nilainya dikira dalam Yen (JPY) sahaja. Kira macam sen kat Malaysia, takde nilai ringgit. Dan cost living di Jepun memang teramatlah tingginya. Bila kira secara logik nampak macam duit kita besar sebab RM1 bersamaan dengan JPY31.50. Tapi hakikatnya takde pun barang di Jepun yang bernilai sebanyak tu. Semuanya main ribu-ribu yen je. Huhu.. Seperti biasa, saya ke money changer di Midvalley untuk tukar duit Yen. Asal saya pergi je mesti ramai orang tengah beratur. Sebab rate dia rendah dari money changer yang lain kot. Sebenarnya takde effect yang ketara kalau setakat nak tukar sikit je. Kat mana-mana pun boleh. Tapi kalau nak tukar banyak, memang kenalah cari yang betul-betul murah. Kadar tukaran waktu tu 1000JPY = RM32.47. Saya bundarkan kepada RM32.50 untuk memudahkan pengiraan. Berpeluh kejap bila pegang duit Yen. Tinggi nilainya. Saiz duitnya besar dan material kertasnya memang berkualiti. Itulah negara Jepun..

Money changer di tingkat bawah Midvalley. Sebelah eskalator je.
Ada dua money changer di sini yang ramai orang beratur
Nak tanya rate semasa boleh la call nombor ni atau masuk website dia
Hasil duit Yen yang dah ditukar dengan ringgit Malaysia.
# MATTA Fair @ PWTC

Bila dah tau currency Jepun tinggi, maka saya pun mula mencari lokasi accomodation yang sesuai dengan itinerary yang berpatutan harganya. Banyak jugak yang saya jumpa. Mulanya nak pilih ryokan, hotel yang berkonsepkan Japanese style. Ada yang murah tapi lokasinya amat jauh dari bandar. Yang paling murah di tengah bandar adalah capsule hotel. Tapi macam kurang privacy. Tidur beramai dalam capsule masing-masing. Huhu.. Hotel 1 hingga 3 bintang pun banyak, cuma lokasi tak sesuai. Maka saya pun hold dulu sebab MATTA Fair bakal berlangsung di PWTC pada awal bulan September. Mana tau dapat harga promotion untuk bilik hotel yang selesa dan harga yang berpatutan. Kalaulah Jepun ada Travelodge dan Premier Inn kan best. Hehe..

Japan capsules. Yang ni paling murah. (Ihsan Google Images)
Pada 6-8 September 2013, MATTA Fair berlangsung di PWTC. Hari pertama saya dah pergi. Saya ambil peluang untuk melihat pakej dan promosi yang diberikan. Inilah kali pertama saya pergi ke MATTA Fair. Sebelum ni wife saya je yang pergi sebab office dia sebelah PWTC je. Time lunch boleh running kejap. Hehe.. Lepas bayar entrance fee, saya mula explore dalam dewan. Memang pening kepala bila tengok macam-macam iklan promosi untuk percutian luar negara. Saya mencari booth untuk travel ke Jepun. Tak jumpa pun. Akhirnya saya tunggu wife saya habis kerja dan join sekali mencari booth Jepun. Rupanya ia terletak kat bangunan yang lagi satu. Hebat wife saya. Tau aje mana nak pergi. Kami ke bangunan sebelah. Masuk je terus nampak booth Jepun yang amat besar. Masa untuk mencari info sebanyak mungkin.

MATTA Fair @ PWTC
Antara pamphlet dan guide book yang saya ambil di booth Jepun
Di booth Jepun pulak ada banyak bahagian, mengikut negeri dan region di Jepun (betul ke Jepun ada negeri? Hehe..) Kami mencari bahagian travel to Osaka dan Tokyo. Akhirnya kami ke booth Japan Travel Bureau (JTB) yang terletak di hujung sekali. Mula-mula sorang staff Jepun yang berkimono datang melayan kami. Disebabkan tak berapa faham sangat penerangan dia, kami dilayan oleh sorang lagi staff, Erina Iwasaki. Nama Jepun tapi muka macam melayu je. Fasih pulak tu berbahasa melayu. Tak kisahlah, janji senang nak faham penerangan dari dia.

Boleh la call dia kalau nak dapat pakej dari JTB. Nice person..
# Accomodation

Di booth JTB tu kami telah diberi pilihan untuk memilih pakej yang ada di Osaka dan Tokyo. Masa tu ada pakej Visa Waiver Promo. Kebetulan promo tu sesuai dengan jangkamasa kami di sana. Lepas berbincang dengan wife, maka kami pun ambil dua pakej promo. Yang pertama adalah pakej 3 malam Sunshine City Prince Hotel (4-star) di Tokyo berharga RM595.00/person beserta diskaun Sunrise Tour dan yang kedua adalah pakej 3 malam Hotel Hearton Nishi-Umeda (4-star) di Osaka berharga RM595.00/person yang juga beserta diskaun Sunrise Tour. Bila dikira balik, tolak dengan diskaun tour, harga hotel yang kami perlu bayar adalah kurang dari RM300.00/night. Berbaloi la tu sebab hotel pun 4-star. Kami perlu tambah satu lagi hari bermalam di Osaka pada hari pertama. Kami terus booking Hotel New Osaka melalui JTB untuk malam pertama di Osaka yang berharga RM224.00. Saya pilih hotel tu sebab dekat dengan Shin-Osaka Station. Senang nak naik Shinkansen lepas check-out nanti. Selesai sudah hal accomodation di Jepun..

Visa Waiver Campaign - Tokyo deals
Yang ni pulak Osaka deals
# Tours

Mula-mula saya taknak amik tour di sana. Tapi disebabkan dapat diskaun, saya pun teruskan aje. Sunrise Tour menyediakan macam-macam pilihan dari pamphlet yang disediakan. Untuk di Tokyo kami pilih pakej 'Mt. Fuji-Hakone 1-Day Tour' yang berharga RM204.00/person dan di Osaka kami pilih pakej 'Real Kyoto Back Street Guided Cycling Tour' yang berharga RM102.00/person. Harga yang diberi adalah selepas tolak diskaun JPY5,000.00 untuk setiap pakej. Kira kami dapat diskaun JPY10,000.00/person untuk 2 tour, satu di Tokyo dan satu lagi di Osaka. Tak pasti murah atau tak, tapi masih berbaloi agaknya memandangkan hotel yang kami dapat pun adalah hotel 4-star. Yang penting kami tak perlu pening kepala nak cari tour yang sesuai dengan itinerary. Dapat jugak kami ke Mt. Fuji. Alhamdulillah..

Pamphlet Sunrise Tours. Macam-macam pakej ada disediakan.
Kami pilih pakej ni untuk Tokyo deals
Yang ni pulak kami pilih untuk Osaka deals
# Train tickets

Kat Jepun ada macam-macam jenis tiket train. Part ni memang saya pening sangat. Tak tau mana satu tiket yang bersesuaian yang saya perlu beli. Ada yang sehari, seminggu, sebulan, ada jugak yang ikut region, east, west. Fuhh, memang menyesal kalau silap beli. Tapi kalau betul-betul beli ikut itinerary memang boleh dapat save banyak, especially bila naik Shinkansen. Kebetulan tengah deal dengan Erina, saya terus bertanyakan tentang tiket train. Lepas saya ceritakan sikit tentang perjalanan kami di sana, Erina mencadangkan kami beli JR Pass yang mana cover sekali untuk naik Shinkansen. Tapi disebabkan masa dah suntuk untuk keluarkan JR Pass untuk hari tu, Erina mintak kami datang semula keesokan harinya. Dia juga bagi pilhan samada nak datang terus ke office JTB di Jalan Imbi sebab esok dia takde kat PWTC. Kami pun setuju nak jumpa dia esok di office JTB Jalan Imbi. Daripada nak meredah orang yang sesak kat PWTC baik pergi kat Jalan Imbi je.

Office JTB di Bangunan AMODA, Jalan Imbi.
Esoknya kami pergi ke JTB Jalan Imbi untuk selesaikan hal JR Pass. Tak semua orang boleh beli dan guna JR Pass ni. Untuk visitor, JR Pass memang kena beli di luar Jepun. Saya pun beli ordinary 7-day JR Pass untuk 2 orang yang berharga RM962.00/person. Mahal sungguh! Tapi bila dah tengok harga tiket single journey untuk naik Shinkansen, memang berbaloi pun beli JR Pass ni. Walaupun ada option lain yang murah iaitu naik night bus dari Osaka ke Tokyo. Dapat save satu malam bilik hotel sebab tidur dalam bas. Tapi saya memang teringin sangat nak naik Shinkansen. Bila lagi nak merasa.. Huhu.. Semua local train dan bas dibawah company JR boleh guna JR Pass ni. Cuma ada beberapa exception, iaitu jenis Shinkansen, monorail, subway dan beberapa hal lain. Tapi majoritinya JR Pass cover banyak public transport di Osaka dan Tokyo. Selesai membayar, Erina keluarkan Exchange Order yang mana kami kena tukar kepada JR Pass masa di sana nanti. Disebabkan kami ada 8 hari di sana, saya pun beli satu lagi tiket iaitu 1-Day JR-West Kansai Area Rail Pass yang berharga RM68.00/person. Banyak sungguh duit yang keluar sebelum ke sana. Huhu.. Silap haribulan lagi tinggi kos ke Jepun dari ke UK. Apa yang penting semua perkara utama dah selesai di Malaysia. Nanti di hari kejadian tinggal nak bawak duit belanja je.

Pamphlet mengenai jenis tiket JR Pass yang dijual
Info tentang siapa yang boleh pakai JR Pass dan route di Jepun
JR Pass exchange order yang kena ditukar bila sampai di sana
# Phone and Wifi

Banyak website yang saya cari tentang phone line kat sana. Kebanyakannya sewa dengan phone sekali sebab phone kita sendiri tak boleh nak guna simcard sana. Entah le. Memang susah betul nak faham tentang hal phone ni. Takkan simcard bentuk lain kot? Malas nak fikir, saya buat keputusan untuk guna je pakej yang Hotlink bagi untuk call from oversea. Itu pun saya tak pasti boleh apply ke tak untuk call dari Jepun ke Malaysia. International roaming confirm saya takkan switch on. Kenangan 'manis' kena charge RM500.00 tanpa guna phone langsung kat Australia masih lagi diingati. Huhu.. Guna prepaid ok sikit tapi call charge sure melambung tinggi. Takpelah.. Lagipun prepaid saya still ada banyak lagi sebab tak pernah guna. Cuma topup untuk hidupkan line je. Boleh la setakat nak call anak-anak sekejap selama seminggu kat sana nanti.

Tak pasti boleh ke tak guna pakej ni (Ihsan Google Images)
Dah selesai hal phone line, kena pikir pulak untuk Wifi. Apa yang saya dapat dari info tentang Jepun, Wifi cuma ada di kawasan yang tertentu je. Kat area coffee shop seperti Starbucks dah tentu ada. Tapi takkan kat Starbucks atau area tertentu je nak surf internet. Hotel mungkin ada, tapi kurang yakin dengan kekuatan signal Wifi. Akhirnya saya amik keputusan untuk cari mobile Pocket Wifi yang boleh disewa di Malaysia untuk dibawa ke sana. Kebetulan ada satu company Jepun di Malaysia yang buat servis mobile Wifi. Nama company tu Triangles Top Consulting Sdn. Bhd. (Global Mobile). Ada branch kat booth Hotlink di Arrival Area, KLIA. Saya terus call company tu untuk dapatkan harga. Alhamdulillah, masih ada lagi pocket Wifi yang available untuk tarikh yang saya pilih. Dah tolak diskaun 10% dapatlah dalam RM229.00 untuk sewa selama 8 hari. Tapi kena bayar deposit sebanyak RM600. Saya just swipe credit card untuk verification. Kalau return pocket Wifi tu dalam keadaan seperti sediakala, dapatlah balik duit deposit tu. Dapatlah kami surf internet 24/7 di sana. Harap coverage dia superb.. InsyaAllah..

Email confirmation of Pocket Wifi Rental
Flight ticket.... checked. Money exchange.... checked. Hotel.... checked. Tours.... checked. JR Pass.... checked. Phone.... checked. Wifi.... checked. Semua yang major dah selesai. Tinggal nak settlekan perkara tambahan seperti insurans, permohonan keluar negara, city map download, barang-barang yang nak dibawa, dan yang paling penting nak kemaskini itinerary bagi nampak sempurna dengan semua lokasi yang ingin dilawati.. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Masih mencari info yang berguna. Wallahualam..

Info tentang Japan Anime pun saya cari. Huhu.. (Ihsan Google Images)
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Flight ticket : RM1598.00
  - Hotel             : RM2604.00
  - Tours             : RM 612.00
  - JR Pass          : RM2060.00
  - Pocket Wifi   : RM 229.00
  - Jumlah          : RM7103.00

*Website yang membantu:

Malaysia Airlines

Money Exchange

Visit Japan

Japan Travel Bureau (Malaysia)

Sunrise Tours

Japan Rail Pass

Hotlink

Pocket Wifi Rental

36 comments:

  1. Entry dlm blog ni sgt memberi panduan kepada saya. 2 minggu lagi nk ke osaka. So,nk tanya adakah wifi yg disewa ni ok coverage di sana? Boleh bg review sikit tak? Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mardziah..

      Mobile wifi yang saya sewa amat membantu di sana. Kebetulan company tersebut memang originate from Japan. Internet di Jepun dah capai 4G LTE. Fast and smooth. Just letak dalam beg dan up to 10 users boleh guna sekaligus. Kalau pergi dalam groups boleh kongsi bayar sewa. Full battery charge boleh bertahan max 10 jam. Kena standby power bank untuk recharge. Saya recommend 100%. Selamat bercuti di negara Jepun ya!.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  2. Terima kasih. Sangat membantu..walaupun saya nak ke nagoya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Juridah.. Cadangan asal saya memang nak ke Nagoya sebab ianya terletak di antara Osaka dan Tokyo. Tapi disebabkan masa yang limited, saya tak dapat nak singgah walaupun dah study tentang bandar Nagoya. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  3. Asalam..sy ade booked tiket air asia ke osaka jan 2015(x sangka mas lg murah..refer pd blog saudara..nyesal pun x guna dh..hehe)so soalan sy ade kah rm5k ckup utk sy dan isteri selama 8 hari berade di sana?sy rancang utk ke osaka-kyoto-nara-nagoya-tokyo dan patah balik ke osaka utk return flight..terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. As Salam Mohd Amin..

      Tiket murah ni ikut pada nasib je. Mula-mula dah rasa murah.. Rupanya ada lagi yang murah. Biasalah tu. Hehe.. Yang penting tau harga semasa. Baru boleh tau berbaloi atau tidak.

      Destinasi saudara dah lebih kurang sama macam saya, cuma saya tak ke Nagoya. RM5k dah cukup pada saya kalau kos public transport (JR Pass) tak termasuk sekali. Antara perkara yang buat saudara boleh save lebih banyak dari trip saya ialah:

      1. Menginap di hostel/dorm. Kadang-kadang ada juga hostel yang provide bilik privacy (tak perlu kongsi toilet). Cuba google website Hana Hostel. Banyak kos yang boleh save untuk accomodation.

      2. Night Bus. Saudara boleh cuba naik night bus yang mana saudara dah save satu malam kos hotel. Saudara boleh tidur dalam bas sepanjang perjalanan dari Osaka/Kyoto ke Nagoya/Tokyo. Lagi save dari naik shinkansen.

      Tentang makan, rasanya tak menjadi masalah jika tak bawak anak-anak. Boleh bawak portable rice cooker dan makanan dalam tin dari Malaysia. InsyaAllah RM5k tu cukup untuk jalan-jalan cari pengalaman di Jepun. Terpaksa tahan keinginan nak shopping la ye. Hehe.. Januari adalah masa salji tengah lebat turun rasanya. Bersedialah bawa pakaian yang bersesuaian dan mencukupi ye. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  4. Terima kasih bro..sy pun harap2 ckup la budget sy yg ciput tu utk survive kat sana..hehe..1 lg soalan sy pasal tiket train dekat sana sy masih lg kurang faham..blh x bro jelaskan sedikit sebanyak tntang jr pass,suica dan lain2 tiket tu..adakah sy ptut naik bas atau train?sy masih lg confuse..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah cukup budjet tu. Cuma make sure accomodation dan public transport dah settle di Malaysia. Baru boleh kira budjet untuk aktiviti selebihnya di sana.

      Ada banyak jenis tiket train kat Jepun. Kalau dah sampai sana, masuk dalam JR ticket office memang banyak option untuk beli tiket.

      1. JR Pass: Cover semua train bawah company JR. Ada exception kat beberapa station, tapi rasanya saudara tak lalu tempat tu. Shinkansen pun cover dalam tiket. Tapi untuk 7-day pass, nak dekat RM1k harganya untuk seorang. Mesti kena purchase kat Malaysia. Sampai sana just tukar je tiket tu kat exchange office. JR Pass dikeluarkan untuk visitor je, dan boleh dibeli di luar Jepun.

      2. Suica: Lebih kurang macam touch & go. Prepaid card. Kene reload. JR Pass tak cover subways. So boleh guna suica card. Rasanya ada kad yang terbaru iaitu ICOCA card. Tak pasti gantikan Suica atau ianya kad yang baru.

      Cadangan saya, saudara beli JR Pass sebab senang nak travel dari Osaka ke Tokyo. Suica/ICOCA card untuk bas dan subways. Saya tak guna Suica/ICOCA card. Bila naik subways saya terus beli tiket kat machine. Senang je nak operate ticket machine tu. Travel by bus lebih murah cuma tak pasti berapa lama nak sampai ke destinasi. Saudara kenalah study sikit untuk tau route bas yang nak dinaiki. Saya 100% guna train (JR, monorail dan subways). Tak pernah cuba naik bas melainkan tour bus tu je. Tak dapat nak explain details tentang bas di Jepun. Harap penerangan saya membantu bro Amin.. :)

      Delete
  5. Terima kasih skali lg bro nuar..hurm..nmpknye byk lagi sy nk kena study tntang public transport di jepun..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. U'r welcome!.. Sekejap je dah boleh faham tentang public transport di Jepun, insyaAllah.. :)

      Delete
  6. salam... bole tanya tk? agak2 ingat tk bila book tiket.. coz sgt murah.. nk try cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Juliana.. Saya book tiket pada 23 April 2013. Masa tu tiket flight ke Osaka dalam bahagian 'deal of the day'. Bincang dengan wife dan terus book.. Tq for reading my blog!. :)

      Delete
  7. baik rrrr anda punya info...tqvm

    drp: pakcik Norrol Hesam bin Abdul Hamid

    ReplyDelete
    Replies
    1. U'r welcome pakcik Norrol Hesam.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  8. wah.. betul2 membantu, lagi2 yang pasal wifi tu. pikir jugak, mana nak cari wifi 24/7 kat sana nanti. tp saya pergi lambat lagi, middle of february 2015. saya pon pergi 8 hari jugak, dan harap2 cukup lah masa 8 hari tu since bnyk tempat saya nak pergi. cuma tersasar sikit je dr osaka & tokyo, saya nak ke matsuyama pergi visit cat island. nak tny middle of february winter dah nak habis kan? so cuaca taklah terlalu sejuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Wifi yang saya sewa di Malaysia untuk digunakan di sana amat membantu. User friendly. Cuma kene standby powerbank sebab max battery power hanya untuk 8-10 jam je. Kalau musim winter lagi cepatlah battery habis. Hehe.. Middle of February still in winter season. Kena pakai longjohn dan winter coat lagi rasanya. Jepun negara yang terdedah pada angin yang kuat. Tu sebab lagi bertambah sejuk dibuatnya. Enjoy holiday ya!.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  9. Salam Saudara Khairul. Good info sharing. Saya nak pergi nov 14 ni. Cuma di Tokyo saja. Pakej air asia rm8k utk 2 adult + 3 children ( flight + hotel ). Ok ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara Faizal. Pakej untuk berapa hari tu? Pada saya kira terbaik juga pakej tu assuming tiket flight RM1200/person + RM2000 untuk hotel. Hotel kat Jepun agak mahal untuk bilik 5 orang. Happy holiday!.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  10. AsSalam Bro Khairul,
    Blog yang sarat dengan informasi. InshaaAllah, saya akan ke Jepun 29 Nov-6 Dec tahun ni. La ni tengah cari info dan terjumpa blog bro. Ke Jepun dgn MAS KL-Tokyo. Cadang nak ke Osaka/Kyoto 2 malam dan selebihnya di Tokyo. Cuma nak minta rekemen bro tentang hotel di Osaka & Tokyo kalau boleh dekat dgn train station dan restoren halal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro Azhar..
      Hotel di tengah bandar Osaka/Tokyo kebanyakannya semua dekat dengan train station sebab di sana train station amat banyak. Cuma kena pilih hotel yang sesuai dengan Azhar. Kalau single traveller, tidur di capsule pun tak jadi masalah. If travel in group, saya cadangkan tidur di hostel ataupun hotel kalau inginkan privacy. Rate hotel pun kena tengok juga. Agak mahal juga.
      Restoran halal tak banyak sangat di Jepun tapi masih boleh cari. Kebanyakannya restoran dari timur tengah (kebab etc..). Kalau guna JR Pass lagi mudah sebab boleh naik JR train banyak kali untuk mencari lokasi restoran halal. Di Tokyo, kawasan di Masjid Tokyo ada banyak restoran dan kedai menjual barangan halal.
      Harap penerangan saya dapat membantu.. Tq for reading my blog!. :)

      Delete
    2. Jazakallahu khairan khatira... syukran atas penerangan. saya akan ikuti blog bro untuk dapatkan info seterusnya... inshaaAllah...

      Delete
    3. Sekadar membantu mana yang termampu.. Harap dapat menjadi panduan dan rujukan.. InsyaAllah..

      Delete
  11. AsSalam bro. Kebetulan jpe blog ni ms tgh survey info pasal japan. Sy dan kwn2 akan ke japan 6 nov ni. 12 hr. Nak tanye psl pocket wifi tu leh beli kt mn? Time beli JR pass tu ada kn bawa apa2 dokumen tk? Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro.. Pocket wi-fi tu saya sewa di Malaysia. Bro boleh check kat website diatas. Beli JR Pass tak perlu bawa apa-apa dokumen pun. Just prepare bayaran je. Tq for reading my blog!. :)

      Delete
  12. Slm kenal..nak tya sy da book tcket kl-tokyo n balik melalui osaka..adakah prlu sy amik jr pass tu? ..sb sy lam budget yg tight so sy plan nk nek night bus dr tokyo ke osaka..but sy risau je klu2 xamik jr pas lg rugi..sy plan nk amik suica card ms kt tokyo n amik 2 days pass kt osaka n kyoto..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mazura..
      Memang betul option yang paling murah untuk ke Osaka dari Tokyo adalah menggunakan night bus. Harga tiket murah dan juga boleh save sewa hotel untuk semalaman sebab tidur dalam bas. Beli JR Pass jika teringin nak naik Shinkansen sebab kalau beli single tiket memang tak berbaloi. Guna transportation card seperti Suica @ JR West etc adalah digalakkan jika selalu guna public transport di sana. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  13. Salam..sy nk ke jepun bln 1 ni..info terkini visa dh x diperlukn lg utk ke jepun ke?sy nk pastikn dlu..sy akn stay di yokohama..turun salji x kwsan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pdort,
      Ye betul, visa dah tak diperlukan untuk ke Jepun. But make sure guna pasport baru yang ada chip tu. Kalau pasport yang jenis lama memang kena apply visa. Salji pernah turun di Yokohama tapi jarang berlaku. Cuaca paling sejuk antara bulan 1 dan 2. Saya pergi hujung bulan 11 pun dah sejuk. Angin kuat datang dari laut. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  14. Salam..insya Allah kami bercadang nk ke jepun bulan 12 nanti..sya nak minta pendapat saudara ok ke pakej yg kami ambik ni. 6D5N RM2550 per person..cover Kobe,Kyoto & osaka..guesthouse, transport dan makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yana,
      Tak jadi masalah jika saudari ambil pakej dari travel agent sebab semuanya dah cover. Tak perlu nak pening-pening kepala buat research macam saya ni. Hehe.. Bergantung pada tujuan saudari nak kesana. Kalau semua tempat yang ingin dilawati ada dalam pakej, just enjoy your trip. Tentang bayaran pakej RM2550 tu saya tak pasti murah atau berbaloi kerana ianya bergantung pada mode of transportation, places to visit dan jenis guesthouse yang diberi masa disana. Apa yang pasti, dah tentu travel agent nak untung juga kan.. Anyway, happy holidays 2u!.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  15. Assalamulaikum en khairul,

    nk tny la.kalau pi area tokyo je dlm 5h4m. tiket biasa dh cukup kan. guna pasmo? pasmo nk cari kat mana? Jr pass xyah kan.mahal la jr pass tu, tu pon kalau nk pi osaka dll.

    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..
      Kalau nak ke area Tokyo je, tak perlu nak beli JR Pass kerana tak naik shinkansen. Sampai di airport, cari ticketing office. Kat situ ada banyak jenis pass yang boleh dibeli ikut kesesuaian trip dan area of journey. Guna pass lebih jimat jika selalu naik public transport. Beli single ticket agak mahal dan buang masa. Apa-apa pun, semuanya bergantung pada tempat yang nak dituju.. Harap penerangan saya dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  16. Berapa paling cukup ke japan? 5k ? untuk seorang ^^;;

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      5k dah kira cukup untuk kos wajib selama seminggu di sana. Kos shopping bergantung pada keinginan. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  17. assalam. inshaaAllah bulan 1 tahun depan kami merancang ke tokyo dan mt fuji. mana y tuan lebih sarankan? sewa kereta atau train? sebab sy tgah buat research ni, harga pun lebih kurang utk cover semua perjalanan kami. tp train ambil masa y lebih lama berbanding naik kereta utk sesuatu perjalanan. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..
      Saya tak sewa kereta masa travel ke Jepun sebab teringin nak tengok bagaimana sistem train kat sini yang dikatakan sangat efisien especially shinkansen. Nampaknya memang betul seperti yang dikatakan. Maybe next time ke sana saya nak cuba sewa kereta pulak jalan-jalan di kawasan kampung. Untuk ke Mt Fuji boleh sewa kereta atau naik public bus sampai ke checkpoint paling atas. Itupun bergantung pada keadaan. Kalau salji tebal mungkin jalan untuk ke checkpoint terakhir ditutup. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete