Tuesday 13 December 2016

JJCP Thailand: Day 05 (Part #2)

TARIKH:
8 FEBRUARI 2016

LOKASI KEJADIAN:
DARUL ITTIHAAD MOSQUE PHUKET - ESSO AO LUEK - THUNGSONG REST AREA - SMILE HOME APARTMENT HATYAI


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

@ DARUL ITTIHAAD MOSQUE PHUKET

Sebelum keluar dari Phuket, kami singgah di Darul Ittihaad Mosque yang berada di tepi jalan besar. Lepas solat kami berehat seketika sebelum plan untuk perjalanan berikutnya. Nampaknya masa tak mengizinkan untuk kami keluar dari Malaysia hari ni sebab tak sempat nak mengejar pintu imigresen sebelum tutup jam 11.00 malam waktu Thailand. Jadi tengok sampai mana kita boleh sampai malam ni. Option paling sesuai sekarang adalah bermalam di Hatyai. Terpaksalah cari hotel adhoc di Hatyai. Huhu.. Esok baru masuk Malaysia. Saya bukan apa, kalau dah tidur kat Hatyai mesti lewat keluar dari Thailand sebab nak jalan-jalan kat bandar Hatyai lagi. Dah tu jalan highway kat Malaysia mesti jem punya sebab orang balik dari cuti Tahun Baru Cina. Memang mimpi ngeri kalau sangkut jem kat PLUS Highway. Tambah pulak ada makhluk yang buat lane baru kat emergency lane. Lagilah sakit hati. Macam diorang je yang nak cepat sampai. Patutnya polis trafik jaga highway time musim perayaan. Barulah banyak saman dapat dikeluarkan. Time tu berderet kereta kelam kabut nak masuk lane balik. Hampeh betul. Huhu..

Driving Route: From Phuket T-Shirt & Souvenirs Warehouse to Darul Ittihaad Mosque
Berhenti solat jamak dan berehat seketika di Darul Ittihaad Mosque Phuket
Bagusnya budak ni luangkan masa belajar di masjid
Kami geng Hard Rock.. Hehe..
Setelah berbincang akhirnya kami ambil keputusan untuk bermalam di Hatyai. Cadangan asal memang nak ke Hatyai pun, tapi cuma singgah je. Dah sampai tengah malam nak singgah apa lagi, terus cari hotel la. Hihi.. Jam 4.20 petang kami sambung perjalanan menuju ke Hatyai. Tak perlu rushing nak bawak kereta laju-laju sebab takde apa yang nak dikejar pun. Kami dapatkan update dari family lain. Abang Sabri dalam perjalanan ke Padang Besar. Dia nak keluar sempadan ikut jalan kami masuk haritu. Kodin pulak dalam perjalanan ke Bukit Kayu Hitam. Dia harap sempat keluar dari border malam ni juga. En. Khai dan Muiez masih dalam perjalanan ke Hatyai. Mereka pun cadang nak bermalam di sana. Nampaknya semua masih dalam Thailand lagi. Harap selamat semuanya..

Masih bertenaga lagi untuk memandu. Yeahh..
Cuaca masih cerah lagi..
ESSO AO LUEK

Hampir 2 jam memandu, kami mencari tempat untuk berhenti dan berehat seketika. Bila bawak budak-budak ni memang mencari toilet la jawabnya. Ada yang dah keluar bom dalam pampers mengganggu peredaran udara dalam kereta. Maka terpaksalah berhenti kejap. Hehe.. Sampai di pekan Ao Luek, kami berhenti di Esso petrol station. Di sini ada toilet yang amat bersih dan kedai runcit di sebelah petrol station. Sedang elok untuk kami ke tandas dan berehat kejap sambil mencari makanan untuk hilangkan mengantuk ketika memandu. Kali ni Pae belanja air kopi kat semua driver. Sesuatu yang amat jarang berlaku. Terima kasih Pae kerana belanja driver air nescafe 2 tin sorang. Nanti belanja lagi tau. Hehe..

Driving Route: From Darul Ittihaad Mosque to Esso Ao Luek
Dari luar toilet dah nampak ceria. Hehe..
Dah ramai macam ni mula la gelak tak berhenti bila berborak. Hihi..
Akan ku abadikan kenangan dapat nescafe free ni. Hehe..
Seronok bila borak ramai-ramai macam ni. Selagi takde yang menegur selagi itulah kami tak berganjak dari meja di luar kedai runcit tu. Haha.. Bukan selalu dapat peluang lepak ramai-ramai macam ni. Dulu selalu juga kami semua lepak hujung minggu di Starbucks sampai awal pagi tapi sekarang masing-masing dah busy dengan kerja. Selesai berborak, jam 6.30 petang kami sambung perjalanan. Cuaca dah mula senja. Harap kereta di belakang dapat follow kami bila dah gelap nanti sebab hotel yang kami nak bermalam di Hatyai masih belum confirm lagi. Wife saya google mencari hotel yang masih available dan sesuai dengan harganya untuk kami 4 family. Dapat apartment lagi bagus. Kami melalui bandar Krabi tapi tak berhenti. Lepas 2 jam memandu, kami mencari lagi hentian berikutnya untuk berehat. Anak-anak dah mula gelisah tak selesa sebab tak mandi. Kami berhenti di PTT petrol station yang terletak di area Thungsong.

Driving Route: From Esso Ao Luek to PTT Thungsong
Sampai sudah di PTT petrol station Thungsong
Selesaikan urusan anak-anak dulu
Muiez bagitau dalam whatsapp ada satu restoran halal yang terletak di rest area highway menuju ke Phatthalung. Dia share location tempat tu. Bila saya set dalam map rupanya tempat tu tak jauh dari tempat kami berhenti. Jadi kami amik keputusan untuk pergi ke tempat tu untuk berehat dan makan malam sekali. Tengok gambar yang Mueiz share nampak macam besar rest area tu. Ruang solat pun ada disediakan. Maka kami pun tak jadi nak rehat lama-lama kat PTT station ni dan terus sambung perjalanan ke sana. Sejak dari Esso Ao Luek tadi kami ikut jalan dalam. Bila keluar je dari PTT station ni kami terus masuk simpang ke highway menuju ke Phattalung dan seterusnya ke Hatyai. Lepas rehat kat rest area nanti boleh bawak laju sikit kat highway. Hehe..

Driving Route: From PTT Thungsong to R&R Thungsong
@ THUNGSONG REST AREA

Masuk je highway, dalam 4 km perjalanan terus nampak signboard McDonalds dan petrol station, sama seperti gambar yang dihantar oleh Muiez tadi. Here Maps pun tunjukkan tempat yang sama. Jam 8.50 malam kami semua sampai di Thungsong Rest Area. Kami mencari kedai halal yang terletak di bahagian hujung bangunan kedai untuk makan malam. Bila tengok lauk yang ada, nampak macam kurang menyelerakan. Perut lapar punya pasal, kami pilih satu lauk je dan mintak tukang masak gorengkan telur untuk kami. Jadilah menu untuk dinner kami malam ni. Nak pergi restoran kat Hatyai seperti gambar yang En. Khai share dah tak sempat rasanya. Rupanya En. Khai dan Kodin dah sampai di Hatyai. Tapi Kodin tak tidur di Hatyai. Dia teruskan perjalanan ke sempadan. Harap sempat sebelum border tutup. Abang Sabri pun dah sampai di Padang Besar, tapi tak sempat nak keluar sebab border di sana lagi tutup awal. Nampaknya diorang terpaksa bermalam di kawasan border dan masuk Malaysia esok pagi.

Malam di Thungsong Rest Area
Inilah dia kedai makanan halal di sini
Takde orang pun dalam kedai ni masa kami sampai
Menu makan malam kami
Ruang solat ada disediakan di rest area ni
Perut dah kenyang, kami berehat kejap sebelum mulakan perjalanan semula. Kami masuk ke dalam 7-Eleven di situ untuk mencari roti dan air sebagai menu breakfast esok pagi. Hotel masih belum berjumpa lagi. InsyaAllah dalam perjalanan nanti akan jumpa hotel yang sesuai di Hatyai. Selesai semua urusan di sini termasuk ke tandas dan tukar baju anak-anak, tepat jam 10.00 malam kami sambung perjalanan semula. Kami melalui highway terus ke Hatyai. Dalam perjalanan hujan turun dengan lebatnya menyukarkan pemanduan. Harap jangan la ada kawan yang tertinggal di belakang. Rasanya semua ikut rapat kereta saya sebab saya memang tak bawak laju pun. Bila hujan lebat lagilah perlahan saya bawak. Faktor umur, mata kurang jelas sangat walaupun tak pernah pakai cermin mata. Cahaya dari kereta arah bertentangan bila dicampur dengan cermin kereta yang basah agak menyilaukan mata memandang. Huhu.. Highway di Thailand bila waktu malam sama je macam di Malaysia. Bila ada simpang je baru jalan berlampu. Yang berbeza cuma highway di Thailand takde tol. Hihi.. Wife saya jumpa satu hotel apartment yang agak sesuai untuk family. Terus dia booking bilik. Saya pulak tag dan set hotel tu dalam Here Maps. Harap betul la ada bilik yang masih available. Huhu..

Driving Route: From Thungsong Rest Area to Smile Home Apartment Hatyai

@ SMILE HOME APARTMENT HATYAI

Jam 12.15 t/malam kami keluar simpang dari highway menuju ke bandar Hatyai. Ada guard booth sebelum masuk ke jalan bandar di Hatyai. Kami tak kena tahan pun. Cuma berhenti, bukak tingkap dan guard tu suruh jalan. Mungkin ada banyak kes penyeludupan kat Hatyai kot. Ataupun sebab dulu hotel di Hatyai pernah dibom. Harap-harap takde la kejadian macam tu masa kami di sini. Susah jadinya bila tak boleh keluar dari Hatyai. Huhu.. Here Maps bawa kami ikut jalan kawasan perumahan dan kilang. Lain macam je laluan yang ditunjukkan. Siap lalu lorong sempit lagi. Apartment ni kat kawasan kampung agaknya. Tak kisah la, janji hotel tu wujud depan mata. Jam 12.40 malam kami sampai di Smile Home Apartment. Parking di depan hotel dah penuh. Jay dan wife saya masuk ke dalam hotel untuk berurusan di kaunter. Punyalah speaking dengan staff hotel tu takut tak faham. Rupanya staff tu tau cakap melayu. Hahah.. Lagi senang nak berurusan. Lega bila bilik masih ada lagi untuk kami semua. Harga bilik untuk semalaman pun agak murah. Hanya RM55/night. Dah la adhoc, murah pulak tu. Hehe..

Smile Home Apartment di Hatyai
Selesai berurusan di kaunter, kami turunkan beg dulu sebab kereta kami kena parking agak jauh dari hotel. Yang lain semua turun kecuali driver je. Ingatkan parking kat open space, rupanya ada tempat khas berpagar untuk kereta yang bermalam di apartment ni. Baru rasa selamat sikit kereta kami. Huhu.. Lepas parking, kami dibawa naik motor sampai ke hotel semula. Sebenarnya boleh je jalan kaki. Tapi bila dah malam ni takut pulak kalau ada anjing yang mengejar. Hihi.. Saya masuk ke dalam bilik. Keadaan bilik amat luas. Peti ais pun ada. Tilam tebal tapi punyalah keras. Badan dah penat, tak kisah tidur atas tilam keras pun. Macam la tak pernah tidur atas tilam keras dan nipis sebelum ni. Saje je mengada. Yang penting harga bilik murah. Hehe..

Pintu masuk Smile Home Apartment
Amat berbaloi bilik ni dengan harganya.
Kami bersihkan diri dan bersiap untuk tidur. Sepatutnya dah ada kat Malaysia waktu ni. Huhu.. Esok dah tentu nak jalan-jalan kat bandar Hatyai dulu. Entah pukul berapa la baru keluar dari Thailand. Jangan sampai malam lagi sudah. Lusa dah masuk kerja. Anak-anak terus tidur sebab kepenatan. Driver lagi la penat. Maka kami pun tidur dan menunggu hari esok untuk mencari pengalaman di Hatyai pulak. Wallahualam..

Day 05 estimated driving mileage = 481 km
*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - SNACKS                             : RM31.20
  - DINNER                             : RM38.40
  - BREAKFAST                      : RM28.80
  - SMILE HOME APARTMENT : RM55.00
  - JUMLAH                            : RM153.40

**DAY 05 EXPENSES: RM262.60

No comments:

Post a Comment