Friday, 19 December 2014

JJCP Singapore: Re-entry.. Personal matters

Tarikh: 15 Disember 2013
Lokasi kejadian: Singapore

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Trip ni dah berlaku setahun yang lalu. Lama betul nak post dalam blog ni. Huhu.. Awal bulan Disember 2013, saya dan wife plan nak bawak anak-anak mandi di Legoland. Cuti sekolah, sambil tu nak sambut birthday anak sulung saya yang ke-9 tahun pada 16 Disember. Last minute, my wife bagi idea. Katanya alang-alang dah ke Johor, best jugak kalau dapat masuk Singapore kejap. Masuk day-trip je untuk selesaikan misi penambahan koleksi HRC t-shirt dan Starbucks citymug. Bernas sungguh idea isteriku.. Hmmm, memang bernas. Yang menjadi persoalan, mana satu yang utama, Legoland atau Singapore? Macam boleh agak je mana satu yang menjadi priority. Hehe..

Singapore, JPO or Legoland? Let my wife decides. Hehe..
Mula-mula cadang nak drive kereta masuk ke Singapore, tapi disebabkan malas nak setelkan hal VEP dan beli Autopass bagai, saya minta wife carikan kereta sewa beserta driver sekali. Bayar dan duduk diam macam boss masuk ke Singapore. Hehe.. Disebabkan last minit punya plan untuk masuk Singapore, kami dapat sewa kereta Proton Exora beserta driver sekali yang bernilai RM450 untuk trip seharian di sana. Bayarkan aje lah.. Huhu..

@ Orchard Road

Tepat jam 8.00 pagi driver sampai kat depan hotel kami di area Nusajaya. Sambil menunggu turn melepasi imigresen, saya menulis form yang diperlukan untuk masuk Singapore. Agak ramai juga yang nak masuk Singapore pagi-pagi ni. Driver tu kata Ahad malam paling teruk jem kalau nak masuk balik ke Malaysia. Tunggu je la malam ni. Huhu..

Sudah sampai di Orchard Road
@ Hard Rock Cafe Singapore

Selesai hal di sempadan, driver terus bawa kami ke area Orchard Road. Jam 11.30 pagi kami tiba di depan HRC Singapore. Fuh, lama betul kami berada kat border tadi. Huhu.. Perkara wajib adalah bergambar dulu di depan HRC. Takde replika gitar, tapi ada replika kereta kat bahagian atas. Cool..

HRC Singapore & Starbucks location @ Orchard Road
Di depan HRC Singapore.. Yeahh!!..
Teruja tengok design baju yang cantik-cantik..
Selesai urusan pembelian design baju yang masih belum ada dalam almari kami, kami teruskan perjalanan di sepanjang Orchard Road. Kawasan ni antara tempat hangout yang paling popular di Singapore. Butik-butik yang branded semua ada di sini. Tapi kami bukan nak masuk ke dalam butik, cuma mencari Starbucks untuk menambah koleksi citymug kami.

Thanks to HRC staff for taking our pictures..
@ Starbucks Orchard Road

Tak sampai 10 minit berjalan di sepanjang Orchard Road kami jumpa Starbucks. Terus masuk dan beli satu citymug sebagai koleksi kenangan. Masih banyak lagi Starbucks citymug yang saya belum ada. Trip ke Australia, Paris dan juga UK saya tak beli pun. Time tu belum terdetik lagi hobi mengumpul citymugs. As for HRC t-shirt, cuma Sydney je masih dalam pencarian. InsyaAllah ada rezeki boleh jalan-jalan ke sana lagi. Mana tau tetiba Air Asia bagi tiket bawah RM500/return ke Sydney. Hmm, dalam mimpi je lah.. Huhu..

Di depan Starbucks di Orchard Road
Amik gambar dulu seround kat Orchard Road
@ Resorts World Sentosa

Seterusnya jam 1.00 petang kami bergerak ke Resorts World Sentosa. Kat situ ada satu lagi HRC. Hard Rock Hotel juga terletak di situ. Driver turunkan kami di bahagian parking di bawah bangunan. Dari situ kami berjalan ke area pintu masuk Universal Studios Singapore dan terus mencari HRC yang terletak di tingkat atas. Agak meriah jugak suasana di sini. Hari minggu memang ramai family bawak anak-anak masuk USS. Menangis la kena beratur panjang nak layan permainan dalam tu, especially Transformers. Dulu hampir 2 jam beratur untuk naik kapal Transformer yang beraksi tak sampai 10 minit tu. Penat berdiri je menunggu turn. Nasib baik la saya ni cikgu, dah biasa berdiri lama time mengajar. Moral of the story, kalau nak pergi USS better amik cuti dan pergi time weekdays. Tak lama sangat menunggu. Sama jugak seperti Legoland dan Genting Highlands.

Di Resorts World Sentosa.. Meriah!..
Amik gambar Universal Globe kat luar je..
Senario yang sama apabila sampai di HRC, bergambar di luar dan masuk untuk memilih design yang berkenan di hati. Mula-mula check dulu nama tempat pada t-shirt. Kalau sama seperti HRC di Orchard Road baik tak payah beli. Rupanya lain. Di Orchard Road tertulis 'Singapore' dan di sini tertulis 'Sentosa'. Terpaksalah beli jugak sebab nama tempat berbeza. Habis lagi duitku.. Huhu.. Hobi punya pasal, nak buat macamana..

HRC Sentosa @ Resorts World Sentosa
Gambar wajib bila di depan HRC
Selesai di HRC Sentosa, kami bercadang untuk ke Changi Airport, sebab di situ ada satu lagi HRC. Tengok kat internet, pernah nampak t-shirt unik yang tertulis 'Changi Airport'. Bila tanya pada staff HRC, lokasi HRC di Changi Airport terletak kat belah dalam, maknanya kena check-in flight baru boleh masuk. Huhu. Nampaknya untuk trip oversea kami seterusnya terpaksalah cari flight yang naik dari Changi Airport. Sampai macam tu sekali semata-mata untuk beli t-shirt HRC!.. Hehe..

HRC Changi Airport.. Tak dapat nak beli. Huhu.. (Ihsan Google Images)
Setakat bergambar dengan signboard je mampu. Huhu..
@ Zam Zam Restaurant

Dah takde rezeki nak ke HRC Changi Airport, jam 3.30 petang kami mintak driver hantar kami ke Restoran Zam Zam. Yang ni saya suka. Memang sedap betul murtabak Singapore. Tak complete pergi Singapore kalau tak singgah di sini untuk makan beriani atau murtabak. Layan... Alhamdulillah rezeki dari Allah..

Wajib singgah kalau ke Singapore
Ini memang super sedap!..
@ Bugis Street

Selesai makan kami nak ke Bugis Street. Sebelum ni ke Singapore tak pernah kami ke situ. Nak tau jugak camna rupanya tempat yang dikatakan quite happening ni. Jam 4.45 petang kami tiba di kawasan Bugis Street. Kebetulan masa sampai hujan mula turun. Terpaksalah bergegas keluar dari kereta dan masuk ke dalam shopping mall yang terletak berhampiran Bugis Street. Pemandangan di kawasan Bugis Street ni lebih kepada uptown yang berbumbung dengan gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai jenis barang seperti pakaian, beg dan mostly souvenirs. Takde apa yang menarik pun pada saya melainkan pilihan souvenirs yang banyak. Agak crowded juga keadaan di Bugis Street ni. Mungkin sebab orang ramai nak elak hujan di luar, semua masuk ke dalam. Huhu.. Kami yang membawa stroller agak susah nak lalu lorong-lorong yang sempit kat dalam tu. Cepat-cepat kami cari souvenirs yang berkenan di hati. Selesai je terus call driver untuk jemput kami.

Zam Zam Restaurant & Bugis Street locations
Keadaan di dalam Bugis Street
@ Mustafa Centre

Jam 6.00 petang kami meneruskan perjalanan ke tempat menjual perfume. Mana lagi kalau bukan Mustafa Centre. Memang diakui perfume di sini agak murah harganya. Saya bukanlah peminat brand perfume yang tertentu je. Tak kisah mana-mana perfume pun saya pakai je. Janji wangi. (ada ke perfume bau busuk? Hehe..) Yang penting harganya murah dan ada brand. Tapi taknak la pakai brand Boos (tiru Boss) yang berharga RM10 tu. Kalau jalan kat area rumah pakai perfume Adidas atau Gatsby yang dijual kat Jusco pun dah cukup pada saya. Hehe.. Untuk pergi kerja baru pakai perfume yang branded sikit. Biar pelajar semangat nak belajar pabila guru berbau wangi. (macam takde kaitan je statement ni.. Hehe..)

Mustafa Centre location
Selesai membeli perfume dan duit pun dah tinggal SD2 di tangan, jam 9.00 malam kami mintak driver jemput kami dan hantar balik ke Nusajaya. Seperti biasa, sangkut jem di imigresen. Saya sampai tertidur menunggu untuk keluar dari Singapore. Bangun jam 11.30 malam terus nampak hotel di depan mata. Selesai angkat barang-barang dan ucap terima kasih pada driver, kami masuk ke dalam hotel. Berehat untuk layan aktiviti esok iaitu mandi-manda di Legoland sempena menyambut birthday anak sulung kami yang ke-9 tahun. Selesai sudah one-day trip kami ke Singapore, hanya semata-mata untuk menunaikan misi pencarian koleksi HRC dan Starbucks citymug. Mission accomplished.. Wallahualam..

HRC T-shirt & Starbucks citymug

Inilah dia HRC t-shirt dan Starbucks citymug yang dapat dijadikan koleksi peribadi kami. Nampaknya kena beli almari khas untuk t-shirt HRC lepas ni. Huhu.. I love it!..

HRC Sentosa t-shirt for me
HRC Singapore.. Also for me.. Hehe
This is for my wife
And this is for our children
Pink bag for my wife. Buttons tu staff HRC bagi free.. Tq!!
Only one citymug to represent Singapore

6 comments:

  1. macam mana nak contact driver ke singapore tu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Maaf, saya dah tak ingat nombor fon driver tu. Wife saya yang carikan. Dia sendiri terlupa nak save..

      Delete
    2. ok, terima kasih..

      Delete
    3. Sama2.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete