Sunday, 2 February 2025

JJCP Eurora: Day 05 (Part #3)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..




Kami singgah sekejap di kedai The Perfume Shop yang berada di luar Wembley Central Station. Pada 2019 banyak juga perfume yang kami beli di sini sebab banyak diskaun yang diberi. Kawan-kawan yang lain semua dah bergerak dulu. Ada yang balik ke hotel dan ada yang mempunyai agenda tersendiri. Hanya Pali je yang akan join kami. Di London tiada masalah nak jalan sendiri sebab public transport agak mudah untuk difahami. Apa-apa pun sila call jika ada masalah ye. Kali ni tak ada pun diskaun untuk perfume yang kami minat. Kami terus masuk ke dalam Wembley Central Station dan naik Bakerloo Line menuju ke Piccadilly Circus Station. Kemudian kami tukar kepada Piccadilly Line menuju terus ke Knightsbridge Station. Perjalanan mengambil masa hampir sejam.

Underground route: From Wembley Central to Knightsbridge Station


@ HARRODS KNIGHTSBRIDGE

Dari Knightsbridge Station, kami berjalan menuju ke satu lagi port shopping yang wajib hadir jika ke London, iaitu Harrods. Sebenarnya saya sendiri tak berapa minat untuk bershopping di Harrods sebab setiap masa penuh dengan manusia. Pening kepala dibuatnya. Kali ni saya biarkan wife dan Eimran masuk ke dalam Harrods. Ada ramai sahabat yang memesan barangan Harrods. Saya nak jalan-jalan di kawasan sekitar.

Wife bersama Eimran je yang masuk Harrods..

Eimran ikut ami dia sebab ada la benda yang dia nak tu. Hihi.. Dari awal lagi dia bagitau nak cari kasut. Saya tak tau la anak sulung saya sorang ni. Minat dia hanya terhadap kasut. Kat rumah kasut dia lagi banyak dari kasut saya dan adik-adik yang lain. Kasut saya pun kadang-kadang dia buat harta sendiri. Saya memang tak berapa minat nak pakai kasut bila berjalan sebab nak pakai stokin lagi, nak ikat tali kasut lagi. Pakai sandal je lebih mudah. Nak solat pun senang. Hahah..


Wife masuk ke Harrods bukannya nak explore seluruh floor pun. Hanya satu floor je iaitu tempat menjual barangan Harrods. Floor yang lain hanya mampu lalu dan tengok aje. Huhu.. Di luar hanya saya, Eiman, Elysha dan Eirfan. Kelihatan satu kedai candy yang berwarna-warni menarik perhatian kami. Cuaca kat luar pula amat sejuk dan berangin. Boleh la masuk dalam kedai candy untuk memanaskan badan sambil mengeluarkan wallet. Confirm la kena pau dengan anak-anak. Hahah..

Banyak candy yang tak jumpa di Malaysia

Harga candy di sini agak berpatutan la. Harga standard London. Huhu.. Namun kena check betul-betul sama ada boleh dimakan atau tak. Anak perempuan saya, Elysha memang pakar dalam melihat ingredients. Tapi kat sini ada candy yang dilabelkan halal walaupun tak banyak option. Jadi tak perlu nak risau sangat. Dalam kedai candy takkan la window shopping je kan. Kena la beli sesuatu sebagai kenangan beli candy di London. Sorang pilih 2 candy aje tau. Hahah..

Candy timbang kalau tak dipantau boleh membahayakan wallet. Hahah..

Lebih setengah jam juga kami kat dalam kedai candy ni. Ingatkan setingkat je, rupanya ada lagi candy dijual kat tingkat atas. Lagi lama lagi bahaya. Dah ambil sorang 2 jenis candy, saya pun terus buat bayaran. Kami keluar dan jalan melihat kedai di sepanjang jalan. Tak tahan sejuk masuk je la mana-mana kedai untuk panaskan badan. Eiman, Elysha dan Eirfan tak minat kasut. Jadi takde masalah bawa diorang masuk ke kedai kasut. Kalau Eimran ada, dah tentu dia cuba merapat sambil cerita perbandingan harga kasut kat sini dengan Malaysia. Nampak sangat dia study pasal harga kasut. Hehe.. Dengan saya dia susah nak makan. Sebab tu dia sanggup jalan dengan ami dia sebab mudah terpedaya. Hahah..

Semua kedai kami masuk sebab sejuk kat luar..

Semua kedai di luar kami dah masuk. Akhirnya kami duduk di satu tembok tepi jalan sambil makan candy. Wife call maklum tengah buat bayaran. Lepas tu dia terus keluar dari Harrods. Alhamdulillah. Hampir 2 jam juga dia kat dalam tu. Apa la agaknya yang dibeli. Yang pasti ramai sahabat pesan kat dia. Itu belum dengar lagi cerita macamana Eimran cuba meracuni pemikiran dia. Hehe.. 15 minit kemudian kelihatan wife bersama Eimran yang membawa beberapa paperbag. Bila ditanya ada hasil tak kasut Eimran, wife kata takde yang sesuai. Ada yang dia minat tapi harga pulak tak berapa cantik. Nanti kita cari lagi ye. Esok kita ada full one day lagi kat London. Kami teruskan berjalan kaki menuju ke bus stop yang akan bawa kami ke Hammersmith.

Walking route: From Knightsbridge Station to Knighstbridge bus stop

Hampir 10 minit menunggu, akhirnya bas 9 tiba dan bawa kami terus ke Hammersmith. Kali ni kami banyak naik bas 9 sebab hanya route bas ni sampai ke Central London. Kami duduk di bahagian atas sebab perjalanan mengambil masa hampir 30 minit. Tak dapat nak duduk seat depan sebab dah ada penumpang lain. Apa yang menarik tentang bas di London, ada bas yang sediakan port charging di setiap seat. Sementera tunggu bas sampai destinasi boleh la charge phone. Dapatlah naik beberapa percent daripada phone mati. Hahah..

Ada USB port di setiap seat dalam bas. Terbaik..

Kami sampai di Terminal Bas Hammersmith jam 8.45 malam. Awal kami balik hotel hari ni. Anak-anak request nak beli sesuatu untuk dimakan dalam bilik. Betul juga tu. Takkan awal sangat nak tidur. Di teminal bas ada satu kedai halal menjual grill chicken. Harga pun boleh tahan murah juga. Jadilah untuk supper diorang dalam bilik. Bila bawa anak-anak memang kena standby duit makan lebih. Kalau trip saya berdua dengan wife sebelum ni dapat makan 2 kali sehari dah cukup. Kesian tau bila anak-anak request nak makan. Mesti kena tunaikan permintaan jika bab makan. Kalau bab lain, mungkin boleh nego lagi. Contohnya kasut. Hahah..

Kedai halal di Terminal Bas Hammersmith

Selesai beli half peri-peri chicken combo dan nugget, kami berjalan turun dan terus ke hotel. Si kecik Eirfan dari hari pertama request nak berendam dalam bathtub. Malam ni boleh sebab sampai hotel awal. Tapi jangan la sampai dah kecut jari baru nak keluar dari bathtub. Eimran tolong pantau adik-adik ye. Eimran mesti ikut perintah punya sebab kasut dia tak dapat lagi tu. Hahah.. Lepas hantar diorang ke bilik dengan beberapa nasihat, kami berdua balik ke bilik. Selesai bersihkan diri, wife mula mengemas beg. Mana barang-barang yang dibeli kena susun elok-elok dalam beg. Ada juga barang yang nak diposkan. Tak boleh buat semuanya hari terakhir. Nanti tak sempat. Saya tak boleh ganggu bila wife kemas beg. Maka layan je la movie kat tv sambil mata mula mengecil. Tak pasti pukul berapa saya tertidur. Menanti pengalaman hidup yang bakal ditempuh esok hari..


Wallahu 'alam..




No comments:

Post a Comment