Monday 12 December 2016

JJCP Thailand: Day 04 (Part #3)

TARIKH:
7 FEBRUARI 2016

LOKASI KEJADIAN:
PATONG BEACH AREA - HARD ROCK CAFE PHUKET - MALIN PLAZA PATONG NIGHT MARKET


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jalan-jalan bersama family malam ni cuma kami, family Wan, Afiq dan Aizat. Family yang lain jalan ikut arah tujuan masing-masing. Dari jalan besar di simpang hotel, kami mencari tuk tuk untuk bawa kami ke kawasan restoran halal di tepi pantai. Satu tuk tuk sudah cukup untuk kami seramai 6 dewasa dan 5 kanak-kanak beserta stroller. Driver tuk tuk tu minta tambang 300THB untuk bawa kami ke sana. Boleh la, janji tak perlu nak jalan kaki di awal perjalanan. Hihi.. Bukan main kuat lagu hiphop yang dimainkan dalam tuk tuk. Memang terbaik sound system tuk tuk ni. Nak ikut nyanyi tak faham lagu apa. Huhu.. Sekali Aizat yang duduk kat sebelah driver pasang lagu raya. Habis kecoh suasana dalam tuk tuk kami. Orang ramai yang berjalan kaki pun tengok tuk tuk kami. Yang ikut menari sekali pun ada. Hehe.. Memang layan betul nyanyi lagu raya kat Patong ni walaupun bulan puasa masih jauh lagi. Hahah..

Tuk tuk ni muat untuk kami semua. Lebihan muatan nih. Hehe..
Jom jalan-jalan naik tuk tuk..

Layankan ajer la ye. Hehe..


Ni ada satu lagi. Kemain seronoknya ye. Hehe..

@ PATONG BEACH AREA

Tak sampai 10 minit perjalanan dalam tuk tuk, kami dah sampai di kawasan restoran tepi pantai. Mulanya memang nak makan kat sini, tapi nampak macam mahal je padahal tak tanya pun harga lagi. Nampak sangat memang taknak makan. Hehe.. Perut masih kenyang lagi. Yang lain takde kata nak makan pun. Ada yang bersuara je nanti baru cari kedai makan. Kami berjalan dari kawasan tepi pantai menuju ke Loma Park dan terus ke kedai-kedai yang ada di sepanjang jalan. Suasana malam di sini sememangnya amat happening berbanding di Ao Nang, Krabi. Kalau tau macam ni keadaannya, dah tentu kami tambah lagi semalam di sini. Tapi tak boleh jugak, sebab kerja menanti kat pejabat tu. Jangan buat pasal nak tambah cuti. Hahah..

Welcome to Patong!..
Cuaca di sini sama je macam di Malaysia. Cuma waktu malam takdelah panas sangat. Tapi tetap berpeluh sebab ramai betul tourist kat sini. Terpaksa bersesak-sesak jalan di sepanjang kedai. Anak-anak kena pantau selalu, takut tetiba menghilang especially Eiman. Dia suka betul jalan sendiri. Ingat sini Wangsa Maju agaknya. Even kat Wangsa Maju pun saya tak bagi dia keluar sorang diri pegi kedai walaupun hanya di belakang rumah je. Huhu.. Bahaya sekarang ni. Banyak betul kes budak-budak kena culik. Semuanya kerana duit. Tak kira halal atau haram, janji dapat duit. Kesempitan hidup rakyat makin terasa. Dulu tak banyak sangat orang berniaga tepi jalan. Sekarang merata boleh nampak, betul tak? Semuanya nak cari pendapatan tambahan dalam meneruskan hidup masing-masing. Huhu.. Ok. cerita balik pasal bersesak-sesak tadi. Dah la ramai orang, boleh pulak selisih dengan geng ketiak hangit. Lagi menambah sesak di dada. Haha..

Mula sampai di tempat tumpuan ramai
Ada pulak persembahan naga kat depan restoran ni
Setengah jam berjalan akhirnya kami sampai di Thanon Bangla Rd., jalan yang paling happening di Patong Beach. Entah kenapa nama bangla menjadi pilihan. Hehe.. Kat sini ada macam-macam kedai dan gerai jualan di sepanjang jalan. Anak saya dah mula memujuk untuk beli barang yang diorang berkenan. Yang sulung dah tentu taknak mainan macam adik-adik dia. Konsep beli untuk anak-anak memang mudah. Kalau ada 3 orang anak, sorang nak barang dah tentu lagi dua akan dapat juga. Ada orang cakap, jangan beli barang depan anak-anak, nanti diorang akan terbiasa mintak barang selalu. Saya memang susah nak beli barang depan diorang. Tapi itu kat Malaysia la. Kat Thailand ni takkan la tak beli apa-apa untuk anak-anak kot. Teruk sangat tu. Nasib baik la mintak yang murah-murah je. Kalau mintak emas permata memang habis laa. Hahah..

Signboard di pintu masuk Thanon Bangla Rd.
Penuh dengan lampu kat jalan ni. Sesak!. Huhu..
Peminat Bob Marley boleh datang sini. Lagu Buffalo Soldier satu!..
Eimran memang suka kumpul cap. Bagi dia pilih mana yang berkenan.
Letih melayan kehendak anak-anak ni. Beli sebagai kenangan dari Thailand, apa salahnya. Bukan selalu ke sini pun, walaupun ada hajat nak memandu ke Bangkok dan Pattaya pulak lepas ni dan singgah sehari dua naik feri ke Koh Samui. Andai impian menjadi realiti baru saya cerita kenapa teringin sangat nak pergi ketiga-tiga tempat ni. Siapa yang ikut cerita dalam blog saya mesti tau punya. Hehe.. Selesai meronda di Thanon Bangla Rd. kami sambung berjalan menuju ke destinasi seterusnya iaitu Hard Rock Cafe Phuket. Agak jauh juga kami berjalan. Nasib baik la bawak stroller. Si kecik Elysha tu bila sampai masa penat dia memang taknak berjalan. Kadang-kadang berebut dengan Eiman nak duduk dalam stroller. Anak nombor dua, memang saja suka cari pasal. Hehe.. Anak-anak dah mula merengek kelaparan. Kami berhenti di satu gerai menjual pancake. Sejak sampai di Phuket petang tadi memang teringin nak rasa pancake kat sini. Jadilah buat alas perut sebelum cari makanan berat kejap lagi.

Kita alas perut dengan pancake dulu..
Nampak macam sedap je pancake ni. Tengok camna bila masuk perut jap lagi. Hihi..
Tu diaa.. Nampak agak menyelerakan. Hehe..
Ada macam-macam jenis pancake yang dijual. Tapi daripada list yang ada, dah tentu nutella yang dicampur dengan chocolate dan peanut butter menjadi pilihan. Sama la macam waffle yang kami jual, chocolate dan peanut butter menjadi all-time favourite. Lepas ni ingat nak tambah nutella jugak la kat waffle yang kami jual. Mesti meletop punya. Hihi.. Tengok brader tu masak nampak sedap. Bila dah masuk dalam perut memang sedap pun. Cuma ia agak bahaya kepada pengidap diabetes sebab sangat manis. Boleh potong kaki dibuatnya. Budak-budak suka la manis-manis ni. Yang dewasa pun layan juga tapi balik nanti kena check blood sugar level masing-masing. Hehe.. Harga untuk satu pancake ni adalah 60THB. Kira murah juga la bila difikirkan saiz dan rasanya. Alhamdulillah kenyang juga buat seketika.

The real tuk tuk. Comel..
Selesai makan kami teruskan perjalanan ke Hard Rock Cafe yang terletak di hujung jalan. Tak sabar rasanya kami nak menjejaki lokasi Hard Rock Cafe yang ke-24 dalam hidup kami. Makin banyak la koleksi t-shirt kami. Dah la t-shirt HRC memang diketahui agak mahal harganya. Hobi punya pasal, nak buat camna. Janji original dan bukan bundle. Dan yang paling penting kami beli sendiri tanpa pesan kat orang. Hihi.. Seperti ada satu kepuasan yang berbeza bila beli t-shirt HRC ni. Bukak almari HRC kat rumah boleh buat diri tersenyum sendirian. Bukannya gila, tapi terkenang setiap kenangan berada di luar negara. Sebenarnya bukan saya dan wife je yang ada hobi suka kumpul t-shirt HRC ni. Banyak juga blog yang saya baca tentang traveler yang obses dengan product HRC. Ada yang kumpul t-shirt, fridge magnet, bottle opener dan yang paling unik adalah shot glass. Kenapa la saya tak kumpul shot glass dari dulu. Nak beli sekarang macam tak best sebab dah banyak HRC kami pergi. Kumpul t-shirt pun jadi lah.

Lalu restoran Hooters sebelum sampai HRC. Nice view.. Hehe..
Our 24th Hard Rock Cafe.. Yeahh..
@ HARD ROCK CAFE PHUKET

Setelah lebih 2 km kami berjalan, akhirnya kami sampai di Hard Rock Cafe Phuket. Kelihatan livebands sedang menyanyikan lagu Joan Jett di bahagian luar bangunan. Memang seronok betul layan livebands ni. Dah tentu lagu genre rock yang dimainkan di HRC. Sungguh kena dengan jiwa saya. Hehe.. Takpe, kejap lagi sambung balik layan livebands. Kita masuk dulu dalam Rock Shop bagi menambah koleksi t-shirt HRC kami. Rasanya masih muat lagi almari kat rumah tu. Hihi.. Harap HRC ada keluarkan design t-shirt yang baru. Setiap HRC yang saya pergi saya akan beli t-shirt yang berlainan design. T-shirt design classic saya tak suka sangat sebab ramai orang dah pakai. Kat uptown pun saya pernah nampak ada orang jual. Huhu.. Ni semua dari negara China punya pasal la ni. Punya la advance imitation kat China sampaikan ada orang kata product original baru nak launch hari ni, minggu lepas lagi imitation dah berada di pasaran. Huhu..

Rambang mata melihat design t-shirt di sini. Ada design baru la. Terbaik..
Selesai mencari yang berkenan di hati, kami melayan sebentar livebands di luar sambil bergambar. Mula la berfikir HRC mana pulak yang bakal menjadi HRC yang ke-25 kami nanti. Benua mana agaknya yang menjadi pilihan. Listing tu memang banyak, tapi duit je yang yang tak berapa banyak buat masa ni. Huhu.. InsyaAllah, ada rezeki maka adalah tempat yang akan dituju. Best betul lagu yang dimainkan oleh livebands di sini. Semuanya lagu zaman saya mula-mula meminati lagu rock masa sekolah dulu. Masih teringat lagi kisah di mana ustaz buat spotcheck di asrama dan rampas semua kaset kumpulan rock dan koyak poster Skid Row besar dalam almari saya. Malaikat tak masuk katanya. Saya akur je bila semua kaset saya dirampas. Tapi, time outing berikutnya saya beli lagi. Fanatik punya pasal. Hihi.. Masih ingat juga zaman tu kaset berharga RM10.50 yang paling murah. Nak lagi jimat saya buat listing lagu-lagu best dan pergi kedai kaset buat dubbing. Hahah.. Seronok betul time sekolah asrama dulu. Kenangan paling manis dalam hidup masa remaja. Hehe..

Rock on!!.. Yeahh..
HRC mission accomplished!..
Jam 11.00 malam kami mula beredar dari HRC. Nak cari restoran halal takut tak berjumpa. Saya cadang kami balik ke hotel dulu, kemudian saya dan Wan naik motor cari kedai halal untuk beli dinner kami. Kami naik tuk tuk semula untuk balik ke hotel. Tak larat dah nak jalan kaki. Huhu.. Di jalan depan HRC memang ada je tuk tuk yang menunggu. Kami terus naik dan bayar 300THB sampai ke depan hotel. Sementara saya dan Wan mencari makanan, wife saya dan Miza pergi ke massage centre yang terletak di depan hotel. Diorang nak layan urut kaki dulu. Rugi kalau datang ke sini tapi tak merasa urut kaki Thai yang sememangnya terkenal di serata dunia. Tambah pula dah berjalan punya jauh tadi. Memang best la dapat urut kaki. Hihi.. 

Our Walking Route. Jauh juga kami berjalan. Huhu..
@ MALIN PLAZA PATONG NIGHT MARKET

Saya dan Wan mula mencari kedai halal. Jauh juga kami meronda sampaikan terpaksa isi minyak lagi sebotol. Entah lorong mana kami masuk pun tak tau. Jangan sesat dan motor mati tengah jalan sudah. Mencari sampaikan 2-3 kali kami lalu jalan yang sama. Huhu.. Akhirnya kami singgah di kawasan night market yang terletak di Malin Plaza Patong. Kat sini ada beberapa gerai menjual makanan halal. Tak perlu la nak memilih sangat bila kat luar negara ni. Asal jumpa makanan halal kita order je terus. Nampaknya dapat juga kami makan berat walaupun waktu dah hampir tengah malam. Hihi..

Gerai halal di Malin Plaza Patong Night Market
Saya dan Wan sampai semula di hotel jam 12.10 t/malam. Wife saya dan Miza serta anak-anak dah naik ke bilik hotel. Wife saya tak larat nak turun. Saya suruh Eimran turun dan bawak naik makanan ke bilik. Kami makan di kerusi dan meja batu yang terletak di depan pusat urut. Tuan kedai bagi kami duduk kat situ tapi dengan syarat kena bersihkan semua yang kami makan. Mungkin ada kes orang tinggal meja bersepah kot sebelum ni. Orang negara mana la yang kurang sivik tu ye. Dah datang negara orang pastu buat kotor pulak. Huhu.. Harap jangan la orang Malaysia. Bukan apa, orang kita masih belum didedahkan dengan disiplin ketika makan especially di foodcourt. Sebagai contoh foodcourt di Ikea Kota Damansara. Dah jelas terpampang signboard lepas makan sila bawa sisa makanan ke tempat yang disediakan. Tapi masih ramai lagi yang biar bekas makanan atas meja. Dah la foodcourt kat Ikea tu sentiasa ramai orang. Maka orang yang nak duduk meja terpaksa bersihkan sisa makanan orang yang duduk sebelumnya. Bila ditegur tau pulak melenting. Pastu ada pulak yang merekod dan viral. Macam-macam la pulak keluar komen dalam facebook. Huhu.. Apa-apa pun meatball Ikea memang sedap. Lagi sedap kalau dapat makan kat negara asalnya, Sweden. Mana lah tau ada rezeki nanti buat trip ke Scandinavia ke. Hehe.. Wallahualam..

Sebenarnya 2 km je dari hotel. Tapi rasanya 10 km kami bawak motor. Huhu..
Selesai makan takkan nak naik bilik hotel dan tidur kot. Dah la esok nak balik. Rugi kalau tak meronda dengan motor tengah malam ni. Hihi.. Kodin dan Muiez nak join sama dan cadang nak berjumpa kat signboard besar Patong Beach kat tepi pantai. Ingat nak ajak abang Sabri join sekali tapi rasanya dah enak diulit mimpi indah. Jay pulak dah lama menghilang. Mentang-mentang la naik motor sorang, ada la tempat yang dia nak singgah tu. Hehe.. Yang tinggal cuma saya, Wan, Afiq, Aizat dan Pae. Disebabkan abang Sabri takde, jadi Eimran pun nak ikut sekali. Sedang elok 6 orang untuk 3 biji motor. Maka perjalanan mencari pengalaman malam buta di Phuket pun bermula. Jalan-jalan kat area pantai dulu kemudian cari tempat urut kaki. Ada banyak lagi pusat urut kaki yang masih bukak walaupun dah pukul 2.00 pagi. Kami mencari kedai yang proper sikit di mana staff dia pakai uniform. Kalau pakai seksi tu kang takut benda lain pulak yang diurutnya. Huhu.. Akhirnya jumpa juga dan kebetulan kami customer yang terakhir sebelum kedai tu tutup. Saya, Wan dan Pae je yang urut kaki. Yang lain tunggu kat luar kedai. Masing-masing dah penat sampaikan duduk je terus lelap dan tak sempat nak amik gambar. Tersedar pun sebab bunyi turbo yang kuat. Sama juga la dengan saya. Sampai gelak staff yang tengah mengurut. Hahah.. Layankan aje bunyi itu ye. Hehe..

Port pantai yang agak jauh dari Patong Beach
Memang sedap betul dapat urut kaki. Kalau kedai tutup lewat dah tentu tambah lagi sejam. Hihi.. Selesai urut kami terus balik ke hotel. Dah pukul 3.00 pagi, nak jalan ke mana lagi walaupun masih ramai orang kat kawasan ni. Kami langsung tak jumpa Kodin dan Muiez. Ada la tempat best yang diorang pergi tu. Senyap je takde respon dalam whatsapp pun. Hihi.. Boleh ke nak bangun awal ni? Esok nak drive balik Malaysia. Tengok la camna nanti. Kalau tak larat boleh mintak tolong Jay drive walaupun awal-awal lagi dia dah bagitau taknak drive langsung. Manalah agaknya dia pergi malam ni ye? Jangan tak balik hotel sudah la. Moga selamat la hendaknya kawan-kawanku di Phuket malam ni. Jumpa balik di lobi hotel dalam beberapa jam lagi ye semua. Wallahualam..

Day 04 estimated driving mileage = 191 km

*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - TUKS-TUKS  : RM36.00
  - PANCAKES   : RM14.40
  - DINNER        : RM21.60
  - PETROL       : RM4.80
  - JUMLAH       : RM76.80

**DAY 04 EXPENSES: RM378.00

2 comments: