Wednesday, 2 March 2016

JJCP Western Europe: Day 03 (Part #4)

TARIKH:
21 DISEMBER 2015

LOKASI KEJADIAN:
SAINTE-ODE REST AREA - BUTTE DU LION - HECTOR CHICKEN - CAMPANILE HOTEL BRUSSELS AIRPORT


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kami melalui bandar Bastogne untuk ke destinasi seterusnya. Bastogne adalah salah satu bandar bersejarah di Belgium. Masa perang dunia kedua, Hitler telah mengarahkan askar Jerman untuk serang bandar ni bagi mendapatkan kuasa menjajah di Belgium. Siapa yang suka main game perang seperti Call of Duty mesti pernah dengar nama Bastogne. Saya memang suka main game ni. Tapi sekarang dah tak main dah. Banyak keje lain yang nak dibuat. Hehe.. Kami cuma lalu je bandar Bastogne. Tak sempat nak singgah untuk bergambar kat replika panther tank yang digunakan semasa perang Battle of the Bulge yang famous di sini. Sempat amik gambar dari kereta je. Huhu..

Dah sampai bandar bersejarah Bastogne
Replika panther tank di tengah bandar
@ SAINTE-ODE REST AREA

Dalam perjalanan kami lihat banyak wind turbine di tepi jalan. Mula-mula nampak satu, kemudian makin lama makin banyak pulak wind turbine ni. Fungsi wind turbine ni untuk hasilkan electricity. Disebabkan cuaca masih cerah lagi, kami berhenti kejap kat rest area di kawasan Sainte-Ode untuk berehat dan bergambar. Sebab tu la timing lari dari itinerary. Banyak sangat berhenti. Huhu.. Keluar je dari kereta angin kuat dan sejuk terus terasa. Memang patut pun ada wind turbine kat sini. Mesti banyak elektrik yang dapat dijana kat sini. Hihi..

Driving route: From Luxembourg-Belgium Borders to Rest Area
Wind turbine banyak kelihatan di sepanjang jalan
Bergambar kenangan sebelum cuaca gelap
Kami cepat-cepat masuk semula ke dalam kereta sebab tak tahan angin sejuk yang kuat di luar. Huhu.. Kami teruskan perjalanan dalam keadaan cuaca yang semakin gelap. Cadangan untuk berhenti di destinasi berikutnya terpaksa dibatalkan, iaitu singgah di Butte du Lion atau dikenali sebagai Lion's Mound yang terletak di Waterloo. Kedudukan Lion's Mound ni terletak di atas bukit dan memandang ke arah Paris. Ianya adalah monument untuk mengenang perang yang telah berlaku di tempat yang sama pada zaman dulu. Banyak betul perang kat Belgium ni ye. Dah macam cikgu sejarah pulak saya ni. Huhu.. Kalau nampak bukit tu dari jalan raya boleh la berhenti kejap.

Melayan suasana jalan di Belgium yang semakin gelap..
@ BUTTE DU LION

Kami sampai di area Waterloo jam 5.15 petang. Memang dah gelap pun suasana. Dari jauh kelihatan Lion's Mound tersergam di puncak bukit. Kami mencari hentian sebelah untuk amik gambar. Lagi 1 km nak sampai simpang ke Lion's Mound, jalan pulak jem. View bukit tak nampak sebab dihalang oleh bangunan dan pokok. Rupanya lepas dari traffic light simpang tu terus sampai di pekan Waterloo. Agak menarik jugak pekan dia. Banyak supermarket dan deretan kedai di tepi jalan. Nampaknya tak dapatlah nak amik gambar Lion's Mound dari dekat.

Driving route: From Rest Area to Butte du Lion, Waterloo
Pemandangan Lion's Mound dari jauh je yang sempat kami amik..
Di pekan Waterloo ni ada satu restoran halal dari Lebanon yang terletak di tepi jalan. Disebabkan jalan sesak, kami tengok dulu kedai tu bukak ke tak. Nanti dah cari parking tetiba kedai tutup pulak. Dah la parking susah nak cari kat sini. Yang ada pun jauh dari kedai. Saya cuba ingat balik kedudukan kedai tu. Susah sikit nak recognise jalan bila dah gelap ni. Huhu.. Akhirnya saya jumpa kedai tu, tapi tutup la pulak. Haduii.. Perut dah lama kosong ni. Last makan masa kat hotel pagi tadi. Setakat makan roti yang dibawa bekal untuk alas perut. Tapi masa ni dah tak cukup untuk alas je. Kena makan berat jugak. Huhu.. Saya stop kejap kat parking lot dan google mencari restoran halal yang lain. Nasib baik pocket wifi ada kuota lagi. Hihi..

Jalan agak sesak di pekan Waterloo
Saya cuba mencari kedai halal yang berdekatan dengan Waterloo tapi tak jumpa. Terpaksa cari yang dekat dengan hotel di Brussels. Saya sebenarnya kalau boleh taknak drive masuk bandar. Takut jalan lagi jem teruk kat bandar. Huhu.. Daripada listing yang ada dalam zabihah.com saya pilih restoran Hector Chicken yang terletak di pinggir bandar Brussels. Harap tak kena jem jalan ke sana. Jalan jem dan perut yang kosong amat tidak sesuai untuk digabungkan. Hehe.. Saya set dalam Here Maps dan terus ke sana. Lagi 18 km untuk sampai ke destinasi. Bertahan ye wahai perut, dengan harapan Hector Chicken masih bukak lagi. Huhu..

Driving route: From Waterloo to Hector Chicken, Brussels
Jam 6.10 petang kami dah mula masuk ke jalan bandar di Brussels. Jalan dah mula banyak simpang dan traffic light. Itulah yang malas nak drive masuk bandar. Huhu.. Lapar punya pasal, lagipun dah takde pilihan terpaksa la drive jugak. Tapi nasib baik hanya di area pinggir bandar, takde lah rasa sesak sangat. Hihi.. Sambil menikmati pemandangan malam dan fokus pada pemanduan, kami jumpa juga Hector Chicken yang masih beroperasi. Yeay.. Restoran dah jumpa, tapi yang jadi masalahnya parking pulak takde. Huhu.. Kami mencari parking di kawasan perumahan yang tak berapa jauh dari restoran. Beberapa kali jugak kami lalu jalan yang sama, dengan harapan ada kereta yang keluar parking. Akhirnya kami jumpa satu paking space kat depan pintu rumah orang. Takut juga kalau parking tu khas untuk rumah kat situ. Bila dah lapar ni memang tak fikir apa dah. Yakin je la yang parking tu untuk orang awam. Dah la kawasan tu agak gelap. Huhu.. Dari parking kami berjalan dalam 10 minit untuk ke Hector Chicken. Masa untuk makan!.. Hahah..

@ HECTOR CHICKEN

Alhamdulillah restoran masih bukak lagi. Hihi..
Ada macam-macam set makanan yang dijual di sini. Perut kosong memang nampak semuanya menarik. Kalau boleh nak order semua. Hihi.. Wife saya kalau dia lapar sangat, awal-awal lagi dah sebut nak beli 2 set. Tapi satu set belum tentu habis. Nafsu je lebih. Hehe.. Kat oversea portion makanan selalunya besar untuk sorang makan. Tengok je la saiz diorang. Huhu.. Kami pilih set menu yang agak menarik untuk dicuba. Harga pun boleh tahan juga. Jangan convert tau. Nanti sakit hati dibuatnya. Time ni la teringat harga makanan kat Malaysia. Aduhai..

Geramnya tengok ayam goreng tu. Cepat la order!.. Hihi..
Ingat, jangan darab dengan 4.7 ye.. Haduii..
Walaupun cuba menahan dari taknak convert, tapi tetap tak boleh punya. Mesti nak kira jugak. Huhu.. Bila difikirkan balik, ini lah makanan berat kami untuk hari ni. Maggi cup pagi tadi dah lama hilang dari dalam perut. Makan berat sekali sehari dah cukup pada saya. Tapi pada orang lain tak tau le. Selagi takde budak-budak dalam trip memang boleh la nak buat camtu. Kalau ada dah tentu banyak kali berhenti cari makan. Itu belum kira berhenti cari tandas lagi. Huhu.. Kalau trip leisure memang kami bawak anak-anak. Ini trip jejak pantas namanya, tak sesuai bawak budak bawah umur sebab nak kejar masa. Tak sampai 10 minit menunggu, makanan kami pun sampai. Fuhh, lega betul bila nampak ayam depan mata. Hihi..

Portion untuk sorang. Ada fries sekali tau. Haa, makan sampai lebam. Hehe..
Muka kembali ceria. Hahaha..
Sebenarnya boleh je satu portion tu makan untuk 2 orang. Kira save jugak la kan kalau beli satu je. Tapi nafsu makan melebihi segalanya. Lagipun Hector Chicken ni takde kat Malaysia. Bila lagi nak merasa. Tak abis boleh tapau. Takdelah breakfast kena makan maggi je. Hihi.. Kami menikmati makanan dengan penuh penghayatan. Feel abis. Hehe.. Best betul bila dapat makan time perut betul-betul kosong. Kalau ada fries memang saya suka makan dulu sebab fries bila sejuk tak sedap. Nak abiskan fries pun punyalah lama. Banyak betul dia bagi. Huhu.. Last-last dapat makan ayam sikit je. Perut dah full. Bahaya bila perut kenyang sangat. Mulalah rasa malas dan mengantuk. Sebab tu Rasullullah ada berpesan, bila makan tu berhenti sebelum kenyang. Ada kesan disebaliknya. Manusia mudah lupa.. Bila lapar tahap melampau, lagi mudah terlupa semua benda. Huhu.. Nasib baik la hotel dekat je dari sini.

Menu dinner hari ni dan breakfast esok pagi. Pakej 2 dalam1. Hehe..
Selesai makan dan berborak, jam 7.50 malam kami bertolak menuju ke hotel. Takde lah jauh sangat hotel tu dari sini, tapi disebabkan banyak traffic light dan road constructions, perjalanan kami mengambil masa hampir 20 minit untuk sampai di Campanile Hotel Brussels Airport. Lega rasanya bila nampak signboard hotel dari jauh. Tadi tak sabar nak tengok ayam, kali ni tak sabar nak tengok katil. Hahah..

Driving route: From Hector Chicken to Campanile Hotel Brussels Airport
@ CAMPANILE HOTEL BRUSSELS AIRPORT

Sama seperti Hotel Premiere Classe, Campanile Hotel juga adalah budget hotel chains di Europe. Selalunya budget hotel ni yang paling murah mesti kat area airport. Mungkin kerana hotel ni majoritinya adalah kegunaan penumpang flight transit, sebab tu rate dia murah kot. Entah la, tapi asal saya survey rate hotel paling murah mesti dapat yang dekat dengan airport. Tak kisah la, janji murah dan tak jauh tersasar dari route perjalanan kami.

Sampai juga di sini..
Perhati betul-betul.. Ada tourist tax EUR5/night/person. Harap maklum..
Masa booking kat internet takde pulak dia mention kena bayar tax. Ingatkan dah bayar semuanya termasuk tax bagai. Rupanya tak kira lagi. Tourist tax kena bayar bila dah sampai sini. Huhu.. Baru ku tahu. Teringat hotel Travelodge dan Premier Inn kat UK dulu. Takde pun kena bayar extra tax. Rate pun lagi murah walaupun bayar pakai GBP. Macam ni rupanya permainan hotel kat Europe ni ye. Huhu.. Nak buat camna, ini je option yang ada untuk hotel yang murah. Kalau nak lagi murah pun ada. Boleh tidur kat hostel dengan tourist yang lain. No privacy and unsecure. Paling murah dalam sejarah travel saya ialah bermalam dalam kereta kat rest area highway dari Canberra ke Melbourne. Free of charge. Hehe.. Selamba je parking kat area lori-lori besar, bukak tingkap sikit dan tidur. Masih teringat lagi kenangan 2011 tu. Huhu.. Apa-apa pun pilihan di tangan anda..

Harga untuk 2 bilik.. Tak termasuk tourist tax.. Huhu..
Campanile Hotel ni konsepnya sama macam motel, bentuk seperti rumah panjang. Ada 2 tingkat, tapi saya suruh wife saya mintak bilik bawah. Letih la nak angkut beg naik atas. Huhu.. Nasib baik dapat. Bilik pun banyak yang kosong. Kat parking space cuma ada 2 kereta je. Angin malam punyalah kencang. Sejuk giler!.. Saya parking betul-betul kat depan pintu bilik, cepat-cepat angkat beg masuk bilik. Keadaan dalam bilik amat selesa. Cerek pun ada. Senang nak masak maggi dan buat air. Hihi. Kat Hotel Premiere Classe tak disediakan cerek. Bilik pun kecik. Kami suka la bilik kat Campanile Hotel ni. Yang tak suka kena bayar tax tu je. Huhu..

Amat selesa. Bilik air pun besar, ada bathtub lagi. Terbaik..
Jam baru pukul 8.30 malam. Banyak masa untuk berehat. Boleh la nak berendam air panas kat dalam bathtub. Hihi.. Tengok tv pun bukannya faham. Layan channel mtv je la daripada beratus channel yang ada. Nasib baik lagu omputih tak alihsuara ke bahasa dia. Hehe.. Seperti biasa, sebelum tidur saya akan update aktiviti dan kos yang dah digunakan pada hari ni. Sedapnya bila dapat baringkan diri. Tak sedar pukul berapa mata terlelap. Menunggu hari esok untuk merasai pengalaman yang baru dalam hidup kami. Wallahualam..

Day 03 estimated driving mileage: 336km
*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - CAMPANILE HOTEL : RM215.80
  - JUMLAH                  : RM215.80

**DAY 03 COMPULSORY EXPENSES: RM253.40

*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
  - HECTOR CHICKEN : RM91.20
  - JUMLAH                : RM91.20

**DAY 03 MEALS EXPENSES: RM91.20

2 comments:

  1. Salam Tuan, first time nak drive ni kekok tak? saya plan nak ke Europe end of year with small kids, so preferably nak roadtripping la. Tapi tak pernah lagi drive on the right hand side of the road (left hand driver). Boleh share tips tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..

      First time bawa left-hand drive memang kekok. Tapi hanya untuk 30 minit pertama je. Lepas tu dah ok. Left-hand drive means roundabout pun terbalik ye. Anticlockwise. Kat europe banyak roundabout. Kalau roundabout besar selalunya ada divider, means kena masuk lane yang betul supaya dapat keluar simpang yang betul. Tak perlu risau sangat tentang drive kat europe. Orang sana lebih berhemah dari kita. Hehe.. Yang penting pastikan jangan lebih hadlaju sebab banyak kamera. Huhu..

      Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete