@ BATTERSEA POWER STATION
Jam 2.50 petang river bus RB1 sampai di jeti terakhir iaitu Battersea Power Station Pier. Inilah destinasi tujuan kami, untuk melihat dengan mata sendiri bangunan yang dimiliki oleh Malaysia. Battersea Power Station adalah sebuah stesen janakuasa batu arang yang mula dibina pada 1929 dan lengkap dengan 2 stesen janakuasa pada 1955. Stesen ini merupakan salah satu bangunan bata yang terbesar di dunia. Pada tahun 1983 stesen ini telah ditutup sepenuhnya.
![]() |
Jom kita jalan-jalan kat bangunan 'kita'.. |
Pada tahun 2012 perjanjian telah dimeterai bersama SP Setia dan Sime Darby untuk pembangunan semula Battersea Power Station. SP Setia, Sime Darby, PNB dan KWSP telah melabur untuk kembalikan semula kegemilangan mercu tanda ikonik di London ini. Kiranya duit rakyat dalam KWSP pun ada juga la untuk pelaburan bangunan ni. Huhu.. Pada 14 Oktober 2022 Battersea Power Station membuka pintu secara rasminya untuk orang awam. Baru 2 bulan lebih ia dibuka. Kira kami antara rakyat Malaysia yang terawal la sampai di sini. Hihi..
![]() |
Unik sungguh design bangunan ni |
Rekabentuk bangunan ni lain daripada bangunan yang ada di London. Ada 4 serombong asap yang tinggi menambahkan keunikan bangunan ni. Struktur bangunan luar dikekalkan bentuknya sama seperti ia beroperasi pada zaman dulu. Besar sungguh Battersea Power Station ni. Mana taknya, 9 billion GBP telah dilaburkan untuk pembangunan semula. Kalau didarab dengan matawang Malaysia semasa hampir RM50 billion nilainya. Fuhh, banyaknya duit yang Malaysia laburkan untuk bangunan ni.
![]() |
Di bahagian luar ada kedai-kedai dan ice-skating ring |
Kami masuk ke dalam Battersea Power Station. Selain daripada kedai dan butik, terdapat juga restoran dan ruang pejabat. Ruang koridor untuk pejalan kaki juga luas. Kalau sesak pun masih ada ruang untuk berjalan. Di dalam bangunan ni ada surau. Takkan la bangunan kepunyaan Malaysia takde surau kot. Cuma nak mencarinya agak sukar sebab tiada signboard. Saya mencari info, surau di sini terletak agak tersorok dan laluan masuk adalah lorong di antara Battersea Bookshop dan butik Skechers. Maka kami pun mencari kedua-dua kedai ni yang terletak di ground floor.
![]() |
Takde info pun pasal lokasi surau kat sini.. |
Akhirnya kami jumpa Battersea Bookshop. Butik Skechers pun nampak dari jauh. Ada satu lorong yang hanya mempunyai signboard toilet untuk OKU. Kami masuk ikut pintu terus jalan ke dalam. Lain macam je lorong ni. Betul ke ada surau kat sini? Huhu.. Di hujung lorong barulah kami nampak signboard Prayer Room. Kenapa takde signboard ni kat luar tadi? Memang patutlah orang tak tau kat mana letaknya surau di sini. Rasa macam nak engrave plate tulis Prayer Room dan tampal kat pintu masuk tadi. Benda mudah pun tak boleh buat. Kata bangunan ni Malaysia punya. Atau masa sign perjanjian ada syarat supaya jangan letak signboard prayer room di luar. Hahah..
![]() |
Masuk ikut signboard Toilet OKU dan teruskan hingga ke dalam |
Jauh juga kami berjalan ke dalam untuk mencari surau. Laluan sekejap ke kanan, lepas tu ke kiri, kemudian jumpa pintu lagi. Akhirnya barulah nampak pintu bertanda Prayer Room. Kelihatan batuan asal bangunan yang masih dikekalkan. Hanya isi dalam bangunan je yang dibaikpulih. Struktur asal dikekalkan. Dalam surau ada disediakan tempat untuk ambil wudhuk. Ruang solat tak besar sangat dan boleh menempatkan dalam 10 ke 15 orang jemaah. Alhamdulillah sejadah disediakan.
![]() |
Alhamdulillah surau amat bersih |
Selesai solat jamak, saya menunggu yang lain di luar. Moga kebersihan surau ini sentiasa terjaga. Baru 2 bulan lebih memanglah masih bersih lagi. Harap ada staff yang bertugas untuk menjaga dan membersihkannya. Berharap juga satu hari nanti ada signboard diletakkan di luar supaya mudah untuk orang ramai mencarinya. Tempat masih baru. Mungkin signboard sedang dalam proses printing. Staff belum sempat ambil lagi. Hehe.. Setelah semuanya dah bersedia, kami keluar semula dari lorong yang berliku tadi dan jalan-jalan melihat kedai dan butik yang ada di sini. Hampir 30 minit berjalan tanpa pembelian, kami mencari tempat untuk makan. Masing-masing dah mula lapar. Di sini ada satu restoran Malaysia yang terletak di bahagian luar. Apa lagi, marilah sama-sama mencarinya.
![]() |
Window shopping je kat sini |
@ ROTI KING
Saya ikut pada arah yang ditunjukkan oleh google maps. Walaupun restoran ni ada kat luar, tapi kena tahu juga pintu keluar mana yang paling dekat. Salah pintu jenuh nak pusing satu bangunan. Huhu.. Cuaca dah mula gelap di luar. Akhirnya kami jumpa juga restoran Malaysia yang dicari iaitu Roti King. Restoran di tak besar. Nasib baik pelanggan tak ramai. Dapatlah kami duduk di bahagian dalam sebab kat luar dah mula sejuk dan berangin.
![]() |
Roti King. Malaysian street food.. |
Roti King adalah restoran yang dimiliki oleh warga Malaysia dari Ipoh. Setakat ini terdapat 2 cawangan Roti King iaitu di Euston dan Battersea. Gopal's Corner yang terletak di Oxford Street juga adalah cawangannya. Menu yang dijual adalah makanan yang biasa kita makan seperti roti canai, murtabak, nasi goreng, mee goreng dan makanan street food yang lain. Kami order beberapa menu agar dapat merasa semua makanan yang dijual. Harga janganlah dibandingkan dengan di Malaysia sebab roti canai dah dikira makanan eksotik di London sebab susah nak dapat. 20 minit menunggu akhirnya makanan sampai di atas meja. Jom makan..
![]() |
Sedap dan menyelerakan makanan di Roti King |
Alhamdulillah, akhirnya terubat juga rindu makanan Malaysia. Padahal baru 6 hari meninggalkan rumah. Hahah.. Situasi yang agak menggerunkan selepas makan telah tiba, iaitu waktu nak bayar. Untuk 5 makanan dan 6 minuman yang kami pesan, semuanya berjumlah GBP67.25 iaitu bersamaan RM361.80. This is London lah. Hahah.. Dah boleh expect harga macam ni. Selesai bayar, kami mula meninggalkan Roti King. Saya bertanya pada staff di mana laluan untuk ke underground station. Bila cuaca dah gelap takut salah jalan. Dalam perjalanan sempat lagi kami singgah di The Battersea General Store, iaitu supermarkat yang bukan sahaja menjual barang makanan, tetapi pinggan mangkuk pun ada juga. Ada seorang kawan minta tengokkan pinggan mangkuk kat sini. Kalau harga berpatutan dan murah dari Malaysia, dia suruh kami belikan.
![]() |
Lama si Eirfan tengok botol popcorn tu. Hahah.. |
Kami teruskan perjalanan menuju ke underground station dan tiba pada jam 5.10 petang. Masih awal lagi untuk balik ke hotel. Ini malam last kami di London. Esok nak check-out dan naik flight ke negara lain pula. Ruang dalam beg masih banyak lagi yang kosong. Maka malam ni kami akan akhiri aktiviti di London dengan membeli belah dalam usaha untuk memenuhkan ruang yang kosong itu. Hehe.. Kami naik Northern Line dan terus menuju ke Tottenham Court Road Station.
![]() |
Underground route: From Battersea Power Station to Tottenham Court Road Station |
@ PRIMARK OXFORD STREET
Jam 5.30 petang kami sampai di Tottenham Court Road Station. Keluar je dari station dan lintas jalan terus nampak Primark. Di Oxford Street ada 2 Primark. Satu lagi terletak di hujung Oxford Street, berhampiran dengan Marble Arch. Primark di sini adalah antara yang terbesar di UK. Nampaknya lamalah kami akan berada di sini. Tutup pukul 10.00 malam pulak tu. Ada masa 4 jam setengah untuk mencari barang. Kalau tak cukup masa juga tak tau la nak cakap apa. Ramai juga kawan-kawan yang memesan barang di Primark.
![]() |
Destinasi terakhir di malam terakhir |
Pada saya barang especially pakaian di Primark boleh tahan juga kualitinya. Harga pula boleh dikatakan murah dan banyak design yang menarik. Pertama kali saya ke Primark pada 2012, saya ada membeli sweat pants yang berharga sekitar GBP5.00. Sampai hari ni saya masih pakai seluar tu. Boleh bertahan sampai 10 tahun. Cuma warna jelah dah pudar sikit. Dulu pakai buat jalan-jalan waktu malam. Sekarang pakai buat tidur je. Janji getah pinggangnya masih berfungsi lagi. Barangan Primark juga sesuai untuk dibuat souvenir pada kawan-kawan. Kepada geng bajet, rugi kalau tak masuk Primark jika berada di Europe. Geng kayangan boleh skip dan masuk ke Selfridges atau Harrods. Hahah..
![]() |
2 lokasi Primark di Oxford Street |
Ramai sungguh orang di dalam Primark. Pakaian pun banyak yang tak tersusun. Kesian staff Primark terpaksa kemas dan susun semula setiap masa. Nak buat macam mana, memang begitulah situasi di dalam Primark. Untuk permulaan, saya dan anak-anak meronda dulu mencari barang masing-masing. Wife pula tunggu kat cafe yang ada di dalam Primark. Selesai urusan, barulah bertukar tugas dengan wife. Saya dan anak-anak sekejap je cari barang. 30 minit dah setel. Baki lagi 4 jam sebelum tutup adalah urusan wife saya. Eiman dan Elysha kena ikut ami dia untuk bantu bawakan beg shopping. Confirm banyak barang yang wife saya nak cari. Saya dan Eirfan tunggu di cafe. Dapat kopi secawan dua, tunggu berjam-jam pun takde masalah sambil layan phone. Janji ada powerbank. Eimran pula nak ke butik kasut di luar bersama Pali. Misi mencari kasut dia belum selesai lagi.
![]() |
Done shopping 2 beg untuk saya dan anak-anak. |
Dalam group whatsapp, ada yang dah balik ke hotel. Hanya Pali je yang masih setia bersama kami dan menemani Eimran mencari kasut di luar. 2 jam saya melayan phone, akhirnya wife call bagitau dia dah selesai shopping dan tunggu di kaunter bayaran. Baru jam 8.00 malam dah nak bayar. Mesti wife dah penat tu. Seharian berjalan kot. Saya meninggalkan cafe dan turun mencari wife di kaunter bawah. Banyak sungguh shopping beg yang dibawa. Semuanya penuh terisi. Begitulah kalau dah jadi personal shopper kecil-kecilan. Yang penting hasil jualan dapat cover sikit perbelanjaan kami kat sini. Kalaulah VAT masih ada lagi di UK kan best. Bertambah sikit keuntungan jualan. Moga VAT diaktifkan semula satu hari nanti agar lebih ramai pelawat atau personal shopper datang ke UK.
![]() |
Dengan tekun staff menunggu barang loading dari shopping bag |
Jam 8.30 malam, setelah selesai urusan pembayaran, kami keluar dari Primark. Eimran dan Pali dah sedia menunggu di luar. Nampak ada paperbag yang Eimran pegang. Dah dapat la tu kasut yang diidamkan. Yang penting tak lebih dari bajet. Anak-anak ada duit tabung masing-masing. Saya bagitau kalau guna duit sendiri sukahati la nak beli apa pun. Itu yang diorang bersemangat kumpul duit tabung dari awal tahun. Motivasi untuk diorang simpan duit supaya boleh reward diri masing-masing. Kami berjalan menuju ke Oxford Circus Station. Sempat lagi anak-anak singgah kedai souvenir. Nak beli untuk kawan-kawan dan cikgu di sekolah. Bagi kat cikgu yang mengajar dan kawan baik je. Jangan bagi satu kelas dan satu bilik guru. Lari bajet nanti. Hahah..
![]() |
Kedai terakhir sebelum naik train |
Dari Oxford Circus Station kami naik Bakerloo Line dan turun di Piccadilly Circus Station. Kemudian kami naik Piccadilly Line terus ke Hammersmith Station. Keadaan dalam train agak sesak. Sampai berhimpit dibuatnya. Kena hati-hati bila ramai orang. Walaupun kes pickpocket di London tidak seteruk di Paris, namun geng-geng ni tetap ada di mana saja. Diorang buat kerja memang penuh dengan skill. Kadang-kadang tak sedar bila diorang buat kerja. Licik sungguh.
![]() |
Underground route: From Oxford Circus to Hammersmith Station |
Kami sampai di hotel jam 9.45 malam. Anak-anak datang ke bilik saya dulu untuk bantu kemaskan barang dan pilih barang mana yang nak diposkan. Setelah selesai asingkan barang, sebelum diorang balik ke bilik, saya suruh diorang ambil ration untuk dimakan malam ni sebab nak kurangkan isi dalam beg. Malam ni diorang boleh tidur lewat sebab esok dah takde nak ke mana. Esok dalam jam 11.00 pagi dah nak check-out. Saya mula membersihkan diri dan bersiap untuk tidur. Bangun esok pagi boleh uruskan packing barang dalam kotak untuk pos. Malam ni dah tak larat. Letak je kepala atas bantal terus tidur. Menanti hari esok yang pastinya memberikan pengalaman hidup yang baru.
Wallahu ' alam..
No comments:
Post a Comment