Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Disebabkan dah kerja di KPM, maka takde dah kelebihan cuti sekolah. Orang seronok cuti beraya, tapi saya dah masuk kerja hari raya ke-4. Bukan tak suka raya lama-lama, tapi sebab nak save baki cuti yang ada. Mana tau hujung tahun nanti ada trip ke luar negara. Baik simpan siap-siap baki cuti yang ada. Suka la officemate saya sebab ada wakil sektor yang bekerja. Tapi duduk kat opis pun takde nak buat apa. Ramai yang masih bercuti. Saya cuma update laporan dan data. Sambil tu mengemas meja yang tak pernah kemas tu. Huhu.. Bawah meja belambak fail tahun-tahun dulu. Nak lupuskan kena guna paper shredder sebab banyak data yang sulit. Inilah masa yang sesuai. Heheh.. Sambil tu belek jugak smartphone cek tiket flight. Selalunya waktu lunch saya tak keluar makan kalau time breakfast dah makan berat. Faktor nak save duit pun ada juga tu. Hihi.. Diet konon..
|
Fail bawah meja yang dah berusia bertahun lamanya. Huhu.. |
|
Paper Shredder.. Peneman di kala kesunyian di opis.. |
Time lunch saya amik peluang browse tiket flight. Masa ni saya belajar satu benda baru dalam pencarian tiket flight murah. Antara website yang popular untuk compare harga tiket flight adalah Skyscanner dan Kayak. Dapat tiket murah, saya bukak pulak website flight company berkenaan. Kadang-kadang harganya lebih murah, macam tiket flight dari Busan ke Jeju Island tahun lepas. Beli direct kat website Air Busan lebih murah berbanding website yang lain. Apa yang saya perhatikan, beli tiket transit flight lebih murah, cuma masa perjalanan lebih panjang sebab kene transit turun naik flight. Kalau orang bekerja memang akan cari direct flight. Apa ada hal, company yang bayar tiket flight pun. Bukan keluar duit sendiri. Hahah..
|
Popular travel search engines.. (Ihsan Google Images) |
Saya mencari kalau ada flight transit di Singapore. Boleh singgah Hard Rock Cafe kat dalam Changi Airport. Tambah koleksi t-shirt HRC lagi. Hehe.. Tapi malangnya takde yang murah. Semua destinasi pilihan saya cari. Hong Kong, Macau, Turkey, New Zealand, Gold Coast.. banyak lagi lah. Wife saya pun mencari juga kat opis dia. Lastly, saya dapat satu tiket flight murah ke destinasi yang amat sukar untuk dilepaskan. Hihi.. Flight gi mana tu? Jeng jeng jeng.. Penjelasan di perenggan berikutnya. Hahah..
|
HRC Changi Airport. Kena ada tiket flight baru boleh masuk. (Ihsan Google Images) |
Saya dapat tiket flight yang agak murah ke Paris. Tiket berharga RM1716/return per person. Boleh tahan jugak murahnya. Pergi 19 Disember 2015 dan balik 1 Januari 2016. Celebrate new year dalam flight la nampaknya. Hahah.. Naik Vietnam Airlines, dah tentu kena transit di Ho Chi Minh City, Vietnam. Nampaknya kali kedua saya akan ke Paris. Ho Chi Minh saya dah pernah sampai sebelum ni. Saya tak ceritakan dalam blog sebab masa tu business trip. Pergi kerana nak borong barang dengan kengkawan bisnes. Gambar yang saya amik pun cuma barang-barang yang nak dibeli seperti telekung, beg, pakaian dan lain-lain. Siapa yang pernah ke HCM mesti tau kan. Hehe.. Wife saya pun pernah ke HCM atas urusan bisnes. Dia pergi dengan kengkawan dia. Cuma satu je misi di HCM yang belum selesai, iaitu singgah ke Hard Rock Cafe di situ. Syarat nak beli t-shirt kena ada dua-dua sekali di tempat kejadian. So, kami berdua dah pernah sampai sebelum ni, maka inilah peluang untuk singgah ke HRC. Flight dari KLIA akan turun di HCM waktu malam, kemudian flight ke Paris pada pagi esoknya. Sempat la nak beli t-shirt HRC malam tu. Heheh..
|
RM1716/return per person. Plus processing fee RM55. Berbaloi jugak.. |
Sebelum confirm beli tiket, saya bincang dengan wife destinasi mana nak jelajah di sana. Wife saya dari dulu lagi dah target nak ronda western part of europe, masuk beberapa negara. Cadangan awal nak ke 4 negara iaitu France, Belgium, Netherlands dan Germany. Kemudian ada perubahan pulak, teringin nak ke Scandinavian country. Pastu ubah lagi, nak pusing 9 negara pulak. Andalusia pun ada dalam cadangan. Huhu.. Semuanya kena confirmkan dalam masa sehari sebab takut harga tiket flight jadi mahal kalau beli hari lain. Memang selalu macam tu. Kadang-kadang bila dah keluar website, bukak balik terus lain harga. Selalunya makin mahal la harganya. Haduii..
|
Europe Map. Negara mana nak explore ni?.. (Ihsan Google Images) |
Discuss dengan wife thru phone, kemudian sambung dengan whatsapp. Akhirnya kami amik keputusan akhir untuk layan trip jelajah 9 negara. Barulah bertambah banyak koleksi negara yang dah dilawati dalam kalendar hidup kami. Dapat masuk setengah hari dalam satu negara pun dah cukup. Janji dapat jejak kaki. Heheh.. Setelah yakin dengan keputusan yang dibuat, kami pun beli la tiket flight ke Paris. Maka dengan ini, bermulalah episod pening kepala menyusun itinerary dan mencari info sebanyak mungkin seperti sebelum ni. Huhu.. Letih sebenarnya nak susun itinerary yang sesuai dan padat dengan aktiviti. Yang penting puas hati time jelajah nanti.
|
Trip 9 Negara. Harap berjayalah hendaknya.. (Ihsan Google Maps) |
Disebabkan ekonomi agak merudum, saya bercadang nak ajak kawan-kawan travel yang lain untuk join trip kami. At least ada kos-kos yang boleh dikongsi. Ramai juga yang saya call. Tapi macam biasa, jawapan mesti standard dan dah boleh agak punya. Takde masalah, yang penting kami dah mengajak. Nanti bila upload gambar takde la diorang terasa jeles dan terkilan sangat. Heheh.. Daripada ramai kawan yang saya contact, akhirnya kawan saya Fa dan husband, Abg Fikri yang ikut trip ke Jepun sebelum ni berminat nak join. Dia tak pernah pergi europe sebelum ni. Nak pergi ikut tour agency dah tentu costly dan kena ikut itinerary dan timing diorang. Dia pernah cerita kena sound dengan tour guide masa trip ke China sebab lambat. Huhu.. Memang itulah realitinya, kena fikir juga tourist lain yang ikut tour tu. Mana boleh ikut suka je nak ronda lama-lama kat satu tempat. Entah kenapa saya masih teringat kena sound dengan tour guide Jepun sebab lambat seminit. Pengalaman mendewasakan diri. Huhu..
|
Fa dan Abg Fikri lagi sekali join trip kami. Terbaiklah!.. |
Tiket flight kami beli pada 21 Julai 2015 dan tiket untuk Fa dan husband keesokan harinya. Nasib baik harga tiket masih sama. Kalau tak nanti jadi macam trip Jepun. Tiket flight MAS kami untuk berdua sama harga dengan tiket flight Air Asia diorang untuk seorang. Huhu.. Ada sorang lagi geng travel saya, Neeza dan husband, Mizie yang saya ajak. Saya belum pernah lagi buat trip bersama tapi diorang amat berminat nak ikut sekali. Disebabkan dah bulan Julai, malangnya cuti diorang dah tinggal sikit. Kalau tak trip ni ada 6 orang semuanya. Trip ke luar negara dengan geng sekepala mesti best punya. Takde rezeki Neeza dan husband ikut trip kami kali ni. Ada peluang boleh join trip yang lain pulak, insyaAllah. Fa dan husband letak 100% tanggungjawab menyusun itinerary kat saya. Diorang ikut je ke mana saya bawak jalan di sana nanti. Kalau macam tu senang sikit saya nak susun itinerary. Saya akan pastikan tempat-tempat yang menarik untuk dilawati, walaupun saya sendiri tak pernah ke sana. Mr. Google sedia membantu, insyaAllah. Even kalau masa tak cukup dan tak sempat nak pergi, saya akan sediakan option kedua dalam itinerary.
|
Neeza dan Mizie.. InsyaAllah next trip kita gi sesama ya.. |
Selesai sudah hal membeli tiket flight. 4 orang akan sertai trip yang saya sendiri buatkan. Fa dan husband cuma perlu bagi duit je untuk booking apa yang patut. Hehe.. Episod pening kepala tampal koyok akan bermula. Dulu masa kat sekolah, balik petang sempat lagi cari info. Kali ni dah kerja office hour, sampai rumah pun dah nak masuk maghrib. Entah sempat ke tidak saya nak mencari info sebanyak mungkin dalam menyusun itinerary yang terbaik untuk trip ke western europe. Banyak negara nak cover tu. Huhu.. Cubalah curi masa sikit. Jangan curi tulang sudah. Siapa kata kerja kat KPM mudah? Hmmm.. Wallahualam..
|
Passenger Itinerary. Muslim meal kena request siap-siap.. |
*Kos wajib untuk 2 orang:
- Flight ticket : RM 3487.00
- Jumlah : RM 3487.00
Assalam En Anuar.Flight ticket ke paris tu beli brp bln awal dr travel date?Kena transit brp jam di Ho Chi Minh?
ReplyDeleteWaalaikumsalam Putri.
DeleteSaya beli tiket flight tu dalam hujung bulan Julai, lepas hari raya. Masa pergi transit di HCM 12 jam, time balik cuma 2 jam je. Tq for reading my blog!.. :)