Wednesday, 27 January 2016

Tahun 2015: Ekonomi kurang stabil..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tahun 2015 adalah tahun yang mencabar buat semua rakyat Malaysia. Harga barang makin meningkat. Kenaikan gaji pulak tak selaras dengan kenaikan harga barang. Aduhh, memang terasa betul. Paling terasa masa shopping bulanan barang rumah. Dulu belanja dalam RM300 boleh dapat satu troli. Sekarang pun dapat juga, tapi bila diletakkan anak dalam troli tu sekali. Huhu.. Sebagai rakyat biasa, apa yang boleh dilakukan selain bekerja keras untuk menambah pendapatan keluarga. Tambah pula minat travel tu masih mendalam, membuatkan diri sanggup bekerja lebih masa. Nak mengadu dan mengamuk dalam media sosial bukan dapat apa pun. Baik fikir apa yang nak dibuat untuk cari duit lebih. Sambil tu berdoa agar ekonomi negara Malaysia kembali pulih seperti sediakala. Kipidap! Dongibab!.. Heheh..

Ringgit amat lemah buat masa ni (Ihsan Google Images)
Tahun ni juga saya berpindah tempat kerja lagi. Bulan Jun 2014 saya berpindah ke SMK Seri Hartamas. Belum cukup mesra dengan guru-guru, murid-murid dan persekitaran sekolah, bulan April 2015 saya berpindah ke tempat lain. Kali ni bukan pindah ke sekolah, tapi ke Kementerian Pendidikan Malaysia. Mulalah ramai yang bertanya adakah saya ni dah tak minat nak mengajar. Kemudian keluarlah ayat-ayat yang kurang sedap didengar. Biasalah, kebanyakan guru-guru di sekolah memang tak suka dengan orang KPM. Katanya KPM ni kerja mengarah je, yang kena buat kerja semua cikgu kat sekolah. Saya masuk ke KPM ada sebabnya. Demi masa depan. Masing-masing ada perancangan hidup kan. Takpe, biar saya masuk dulu dalam KPM ni. Nak tengok betul ke kerja kat KPM ni mudah seperti yang dikata. It's a new environment for me. Cabaran baru dalam hidup saya.

Cuba tukar angin pulak. Harap dapat sesuaikan diri, insyaAllah..
16 April 2015 secara officialnya saya menjadi warga KPM yang terletak di Cyberjaya. Minggu pertama bekerja dah kena gi outstation. Saya takde masalah untuk travel. Dah memang hobi suka travel pun. Hehe.. Tapi travel kerana kerja kenalah fokus. Cukup sebulan di KPM, saya dah pergi ke semua negeri kecuali Sarawak. Banyak betul pengalaman yang saya dapat walaupun baru sebulan di KPM. Kerja mudah ke? Apa yang saya nampak, workload di KPM lebih kurang sama je macam di sekolah, cuma berbeza cara kerja. Di KPM lebih kepada kerja buat paperwork dan office work. Tapi masa di sekolah saya ada banyak masa dengan keluarga. Bukan setakat tu je, boleh buat tuisyen lagi. Kerja di KPM still kena bawak balik kerja kat rumah. Tetiba bos call tengah malam nak laporan, memang kelam kabut jadinya. Tak boleh tidur dibuatnya. Huhu..

My workspace @ KPM
Kerja tetap kena diteruskan dengan penuh tanggungjawab. Cari duit lebih pun kena juga. 'Travel bug' punya pasal la ni. Huhu.. Dengan cuti sekolah yang dah takde dan tuisyen pun mula berkurang, saya mencari jalan lain untuk mencari extra money for travelling. Sedang badan masih kuat dan bertenaga saya membuat kerja tambahan. Asal benda yang boleh dibuat duit saya jual. Tapi bukan jual benda haram ye. Tak berkat nanti. Hehe.. Sambil menjual tu sempat juga browse flight deals. Semua flight company saya dah buat bookmark dalam komputer. Hahah.. Dari hari ke hari takde deal yang menarik. Takdelah rushing nak travel pun. Sebenarnya saya dah bincang dengan wife, kalau boleh tahun ni stop travel dulu sebab ekonomi kurang baik. Check currency rate, GBP1 = RM6.80.. Fuhh.. memang tinggi sangat tu. Tahun 2012 saya travel ke UK masa tu baru RM5.00. Euro lak RM4.20 je time tu. Lemah sungguh ringgit Malaysia sekarang ni.

Antara cara nak dapat duit lebih.. Car Boot Sale!..
Dah set dalam diri setahun mesti keluar negara at least sekali. Tak kisah la ke mana pun. Thailand pun jadi. Hehe.. Singapore dah selalu sangat. Itu lah masalahnya bila dah terkena penyakit 'travel bug' ni. Saya cakap kat wife kalau tak dapat tiket flight murah, self-drive masuk Thailand pun best jugak. Itu option terakhir kalau tak jumpa best deals. Lagipun saya memang tak pernah ke Thailand. Dapat melawat Krabi dan Phuket pun seronok jugak. Hehe.. Dah nak masuk bulan Ramadhan, masih tak jumpa lagi deal yang menarik. Mungkin lepas raya baru ada sale kot? Pencarian masih diteruskan. Harap berjumpa harga tiket flight murah lepas raya nanti. Wallahualam..

Mencari dan masih mencari.. (Ihsan Google Images)

No comments:

Post a Comment