Friday, 4 March 2016

JJCP Western Europe: Day 04 (Part #1)

TARIKH:
22 DISEMBER 2015

LOKASI KEJADIAN:
CAMPANILE HOTEL BRUSSELS AIRPORT - P+ R CRAINHEM - ATOMIUM - ANNEESSENS FLEA MARKET


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

@ CAMPANILE HOTEL BRUSSELS AIRPORT

Jam 6.15 pagi kami dah bangun. Terasa segar betul badan ni. Lama jugak kami dapat tidur malam tadi. Kami bersiap-siap untuk aktiviti hari ni. Disebabkan cerek ada, kami cuma breakfast kat dalam bilik je. Malas nak pergi cafe kat lobi hotel. Hehe.. Menu breakfast kami dah tentu la ayam semalam. Sejuk dan keras, tapi layan jugak le walaupun tekak susah nak telan. Hahah.. Daripada makan maggi, ada jugak option lain. Trip kali ni saya bawak thermos untuk isi air kopi panas. Memang sedap betul dapat minum semasa memandu. Selalu jugak la co-pilot tertidur, so kopi panas je la peneman saya ketika drive. Hehe..

Peneman di kala kesunyian memandu. Hahaha..
Jam 7.40 pagi kami dah bersedia untuk check-out. Cuaca masih gelap di luar. Tapi angin tetap sejuk macam malam tadi. Huhu.. Kami ke kaunter di lobi untuk return kunci dan bayar tourist tax. Nasib baik cuma kena bayar tax ikut bilik. Maknanya cuma EUR5.00/room, bukan per person. Kalau tak kena bayar EUR10.00. Save sikit. Kalau convert RM23.50 tuu. Hihi.. Selesai urusan check-out, jam 8.00 pagi kami mulakan perjalan di pagi hari untuk ke destinasi berikutnya yang terletak agak dekat juga dengan hotel.

EUR5.00 je kena bayar untuk satu bilik. Ok la tu dari kena bayar ikut kepala..
Bergambar sebelum meninggalkan Campanile Hotel Brussels Airport. Nice hotel!..
Keadaan cuaca pada jam 7.50 pagi. Masih gelap lagi..

Exit highway untuk ke bandar Brussels
@ P+R CRAINHEM

Jam 8.15 pagi kami dah sampai di P+R Crainhem (Kraainem). Saya pilih tempat ni kerana ia terletak di pinggir bandar. Senang bila nak keluar nanti. Takde lah sangkut jem kat bandar. Parking di sini free, tapi space agak limited. Masa kami sampai tu berharap sangat ada satu space kosong. Tak sanggup dah nak cari P+R yang lain. Buang masa lagi. Huhu.. Nasib agak baik buat kami. Rezeki kami dapat parking kat sini. Ada satu parking space kosong kat hujung sekali sebelum exit. Lepas parking ada 2-3 kereta lalu mencari parking kosong. Kami cepat seminit. Hihi..

Driving route: From Campanile Hotel Brussels Airport to P+R Crainhem
Bergambar sebelum mula cari pengalaman di bandar Brussels
Lepas dah check barang-barang yang perlu disorok dalam kereta, kami berjalan ke arah Crainhem Metro Station. Masa kejadian Paris massacre hari tu, sistem train kat Brussels juga ditutup sementara waktu. Sebenarnya ia baru beroperasi semula beberapa hari sebelum kami sampai di sini. Alhamdulillah, tak payah nak cari option lain untuk ke bandar Brussels. Kelihatan orang ramai sedang menunggu bas diluar station. Kami masuk ke dalam dan mencari kaunter untuk beli tiket train. Kaunter takde, yang ada cuma vending machine. Kami nak beli tiket "1 Day JUMP Card" yang berharga EUR7.50/person. Tiket ni boleh digunakan banyak kali untuk seharian perjalanan dalam train atau tram di Brussels. Saya dah kira kalau beli single ticket untuk ke tempat yang kami nak pergi di bandar agak mahal sikit dari beli 1 Day JUMP Card. Ada banyak jenis tiket yang boleh dibeli. Beli ikut kesesuaian perjalanan.

Pintu masuk Crainhem Metro Station
Takde kaunter untuk beli tiket di sini..
Saya pun tekan la button pilihan bahasa kat mesin tu. Lepas tu saya pilih 4 tiket 1 Day JUMP Card yang berharga EUR30.00 semuanya. Saya mencari kat mana la pulak slot untuk masukkan duit kertas. Rupanya takde!.. Huhu.. Mana ada duit syiling sebanyak tu. Terpaksa tekan button cancel. Saya mintak wife saya dan Fa mencari tempat untuk tukar duit syiling. Kat belah luar station ni ada Pizza Hut, tapi tak bukak lagi. Last-last diorang gi tanya kat driver bus yang parking kat situ. Baik betul driver bus tu, dia bagi duit syiling tapi cuma EUR20.00 je. Takpe, saya ada lagi EUR10.00. Cukup dah tu. Tenkiu brader!..

Dah puas study, tak jumpa jugak slot untuk duit kertas. Aduilaa..
Try tukar dengan driver bus. Dapat syiling EUR20.00. Canteek..
Nampaknya lepas ni kena simpan duit syiling banyak-banyak. Takut terkena lagi macam ni. Kenapa la takde slot duit kertas kat mesin tu. Rasa tak puas hati pun ada. Takkan la orang kat sini sentiasa bawak duit syiling. Kebanyakan diorang guna credit card atau pas bulanan. Macam kita guna touch n go. Tapi untuk tourist takkan la nak beli pas tu kan. Trip pun setengah hari je. Nampak sangat tak mesra pelancong vending machine kat sini. Hihi..

Jenuh laa nak masukkan syiling EUR30.00 dalam mesin tu. Huhu..
Ni diaaa tiket 1 Day JUMP Card..
Hampir 15 minit masa terbuang kat sini. Duit syiling punya hal. Huhu.. Dapat tiket je terus kami turun ke platform di bawah. Train seterusnya sampai dalam masa 5 minit lagi. Makin lama makin ramai orang di platform. Crainhem Metro Station adalah station kedua paling jauh untuk ke bandar Brussels. Yang paling jauh adalah station Stockel, tapi saya pilih untuk parking di P+R Crainhem kerana ia lebih dekat dengan hotel kami. First time nak naik public transport kat Belgium ni. Kat Luxembourg semalam dapat naik bas je sebab lebih convenient.

Gambar macam nak rasmikan tempat ni je. Hihi..
Sempat bergambar sebelum train sampai
Jam 8.45 pagi Metro Line 1 pun sampai. Penumpang dah sedia ramai dari Stockel Station. Kami malas nak berjalan dalam train untuk cari seat kosong. Berdiri je sebab kejap lagi nak turun dah. Sambil berdiri tu kami dapat lihat muka typical orang Belgium. Walaupun nampak sama je muka orang Europe ni, tapi sebenarnya ada sedikit kelainan ikut negara masing-masing. Sama la juga macam muka orang Jepun dan Korea. Sekali imbas nampak macam sama. Huhu..

Train route: Metro Line 1 From Crainhem Station to Montgomery Station
Keadaan di dalam metro train
Curi-curi selfie sambil berdiri. Hihi..
Jam 8.55 pagi kami turun di Montgomery Station dan menunggu tram untuk ke destinasi pertama kami iaitu melihat Atomium. Merasa jugak kami naik kedua-dua jenis railway di sini. Perbezaan di antara kedua-dua jenis railway ialah train lebih kepada heavyweight railway system, manakala tram pulak adalah lightweight dimana ia selalunya bergerak di atas jalanraya. Saje bagi info tambahan. Hihi.. Kalau tengok pada metro map Brussels, ada banyak route yang boleh kita pilih untuk ke satu tempat. Kalau terlajak station boleh turun kat station seterusnya dan naik train/tram yang lain. Kiranya jaringan metro kat sini amat bagus, sistematik dan takkan tersesat, insyaAllah.

Menunggu tram pulak kat Montgomery Station
5 minit menunggu, jam 9.00 pagi Tram Line 7 sampai dan membawa kami ke Atomium. Sebenarnya ada route yang lebih dekat untuk ke sana, tapi saya saje je pilih nak naik tram lama sikit. Naik metro dah selalu dah. Saiz tram tak sepanjang train metro. Tempat duduk pun limited. Tapi ada banyak route line. Tram yang kami naik ni tak ramai orang. Bolehlah duduk sebab perjalanan agak jauh. Lagipun tram bergerak perlahan je kat atas jalan.

Tram route: Line 7 from Montgomery Station to Centenaire Station
Melayan suasana di dalam tram. Slow and steady je pergerakan tram ni..
@ ATOMIUM

Jam 9.25 pagi kami turun di Centenaire Station. Sebenarnya untuk ke Atomium, station yang paling dekat adalah Heysel, satu station di depan. Kami cuma nak tengok je bangunan Atomium tu, bukan nak masuk pun. Dari Centenaire Station boleh nampak Atomium dari jauh. Baru cantik sikit nak amik gambar. Sama seperti di Paris, view Eiffel Tower paling cantik di Trocadero. Kalau dah kat bawah tower, memang nampak sekerat je la. Hihi.. Dari station kami berjalan naik tangga dan terus ke jalan besar yang lurus dan kelihatan Atomium dari jauh. Bangunan Atomium berbentuk replika atom yang besar terletak di hujung jalan. Takde orang pun kat sini. Baru best sikit nak bergambar. Kalau ramai orang, dalam gambar mesti ada kepala orang la, kaki sebelah la. Huhu.. Kami jalan sampai kat roundabout besar dan bergambar sepuasnya..

This is Atomium, Brussels
Atomium adalah di antara landmarks yang popular di Brussels
Atomium dibina semasa Brussels World's Fair pada 1958. Dah lama jugak la kewujudannya di sini. Ingatkan baru lagi. Bila nak datang sini baru study sikit cari info tentang Atomium ni. Hehe.. Kat area ni juga ada satu tempat yang menarik untuk dilawati iaitu Mini Europe. Semua landmarks berskala kecil yang popular kat Europe ada kat situ. Tapi nak masuk kena bayar le. Takpelah, saya nak pergi terus kat semua landmarks yang ada tu. InsyaAllah ada rezeki sampai lah saya. Hihi.. Selesai bergambar, kami berjalan semula ke Centenaire Station. Dalam perjalanan kami nampak 3 buah bas pelancong baru sampai dan ramai tourist yang turun untuk bergambar. Nampak macam dari China je sebab kami yang jauh pun boleh dengar diorang bercakap. Dia ni bercakap dengan orang depan dia ke atau dengan kami? Hahah.. Nasib baik kami dah selesai bergambar. Kami ke seberang jalan untuk tunggu tram sampai.

Bentuk tram di Brussels. Cantik..
Track atas jalan. Hati-hati bila melintas
Setiap station ada screen info tram yang akan sampai..
Antara sebab kenapa saya tak nak drive masuk bandar ialah kerana track tram pun ada sekali. Takut tetiba lalu atas track, pastu jalan jem dan tram ada kat belakang. Camna nak buat ye? Jauh betul imaginasi saya. Haha.. Tapi memang itulah yang saya fikir. Dahla signboard tak faham. Sebaiknya cuba elak dari drive masuk bandar. Public transport dah cukup superb kat sini. Semua tempat menarik boleh sampai dengan naik metro atau tram.

Agak-agak la nak tahan tram cara camni. Hihi..
Dari Centenaire Station, kami naik semula Line 7 menuju ke Araucaria Station. Kemudian kami naik tram Line 3 menuju ke Anneessens Station. Perjalanan mengambil masa hampir setengah jam. Jam 10.20 pagi kami dah tiba di Anneessens Station. Kami ke sini kerana Anneessens adalah tempat di mana majoritinya orang muslim. Ada banyak kedai dan restoran halal di sini. Boleh la nak makan atau buat bekal untuk perut kami. Antara makanan yang kami memang nak sangat cuba di sini adalah Belgian Waffle. Baru la kena dengan kedai My Waffle Shop kami kat Wangsa Maju tu. Hehe.. Tapi takkan la seharian nak makan waffle je. Selain dari restoran halal kat Annessens, saya tag jugak restoran Subway halal kat area tengah bandar. Standby cari kedai banyak sikit, takut dah dekat nak Krismas ni banyak kedai yang dah tutup.

Tram route: Line 7 from Centenaire Station to Araucaria Station
Tram route: Line 3 from Araucaria Station to Anneessens Station
@ ANNEESSENS FLEA MARKET

Keluar je dari Anneessens Station, terus nampak banyak gerai jualan di dataran. Ada flea market rupanya kat sini. Nak kata Christmas market macam bukan je sebab majoriti orang muslim yang berniaga kat sini. Daripada pakaian dan kasut, sehinggalah ke makanan basah dan kering. Pakaian preloved pun ada jugak. Murah je harganya. Bukan itu je, tudung pun ada jual kat sini. Hehe.. Fa dan wife dah mula lakukan gerakan berdua. Pantang nampak kasut. Ada yang teringin nak kasut boot panjang rupanya. Nak pakai kat mana kasut boot tu pun saya tak tau. Tak sesuai nak pakai kat Malaysia sebab panas. Kang melekat terus kulit kasut dengan kulit kaki. Nak bergaya punya pasal, lekat pun lekatlah.. Hihi..

Anneessens area and places of our interest..
Sampai sudah di Anneessens Station
Layankan aje lah.. Tapi memang banyak barang yang murah kat sini..
Lama juga kami kat flea market ni. Barang yang dijual pun agak murah. Tapi kadang-kadang yang murah tu buat tak sedar diri. Banyak jugak duit yang habis sebab beli macam-macam. Tak caya cuba gi Daiso. Hahaha.. Orang kata rugi kalau teringin kat satu benda tu tapi tak beli. Tak kisah la murah ke mahal barang tu. Bukannya selalu datang sini. Nanti takut dah balik Malaysia mimpi tak sudah kat barang yang tak beli tu. Menyesal tiada gunanya. Huhu.. Lebih kurang setengah jam kami meronda kat flea market, kami mencari pulak restoran halal yang berdekatan. Ada banyak restoran halal kat sini. Kami masuk ke satu kedai menjual daging dan ayam. Dari luar kedai nampak ayam tengah bergolek kuning keemasan. Itulah sebabnya kami masuk kedai tu. Tak survey kedai lain dah. Hihi..

Ayam golek menjadi daya penarik. Hehe..
Nama kedai ni LeCoq d'Or. Selain menjual ayam dan daging panggang, kedai ni juga jual ayam dan daging mentah yang halal. Lebih kurang macam kedai Ayamas konsepnya. Kami tengok harga makanan yang dijual. Agak murah juga. Ayam panggang sekor berharga EUR6.00. Yang lagi best, nasi pun ada dijual. Tanpa buang masa, kami order sekor ayam panggang dan dua bekas nasi. Jumlahnya EUR10.00 untuk 4 orang makan. Memang berbaloi-baloi!..

Harga makanan kat kedai ni amat berpatutan. Saya mesti pilih!.. Heheh..
Cadangnya nak makan time betul-betul lapar nanti. Tapi disebabkan takut nasi sejuk, kami pun duduk makan kat kerusi di luar sebab kedai ni takde sediakan tempat makan. Sesungguhnya ayam itu amat sedap sekali. Hahah.. Nasi dia pun boleh tahan juga walaupun warna nasi tu agak menyerlah. Huhu.. Banding dengan ayam Hector Chicken semalam, ayam kali ni lagi best. Lembut dan juicy. Ayam semalam agak kering. Huhu.. Time ni la nak compare ye. Padahal semalam kemain suka dapat makan ayam. Bila dapat yang lagi best, terus banyak komen pasal semalam. Manusia mudah lupa lagi. Jangan jadi seperti kacang ye. Kesian kulit tu dilupakan. Hehe.. Tak dinafikan, memang sedap betul ayam panggang dia. Terbaiklah!..

Orang kedai ni melayan kami dengan baik. Cayalah brader!..
Melayan makanan panas dalam cuaca sejuk dan berangin. Feel habis.. Haha..
Amat berbaloi makanan yang kami beli. Hanya EUR5.00 untuk makanan kami berdua. Cukup kenyang. Alhamdulillah.. Sambil menunggu makanan habis dimakan, saya nampak ada sorang peminta sedekah lelaki berdekatan dengan kami. Dari tadi dia pandang je kami berempat. Nampak pakaian macam takde rupa peminta sedekah pun. Badan pun macam kuat untuk bekerja. Ni kes malas kerja la ni. Negara yang maju macam ni pun ada peminta sedekah. Kalau negara kurang maju lagilah ramai. Saya nak amik gambar dia, tapi takut pulak kalau dia marah. Ingatan lagi sekali untuk diri sendiri, jangan buat pasal kat negara orang. Huhu.. Daripada amik gambar dia, baik amik gambar pemandangan sekitar. Boleh juga buat kenangan. Hehe..

Pemandangan sekitar di area Anneessens. Banyak kedai dan restoran halal di sini..
Selesai makan dan perut pun dah kenyang, jam 11.40 pagi kami teruskan perjalanan ke lokasi berikutnya. Mula-mula ingat nak naik tram tapi cuaca macam best je untuk jalan kaki. Lagipun takde lah jauh sangat tempat yang kami nak pergi tu. Jalan kaki lepas makan bagus untuk penghadaman. Makanan cepat masuk dalam perut. Time ni la baru nak buat. Sebelum ni lepas makan terus pegang remote tv sambil kaki menjulur. Hahah.. Kat luar negara baru rasa rajin nak buat ye. Moga diberikan kesihatan berpanjangan hendaknya. Wallahualam..

*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - HOTEL TAX       : RM23.50
  - METRO TICKET : RM70.50
  - JUMLAH            : RM94.00

*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
  - CHICKEN & RICE : RM23.50
  - JUMLAH             : RM23.50

No comments:

Post a Comment