Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Dah lama tak update travel blog saya ni. Bukannya takde trip lain yang terbaru, tapi masa amat mencemburui diri ini untuk berkongsi pengalaman hidup seterusnya. Huhu.. Sebenarnya balik je dari trip ke Medan, saya dan wife mempersiapkan diri untuk trip berikutnya. Ianya bukanlah trip biasa-biasa, dan halangan daripada merealisasikannya pun bukan biasa-biasa jugak. Huhu.. Cerita tentang trip ni akan dikongsikan kelak. Kali ni saya nak kongsi dulu kisah halangan yang berlaku terhadap trip tersebut. Semuanya masih segar dalam ingatan. Memang betul la orang kata, banyak sungguh halangan yang tak diduga untuk trip ni. Semuanya itu adalah ujian dariNya terhadap kita.
|
Banyak betul dugaannya. Huhu.. (Ihsan Google Images) |
Trip yang dimaksudkan adalah ziarah umrah. Hajat utama memang nak mengerjakan rukun Islam ke-5 tapi belum sampai giliran. Dapat buat umrah dulu pun dah cukup baik sebagai persediaan awal. Maksud umrah tu sendiri adalah ziarah. Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan diberikan kesihatan yang baik untuk saya mengerjakan haji satu hari nanti, insyaAllah. Sebenarnya dah lama saya berhajat untuk mengerjakan umrah, tetapi begitu banyak halangan membuatkan saya tak dapat nak tunaikannya. Bukan mudah untuk mendapat 'jemputan' menziarah Rumah Allah. Yang kaya raya sampaikan setahun sekali pergi UK pun masih belum jejakkan kaki di Tanah Suci. Yang tak berapa kaya pulak 2 kali dah ke sana buat Umrah dan Haji. Itu semua adalah jemputan dariNya. Tak semua orang dapat jemputan itu. Niat pun main peranan juga. Wallahualam..
|
Moga impian jadi kenyataan (Ihsan Google Images) |
Saya masih teringat kata-kata dari kenalan setelah saya balik dari trip ke UK pada tahun 2012. Katanya dia takkan ke UK atau negara Eropah selagi tak jejakkan kaki di Tanah Suci. Tak pasti saya statement tu berbaur cemburu atau memang itu misi dan visi hidup dia. Nak kata tak mampu, rasanya dah lebih 10 kali dia ke Bandung dan Ho Chi Minh untuk bershopping. Silap haribulan semua lorong di sana dah dihafalnya. Huhu.. Mungkin visi dia ada exception bagi negara Asia Tenggara kot? Apa-apa pun kenalan saya ni telah membuatkan saya lebih yakin tentang statement 'jemputan' itu. Mungkin belum datang seru kot? Ada ke macam tu? Huhu..
|
Niat dan tekad itu penting (Ihsan Google Images) |
Pada awal tahun 2015, mak saya berhajat untuk mengerjakan umrah bersama-sama saya dan wife serta kakak saya. Sesungguhnya ia juga adalah hajat dan impian saya sekian lama untuk bawa mak saya ke sana. Jadi kakak saya yang duduk dekat dengan mak saya di kampung volunteer untuk cari pakej umrah yang sesuai untuk kami berempat. Saya ikut je sebab bila guna travel agent sesiapa pun boleh buat sebab tak perlu nak prepare itinerary sendiri seperti trip saya sebelum ni. Walaupun ada terdengar tentang umrah backpacker dimana semua aktiviti disediakan secara sendirian berhad kerana kos lebih rendah berbanding pakej, tapi pada saya disebabkan ini adalah umrah kali pertama kami, rasanya baik guna travel agent yang sah. Lagipun mak saya ikut sekali. Takut dia tak boleh nak ikut susunan aktiviti nanti. Takut juga kalau susun sendiri boleh jadi kurang fokus untuk beribadah di sana nanti. InsyaAllah, jika ada rezeki untuk ke sana lagi, mungkin saya akan cuba kaedah backpacker pulak sebab dah tau selok-belok di sana. Buat masa ni kita serahkan pada travel agent. Yang penting diri sentiasa fokus dengan ibadah umrah, insyaAllah..
|
Next time, insyaAllah (Ihsan Google Images) |
Kakak saya cari travel agent di area Kuantan. Bulan Februari 2015 kakak saya hubungi saya di KL berbincang tentang pakej umrah berharga RM6,000.00 yang dia jumpa. Mula-mula kena bayar deposit RM100 seorang untuk booking tempat katanya. Tarikh umrah dalam bulan November. Kakak saya dahulukan duit dia dulu. Jadi saya dan wife pun mula bersedia cari maklumat tentang ziarah umrah. Sambil tu mencari juga tempat untuk menghadiri kelas umrah di KL. Masa tu rasa amat teruja sebab bakal melawat Rumah Allah dan peluang beribadah di depan kaabah. Umur dah lewat 30an baru merasa. Huhu.. Klinik yang ada provide suntikan untuk jemaah haji dan umrah pun kena cari juga sebab tak semua klinik ada suntikan vaksin meningococcal. Harga suntikan boleh tahan juga mahal. Huhu. Seperti biasa, semua maklumat dikumpulkan dulu.
|
Buat persediaan awal (Ihsan Google Images) |
Masuk bulan Mei, ada berita lain yang datang dari travel agent tu. Kakak saya kata trip kali ni agent nak bawak orang perempuan je. Aik? Lain macam berita ni. Boleh ke wife saya pergi sana tanpa mahram? Ada beberapa syarat dan mazhab tentang perkara ni. Saya dah rasa tak sedap hati. Saya google kisah tentang pakej umrah. Rupanya banyak betul kisah orang kena tipu dengan travel agent. Lagi la buat saya tak senang duduk. Kakak saya pulak first time dalam hidup dia buat passport dan tak pernah deal dengan mana-mana travel agent. Patutnya masa awal perancangan haritu biar saya atau wife yang cari travel agent. Silap saya juga tu. Huhu.. Nampaknya takde rezeki untuk saya ke umrah kali ni. Bila saya tak dapat pergi, maka wife saya pun taknak pergi juga. Macam mana dengan niat dan hajat saya nak bawak mak saya? Huhu..
|
Hati-hati bila memilih pakej (Ihsan Google Images) |
Masuk bulan puasa, ada lagi berita dari travel agent. Kali ni tarikh pulak bertukar dari bulan November 2015 ke awal tahun 2016. Kali ni dah sah tak betul travel agent ni. Kakak saya amik keputusan untuk tarik diri bersama mak saya. Dia setelkan tentang duit deposit tu. Harap dapat la balik. Takut travel agent tu menghilangkan diri je. Bayangkan la sorang bayar deposit RM100. Kalau 100 orang? Tak ke skim cepat kaya namanya tu? Huhu.. Sampai sekarang saya tak bertanya pun kat kakak saya tentang nama syarikat dan juga duit deposit RM100 tu sebab dia yang bayarkan. Yang pastinya mak saya amat kecewa sebab tak dapat nak pergi. Pakej umrah pun ada orang nak tipu ye. Kalau pakej ke London tu takpelah jugak walaupun berdosa juga sebab menipu. Huhu..
|
Tak senang hidup menipu ni (Ihsan Google Images) |
Saya bincang dengan mak saya. Kali ni biar saya dan wife yang uruskan travel agent. InsyaAllah masih ada tempat lagi untuk buat umrah hujung tahun. Nak dijadikan cerita, mak saya mula sakit mata. Bukan sakit mata yang boleh letak eye-mo je tau. Hihi.. Ada satu selaput mata yang perlu operate untuk buangkannya. Tarikh operation adalah pada bulan Disember. Maka tak dapatlah kami nak pergi umrah sebab lepas operation mak saya kene berehat panjang dan mata tak boleh kena direct sunlight. Kena duduk dalam rumah atau pakai sunglasses yang ada uv protection sampai pulih sepenuhnya. Terpaksalah posponed ke tahun 2016 pulak. Takde rezeki untuk kami ke Tanah Suci pada 2015.
|
Ramai rupanya yang pernah kena tipu. Huhu.. (Ihsan Google Images) |
Jadi lepas raya saya check tiket flight untuk trip tahunan kami. Dapat pulak tiket murah ke Paris. Itu yang jadi trip Western Europe kami tahun 2015. Hihi.. Harapnya tahun 2016 takdelah lagi halangan untuk kami menziarah rumahNya. Semuanya adalah ujian dariNya. Terpaksalah kita terima dan jangan cepat mengalah. Jika dah ada niat, insyaAllah dimakbulkan. Kita hanya mampu merancang, Dia juga yang menentukan. Wallahualam..
|
Masih belum ada rezeki menjadi tetamuNya (Ihsan Google Images) |
No comments:
Post a Comment