Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Setelah dah confirm nama kami berenam dalam pakej umrah Andalusia, saya mula mencari maklumat berkaitan persediaan yang perlu dibuat sebelum ke sana. Antara yang utama adalah menghadiri kelas persediaan umrah di Wisma Andalusia, dapatkan suntikan dan juga mencari pakaian ihram. Mula-mula cadang nak pinjam je kain ihram kawan-kawan yang pernah ke sana, tapi bila fikir balik mungkin akan ke sana lagi satu hari nanti baik beli je untuk diri sendiri. Tak rugi pun. Untuk permulaan kami set tarikh yang sesuai untuk masuk kelas persediaan umrah yang diadakan di Wisma Andalusia kat Jalan Kampung Pandan. Kelas diadakan setiap minggu Sabtu dan Ahad. Jadi bolehlah pergi bila ada kelapangan di hujung minggu.
Wisma Andalusia kat Jalan Kampung Pandan |
# ATURCARA UMRAH (ZIARAH OMAN)
Daripada penerangan yang diberi tentang pakej yang kami pilih, kami akan naik flight Oman Air dari KLIA dan transit di Muscat, Oman. Kemudian kami akan dibawa ziarah setengah hari di bandar Muscat. Selesai ziarah, pada malamnya penerbangan diteruskan ke Jeddah. Sampai di Jeddah, kami akan terus ke Madinah dahulu. Akhirnya baru kami akan mengerjakan umrah di Mekah. Daripada info kawan dan sedara yang pernah mengerjakan umrah sebelum ni kata lebih baik kalau dapat sampai di Mekah dahulu dan terus buat umrah. Dah selesai yang wajib barulah seronok nak menziarah tempat menarik di sana. Nak buat camna, bukannya saya yang set itinerary seperti yang saya buat dalam trip sebelum ni. Dah nama pun pakej, kenalah ikut perancangan yang dah disediakan oleh pihak Andalusia. Yang penting masih dapat mengerjakan umrah.
Aturcara umrah secara umum |
# PERUBAHAN HARGA PAKEJ
Lepas sebulan kami booking, timbul satu perkara yang tak terjangka. Untuk urusan di Andalusia saya mintak wife saya sorang je yang berurusan. Wife saya dapat call dari Andalusia menyatakan harga pakej kami berubah. Daripada RM5,790.00/seorang menjadi RM6,090.00/seorang. Naik RM300.00 sorang tu. Huhu.. Katanya iklan yang keluar tu harga pakej lama. Macam tak logik je jawapan dia. Takkan la company yang dah established boleh tak perasan keluarkan harga lama? Kesan GST atau kos bahan api kapal terbang naik mendadak? Huhu.. Belum apa-apa lagi dah kena dugaan pertama. Kami pilih Andalusia kerana harga pakej yang diberikan. Kalau dah naik, rasanya banyak lagi company yang tawar harga yang sama. Takpelah, kami akur je la bayar tambahan RM300.00 seorang. Mungkin ada hikmah di sebaliknya atas kenaikan harga pakej ni, wallahualam..
Confirm kena bayar RM6,090.00/seorang. Huhu.. |
# HOTEL PILIHAN
Tengok pada nama hotel yang diberi di sana, saya check kat google maps nak tengok jarak hotel dengan Masjidil Haram di Mekah dan Masjid An-Nabawi di Madinah. Dalam google maps tak boleh nak tengok street view untuk negara Arab. Jadi tak dapat la nak tengok view hotel sebenar seperti yang saya buat sebelum ni. Tujuan tengok street view adalah untuk kita lebih familiar bila dah sampai sana. Apa boleh buat, takde view terpaksa la tengok satellite view atau gambar yang ada orang tag kat google maps. Hotel Hera' Palace dalam 850 meter ke Masjidil Haram manakala Hotel Malak Agiyad dan Hotel Haneen Al Firdaus dalam 500 meter. Hotel Mawaddah Al Waha di Madinah pulak hanya 300 meter je untuk sampai ke perkarangan Masjid An-Nabawi. Tapi ada ayat 'setaraf'' tu mungkin hotel yang sama jarak kot. Saya check jarak ni sebab bawa mak saya. Takut dia tak larat nak jalan jauh. Walaupun tau ada perkhidmatan orang bawakan kerusi roda kat sana, mak saya kata dia nak cuba jalan kaki. Takpe, kalau tak larat dah ada option lain di sana nanti. Terpaksa terima hakikat pilih pakej murah maka dapatlah hotel yang jauh sikit dari masjid. Huhu..
Kedudukan hotel pilihan dengan masjid di Mekah dan Madinah |
# PANDUAN DAN KEPERLUAN ASAS
Kalau trip ke luar negara sebelum ni memang takde masalah tentang barang yang perlu dibawa. Tapi kadang-kadang terlupa juga macam kes ke Jepun dulu. Tak bawak longjohn ingatkan tak sejuk mana sebab tengok kat accuweather cuaca di UK lagi sejuk berbanding Jepun. Tapi masa kat UK rasa macam tak perlu pakai longjohn pun. Sekali dah sampai Jepun baru tau kesejukan sampai ke tulang. Menyesal tak sudah masa hari terakhir di Osaka. Beringat sebelum kena. Hihi.. Untuk ziarah umrah ni saya tengok la listing barang asas yang perlu dibawa yang diberi oleh pihak Andalusia. Kena take note beberapa barang yang penting terutamanya kain ihram. Itu je yang tak pernah ada buat masa ni dan wajib beli. Tali pinggang untuk ikat kain ihram pun perlu cari juga. Dalam ihram tak boleh mengenakan pakaian yang berjahit. Selipar pula kena menampakkan semua jari. Banyak lagi pantang larang semasa ihram. Kalau tak ikut mungkin umrah menjadi tidak sah, dan jika sah mungkin dikenakan denda atau dam. Jenis denda atau dam mengikut pada perlanggaran yang dilakukan. Antaranya menyembelih seekor kambing, bersedekah, memberi makan fakir miskin dan juga berpuasa. Sebab tu kena fahami betul-betul perkara berkenaan umrah ni. Sia-sia je buat umrah tapi langgar pantang larang. Moga mendapat umrah yang mabrur insyaAllah..
Senarai keperluan asas bagi lelaki |
Senarai keperluan asas bagi perempuan |
Cukup setakat ni dulu persiapan yang dibuat. Baru nak masuk bulan April. Banyak lagi yang perlu disediakan dan dipelajari. Permohonan ke luar negara bagi penjawat awam masih belum apply lagi. Tunggu lagi sebulan dua nak pergi baru buat. Bukan apa, takut ada perubahan di saat terakhir. Nasib baik tahun lepas punya kejadian saya tak apply lagi sebab tak tau tarikh. Duduk di KPM insyaAllah permohonan diproses lebih cepat berbanding masa mengajar di sekolah dulu. Lagipun insyaAllah diluluskan sebab travel guna duit sendiri dan cuti masih banyak lagi. Moga dipermudahkan. Wallahualam..
13 larangan ihram yang perlu dijaga |
No comments:
Post a Comment