Wednesday, 8 November 2017

JJCP VietCam: Day 02 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


TARIKH:
4 OGOS 2017

LOKASI KEJADIAN:
@ RUSSIAN MARKET
@ KFC TOUL TOM POUNG
@ CAFE MALAYA
@ AL-SERKAL MOSQUE


Dari Independence Monument, bas menuju ke destinasi ke-3 untuk hari ni iaitu ke Russian Market. Apa yang saya perhatikan, jalanraya di sini agak kurang sesak berbanding negara jirannya, Vietnam. Cuma kat sini banyak jalan yang sempit membuatkan terasa macam traffic jam, padahal tak dapat nak lepas sebab ada kereta yang parking kat bahu jalan. Motosikal boleh dikatakan agak banyak juga. Apa-apa pun boleh terima lagi keadaan trafik kat sini. Setakat pengalaman saya travel ke luar negara, pada saya jalanraya di Indonesia especially Jakarta dan Bandung adalah yang paling teruk saya penah alami. Macet bangat. Naik basikal pun boleh sampai dulu rasanya. Huhu.. Walaupun macet, tapi belum pernah lagi tengok accident. Driver kat sana pun boleh tahan juga hati keringnya. Selamba je buat u-turn atau masuk simpang kat tengah jem tu. Tangan tak pernah terlepas dari tempat hon. Hihi.. Di Indonesia bunyikan hon itu adalah kewajipan dan ia digunakan untuk berkomunikasi dengan kenderaan lain untuk beri laluan masuk simpang atau u-turn dan juga untuk pastikan pemandu yang perlahan lebih alert. Kalau kat Malaysia mau keluar dari kereta dan bergaduh sebab sakit hati dengar bunyi hon. Hahah.. Saya sendiri amat jarang guna hon. Silap haribulan hon kereta saya dah tak berfungsi sebab tak pernah guna. Huhu..

Masih boleh terima keadaan trafik kat Phnom Penh ni

@ RUSSIAN MARKET

Jam 11.20 pagi kami sampai di Russian Market atau dikenali oleh locals dengan nama Phsar Toul Tom Poung. Nama market ni diberi kerana popularitinya semasa tahun 1980an dulu. Masa tu ramai orang Russia yang bekerja di sini. Disebabkan diorang selalu ke pasar ni maka pasar ni lebih dikenali dengan nama Russian Market. Tapi jangan risau, walaupun nama Russia, tapi barangan yang dijual tetap banyak yang made in China. Hahah.. Selain Russian Market, ada beberapa lagi pasar yang popular kat sini seperti Central Market, Old Market dan Olympic Market. Disebabkan trip kami agak mengejar masa, jadi saya cuma pilih Russian Market sebagai wakil pasar yang kami ingin lawati di Phnom Penh. Juga satu lagi market yang kami akan pergi malam nanti, insyaAllah.. Seperti biasa, sebelum turun dari bas saya tulis waktu 1.00 petang untuk bas datang semula amik kami di tempat yang sama.

Bus Route: From Independence Monument to Russian Market
Turun je dari bas kami berada di depan money changer. Russian Market di seberang jalan. Malas nak survey currency rate di kedai lain, kami pun tukar duit USD kepada KHR di kedai tu. Kadar tukaran duit 1.00USD bersamaan dengan 4,105.00KHR. Kira boleh la sebab takde banyak beza pun dengan kedai yang lain. Mudah sikit nak beli barang kat kedai runcit guna duit KHR. Sebenarnya ada kesan guna duit USD atau KHR kat sini. Contohnya bila beli air, kita tanya dulu berapa harga dalam USD dan KHR. Lepas tu buat kiraan. Kadang-kadang guna USD lebih jimat dan sebaliknya. Macam di Vietnam, air kopi ais halal yang sedap kat Ho Chi Minh City tu berharga 1.00USD, tapi kalau bayar dengan duit kita hanya RM3.00. Jadi lebih baik bayar pakai duit kita. Hihi..

Depan tu Russian Market
Tukar sikit duit KHR untuk guna kat kedai runcit dan pasar
Selesai tukar duit dan wallet pun jadi super tebal, kami lintas jalan dan masuk ke dalam Russian Market. Keadaan dan suasana pasar di sini lebih kurang sama seperti di Kim Yong Market, Hatyai dan di Jalan Perniagaan, Medan. Kedai setingkat menjual macam-macam barang harian seperti barang basah, barang antik, souvenir dan juga pakaian. Macam-macam bau ada kat dalam pasar ni. Kami yang menolak stoller agak susah nak lalu ikut lorong yang sempit. Panas jangan cakap la. Duduk dalam ni lagi kuat bahangnya. Huhu.. Sebenarnya takde apa yang kami nak cari kat sini. Cuma nak melihat jika ada barang yang menarik dan harga yang berpatutan. Anak-anak dah tentu memujuk rayu bila lalu depan kedai menjual mainan. Tapi buat masa ni diorang tengah lapar, jadi tak fikir dulu pasal mainan. Tunggu je la lepas makan dan bertenaga nanti. Hihi..

Salah satu pintu masuk ke Russian Market
Antara barangan yang dijual di Russian Market
Banyak lorong kami dah lalu. Rasanya dah lupa mana pintu masuk tadi. Huhu.. Takpe, kalau tak jumpa boleh ikut jalan luar. InsyaAllah jumpa nanti. Puas meronda dan anak-anak berulang kali sebut nak makan, kami keluar dari pasar dan mencari restoran halal yang saya dah sedia tag dalam map. Dari jauh dah nampak simbol restoran tu. Cuma nak dapat kepastian restoran tu berstatus halal atau tak, kenalah pergi sampai depan kedai tu. Restoran yang dimaksudkan adalah KFC. Saya dah check KFC kat sini halal. Tapi risau juga kalau bukan semua cawangan KFC halal. Anak dah mula seronok sebab nampak KFC kat depan. Sabar, kita dapatkan kepastian dulu ye. Famili Wan, Pae, Jay dan Zan ada bersama kami. Famili En. Khai, Saiful dan Kak Ina sejak dari kami tukar duit lagi diorang dah masuk ke dalam pasar. Adalah benda yang nak dibeli tu. Hihi..

Lokasi KFC berhampiran dengan Russian Market

@ KFC TOUL TOM POUNG

Sampai depan KFC saya cari dulu ada tak simbol halal kat pintu. Alhamdulillah, betul seperti yang saya jumpa dalam internet, KFC di Phnom Penh berstatus halal. Bila nampak sign halal dengan pantas kami masuk ke dalam. Hihi.. Lega bila aircond dalam KFC ni sejuk. Anak-anak tadi kata lapar, tapi bila nak order diorang nak air dan aiskrim je. Huhu.. Disebabkan nak tau macamana rasa ayam goreng KFC kat Cambodia, saya order satu set snack plate. Air beli 4 saiz besar sebab dahaga dan aiskrim untuk anak-anak. Jumlah semuanya 10.70USD atau RM46.00. Fuh, kalau kat Malaysia harga tu dah boleh dapat set 5 ketul ayam dengan large coleslaw dan whipped potato. Huhu.. Nak dapat pengalaman makan KFC halal kat luar negara punya pasal. Hihi..

KFC kat sini berstatus halal. Terbaik..
Harga dalam USD. Takut juga bila dah convert. Huhu..
Sementara menunggu makanan, saya sempat bertanya pada pekerja kedai. Nak tau juga kenapa KFC kat sini berstatus halal. Katanya kebanyakan sumber diimport dari Malaysia. Ayam mereka amik dari kampung muslim di Kampung Cham manakala sayur dari pasar di Phnom Penh. Sebab tu tak perlu risau tentang status halal. Memang betul la seperti info yang saya jumpa kat internet. Makanan yang saya order pun dah ada depan mata. Terus bawa ke meja dan makan beramai-ramai. Dapatlah makan sorang sikit, nak tau camna rasa ayam KFC kat sini. Rupa ayam goreng crispy sama cuma saiz je kecik sikit. Rasa dia pun sama macam KFC kat Malaysia. Setakat ni saya dah pernah makan KFC kat UK dan Mekah. Pada saya KFC kat Malaysia juga yang paling sedap dan kena dengan tekak saya. Paling tak sedap setakat ni adalah KFC kat Northampton, UK. Ayam goreng original je, pastu coleslaw dan whipped potato pun takde. Yang ada cuma kuah ayam yang tuang kat potato tu. Makan ayam sambil cicah kuah tu. Huhu.. Tapi masa tu tak fikir apa pun sebab teruja dapat makan KFC halal kat UK. Pengalaman makan di sana mengatasi kesedapan ayam itu. Hahah..

Sedap rasa ayam KFC kat sini. Sama macam di Malaysia
Alhamdulillah dapat juga merasa ayam KFC kat sini walaupun hanya 2 ketul ayam yang dikongsi dengan 5 orang. Hihi.. Buat alas perut je sementara sampai kedai makan tengahari kejap lagi. Kalau famili En. Khai, Saiful dan Kak Ina ada kat KFC ni boleh je tukar itinerary. Terus makan KFC je sebagai lunch untuk hari ni. Tak perlu nak ke restoran yang saya tulis dalam itinerary tu. Boleh jimat masa dan terus ke destinasi berikutnya. Takpelah, bila lagi nak pergi makan kat restoran halal di Phnom Penh ni. Setakat KFC boleh makan kat Malaysia. Keluar rumah tak sampai 5 minit dah jumpa KFC. Hihi.. Anak-anak memang suka la makan KFC. Mak dan ayahnya dah tak berapa gemar. Mungkin faktor umur memainkan peranan di situ. Hihi.. Selesai makan dan berborak, kami meninggalkan KFC dan masuk semula ke dalam Russian Market sambil mencari jalan keluar ke tempat bas menunggu.

Misi makan ayam KFC halal di Phnom Penh berjaya
Masuk kedai handbag ni sebab ada aircond. Panas sungguh cuaca dalam Russian Market ni. Huhu..
Terkejut juga bila anak-anak takde nak mintak apa-apa kat dalam pasar ni. Diorang merengek sebab panas. Tak sabar nak naik bas katanya. Jam 12.45 tengahari kami cari pintu masuk masa datang tadi tapi tak jumpa. Jadi kami keluar je ikut mana-mana pintu dan ikut jalan luar pasar. Akhirnya jumpa juga pintu masuk tadi. Kelihatan semua ahli group dah sedia menunggu di seberang jalan. Bas masih belum nampak lagi. Cuaca dah la panas. Nampak pulak gerai jual ayam goreng gebu kat tepi jalan, membuatkan perut lagi terasa lapar. Eiman tanya boleh tak makan ayam tu. Nasib baik dia tanya. Kalau dia senyap-senyap beli tak ke naya. Huhu.. Tapi saya dah pesan kat anak-anak setiap kali sebelum travel. Bab makan kena tanya saya atau wife dulu. Jangan memandai beli kalau lapar sekalipun.

Famili Saiful paling awal sampai. Keletihan nampaknya..
Tensen bila terpaksa menunggu dalam cuaca panas. Huhu..
Jam 1.15 petang barulah bas sampai. Kami yang dah sedia berpeluh ni tak sabar nak duduk dalam bas. Huhu.. Bila semua dah ada dalam bas, kami teruskan perjalanan mencari tempat makan tengahari kami iaitu di Cafe Malaya. Tengok dalam google map macam dekat je lokasi restoran tu dari Russian Market. Tapi jalan yang agak jem dan driver yang tak tau kat mana lokasi sebenar restoran ni membuatkan kami lama berada dalam bas. Sampaikan 3 kali kami lalu lorong yang sama tapi tetap tak jumpa mana letaknya restoran Cafe Malaya ni. Huhu.. Hampir setengah jam juga la kami mencari. Akhirnya jumpa juga. Sebenarnya kami dah lalu jalan yang sama tapi tak perasan nama restoran ni. Aduhai.. Masa turun dari bas, kereta kat belakang bas kami hon tak berhenti. Sabar la bang, bas tak boleh nak berhenti kat bahu jalan sebab sempit. Abang tak tahan sakit perut ya. Sebab tu hon tak berhenti. Hihi.. Saya tulis jam 3.00 petang untuk bas datang amik kami kat sini.

Bus Route: From Russian Market to Cafe Malaya

@ CAFE MALAYA

Agak ramai pelanggan kat dalam Cafe Malaya. Restoran ni tak besar sangat tapi popular di kalangan pelanggan dan pelancong dari Malaysia. Kami terpaksa duduk di meja berasingan bersama pelanggan yang lain sebab tak cukup tempat. Owner kedai bagitau sepatutnya kami kena booking dulu barulah diorang boleh save meja untuk kami. Mana la saya tau. Ingatkan boleh main terjah je. Takpelah, yang penting semua dapat duduk walaupun meja lain-lain. Nak makan je pun. Hihi.. Makan tengahari kat sini adalah buffet style. Bayaran 6.00USD/person dan kanak-kanak separuh harga. Tengok pada lauk yang dihidangkan nampak menyelerakan. Cuma lauk dah makin berkurang. Takpe, bagi kepada ahli group yang belum makan lagi amik lauk dulu. Ayam KFC masih ada lagi dalam perut ni. Hihi..

Patutlah tak perasan. Kecik sangat tulisan nama restoran. Huhu..
Saya amik lauk yang masih ada lagi walaupun dah tinggal sikit. Lauk kari daging beserta sayur kobis dan kacang botol amat sedap dimakan. Memang terasa seperti makan kat KL. Hihi.. Harga buffet walaupun mahal berbanding dengan pilihan lauk yang ada tak dapat nak dielakkan. Orang kata buffet ni sesuai kepada orang yang dah lama tak makan sebab boleh amik banyak kali. Tapi sebanyak mana pun yang kita makan takkan lebih dari harga buffet tersebut. Tengok contoh buffet ramadhan sekarang ni yang boleh dikatakan harga tak masuk akal. Amiklah banyak mana pun tetap takkan sama dengan bayaran buffet tu. Saya kalau pergi makan buffet mesti amik lauk yang mahal je. Kalau ada udang atau kambing memang itu yang diambil dulu. Tak makan nasi pun takpe sebab nasi buat perut cepat kenyang. Hehe.. Apa-apa pun makanan yang ada kat Cafe Malaya ni amat sedap. Sambal belacan dia memang terbaiklah.

Kalau duduk lama kat Phnom Penh dan rindu masakan Malaysia boleh la datang sini
Jam 2.20 petang kami semua dah selesai makan. Ada lagi 40 minit sebelum bas sampai. Kami amik peluang untuk berborak dengan tuan kedai. Rupanya pakcik ni dulu kerja kat Perbadanan Putrajaya, tempat kerja Wan sekarang ni. Wan tak kenal sebab agak lama juga dia dah bersara. Tapi nama-nama bos besar masih dia ingat lagi. Lepas dia bersara terus buat bisnes cafe ni sebab wife dia orang Cambodia. Anak-anak kerja sekali menjaga cafe. Baguslah pakcik ni. Sebenarnya inilah impian saya bila dah bersara nanti. Itupun kalau sempat bersara. Huhu.. Walaupun saya ada satu kedai kecik kat LRT Wangsa Maju dan untung pun takdelah banyak mana tapi pengalaman berniaga sememangnya amat menyeronokkan. Mana tau satu hari nanti kedai saya jadi besar atau ada banyak cawangan. Hihi.. Tapi kena hati-hati bila berniaga ni especially barang makan. Orang Melayu sudah terkenal dengan sifat hasad dengki. Pantang nampak orang lain berjaya, ada je usaha nak jatuhkan. Saya cerita berdasarkan pengalaman yang saya alami. Itu baru kedai kecik. Dah besar nanti lagi banyaklah dugaannya. Huhu..

Wan bergambar dengan super senior opis dia. Hihi..
Rasa macam lama pulak nak pukul 3.00 petang. Huhu.. Anak-anak dah mula tak duduk diam. Diorang bermain kat luar kedai sampai bawak ke jalanraya. Huhu.. Biasalah, bila ada ramai kawan-kawan lagi galak diorang bermain sampai tak fikir apa dah. Tepat jam 3.00 petang bas pun sampai. Kami mengucapkan terima kasih kepada tuan kedai kerana sajikan makanan yang amat sedap kepada kami. Moga perniagaan pakcik sekeluarga sukses dan tidak diganggu oleh anasir-anasir jahat yang suka dengki dengan kejayaan orang lain. Kalau ada rezeki insyaAllah berjumpa lagi. Walaupun kami mungkin tak datang ke Cambodia lagi, tapi kami pasti akan ceritakan pada kawan-kawan dan sedara-mara yang akan datang ke Phnom Penh satu hari nanti. Sebelum naik bas, kami bergambar dengan anak tuan kedai. Terfikir juga, Jay tak teringin ke nak berkenalan. Mungkin dia senyap-senyap mintak nombor telefon masa bayar makan guna duit collection kami. Tindakan sebegitu kena buat pantas tanpa disedari oleh kawan-kawan. Bukan apa, mana la tau lepas ni kawan-kawan boleh makan free bila datang Phnom Penh lagi. Hihi.. Apa-apa pun good luck kepada Jay.

Bersama anak tuan kedai. 3 lelaki ini sudah berkahwin. Sekian. Hihi..

@ AL-SERKAL MOSQUE

Kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi berikutnya. Bila dah kenyang semuanya ceria dalam bas. Anak-anak siap menyanyi lagi. Kejap pergi depan, pastu ke belakang balik. Bayangkan la kalau naik train panjang. Ada yang dari hujung ke hujung coach diorang meronda. Huhu.. Budak-budak memang la tak boleh duduk diam. Itu tandanya diorang amat aktif dan bagus untuk kesihatan. Kalau hyper aktif memang jenuh la mak dan ayah dia nak kawal. Huhu.. Dah la sekarang ni banyak kes anak hilang. Bahaya sungguh. Moga dijauhkan perkara tersebut dari berlaku kepada kami semua. Jam 3.15 petang kami sampai di destinasi seterusnya iaitu Al-Serkal Mosque. Sedang elok waktu solat Asar di sini jam 3.23 petang.

Bus Route: From Cafe Malaya to Al-Serkal Mosque
Al-Serkal Mosque adalah masjid utama di Phnom Penh yang dihadiahkan oleh keluarga Arab. Masjid ini dibina semula menggantikan struktur lama dan dibuka pada 2014 kepada umat Islam di Phnom Penh. MasyaAllah amat cantik rupabentuk masjid ni bila dipandang dari luar. Saya amik wudhuk di pondok tepi masjid dan terus masuk ke dalam ruang utama di dalam masjid untuk menunggu masuknya waktu Asar. Mula-mula hanya kami je yang ada kat dalam masjid. Makin hampir waktu Asar kelihatan beberapa jemaah mula kelihatan di ruang solat utama.

Al-Serkal Mosque tersergam indah
Pandangan dari tepi masjid
Pondok tempat amik air wudhuk
Keadaan di dalam ruang solat utama
Alhamdulillah, walaupun tak sampai satu saf penuh, kami dapat juga solat berjemaah bersama penduduk di sini. Selesai solat kami duduk berehat di tangga luar masjid sambil berborak. Cukup sudah aktiviti yang menggunakan driver untuk hari ni. Lepas ni kami akan balik ke hotel dan masing-masing boleh la buat aktiviti sendiri. Boleh pulak ada orang jual aiskrim kat luar masjid ni. Apa lagi, memang kena pau la dengan anak-anak. Huhu.. Nasib baik la harga aiskrim murah je. Dibuatnya ada aiskrim magnum almond agak pening juga nak membelinya. Paling mudah dan murah beli aiskrim local je dan makan ramai-ramai. Walaupun tak berapa sedap, tapi kena la dengan harga 1,000.00KHR satu. Hihi..

Makan aiskrim local je senang.. dan murah.. Hehe..
Aiskrim tak sedap boleh jadi sedap bila makan beramai-ramai. Hihi..
Sambil makan aiskrim kami berborak dengan 3 orang student Malaysia yang solat berjemaah dengan kami tadi. Diorang student Pusat Pengajian Sains Pergigian dari Universiti Sains Malaysia. Setiap tahun sejak 2015 projek usahasama antara USM dan Cambodia World Family telah diadakan di sini. Diorang seramai 8 orang duduk selama 2 minggu kat sini sebagai sukarelawan dalam memberikan bantuan pergigian percuma kepada rakyat miskin di Cambodia. Alhamdulillah, banyak pahala yang korang dapat jika kerja dengan ikhlas. Untung juga dapat ke luar negara walaupun sebagai sukarelawan. Masa saya belajar dulu tak pernah pun merasa. Walaupun projek thesis akhir tahun saya kena guna satu jenis daun yang boleh didapati hanya di Indonesia, tapi orang lain yang pergi amik daun tu. Kalau tak umur saya 22 tahun dah ada passport. Takdelah nak kena tunggu sampai umur 33 tahun baru ada passport sendiri. Hihi.. Apa-apa pun selamat berjaya saya ucapkan kat diorang bertiga ni dan kawan-kawannya dalam misi kemanusiaan ke Phnom Penh ni.

Inilah projek budak-budak ni. Terbaiklah!..
Moga usaha murni kamu semua diberkati. Good Luck!..
Tengah seronok berborak, cuaca mulai gelap dan hujan rintik dah mula turun membasahi bumi. Sebelum lebat baik naik bas dulu. Satu kenangan manis dapat melawat dan solat berjemaah di masjid ni. Jam 4.10 petang kami meninggalkan Al-Serkal Mosque menuju ke hotel. Lepas solat tadi kepala saya dah rasa pening. Bila bas bergerak lagi pening dibuatnya. Mungkin tak cukup tidur atau banyak sangat memikirkan tentang perjalanan aktiviti hari ni. Tapi yang pastinya ada kena mengena dengan cuaca yang amat panas sepanjang hari ni. Kepala rasa amat berat sampaikan nak angkat kepala pun rasa sakit sangat. Harap jangan la berlarutan. Lama lagi nak ada kat sini. Nanti satu benda pun tak boleh nak buat. Cepatlah sikit bas ni sampai ke hotel. Tak sabar nak rebahkan badan atas katil. Huhu..

Al-Serkal Mosque menjadi kenangan kami
Nasib baik jalan tak jem sangat
Jam 4.30 petang kami sampai di depan hotel. Aktiviti seterusnya untuk hari ni adalah free and easy. Ikutlah masing-masing nak pergi mana pun. Cadangan awal nak ke Killing Fields terpaksa dibatalkan kerana pukul 5.00 petang tempat tu dah tutup. Memang tak sempat pun nak ke sana. Cadangan untuk amik tour boat pun batal sebab kos yang agak tinggi. Jadi ada famili yang nak jalan-jalan amik angin petang kat sepanjang sungai Tonle Sap. Ada juga yang nak naik bot pusing sungai. Nampaknya saya tak dapat nak join sebab nak angkat kepala pun dah tak larat. Huhu.. Kami terus naik ke bilik hotel dah berehat. Malam ni nak makan kat pasar malam. Harap bangun tidur nanti hilanglah pening kat kepala ni. Wallahu 'alam..


*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - KFC         : RM46.00
  - JUMLAH : RM46.00

No comments:

Post a Comment