Friday 12 April 2019

JJCP Scandiscovery: Day 02 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ AHAD, 9 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ NYHAVN
@ ELVAN SHAWARMA & GRILL
@ COPENHAGEN GRAND MOSQUE


Jam 11.10 pagi kami teruskan perjalanan ke satu lagi tourist hotspot di Copenhagen, iaitu Nyhavn. Kami menyusuri lorong yang mempunyai deretan kedai dan restoran yang masih tutup. Tak pasti memang tutup sepanjang musim winter ataupun buka lambat. Selain restoran Chinese food yang famous dan sentiasa ada di mana-mana bandar seluruh negara, Thai food juga apa kurangnya. Banyak betul restoran Thai kat sini dan yang pastinya tiada tanda atau logo halal. Dapat tengok dari luar je lah. Thailand bukan setakat restoran, kedai massage pun banyak. Dah sampai peringkat international bisnes diorang ni. Kalau la saya dapat peluang buka restoran melayu kat luar negara kan best. Selalu juga berangan satu hari nanti nak buka bisnes restoran Malay food kat luar negara. Tak salah pasang angan-angan. Kalau jadi kenyataan lagi bagus. Hehe..

Thai food ada di mana-mana. Tapi non-halal la. Hihi..

@ NYHAVN

Tak sampai 5 minit berjalan kaki, kami sampai di Nyhavn iaitu salah satu tempat yang menjadi tarikan pelancong dan juga locals. Nyhavn bermaksud New Harbour. Di sini kita dapat lihat bangunan lama kurun ke-17 dan 18 yang berwarna-warni di sepanjang terusan Nyhavn. Banyak kapal dan bot lama yang diletakkan di sini. Restoran yang ekslusif dan gerai-gerai jualan banyak di sini membuatkan ianya menjadi tumpuan. Kat sini barulah kami dapat lihat ramai pelancong. Kami mula bergambar di atas jambatan yang terdapat banyak mangga dikunci sebagai tanda cinta pelancong yang datang ke sini. Asal ada besi kat tempat yang menarik je mesti ada orang letak mangga. Kononnya sebagai tanda ikatan yang kuat. Lama-lama berkarat jugak. Silap haribulan pihak berkuasa buang semuanya sebelum besi jambatan tu roboh sebab tak tahan berat mangga yang diletakkan seperti di Paris. Adalah lebih baik mangga tu pasang kat pintu pagar rumah, lagi selamat. Hahah..

Walking Route: From Amalienborg Palace to Nyhavn
Welcome to Nyhavn
Kami melihat gerai-gerai jualan yang ada di sepanjang jalan. Kebanyakan gerai menjual makanan ringan dan barang perhiasan untuk Krismas dan souvenirs. Saya memang teringin nak makan biskut made in Denmark dalam tin yang banyak dijual di Malaysia. Kali ni dapat makan di negaranya terus. Hihi.. Tapi kena pastikan biskut yang dijual tidak mengandungi alkohol atau wain. Nak dapat biskut yang ada tanda halal di sini memang takkan jumpa la. Malu bertanya sesat jalan. Peniaga kat sini amat ramah dan mereka melayan kami dengan senyuman. Diorang akan maklumkan mana-mana biskut yang ada kandungan terlarang. Boleh je cuba sampel biskut yang dijual tanpa membelinya. Tapi jangan la makan banyak sangat. Kalau saya jadi peniaga pun hangin satu badan. Try je lebih, tapi tak beli pun. Hahah..

Menarik design fridge magnet kat sini. Harga lebih kurang macam kat kedai souvenir tadi. Huhu..
Culture orang di sini suka duduk minum dan berborak dalam keadaan yang tenang. Perkataan yang famous adalah 'Hygge' yang bermaksud berehat dalam suasana yang santai, berkualiti dan keselesaan yang memberi kepuasan diri. Sebab tu di sini banyak kedai kopi yang cozy. Kami memang tak sempat la nak ber'hygge' kat sini. Banyak lagi tempat lain nak pergi. Hahah.. Minuman yang famous di sini pula ialah 'glogg', iaitu sejenis wine yang dihidangkan suam kepada pelanggan. Dah nama pun wine, kita pakat tengok dan amik gambar je lah. Saya cuba bertanya pada peniaga glogg, nak pastikan apakah ingredient glogg ni. Peniaga tu terus bagitau ialah adalah spiced drink wine dan mungkin sebab dia nampak wife saya bertudung, terus dia katakan ini adalah alcoholic drink. Jujur juga peniaga ni. Sekurangnya saya dapat ilmu baru dalam memahami jenis makanan dan minuman bagi culture di sini.

Glogg dan biskut Danish dalam tin. Beli jangan tak beli. Hehe..
Sedang asyik melihat gerai jualan, tak sedar kami dah berada di penghujungnya. Sementara menunggu kawan-kawan yang lain selesai 'shopping', kami berdua berehat dan bergambar di kawasan sekeliling. Walaupun cuaca nampak agak tenang, tapi sebenarnya sejuk yang amat. Glove yang saya pakai bukannya touchscreen gloves. Jadi setiap kali nak amik gambar saya kena buka glove. Paling lama saya boleh bertahan tak pakai glove hanya 5 minit je sebab terlalu sejuk sampai ke tulang. Tak dapat saya bayangkan bila kami berada di Norway nanti. Ikut pada weather forecast, cuaca di Norway nanti adalah yang paling sejuk. Itu pun hanya di Oslo, belum sampai area Aurora lagi. Trip kali ni kami tak set untuk lihat Aurora sebab saya cadang nak tengok masa trip ke Iceland nanti. Tarikh belum ada lagi. Tengoklah macam mana. Ada rezeki in shaa Allah sampai jua. Dulu pun tak pernah terfikir nak sampai Scandinavia dalam masa yang terdekat. Tapi takdir akhirnya 2018 saya dapat jejakkan kaki di sini. Semuanya ketentuan dari yang Maha Esa. Kita hanya mampu merancang.

Kaunter tiket dan starting point untuk Canal Tour Copenhagen di sini
Nyhavn at a glance

Jam 11.45 pagi bila semuanya dah selesai berurusan di Nyhavn, kami berjalan ke Kongens Nytorv untuk menaiki Metro. Destinasi seterusnya adalah mencari makanan halal untuk lunch kami. Di Copenhagen ada satu kawasan di mana banyak restoran dan kedai halal iaitu di Norrebro. Ada sedikit construction works di area Kongens Nytorv tapi metro station tetap beroperasi. Dari Kongens Nytorv Station kami naik Metro M2 dan turun di Flintholm Station. Kemudian kami tunggu dan naik S-Train F menuju ke Norrebro Station. Nampaknya saya dah mula faham sedikit tentang public transport di Copenhagen. Tak susah pun jaringan public transport di sini. Ada banyak option yang boleh digunakan. Yang penting kena tahu station mana yang patut turun. Kalau Metro tak jadi masalah sebab hanya beberapa station je yang cover. Tapi untuk S-Train kena hati-hati. Takut kita turun salah station dan train pulak dah masuk zone yang tak cover dalam tiket kita. Masak lemak la dibuatnya jika masa tu pulak ada officer yang datang cek tiket. Boleh la cuba bagi alasan tourist yang first time datang Copenhagen dan tak faham tentang jenis tiket. Manalah tau boleh dapat excuse. Apa-apa pun kalau alasan tak diterima kenalah standby 750.00DKK ye. Huhu..

Walking Route: From Nyhavn to Kongens Nytorv Metro Station
Area Kongens Nytorv. Ada pulak marching group sedang melintas
Metro & S-Train Route: From Kongens Nytorv Station to Flintholm Station and Norrebro Station
Keadaan dalam metro di Copenhagen
First time naik metro

Changing Lines: Metro - S-Train

Kami sampai di Norrebro Station jam 12.20 tengahari. Kami turun ke platform di bawah dan mencari pintu keluar ke jalan besar seterusnya simpang untuk ke restoran halal yang telah saya set dalam itinerary. Keadaan di Norrebro agak berbeza dari pusat bandar Copenhagen. Dinding bangunan dipenuhi oleh lukisan graffiti oleh pelukis tak bertauliah. Huhu.. Jelas menunjukkan kawasan ini didiami oleh penduduk golongan bawahan kerana banyak rumah flat dan apartment di sekeliling. Kami berjalan dengan penuh hati-hati. Risau juga kalau ditegur oleh orang yang berniat tak baik tehadap kami. Namun begitu, komuniti Islam ramai di kawasan ni membuatkan kami rasa agak selamat walaupun ramai mata yang memandang kami sewaktu keluar dari station. Kami tak ganggu orang, harap orang juga tak ganggu kami, in shaa Allah.

Sampai sudah di Norrebro
Mencari halal di Norrebro


@ ELVAN SHAWARMA & GRILL

Tak sampai 10 minit berjalan kaki dari Norrebro Station, kami tiba di Elvan Shawarma & Grill Restaurant, salah satu daripada restoran halal yang terdapat di sini. Saya pilih restoran ni kerana ianya terletak di laluan untuk ke masjid selepas ni. Di sebelah restoran ni terdapat kedai menjual daging halal. Kami tak bercadang nak beli daging hari ni sebab esok dah nak ke airport. Kami masuk ke dalam restoran. Tuan kedai menyambut kedatangan kami dengan senyuman dan memberi salam. Restoran ni tak besar tapi ada meja kosong untuk kami. Kami bergilir-gilir order makanan. Antara menu makanan yang dijual di sini adalah kebab, hotdog dan burger. Itu je lah pilihan yang selalu akan jumpa bila berada di bumi Eropah. Huhu.. Saya dan wife pilih burger menu (burger, fries dan air) bersama cheese burger yang berharga 99.00DKK. Air takde pilihan melainkan air gas atau jus dalam tin. Memang inilah harga standard makanan di Copenhagen. Sekali sehari je makan kat luar bila travel. Malam nanti makan mee segera atau nasi Sharifah kat rumah. Hihi..

Walking Route: From Norrebro Station to Elvan Shawarma & Grill
Inilah menu yang menjadi kebiasaan di Eropah. Yang penting halal..
Semasa menunggu makanan siap, soalan pertama yang tuan kedai tanya pada saya adalah dari mana kami datang. Dia tau bila saya sebut Malaysia. Alhamdulillah. Siap kata orang Malaysia baik-baik belaka. Hihi.. Nampaknya ada orang Malaysia yang pernah datang ke kedai dia sebelum ni. Baguslah bawa nama baik Malaysia di mata dunia. Jangan buat hal atau meninggalkan taik seperti yang dibuat rakyat Malaysia di Jepun sudah la. Hahah.. Tapi ada juga saya pernah terserempak dengan rakyat Malaysia yang sombong kemain. Masih ingat lagi peristiwa di Seoul masa makan di restoran bbq halal. Senyum pun tidak. Dalam flight pun pernah berlaku. Duduk sebelah kami pulak tu. Setakat ni kami masih belum jumpa orang Malaysia. Baru masuk hari kedua kat sini. In shaa Allah akan berjumpa. Harap jangan la tak bertegur sapa. Kami bukan nak mintak nombor telefon pun. Hahah..

Tuu dia lunch kami hari ni. Tengok pun dah boleh tau kelazatannya. Haha..
Siap ajak tuan kedai bergambar sekali
Simpan resit untuk kenangan
Selesai makan dan tumpang bilik air untuk kurangkan beban dalam badan, jam 1.35 petang kami teruskan perjalanan. Terima kasih pada restoran Elvan Shawarma & Grill di atas layanan yang baik dan burger yang amat sedap. Seterusnya kami perlu jalan kaki agak jauh untuk menunaikan solat jamak di masjid. Kami melintas jalan raya yang lengang bila lampu melintas bertukar hijau. Ingat ye, jangan lintas jalan ikut suka hati walaupun takde kenderaan. Huhu.. Kat sini bukan sahaja kena perhatikan laluan kenderaan sebelum melintas tetapi lorong basikal kena tengok juga. Ramai yang berbasikal daripada membawa kenderaan di sini. Semasa melintas, saya tertarik dengan lampu jalan yang dipasang. Kalau di Malaysia ada tiang lampu di sepanjang jalan, di sini lampu digantung di tengah jalan. Maka berselirat la pemandangan dawai yang tergantung di atas jalanraya. Tak pasti kenapa tak guna tiang lampu. Mungkin sebelum ni ramai penunggang basikal menjadi mangsa terlanggar tiang lampu kot. Hehe..

Halal foods @ Norrebro

Keadaan jalan yang lengang dan lampu yang tergantung di sepanjang jalan
Kami berjalan melalui kawasan perumahan. Keadaan taman di sini nampak seperti baru dibina dan amat cantik. Banyak aktiviti riadah yang boleh dilakukan oleh penduduk sekitar. Yang membuatkan saya kagum bila tiada sampah sarap kelihatan di atas jalan. Saya ada terbaca tentang pengurusan sampah di sini. Scandinavia adalah antara negara yang terbaik dalam menguruskan sampah mereka. Sampah di sini akan diasingkan mengikut tong sampah yang dilabelkan. Kalau salah masukkan sampah, tuan rumah akan dikenakan kompaun. Sampai macam tu sekali penguatkuasaan diorang terhadap sampah. Dengarnya mereka siap import sampah dari negara lain untuk dikitar semula. Ni yang buat kami tak berani nak buang sampah merata. Takut ada mata yang memerhati. Mana tau kalau terbuang sampah merata je terus ada officer yang datang bagi surat kompaun. Huhu.. Walaupun zahirnya nampak macam takde sampah, tapi sebenarnya di lorong-lorong atau di pintu masuk station ada je puntung rokok berterabur atas lantai. Masih ada lagi golongan minoriti yang kurang kesedaran sivik di sini. Hahah.. Sama ada memang takde orang buang sampah atau company cleaner menjalankan tugas dengan cemerlang setiap masa. Sebab tu nampak bersih je. Hehe..

Segarnya pokok bunga dalam cuaca sejuk ni
Kita singgah beriadah dulu. Gelanggang tomoi siam pun ada kat sini. Haha..

@ COPENHAGEN GRAND MOSQUE

Cukup-cukup la beriadah tu. Jalan kaki jauh ni pun dah dikira sebagai riadah. Hihi.. Tepat jam 2.00 petang kami tiba di Copenhagen Grand Mosque atau nama rasminya Hamad bin Khalifa Civilisation Center, masjid terbesar di Denmark. Masjid ni siap dibina pada 2014 dan dibiayai oleh kerajaan Qatar. Pembinaan masjid ini telah mendapat protes dan tentangan hebat dari rakyat Denmark terutamanya kumpulan anti-Islam. Mereka bercadang untuk melakukan protes secara besar-besaran semasa pembukaan masjid ni tetapi telah dihalang oleh pihak polis. Mungkin mereka takut Islam akan disebar lebih meluas di Denmark dengan terbinanya masjid ni. Takut sangat diorang dengan Islam kan? Asyik tuduh orang Islam ni terrorist. Cuba baca sejarah balik siapa yang terrorist sebenarnya. Aduhai..

Walking Route: From Elvan Shawarma & Grill to Copenhagen Grand Mosque
Pemandangan Copenhagen Grand Mosque dari luar
Sampai di pintu masuk, kelihatan 3 orang wanita yang mungkin baru selesai solat memberi salam pada kami dengan senyuman. Mereka menunjukkan di mana arah ruang solat lelaki dan perempuan. Mereka juga menjemput kami untuk makan sup di dewan makan yang terletak di tingkat bawah. Ada majlis sedang berlangsung di sini. Kami menolak dengan baik. Segan pulak baru sampai je terus makan. Dah la tak tau majlis apa. Lagipun kami baru je lepas makan. Terima kasih atas jemputan. Saya terus naik ke ruang solat utama di tingkat 1. Ruang solat jemaah wanita terletak di tingkat 2.

Kelas agama untuk kanak-kanak
Alhamdulillah kami dapat menunaikan solat di masjid ni
Selesai solat kami bersiap-siap untuk keluar dari masjid. Wife saya yang dah sedia menunggu kata setiap kali ada orang yang lalu, semuanya jemput untuk makan di tingkat bawah. Mereka amat menghormati sesama muslim walaupun mereka tahu kami adalah orang asing di sini. Thank you brother and sister!. Kami tak turun sebab masa yang tidak mengizinkan. Kami nak ke destinasi seterusnya sebelum hari gelap. Cuaca cerah tinggal lagi sejam je. Jam 2.30 petang kami meninggalkan Copenhagen Grand Mosque menuju ke train station yang terdekat, iaitu Bispebjerg Station. Kami perlu patah balik ikut laluan tadi hingga ke simpang jalan besar, kemudian ke kanan dan terus nampak signboard S-Train di hujung jalan. Sambil tu sempat lagi kami singgah tengok harga kereta yang dijual di sini. Boleh tahan mahal juga harga kereta sedan. Tinggi sungguh cost-living kat sini. Mungkin gaji yang diorang dapat pun tinggi jugak kot. Berapalah agaknya sebulan gaji cikgu kat sini ye? Wallahu 'alam..

Deretan kedai menjual kenderaan di sepanjang jalan
Walking Route: From Copenhagen Grand Mosque to Bispebjerg Station
Kami sampai di Bispebjerg Station jam 2.50 petang. Train akan sampai lagi 2 minit. Harap sempatlah kami sampai ke tempat berikutnya sebelum gelap. Perjalanan agak jauh juga untuk sampai ke sana. Tempat yang kami nak pergi ni lah yang membuatkan kami kena beli 24-Hours tourist ticket sebab City Pass tak cover sampai station ni. Ada sebabnya kenapa saya nak pergi tempat ni walaupun ianya bukanlah tourist spot seperti statue The Little Mermaid. Namun tempat ni ada rekod sejarahnya tersendiri. Sedangkan statue The Genetically Modified Little Mermaid yang dekat dengan tourist spot pun takde yang nak tengok, inikan pulak tempat yang jauh dari bandar Copenhagen seperti ni. Dah alang-alang sampai sini, apalah salahnya jalan jauh sikit. Penat berjalan sudah tentu, tapi pengalaman hidup tu yang lebih bermakna. Kalau sampai dah gelap pun takpe sebab tempat tu masih buka lagi. Inilah peluang yang tinggal sebab tempat tu bukannya buka setiap hari. Hanya tarikh dan waktu tertentu je ia beroperasi. Mungkin tak sesuai dibuka bila cuaca terlalu sejuk kot. Wallahu 'alam..

Betapa pentingnya basikal kat sini sampaikan ada traffic light khas buat pengguna basikal
Menunggu train sampai di Bispebjerg Station


2 comments:

  1. Replies
    1. Salam Aditya.

      Ya, moga kamu akan ke sana juga satu hari nanti. In shaa Allah. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete