Seperti biasa, alarm jam 5.30 pagi mengejutkan kami berdua. Pagi ni kami bercadang nak ronda di area Hammersmith dulu sebab nak cari kotak untuk pos barang kami. Kedai dah tentu paling awal pun buka jam 9.00 pagi. Selesai mandi dan bersiap, saya ke bilik anak-anak. Sukarnya nak kejut diorang. Pukul berapa agaknya diorang tidur semalam. Setelah semuanya selesai mandi dan bersiap, mereka ke bilik saya untuk breakfast. Jam 8.30 pagi baru kami keluar dari bilik. Kawan-kawan yang lain masih berada di bilik masing-masing. Semalam dah maklum kat diorang hari ni aktiviti kita start jam 9.30 pagi.
Good morning London! Pagi ni kita cari kotak dulu.. |
Sebelum kedai-kedai yang lain buka, kami ke Tesco Express dulu yang dah sedia buka jam 6.00 pagi. Memang best bau pastry di awal pagi. Hihi.. Saya terfikir juga kalau boleh ambil kotak di Tesco. Tapi dah tentu saiz tak kena. Mungkin juga kat sini ada kotak khas untuk pos barang. Semalam ada kawan yang sempat beli kotak di Ikea. Lama juga nak tunggu Ikea buka jam 10.00 pagi. Hari ni banyak lagi tempat yang nak diterjah.
Awal pagi memang best pergi supermarket sebab tak ramai orang |
Saya search guna google maps dan jumpa satu kedai stationery di sini yang buka jam 9.00 pagi. Harap-harap betul la info dalam google. Pernah juga terkena bila cek katanya buka, tapi sampai je depan kedai masih tutup lagi. Huhu.. Tepat jam 9.00 pagi kami terus ke kedai stationery tersebut. Lampu di dalam kedai dah menyala tapi pintu masih berkunci. Kelihatan staff sedang mengemas di dalam. Bila dia nampak kami di luar barulah dia buka pintu. Mesti dia terkejut awal pagi dah ada customer. Hahah. Di hujung sudut kedai saya nampak timbunan kotak yang memang digunakan untuk pos barang. Rupanya kedai ni juga ada sediakan perkhidmatan pos barang menggunakan DHL.
Inilah kedainya.. Ryman The Stationer |
Mahal sungguh harga kotak DHL yang dijual. Kami bukan nak pos guna DHL pun. Sahabat kami orang Malaysia yang tinggal di sini yang akan tolong poskan. Tak perlulah nak beli yang mahal. Saya tanya jika ada kotak kosong yang biasa. Staff kedai kata ada kotak lain yang dijual dan harga pun tak mahal sangat. Satu dalam GBP4.00. Kira ok lah kot harga dia. Saya pun tak tau berapa harga kotak yang dikategorikan murah kat sini. Hahah.. Lepas bincang dengan wife berapa banyak barang yang nak diposkan, maka kami pun belilah 3 kotak. In shaa Allah cukup kot. Selesai beli kotak, saya minta Eimran hantar kotak ke bilik hotel. Saya tunggu kawan-kawan lain yang nak join aktiviti hari ni di pintu masuk Broadway Shopping Centre.
Menunggu kawan-kawan dalam teksi free |
Jam 9.45 pagi semua kawan-kawan dah sampai. Dari sini kami naik District Line menuju ke Tower Hill Station. Perjalanan mengambil masa 30 minit. Kami keluar dari station dan mencari pintu masuk ke Tower Gateway DLR Station. Perjalanan kami melintas jalan diiringi dengan hujan renyai menambah kesejukan. Selain dari tube underground yang famous di London dan juga overground, ada satu lagi sistem pengangkutan di London yang diberi nama DLR iaitu Docklands Light Railway. DLR adalah sistem train tanpa pemandu dan ia dibina pada 1987 bertujuan untuk perjalanan di bekas kawasan pelabuhan London.
Walking route: From Tower Hill to Tower Gateway Station |
Ini adalah kali pertama saya naik DLR. Trip sebelum ni memang tak pernah naik sebab saya tak ke area Docklands. Kaedah menggunakan oyster card tetap sama cuma jangan terlepas pandang sebab DLR takde gate untuk masuk ke dalam platform seperti underground. Kiranya kalau tak bayar pun boleh sebenarnya tapi tanggung sendiri la kalau kantoi. Hahah.. Sebagai rakyat Malaysia, jangan buat pasal kat negara orang ok. Buat malu je kalau kena tangkap. 10 minit menunggu akhirnya train sampai di platform dan membawa kami ke Royal Victoria Station. Perjalanan dalam DLR mengambil masa 20 minit.
DLR route: From Tower Gateway to Royal Victoria Station |
Sampai di Royal Victoria Station, kami kena ikut jejantas untuk ke seberang. Kat sini pun jangan lupa untuk tap oyster card pada mesin. Kalau masa naik tadi tap oyster card tapi bila turun tak tap, maka kenalah penalti. Tak tau berapa amaun penalti yang dikenakan. Lebih baik tak perlu ambil tahu dan tap je oyster card tu. Hahah.. Alhamdulillah merasa juga pengalaman pertama kali naik DLR di London bersama kawan-kawan. Ada satu lagi sistem pengangkutan yang saya belum merasa lagi di London iaitu naik tram. Di London juga ada tram yang lalu atas jalan raya tu, tapi hanya cover di area South London je. Satu hari nanti kalau saya ke Croydon dan kawasan sekitar, saya pasti akan naik tram.
Hujan renyai masih belum berhenti lagi |
Kami ke area sini sebab nak naik cable car. Bila cuaca hujan ni agaknya dapat tak naik? Huhu.. Renyai je kot, mesti boleh punya. Kalau tak boleh kita tunggu sampai hujan berhenti. Baju hujan sentiasa bawa dalam beg tapi rasa malas pulak nak pakai sebab hujan tak lebat. Lagipun lepas dah pakai susah nak lipat dan simpan sebab basah. Rasa tak praktikal je bawa raincoat. Lepas ni ingat nak bawa payung je, lagi senang. Kalau basah boleh selit kat tepi beg je. Next trip saya akan pastikan bawa payung.
Sunyi je kawasan kat sini. Bangunan depan tu adalah London City Hall yang baru |
@ LONDON CABLE CAR
Kami terus berjalan sampai di pintu masuk cable car. Ingatkan ramai la pelancong kat sini. Rupanya kami je yang ada. Bagus la macam tu. Tak perlu nak beratur panjang. Hihi.. Untuk naik cable car boleh guna oyster card atau contactless card. Tapi untuk budak berumur 5-15 tahun kena bayar tiket. Eirfan dan Elysha mana ada oyster card. Jadi kenalah beli tiket untuk diorang berdua ni.
Walking route: From Royal Victoria Station to Royal Docks Cable Car |
Saya beratur di kaunter untuk beli tiket cable car one-way buat Eirfan dan Elysha. Staff bertugas tanya sama ada kami akan naik river bus bila di sana nanti. Macam tau je kami nak naik river bus. Hehe.. Dia kata lebih baik beli tiket combo untuk cable car dan river bus, lebih murah katanya. Saya pun setuju beli tiket combo untuk kami sekeluarga. Tak payah guna oyster card. Untuk 16 tahun ke atas harga tiket combo GBP13.70 dan budak 5-15 tahun berharga GBP6.90. Kawan-kawan pun ikut sekali beli tiket combo. Saya belikan dulu untuk semua.
Selesai beli tiket combo cable car dan river bus |
Lepas bayar saya tanya cable car bergerak tak masa hujan. Dia kata hujan renyai je takde masalah pun. Kalau lebat dan berangin kuat barulah dia stop kejap. Saya sedikit fobia bila naik cable car. Tengok dawai yang bersangkut tu rasa macam tak yakin je. Huhu.. Kami naik ke atas dan beratur untuk masuk ke dalam cable car. Satu cable car boleh memuatkan maksimum 8 orang. Kami sekeluarga 6 orang sedang elok la naik satu cable car. Maka pengalaman hidup pertama kali naik cable car di London pun bermula.
Seronok ye dapat naik cable car kat London |
Perjalanan cable car merentasi River Thames dan turun di Greenwich. Dalam 10 minit je duduk dalam cable car. Pemandangan agak terbatas sebab cermin basah dan berkabus. Ada lagu mengiringi perjalanan kami. Alhamdulillah merasa satu lagi pengalaman baru dalam hidup di bumi London. Saya pun tak pasti kenapa dua trip saya sebelum ni tak naik cable car. Tak pasti sama ada saya tak tau kewujudan cable car sebelum ni atau memang tak sempat susun dalam itinerary. Apapun perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Diberi rezeki kali ketiga datang ke sini baru dapat naik cable car.
Cable car route: From Royal Docks to Greenwich Peninsula |
@ LONDON CABLE CAR MUSEUM
Turun je dari cable car di Greenwich Peninsular terus nampak London Cable Car Museum. Tak besar pun muzium ni dan masuk percuma. Setelah membaca info tentang cable car, barulah saya bertambah yakin bahawa binaannya amat kuat walaupun hanya dawai je yang tergantung. Hahah.. London Cable Car mula beroperasi pada tahun 2012, iaitu tahun yang sama saya jejakkan kaki di London buat pertama kalinya. Patut masa tu saya naik cable car, barulah jadi antara orang Malaysia terawal yang naik cable car di London. Hehe.. Sudah beberapa kali nama cable car ni bertukar mengikut company yang sponsor. Sekarang namanya IFS Cloud Cable Car. Sebelum ni namanya Emirates Air Line.
Mari belajar tentang London Cable Car |
Selain dari muzium interaktif, di sini juga ada cafe dan ruang jualan barangan souvenir. Keychain dan fridge magnet nampak berkualiti dan harganya pun dah tentu berkualiti juga. Dulu saya selalu mencari fridge magnet yang murah. Lagi murah lagi bagus. Tapi bila dah selalu travel dan banyak fridge magnet yang dibeli, saya merasakan ada masa dan keadaan di mana kena beli juga fridge magnet yang harganya mahal sikit kerana design dan kualitinya yang berbeza. Untuk kenalan boleh la bagi souvenir yang berharga GBP10.00 dapat 15 keychain tu. Nama pun souvenir kan. Ingatan untuk beli pun dah cukup baik sebenarnya.
Souvenir adalah kenangan.. |
Alhamdulillah, banyak ilmu baru yang kami dapat dari muzium ni. Seterusnya kami nak ke Greenwich Park. Hujan masih turun lagi ni. Macamana nak jalan-jalan kat taman? Huhu.. Dari muzium kami berjalan ke North Greenwich Station dan naik Jubilee Line menuju ke Canary Wharf Station. Canary Wharf diberi nama jolokan Mini Manhattan kerana banyak bangunan pencakar langit di sini dan senibina yang moden. Saya pun tak tau macamana keadaan di Manhattan sebab tak pernah sampai US lagi. Hahah.. Harga rumah di Canary Wharf level kayangan, lebih kurang seperti Mayfair, Kensington dan Chelsea di London.
Underground route: From North Greenwich to Canary Wharf Station |
Tinggi sungguh bangunan-bangunan di Canary Wharf |
Kami tumpang lalu dan bergambar je di Canary Wharf. Kami berjalan dan masuk ke Heron Quays DLR Station. Dari sini kami naik DLR menuju ke Deptford Bridge Station. Jangan lupa tap-in dan tap-out oyster card ya sebab takde gate atau barrier untuk masuk dan keluar dari DLR station. Kadang-kadang mesin terletak di celah tiang. Mesti nampak punyalah. Kalau masa masuk tak tap-in, bila keluar boleh la buat-buat tak nampak mesin. Hahah..
DLR route: From Heron Quays to Deptford Bridge Station |
Underground dah naik, DLR pun dah naik. Tapi masih belum sampai lagi ke destinasi tujuan. Hanya bas sahaja option yang ada untuk sampai ke Greenwich Park. Kami tunggu bas di luar Deptford Bridge DLR Station. Hampir 5 minit menunggu barulah bas 53 sampai. Perjalanan mengambil masa dalam 10 minit dan bas berhenti betul-betul di depan pintu masuk utama Greenwich Park. Kami turun dan terus berjalan masuk ke dalam taman.
Bus route: From Deptford Bridge to Greenwich Park |
@ GREENWICH PARK
Masa trip kedua saya ke London pada tahun 2019, saya memang dah rancang untuk pergi ke Greenwich Park. Sebagai seorang guru matematk, saya teringin nak tengok Meridian Greenwich Line. Dalam silibus ada pelajaran tentang meridian dalam bab bumi sebagai sfera. Bila cikgu dah mengajar, dah tentulah cikgu nak merasa sendiri pengalaman berada di line meridian. Barulah boleh cerita dengan anak murid. Bila berpeluang pergi lagi ke London kali ni, Greenwich Park antara destinasi pertama yang saya masukkan dalam itinerary.
Greenwich Park, salah satu daripada 8 Taman Diraja London |
Alhamdulillah hujan dah mula berhenti. Seperti memahami bahawa kami akan berjalan di taman tanpa bumbung. Kelihatan beberapa buah kereta menandakan ada juga la pengunjung taman ni. Greenwich Park sebenarnya terletak di kawasan berbukit. Saya pernah tengok video orang main sledge turun bukit di sini masa musim salji. Cuma kali ni kami takde rezeki untuk barmain salji di bumi London. Salji pernah turun di London tapi kebarangkaliannya amat tipis. Memang bertuah la kalau dapat merasa salji turun di sini.
Tenang sunguh keadaan persekitaran di sini.. |
15 minit berjalan santai sambil bergambar kenangan, akhirnya kami sampai di penghujung taman, iaitu kawsaan puncak bagi Greenwich Park. Kelihatan bangunan yang mempunyai dome yang besar. Sudah pasti itulah tempat yang ingin kami tuju. Harap tak ramai orang macam di cable car tadi. Tak perlu nak beratur panjang. Cuma persoalannya, adakah masuk percuma atau ada bayaran? Leceh la kalau kena bayar. Dapat tengok line meridian depan mata pun kira ok la walaupun tak dapat berdiri di atasnya.
Wallahu 'alam..
No comments:
Post a Comment