Sunday, 13 March 2016

JJCP Western Europe: Day 04 (Part #2)

TARIKH:
22 DISEMBER 2015

LOKASI KEJADIAN:
MANNEKEN PIS - GRAND PLACE - HARD ROCK CAFE BRUSSELS - BRUSSELS CENTRAL STATION


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dari Anneessens kami berjalan kaki melayan cuaca yang sejuk untuk ke destinasi berikutnya iaitu landmark paling famous di Brussels. Apa lagi kalau bukan Manneken Pis, statue budak telanjang yang pegang burung pipit dia sambil kencing tu. Hahah.. Tak sah kalau datang ke Brussels tak tengok statue ni. Apa yang buat dia famous, saya pun tak tau. Pergi je lah, bukan kena bayar pun nak tengok dia kencing tu. Hehe..

Walking route: From Anneessens to Manneken Pis
Berapa la agaknya sewa kereta kuda tu ye. Huhu..
@ MANNEKEN PIS

Hampir 500 meter kami berjalan kaki dari Anneessens, akhirnya kami sampai di kawasan Manneken Pis. Ramai juga tourist kat sini. Selain dari patung budak tu, kat sini juga ada banyak kedai menjual Belgian waffle dan kedai souvenirs. Wah, teruja betul kami bila tengok orang ramai yang memegang waffle pelbagai rupa. Kami tak berapa minat sangat dengan waffle. Tapi disebabkan kami ada kedai waffle kat KL, maka inilah masanya nak mencuba makan waffle dari negara kelahirannya. Tujuan utama kena selesaikan dulu, iaitu bergambar dengan Manneken Pis. Lepas tu baru la explore kedai-kedai kat sini. Orang tak berapa ramai kat depan patung ni. Baik amik gambar cepat sementara ada peluang dapat clear view tanpa ada gangguan kepala orang lain dalam gambar. Kena extra careful bila tengok Manneken Pis ni. Ada banyak kes pickpocket berlaku di sini. Kawasan tak berapa luas dan keadaan agak crowded. Memang tak sedar bila kena pickpocket. They have awesome pickpocketing skills. So kenalah jaga beg dan poket masing-masing ye.

Manneken Pis. Alahai keciknya budak ni..
Cepat sebelum orang lain bergambar kat sini..
Saya ada terbaca dalam internet, selain Manneken Pis ada lagi dua pissing family dia kat sekitar Brussels ni, cuma tak berapa popular macam Manneken Pis. Adik perempuan dia bernama Jeanneke Pis dan statue dia terletak di celah lorong sempit dan berpagar. Satu lagi ialah Zinneke Pis, seekor anjing yang kencing kat tepi jalan. Kalau ada masa yang cukup memang kami cari ketiga-tiga statue ni. Disebabkan masa agak limited, dapat tengok yang paling popular pun dah cukup rasanya. Hihi.. Sape yang banyak masa kat Brussels boleh la cari kat mana letaknya Jeanneke Pis dan Zinneke Pis ni ye.

Jeanneke Pis dan Zinneke Pis (Ihsan Google Images)
Selesai bergambar dengan Manneken Pis, kami explore kedai-kedai yang ada di kawasan sekitar. Selain dari kedai souvenir dan waffle, kedai coklat pun banyak kat sini. Kedai coklat Godiva yang kami tak pernah masuk kat KL pun ada. Tapi kat sini kami nak masuk jugak. Hehe.. Bila tengok harga dia, takde lah mahal sangat. Mungkin kat KL pun sama jugak kot harganya. Tak pernah masuk sebab tengok dari luar nampak macam grand je. Kami yang bukan golongan 'have-have' ni segan la nak masuk. Hihi.. Kalau betul la harga dia lebih kurang sama macam kat KL, lepas ni memang selamba je la masuk kedai Godiva yang terletak kat KLCC, Pavilion dan Nu Sentral. Luar dari KL cuma ada satu je cawangan, kat Gurney Paragon Penang.

Merecik betul tengok coklat Godiva ni. Huhu..
Selesai di Godiva, kami masuk pulak kedai coklat Elisabeth kat sebelah. Saya tak berapa gemar sangat makan coklat, tapi wife saya memang suka betul. Tak boleh tahan tengok coklat katanya. Huhu.. Kedai Elisabeth ni lagi la menarik, siap ada jual coklat patah-patah. Saya tak tau apa nama coklat ni, tapi yang saya tau coklat ni besar macam papan, kemudian patahkan ikut suka. Macam coklat reject je bunyinya. Huhu. Walaupun bentuk hancur, tapi rasa tetap superb.. Harga dah tentu la murah sikit dari coklat yang ada bentuk. Apa-apa pun Belgian choc memang sedap!..

Tengok papan coklat tu. Saya panggil coklat patah-patah. Hihi..
Rasa macam nak rembat je sepapan coklat tu. Hehe..
Habis cerita pasal coklat. Wife saya dah jumpa coklat yang dia suka. Walaupun saya tak berapa minat makan coklat, tapi kalau dah hulur depan muka saya ngap je. Heheh.. Masa untuk try Belgian waffle pulak. Daripada banyak-banyak kedai waffle kat sini, ada satu kedai yang paling ramai pelanggan. Faktor display dan free view cara buat waffle membuatkan ramai orang beratur kat kedai ni. Kami pun nak juga try waffle kat sini. Mana la tau, boleh curi resipi waffle yang sedap ke. Heheh..

Macam-macam bentuk dan perasa waffle dijual di sini..
Wife saya beratur tunggu giliran untuk order waffle. Saya tunggu kat luar sambil tengok orang ramai tengah pegang waffle yang dibeli. Besar betul portion waffle ni. Satu je cukup untuk kami berempat makan. Dapat rasa sorang sikit jadi la, buat cukup syarat. Kalau tak cukup boleh beli lagi. Hihi.. Saya mintak wife saya beli sekali waffle yang berharga EUR1.00 seperti yang tertulis kat signboard luar kedai ni. Dah tentu harga tu untuk plain waffle. Kalau la harga semurah tu untuk waffle seperti yang display tu memang kejap je la bisnes bertahan. Modal pun tak dapat balik. Dah tentu lagi panjang berjela orang beratur. Huhu..

Manneken Pis tengah makan waffle EUR1.00. Hehe..
EUR1.00 untuk plain waffle macam ni..
5 minit beratur, akhirnya wife saya keluar dari kedai sambil memegang waffle yang dipilihnya. Nampak menarik sungguh decoration atas waffle tu. Tunggu apa lagi, sebelum sejuk baik makan cepat. Nanti kurang feel. Kami tau sebab kami sendiri jual waffle. Dulu anak murid saya selalu mintak saya bawakan waffle ke sekolah. Saya bagi alasan waffle sejuk tak sedap, nanti jatuh reputasi waffle saya. Sebenarnya itu adalah satu taktik tak nak bawak waffle ke sekolah. Hehe.. Bahaya.. Sekali dah bawak, nanti ramai yang mintak. Dah la anak murid saya ramai. Susah nak jaga hati anak murid bila ada yang merajuk sebab tak dapat waffle. Senang cerita, baik takyah bawak. Abis sekolah boleh datang terus kedai saya. Kalau saya ada kat kedai, saya belanja. Tapi setakat ni takde lagi sebab selalunya saya datang kedai waktu malam. Hehe..

Tudiaa.. Waffle ada topping strawberry. Merecik!..
Kasi settle sebelum sejuk. Must try when you're in Brussels!..
Gambar ni nak buat poster letak kat kedai kami. Hihi..
Alang-alang promote sikit kedai kami di LRT Wangsa Maju. Mai datang ye. Hehe..
Sedap sungguh Belgian waffle ni. Rugi kalau datang sini tak makan waffle. Makan yang plain punya pun dah sedap, inikan pulak yang ada aksesori atas waffle. Lagilah meletops.. Huhu.. Selesai makan sampai menjilat jari, kami layan pulak kedai souvenir yang ada di sini. Mula-mula tengok dari luar je. Sampai kat satu kedai souvenir ni tetiba ada orang bagi salam. Ada tuan kedai muslim rupanya. Tak pasti dia owner atau pekerja kedai je, kami pun masuk la ke dalam kedai dia. Bukan memilih kedai, tapi bila ada orang bagi salam diri rasa tertarik untuk masuk. Hihi..

Antara kedai souvenirs yang ada kat sini. Meriah betul barang yang dijual..
Selain dari fridge magnet, ada banyak barang souvenir yang dijual. Topi, t-shirt, plate dan macam-macam lagi. Kalau rambang mata memang confirm bajet lari. Kami pilih la beberapa souvenir yang kami berkenan, sebagai kenangan di Brussels. Habislaa, penuh la ruang kat peti ais kami. Kena upgrade peti ais besar sikit semata-mata nak letak fridge magnet. Hahah.. Tokey kedai melayan kami dengan amat mesra. Mungkin kerana sesama muslim kot. Time kira harga semua barang, dia bagi diskaun siap ada free gift paper bag lagi. Walaupun cuma paper bag je, tapi ada tulisan 'I Love Brussels' tu yang paling penting. Hehe.. Bahaya duduk lama-lama dalam kedai macam ni. Selagi tak keluar, selagi tu la rasa macam ada benda yang nak dibeli. Sama la jugak time pergi shopping barang dapur. Nak beli dalam 4-5 barang je. Last-last penuh barang dalam troli. Anak-anak punya penangan la ni. Banyak kali jugak la barang yang wajib dibeli takde atau abis stok, tapi troli tetap penuh dengan barang. Lepas ni kalau nak beli barang dapur biar saya sorang je pergi. Huhu..

Padat sungguh kedai ni. Hati-hati takut terlanggar plate kaca tu. Once broken considered sold. Hihi..
Bersama tokey dan pekerjanya. Thanks for the discount and free gifts!..
Kami keluar dari kedai souvenir dan teruskan perjalanan ke kawasan tumpuan tourists lagi satu iaitu Grand Place yang terletak tak berapa jauh dari Manneken Pis. Lega dan puas bila dapat beli beberapa souvenirs dan makan waffle di Brussels. Sambil berjalan kaki kami cuci mata tengok kedai-kedai di sepanjang jalan. Ada juga kedai yang dah mula tutup untuk sambut Krismas.

Alamak.. Pandora pun ada kat sini..
Sambil berjalan kita amik gambar. Cantik binaan bangunan kat Brussels ni..
@ GRAND PLACE

10 minit berjalan kaki melalui bangunan yang cantik-cantik di sini, jam 1.15 petang kami sampai di Grand Place (Grote Markt), central square of Brussels. Tempat ni adalah antara memorable landmarks di Brussels dan mendapat pengiktirafan dari UNESCO sebagai one of the world heritage site. Selain dari Manneken Pis, tourist mesti akan datang ke sini. Berdiri di tengah-tengah dataran dan memandang bangunan sekeliling yang amat cantik adalah satu kenangan yang paling manis di Grand Place ni. Di sini juga terletaknya Town Hall. Kami tak lepaskan peluang bergambar di setiap sudut kawasan Grand Place ni. Keadaan pun tak berapa crowded sangat. 

Walking route: From Manneken Pis to Grand Place
This is Grand Place, Brussels
Amat cantik bangunan kat Grand Place ni. A must see!..
Puas hati bila dapat bergambar kat tengah-tengah Grand Place ni. Lepas tu kami ke Starbucks untuk beli citymug. Sebenarnya saya tak terfikir tentang lokasi Starbucks masa susun itinerary. Ingatkan Starbucks kat sini ada merata. Tapi masa kat Luxembourg semalam takde nampak pun. Mungkin Starbucks memang takde kat Luxembourg kot. Takpelah, asal jumpa baru beli citymug. Collection t-shirt Hard Rock Cafe lebih bermakna pada saya. Hehe..

Starbucks ada di Grand Place..
@ HARD ROCK CAFE BRUSSELS

Selesai pilih citymug di Starbucks, kami berjalan merentas dataran untuk ke bangunan di seberang dimana terletaknya Hard Rock Cafe Brussels. Ini adalah HRC yang ke-19 dalam list travel kami. Hehe.. Dari jauh dah nampak Fa dan husband sedang menunggu. Masa sampai tadi kami berpecah ikut haluan masing-masing untuk bergambar. Set jumpa balik kat HRC. Sometimes kena lah ada masa dan moment masing-masing. Ikut la nak bergambar kat mana pun. Janji jangan keluar dari kawasan. Nanti susah nak cari. Kami tak pakai tiang dengan bendera tiga segi macam tourist guide yang boleh nampak dari jauh tu. Hihi..

Our 19th outlets: Hard Rock Cafe Brussels
Kami masuk ke dalam Rock Shop. Ramai juga orang tengah shopping baju dan souvenir. Macam biasa, saya cari design yang takde lagi dalam koleksi. Kebetulan ada satu design baru keluar. Takde cakap banyak, terus pilih saiz. Hihi.. Warna pun nampak menarik. Saya dah banyak sangat t-shirt HRC warna hitam. Dapat warna lain best sikit, kecuali warna putih sebab susah nak jaga. Huhu.. Silap haribulan tengah basuh baju, air karat keluar. Huhu.. Bukannya boleh beli kat mana-mana HRC. Dah la sekarang ni air asyik takde je kat rumah. Selalunya bila ada air balik mesti yang karat keluar skali.. Haishh..

Rambang mata memilih t-shirt dan souvenir kat sini
Friendly betul cashier HRC ni. Rock on!..
Selesai membeli, jam 1.50 petang kami keluar dari situ. Seterusnya kami berjalan ke area Brussels Central Station kerana nak naik train balik ke P+R Crainhem. Banyak lagi tempat yang nak dilawati kat sini, tapi masa mencemburui kami. Cukuplah rasanya pengalaman kami berada di bandar Brussels ni. Teringin jugak nak masuk ke kedai sukan Sport Direct. Katanya kat sini barang sukan murah berbanding Sport Direct di negara lain. Entah la, lagipun dah banyak kasut kat rumah. Takut terjebak beli sepasang dua je. Saya ada kasut yang dah beli lama tapi tak pernah pakai lagi. Dok diam dalam kotak sejak beli. Bukak sekadar untuk tanya khabar je. Tapi tetap takleh lawan kuota kasut wife saya. Orang perempuan dah tentu menang dalam hal kasut ni. Hihi..

Kenangan bersama sebelum meninggalkan Grand Place
@ BRUSSELS CENTRAL STATION

Kami berjalan ke Brussels Central Station dan tiba pada jam 2.05 petang. Kami mencari di mana letaknya pintu masuk ke metro station. Ada satu pintu masuk yang kami jumpa tapi tutup la pulak. Katanya ada kebakaran kecil kat bawah. Aduii, kat mana nak naik train ni? Takut juga kalau kebakaran tu ada effect pada train schedule. Masa ni saya cuba cari option lain iaitu naik bas. Tapi agak susah juga sebab saya tak study langsung pasal bas di Brussels. Silap naik kang lagi masalah jadinya. Naik teksi lagi la takut mahal. Huhu.. Kami terjumpa group students bertudung tengah lintas jalan. Nampak macam student Malaysia. Saya bagi salam. Mula-mula diorang macam tak layan dan tak pandang kami. Mungkin takut ada orang nak kacau diorang. Bila saya sebut adik baru diorang pandang dan berhenti. Memang sah orang Malaysia. Hehe.. Saya tanya tentang pintu masuk ke metro. Kebetulan diorang baru je turun dari metro. Maknanya train beroperasi seperti biasa. Legaa.. Diorang tunjukkan kami pintu masuk yang lain. Tenkiu dik!.. Jasamu dikenang. Selamat ulangkaji pelajaran ye. Dah dapat peluang belajar kat oversea jangan sia-siakan. Baik bagi abang je sambung belajar. Memang teringin sangat ni. Hihi..

Walking route: From Hard Rock Cafe Brussels to Brussels Central Station
Sambil berjalan amik gambar le, apa lagi. Hehe..
Boleh tutup pulak pintu masuk ni. Huhu..
Kami ke pintu masuk Gare Centrale Sation di seberang jalan dan menunggu train untuk ke Crainhem Station. Jam 2.30 petang train metro Line 1 sampai. Perjalanan mengambil masa dalam 20 minit untuk sampai ke destinasi. Kami duduk dan melihat gelagat orang ramai di dalam metro. Pada saya orang Belgium agak friendly juga. Kulit muka pun cantik. Bila berselisih dan kita senyum, diorang akan balas senyuman kita. Tak semua camtu, tapi kebanyakannya bagi respon yang baik. Kalau la saya dapat kerja atau sambung belajar kat sini tak menjadi masalah rasanya. Mudah untuk sesuaikan diri. Cehh, berangan tak sudah. Hehe..

Train route: Metro Line 1 from Gare Centrale Station to Crainhem Station
Stylo muda-mudi kat sini..
Takde kerja nak buat, selfie je la dalam train. Hihi..
Jam 2.50 petang kami sampai di Crainhem Station. Kami terus menuju ke kereta. Bumi Brussels kami tinggalkan dengan kenangan yang terindah. Dan sekejap lagi kami bakal tinggalkan bumi Belgium untuk mencari pengalaman di negara lain. Kena bawak laju ni. Sebenarnya dah agak lewat untuk ke destinasi berikutnya. Jarak pun agak jauh juga. Huhu.. Cadangnya nak sampai sebelum hari gelap. Adalah sebabnya kenapa kena sampai masa hari cerah. Harap sempat la hendaknya. Wallahualam..

*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - TIADA -

*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
  - BELGIAN WAFFLE : RM30.55
  - JUMLAH               : RM30.55

No comments:

Post a Comment