Sunday, 10 December 2017

JJCP VietCam: Day 02 (Part #3)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


TARIKH:
4 OGOS 2017

LOKASI KEJADIAN:
@ PHNOM PENH NIGHT MARKET


Jam 6.00 petang saya dah bangun. Dapatlah tidur sejam setengah. Alhamdulillah, kepala saya dah tak pening sangat. Nampak sangat banyak berfikir tu. Huhu.. Barulah rasa lega sikit. Kalau tak memang satu kerja pun tak boleh nak dibuat. Baca whatsapp group, famili En. Khai, Kak Ina dan Saiful dah ada kat pasar malam. Turun dari bas tadi diorang terus jalan-jalan kot. Diorang kata takde apa yang menarik sangat kat pasar malam ni. Hanya aiskrim dalam tempurung kelapa je yang jadi highlight. Walaupun takde yang menarik, tapi kami nak merasa juga suasana pasar malam kat sini. Ada sesuatu yang kami cari sebenarnya. Hihi.. Jam 6.25 petang setelah semuanya dah mandi dan bersiap, kami turun dan menuju ke pasar malam.

Boleh la kuar duit kat sini kalau dah inform Maybank
Berjalan dari hotel ke pasar malam saya nampak beberapa mesin atm yang agak unik lokasinya. Kalau kat Malaysia mesin atm selalunya kat bank atau stesen minyak dan 7-Eleven. Tapi kat sini mesin atm ada kat tengah alam dalam cafe dan bar. Yang duduk minum sebelah mesin tu boleh la intai orang yang keluarkan duit. Silap haribulan boleh curi tengok nombor pin yang ditekan. Hihi.. Katanya mesin atm kat sini keluarkan duit USD, bukan KHR. Tak pasti betul ke tak sebab saya sendiri tak cuba keluarkan duit kat sini. Curi intai pun tak buat. Hehe.. Kalau betul, bila masa duit KHR nak digunakan. Mungkin ada pilihan jenis matawang bila nak keluarkan duit. Yang pastinya takde pilihan duit RM. Hihi.. Bank letak mesin kat cafe dan bar mungkin untuk keselamatan kot sebab tempat crowded. Tapi tak selamat juga kalau lepas keluar duit ada orang yang mengekori dari belakang. Huhu..

Walking Route: From River Star Hotel to Phnom Penh Night Market

@ PHNOM PENH NIGHT MARKET

5 minit berjalan kaki dari hotel, kami sampai di Phnom Penh Night Market. Daripada luar nampak macam kurang meriah pasar malam kat sini. Huhu.. Memang betul la kata diorang yang dah ada kat sini petang tadi. Tapi kami kena juga datang ke sini sebab nak mencari gerai halal untuk dinner kami. Lokasi gerai menjual makanan ada di bahagian tengah pasar. Kami jalan-jalan dulu melihat gerai menjual pakaian dan lain-lain. Tengok design pun tau banyak yang tak berkualiti. Ada kasut yang saya tengok sekali imbas macam adidas, bila dah dekat rupanya bukan tulisan adidas. Hahah.. Nama pun pasar malam, kenalah terima kenyataan. Kebanyakan kasut yang kita beli kat butik KL made in China, Cambodia dan beberapa lagi negara Asia. Tapi kualiti masih tetap bagus. Buat kilang di negara Asia kerana boleh cover labour charges yang murah. Ikut pada logik, tak murah juga sebenarnya. Nama je factory outlet seperti JPO, Mitsui dan GPO. Harga boleh tahan mahal juga dan bukan semuanya murah. Kalau dah minat tu tetap beli juga. Huhu..

Jom tengok apa yang ada kat pasar malam ni
Hujan dah mulai turun renyai waktu ni
Nak tanya mana ahli group yang lain, line internet pulak takde kat pasar malam ni. Sebelum gerak dari hotel tadi dah maklum. Harap adalah yang datang ke sini dan join kami makan malam. Disebabkan takde apa yang menarik untuk dilihat, kami terus ke bahagian gerai makan. Kat tengah pasar malam ada tikar yang luas untuk orang ramai makan bersila kat sini. Yang ni agak menarik sebab first time nak merasa pengalaman makan bersila kat tengah pasar malam. Hihi.. Kami mencari satu-satunya gerai yang menjual makanan halal kat sini. Akhirnya jumpa juga gerai bernombor C13, bersebelahan dengan gerai air buah dan aiskrim tempurung kelapa. Boleh la order kat ketiga-tiga gerai ni terus dan duduk bersila. Sebab once dah bersila, susah nak bangun balik. Hehe..

Jom order semuanya. Haha..
Takde sorang pun pelanggan yang duduk bersila di tikar yang luas terbentang ni. Tengah order kelihatan famili Wan sampai. Diorang pun join skali. Harga makanan dalam USD1.50 untuk sepinggan mee. Saya order 2 beef fried noodle dan beef noodle soup untuk kami sekeluarga beserta air jus tembikai dan mangga. Aiskrim pun order skali sebab nampak sedap pulak rupa aiskrim yang diletakkan dalam tempurung kelapa. Hihi.. Jumlah semuanya USD11.00. Agak parah juga harga makanan pasar malam ni. Tak boleh nak buat apa sebab inilah satu-satunya gerai halal yang ada. Huhu.. Yang penting kami sekeluarga kenyang malam ni.

Makan time. Kalau letih boleh baring terus. Hihi..
This is sedap..
Nasib baik kami tak beli banyak dan kongsi makan beramai-ramai sebab rasa mee agak mengecewakan. Terasa macam ada kapur lagi. Huhu. Telan jugalah buat alas perut. Nak cari kedai lain macam malas. Tengah makan famili Saiful, Pae, Jay dan Zan pun sampai dan join skali. Group kami yang paling banyak pakai space tikar ni. Haha.. Barulah meriah. Anak perempuan saya dah mula menunjukkan aksi biasanya. Adalah benda yang dia nampak masa jalan-jalan tengok gerai tadi. Huhu.. Dia kata sakit kaki pakai kasut boot. Dalam banyak-banyak kasut, boot ala Phua Chu Kang tu juga yang dia nak pakai masa nak bertolak haritu. Dah bagitau pakai kasut yang selesa tapi taknak. Elysha memang suka kasut. Kasut sepupu dia yang dah kusam pun dia suka. Nasib baik sepupunya bagi. Anak perempuan, apa boleh buat kalau dah minatnya pada kasut. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Nak tegur si anak, dah tentu maknya terasa juga. Hihi.. Jomlah cari kasut murah ala adidas kat pasar malam ni.

Dah 5 pasang dia try. Huhu..
Dah dapat kasut, barulah perlakuan dia kembali normal. Hehe.. Macam-macam akal budak-budak sekarang ni. Tak boleh dilayankan sangat sebenarnya. Nanti lemak banyak melekat dalam badan tu. Hihi.. Sekali sekala apa salahnya. Saya balik semula ke gerai. Kelihatan ada dua orang lelaki tengah berborak dengan Wan. Abang ni selalu datang ke Cambodia atas urusan kerja. Sampai dah fasih bercakap bahasa Cambodia. Masa buat itinerary ke sini, saya ingat nak cari durian monthong yang dikatakan paling sedap di Cambodia sampaikan ada group dari Malaysia yang travel ke sini semata-mata nak makan durian monthong ni. Dengan harapan musim durian masih ada, saya bertanyakan pada abang ni tentang durian kat sini. Dia kata durian ada, tapi gred monthong susah nak dapat sekarang ni. Kat depan sikit dari pasar malam ni ada gerai menjual durian katanya. Dia boleh tolong deal harga durian dengan penjual. Kami cepat-cepat habiskan makanan yang tak berapa sedap tu dan pukul 7.45 malam kami ikut abang ni berjalan ke tempat jual durian. Hujan masih renyai dan kami tetap redah jua demi durian. Setakat ni saya cuma suka musang king dan udang merah. Mungkinkah durian Cambodia dapat menyaingi kesedapan dan kelemakan musang king? Mari kita cuba..

Tuu diaaa.. Jom cuba try test tengok. Hehe..
Abang tu cakap yang ada cuma durian kampung yang datangnya dari Kampung Cham. Besar juga saiz durian kampung kat sini. Harga sekilo USD10.00.. Dah sama harga macam musang king. Huhu.. Isi durian diletakkan dalam bekas polisterin. Lain macam rasa isi dia bila saya sentuh. Macam kering sangat isi duriannya. Abang tu kata memang macam ni bentuk isi durian kampung. Ingatkan buah dah lama. Kami pun cuba la merasa durian Cambodia. Rasa dia sama je dengan durian kampung kat Malaysia. Yang beza cuma struktur buah dan paling ketara adalah harganya. Huhu.. Mungkin dusun durian kat sini tak banyak dan termasuk dalam kategori buah-buahan yang rare. Sebab tu harganya mahal kot. Wallahu 'alam.. Dah masuk dalam perut pun. Maka kenalah bayar. Hihi.. Yang penting niat nak merasa makan buah durian Cambodia tercapai walaupun bukan durian monthong.

Banyak juga gerai durian kat sini
Dia ni lah fans tegar durian. Semua gred dia makan..
Dah bayar, kenalah habiskan. Huhu..
Selesai makan, kami berborak dengan abang yang teman kami. Dia berasal dari Melaka, orang kampung Pae. Selalu sangat dah jumpa orang Melaka kat luar negara. Hihi.. Dia tanya berapa lama kami kat sini. Kami bagitau esok dah nak ke Siem Reap. Dia pesan supaya bawak bekal makanan sebab perjalanan agak jauh dan takde kedai atau restoran halal di sepanjang jalan. Saya ada buat research perjalanan dari Phnom Penh ke Siem Reap. Ada lokasi beberapa masjid di sepanjang perjalanan. Mungkin area berdekatan masjid tu ada kedai atau restoran halal tapi memandangkan driver pun tak faham apa yang saya cakap, macamana agaknya nak mintak dia bawa kami ke lokasi tersebut. Huhu.. Daripada buang masa explain baik bawa bekal je. Lagipun kami kena sampai awal di Siem Reap sebelum kaunter tiket Angkor Wat tutup. Bawa roti je dah cukup untuk alas perut, insyaAllah..

Terima kasih bang kerana membantu. Amat friendly orangnya..
Jam 8.30 malam setelah merasai pengalaman makan durian kampung Cambodia yang biasa-biasa je rasanya, hujan mulai berhenti dan kami berjalan balik ke hotel. Malam masih muda. Ada yang dah naik ke bilik untuk berehat. Geng lelaki pulak taknak naik lagi. Kami nak jalan-jalan melayan suasana malam di Phnom Penh. Agak happening juga kawasan di sekitar hotel sebab banyak cafe dan bar yang masih beroperasi. Kami bukannya nak masuk pun. Saje nak tengok scene malam di sini dan mencari jika ada restoran halal yang masih buka. Kami bertanyakan pada sorang rider tuktuk yang sedang mencari penumpang. Dia kata ada beberapa restoran halal kat area sini. Kami pun naik la tuktuk buat pertama kalinya di sini. Dia bawak kami pusing area berdekatan dan tunjuk lokasi kedai halal. Ada satu je yang masih bukak tapi restoran middle east yang agak mewah dan berstatus halal. Cadang nak minum teh tarik je. Ingat ada la kedai mamak macam NZ kat sini. Hihi.. Kami mintak rider tuktuk bawa kami ke hotel semula. Walaupun tak jauh mana dia bawak, kami kena bayar tambang USD2.00. Huhu..

Amik angin malam dengan tuktuk
Dah takde tempat nak melepak, jadi kami duduk je kat cafe bawah hotel. Order kopi dan borak sampai pagi. Hihi.. Kami berbincang mengenai aktiviti esok, apa yang nak dibuat di Siem Reap selain melawat Angkor Wat. Singgah Hard Rock Cafe itu sudah tentu. Urut kaki juga termasuk dalam perbincangan. Dari info yang saya jumpa, kedai urut kaki di Siem Reap punyalah banyak dan harga pun amat murah. Mungkin ramai yang pergi sana sakit kaki sebab berjalan jauh dalam Angkor Wat kot. Hehe.. Sejak semalam saya tak nampak lagi Starbucks di Phnom Penh. Google dalam internet, Starbucks ada tapi tak banyak. Teringin juga nak mencari citymug sebagai tambahan koleksi saya. Tapi takut esok tak sempat nak singgah. Disebabkan geng ni semua kaki Starbucks, jadi kami plan esok pagi running kejap ke Starbucks masa breakfast. Harap sempatlah..

Kopi ini berharga USD1.50. Minum sampai habis ye. Hihi..
Akhirnya melepak kat cafe bawah hotel je. Huhu..
Jam 11.45 malam kami mula bersurai dan balik ke bilik masing-masing. Ikutkan hati nak stay sampai pagi. Bila lagi nak berborak panjang macam ni. Kat KL masing-masing sibuk dengan kerja dan uruskan famili. Inilah peluang yang ada untuk bertanya hal masing-masing. Walaupun keluarga adalah yang paling utama, tapi kawan-kawan jangan dilupakan. Mereka adalah pelengkap kehidupan. Janganlah masa senang je baru mencari kawan. Bila susah semuanya menghilangkan diri. Huhu.. This is my big group of family. Dulu nama group ni Geng Starbucks sebab selalu lepak malam minggu sampai pagi minum caramel frappucino kat Cyberjaya. Kali ni dah upgrade jadi Geng Travel Famili. Thanks guys for joining this group. Saya amat senang apabila bersama kalian. Dah, jom tidur. Esok perjalanan masih jauh. Pengalaman hidup yang baru bakal tercipta. Moga dipermudahkan semuanya. Wallahu 'alam..


*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - DINNER  : RM47.30
  - DURIAN  : RM64.50
  - SUPPER  : RM12.90
  - JUMLAH : RM124.70

**DAY 02 TOTAL EXPENSES: RM397.70

No comments:

Post a Comment