Monday, 17 April 2017

Apabila rezeki menjemputku..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bulan Februari 2016, setelah mata mak saya beransur pulih, saya bertanyakan tentang ziarah umrah lagi sekali. Kali ni biar saya dan wife yang uruskan semuanya. Mak dan kakak saya setuju dan berharap kejadian kena tipu sebelum ni tak berulang lagi. InsyaAllah kali ni mungkin selamat sebab wife saya akan cari travel agent yang established dan terkenal di kalangan para umrah dan haji sebelum ni. Sama la macam pilih airlines, kalau ada 2 airlines yang sama harga better amik yang well-recognized. Tapi sebenarnya kalau airlines yang tak berapa famous bagi harga super murah saya grab juga. Hihi..

Harap jangan la kena tipu lagi. Huhu.. (Ihsan Google Images)
Maka pencarian pakej umrah ziarah yang sesuai untuk kami pun bermula. Nampaknya bukan kami berempat je yang akan ke sana tapi ditambah dengan 2 orang lagi kawan kami iaitu Miza dan suaminya, Saiful. Diorang ni pernah ikut trip self-drive ke Thailand bersama kami sebelum ni. Kira bagus dah ada 6 orang semuanya. Boleh dapat pakej yang murah sikit sebab berkongsi bilik di sana nanti. Mula-mula cadang nak pilih pakej yang sediakan bilik untuk dua orang. Saya sebilik dengan wife manakala mak bersama kakak saya di bilik lain. Bila dah 6 orang ni, kami amik keputusan untuk ambil 2 bilik juga, tapi satu untuk perempuan dan satu lagi untuk lelaki. Kiranya wife saya duduk di bilik berempat dan saya berdua dengan Saiful. Harap ada la pilihan bilik macam tu untuk travel agent yang akan kami pilih nanti.

Contoh iklan Umrah. Makin ramai harga makin murah..
Survey dalam internet punyalah banyak pakej umrah yang diiklankan. Kami shorlist company yang betul-betul established je. Taknak amik company yang tak pernah dengar nama sebelum ni, takut pisang berbuah dua kali. Huhu.. Biarlah mahal sikit, janji kami dapat jalani ibadah umrah dengan sempurna. Dah pilih beberapa travel agent, kami tengok pulak tarikh yang sesuai. Kami bercadang untuk ke sana pada hujung tahun sebab anak-anak cuti sekolah dan boleh duduk di rumah kakak saya sorang lagi di Kuantan. Diorang memang suka duduk rumah kakak saya ni sebab ramai anak buah yang sebaya dengan mereka di kampung. Daripada listing yang ada, akhirnya kami memilih Andalusia Travel & Tours. Rasanya Andalusia ni dah well-known di seluruh negara. Baru la rasa yakin di hati. Hihi..

Andalusia menjadi pilhan kami..
Kebetulan senarai tarikh yang dikeluarkan oleh Andalusia memang sesuai seperti yang kami inginkan. Harga yang dikenakan pulak adalah yang paling murah dari semua tarikh yang ada. Ada beberapa negara yang disenaraikan untuk ziarah selain Mekah dan Madinah. Kami pilih umrah ziarah Oman half-day. Oman adalah satu-satunya negara dalam listing umrah ziarah yang saya tak pernah terfikir dalam wishlist saya untuk jejakkan kaki di sana. Mungkin trip separuh hari dah memadai di Oman berbanding Abu Dhabi, Jordan dan juga Istanbul. Yang lain tu memang saya teringin nak pergi juga tapi tak cukup kalau trip half-day. Maknanya kena pergi masa yang lain jika ada rezeki, insyaAllah..

Website Andalusia yang menawarkan banyak pakej percutian selain umrah ziarah
Saya pilih tarikh umrah ziarah dari 26 Disember 2016 hingga 6 Januari 2017. Tujuan saya pilih tarikh ni selain daripada murah adalah kerana awal bulan Disember kerja saya agak sibuk di pejabat. Tahun lepas saya bercuti ke Western Europe ketika kerja tengah belambak. Walaupun bukan kerja di bawah unit saya, tapi membantu unit lain dalam sektor yang sama. Masa tu ketua sektor saya memang takde halangan untuk saya bercuti. Dia luluskan permohonan saya dan siap bertanya macam-macam tentang trip ke Western Europe. Rupanya dia pun kaki travel juga masa muda dulu. Hihi.. Saya masih ingat lagi apa yang dia cakap. Dia kata amat bagus masa muda dan masih bertenaga lagi pergi merantau ke luar negara cari pengalaman hidup. Dah tua dan tak larat nanti tak guna nak berjalan dah. Masa mudalah ambil peluang ni. Saya risau kalau tak dapat bantu urusan di pejabat. Dia kata takde masalah pun sebab ada ramai lagi orang lain yang boleh membantu. Terima kasih tuan!.. Hanya kaki travel je yang tau perasaan orang suka travel ni. Hehe.. Ikut pada tahun lepas, minggu terakhir Disember dah selesai part yang paling penting. Jadi dapatlah saya merasa pengalaman bekerja yang dikatakan paling berat sepanjang tahun dalam sektor saya sebelum bercuti untuk umrah. Barulah rasa tenang bila beribadat di Mekah dan Madinah nanti, insyaAllah..

Masa mengajar dulu bulan ni paling ditunggu. Sekarang tidak lagi. Huhu..
Ikut pada tarikh umrah kami, 3 Januari 2017 sekolah dah mula buka. Takkan la nak biar anak saya tak sekolah sepanjang minggu pertama pulak. Huhu.. Nasib baik anak buah saya baru habis belajar kat UITM dan sedang bercuti waktu tu. Dia volunteer untuk tolong uruskan hal persekolahan anak-anak saya. Anak buah sorang lagi yang masih belajar pun cuti masa tu. Jadi ada 2 orang anak buah saya yang akan bantu. Alhamdulillah, satu perkara dah dimudahkan olehNya. Maka kami pun booking tarikh tersebut dan bayar RM5,790.00/person untuk umrah ziarah Oman pada 26 Disember 2016 hingga 6 Januari 2017. Pilihan bilik adalah seperti yang dijangka. Perempuan dapat bilik berempat. Cuma bilik saya dan Saiful mungkin ada orang lain join sekali. Takpelah, saudara sesama Islam juga. Hihi.. Yang penting dapat beribadat bersama-sama. Nama kami berenam dah sah berada dalam senarai Andalusia. Seterusnya persediaan yang lain pulak perlu diselesaikan. Walaupun ada dalam 10 bulan lagi untuk ke sana, kami kena standby apa yang patut. Maklumlah, tak pernah jejakkan kaki di Tanah Haram. Takut ada perkara yang tak lengkap lagi. Excited tu sudah tentu. Wallahualam..

Alhamdulillah.. Satu urusan sudah selesai..

No comments:

Post a Comment