Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kenangan mengembara mencari pengalaman di Jepun pada Nov 2013 masih segar dalam ingatan. Bukan saja Jepun, malah UK, Paris, Indonesia dan Australia juga masih kekal lagi dalam ingatanku. Trip ke Singapore yang berjiran dengan kita pun masih lagi ku ingati. Saya bukanlah seperti mereka yang hidup senang lenang, bila-bila masa je boleh gi travel. Just call the travel agent, letak duit sebanyak mana yang dikenakan, dan menunggu masa untuk travel. Semua dah tersedia. Mudah je kan?. Hehe.. Kepada yang kerja berpangkat tinggi dan company pulak banyak di luar negara, sediakan passport jelah. Travel free sebab urusan kerja. Bestnya kalau dapat peluang macam tu. Tapi pernah juga saya bertanya pada kawan yang selalu ke oversea atas urusan kerja. Katanya mula-mula excited la, tapi kalau dah selalu jadi bosan pulak. Huhu.. Entahlah, saya tak pernah merasa naik flight free ni. Kerja sebagai cikgu, kalau travel pun dalam semenanjung je. Itupun kadang-kadang disediakan bas, sebab tak boleh claim jika naik kereta sendiri. Huhu.. Nasib badan. But I love my job!. Pelajar pun suka belajar dengan saya. Tak caya boleh tanya diorang. Hehe.. Tak pernah menyesal menjadi guru walaupun dulu pernah berkata yang kerja guru ni adalah pilihan ke 101 dari 100 pilihan kerja yang saya suka. Huhu.. Masa merubah segalanya. Kadang-kadang yang kita tak suka tu akhirnya menjadi kesayangan kita..
|
Uishh.. Banyaknya buku tak bertanda kat belakang tu. Hehe.. |
Alhamdulillah, syukur kepadamu Ya Allah kerana dikurniakan kesihatan dan rezeki yang baik kepadaku. Daya ingatan yang baik membuatkan saya boleh ingat semua pengembaraan saya di bumi Allah ini. Sebab tu cerita perjalanan saya dalam blog ni agak detail dan kompleks. Terima kasih pada pembaca yang memberikan komen yang terbaik untuk diri saya membuatkan saya bertambah rajin untuk menulis pengalaman hidup saya, walaupun lama tak update. Huhu.. Banyak sangat kerja di sekolah yang membuatkan saya agak sibuk sejak kebelakangan ni. Cuba curi masa untuk menulis tapi tak berkesempatan.
|
Banyak pengalaman yang telah ku perolehi. Alhamdulillah |
Blog ni saya wujudkan dulu tujuannya adalah sebagai online diary saya. Kenangan mencari pengalaman di negara orang. Untuk pengetahuan, saya tak pernah pun ceritakan pada kawan-kawan saya. Cuma adalah juga saya share dengan beberapa orang yang memiliki hobi suka travel macam saya ni. Bukannya apa, saya tak berapa gemar dengan jawapan balas dan respon dari orang-orang yang tak minat travel ni. Daripada saya tensen mendengarnya, baik takyah cerita. Hehe.. Sebab tu saya jarang bukak facebook. Pada saya fb ni ada bagusnya, dan ada juga buruknya. Yang baiknya adalah kita boleh la tau apa perkembangan baru kawan-kawan kita. Nak tau part mana buruknya pulak bila baca komen orang ramai tentang suatu isu. Even orang yang nak buat benda baik pun kena kecam. Apa daa.. Ada saja yang negatif. Nak buat camna, memang itu perangai manusia. Saya juga ada kelemahan. Cuba jauhi selagi terdaya, insyaAllah..
|
Whether u like it or not.. Ihsan Google Images |
Terkejut juga bila tengok bilangan pembaca blog saya ni. Ramai juga.. Itulah orang kata, marketing melalui mulut ni lebih power dari segalanya. Tak kiralah benda baik atau buruk. Sama je rate dia. Hehe.. Terima kasih kepada yang memberi komen dalam blog saya. Ramai yang bertanya soalan pada saya especially mintak contoh itinerary dari saya. Ada juga yang mintak saya buat buku. Uishh, memang itu impian saya. Tapi, pada saya buat masa ni biarlah blog ni menjadi buku saya. Ada juga yang suruh saya kenakan caj untuk itinerary saya. Hmm, tak perlulah sampai macam tu. Saya tau buat blog ni boleh menjana pendapatan sampingan. Cuma saya rasa setakat cerita mengenai perjalanan hidup saya tak perlulah nak diperdagangkan. Just share my little knowledge. Rezeki tu ada di mana-mana. Tapi macam best je kan kalau dapat buat buku.. Hehe.. Wallahualam.. Apa-apa pun blog ni telah membuatkan saya dapat ramai kawan baru dalam hobi travelling ni. Ada yang teringin nak join saya untuk trip berikutnya. Why not?.. Takde masalah bagi saya. Lagi best kalau dapat yang sekepala. Tak nak ramai-ramai, nanti banyak hal-hal lain berlaku. Hehe.. Yang berminat tu dah tentu faham bagaimana cara saya travel kan. Trip sendirian berhad.. Letih melangkah tapi luas pemandangan. Hehe..
|
Moga ianya berkekalan dan berterusan dalam memberi maklumat.. InsyaAllah |
Sekarang dah masuk tahun 2015.. My last update was a 2nd trip to Singapore with family. Itupun pada hujung tahun 2013. Apa cerita 2014? Kata nak buat annual event pengambaraan ke luar negara? Adakah masih ada peluang untuk saya mengembara mencari pengalaman? New adventure, new location, new experience? Hmm, sebenarnya ada cerita untuk 2014.. Entry ni ditulis sebagai warming up sebelum bercerita panjang lebar lagi.. Lama tak update blog la katakan. Hehe.. Harap diberi kekuatan dariNya untukku kongsi pengalaman hidup mengembara di bumi Allah yang terbentang luas ini. Wallahualam..
Sempoi bro !
ReplyDeleteHaha.. Tq for reading my blog bro!.. :)
Delete