Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pada awal Februari 2014, wife dah mula bertanyakan tentang trip hujung tahun berdua-duaan kami. Hehe.. Dah jadi 'travel bugs' pulak kami ni. At least setahun sekali tinggalkan anak-anak kat rumah mak di kampung apa salahnya kan. Diorang pun suka betul duduk kat kampung time cuti sekolah sebab sepupunya ramai melayan dia. Asal balik kampung je, time nak balik mulalah keluar slot air mata, sedih sebab nak balik KL dah. Huhu.. Baguslah camtu. Senang nak amik peluang gi berjalan berdua. Hehe..
|
Dia mula dah.. Huhu.. (Ihsan Google Images) |
Uish, baru bulan Februari dah mula pikir trip hujung tahun? Hebat isteriku ini.. Huhu.. Banyak yang nak difikirkan bila merancang trip keluar negara ni. Orang lain mungkin mudah, seperti yang saya kata dalam post sebelum ni. Tapi saya ni kalau dah set kemana arah tuju, mulalah macam-macam benda yang nak di cari, study melampau macam orang nak amik SPM je rupanya. Hehe.. Saya kata kat wife saya releks la dulu. Banyak benda nak fikir, especially extra money. Tapi biasalah, bila dia dah mula petik tajuk nak ke oversea ni, saya pun mula lah senyap-senyap cari info awal, walaupun depan dia saya buat macam tak berminat je. Hehe..
|
Cari info secara general dulu.. (Ihsan Google Images) |
Sejak dari hari 'memetik tajuk' tu, setiap kali saya online cari bahan untuk kerja sekolah, saya bukak sekali website airlines yang ada. Of course MAS dan Air Asia menjadi keutamaan. Yang lain seperti Etihad, Qatar, Emirates, KLM dan lain-lain tu sekadar bukak cuci mata je la.. Manalah tau tetiba diorang tersilap letak harga tiket ke, grab terus. Haha.. Masalahnya tak pernah berlaku lagi buat masa ni.. Huhu.. Mana nak pergi ni? Dari wishlist saya, memang banyak negara yang teringin nak pergi. Duit simpanan berlebihan je lah yang menjadi punca utamanya. Kalau duit tak menjadi masalah, tak perlu la susah-susah bukak website airlines cari tiket flight murah-murah. Call agent suruh booking je terus. Hehe..
|
Antara website airlines yang dibuka |
Air Asia dah tentu keluar iklan tiket murah setiap masa. Tapi bila try booking tak dapat pulak harga tu. Haihh.. Daripada listing negara yang saya nak pergi tu saya tengok satu persatu.. Cadang nak pergi buat umrah dengan mak. Memang dah lama niat dihati. Tapi mak tak berapa sihat sekarang ni, Ada masalah mata, kena selesaikan hal operation dulu. InsyaAllah umur panjang tahun depan bolehlah bawak mak ke sana. Barulah cerah mata mak memandang, ye tak? Hehe.. Moga dipermudahkan hendaknya..
|
Mak dah sihat akan kubawa ke sini, InsyaAllah (Ihsan Google Images) |
Negara pertama yang saya cari adalah NEW ZEALAND!.. Yeaayy.. Teringin betul nak ke sana. Tengok kat web Trip Kekawan memang begitu teruja. Nanti boleh cuba buat Trip Sendirian Berhad pulak ke, mana tau. Hehe.. Tapi takde flight Air Asia dan MAS untuk ke Christchurch. Kene cuba cari connecting flight untuk ke sana. Saya try flight Air Asia dari Kuala Lumpur ke Melbourne kemudian dari Melbourne saya try flight Jetstar ke Christchurch. Terkejut jugak bila pilih tarikh cuti sekolah tengah tahun, saya dapat harga RM1,630 return untuk seorang. Wah, itu yang paling murah saya pernah jumpa. Tapi kena stay sehari di Melbourne sebelum dah selepas flight ke Christchurch. Standby kalau flight delay. Cantik dah tu. Sebelum ni saya cuma daytrip je jalan-jalan di Melbourne. Ada peluang la nak drive kat Great Ocean Road. Hehe.. Nampak macam dah ok dah, tapi masalah besarnya adalah sumber kewangan. Tak sempat nak prepare extra money untuk trip tengah tahun. Huhu.. Takpe, at least dah ada option untuk tahun-tahun berikutnya. Bolehlah standby awal-awal lepas ni. Dah ada geng lain nak ikut caravan trip ke New Zealand ni. Canteekk..
|
There's a cheap option to go here.. (Ihsan Google Images) |
Negara seterusnya saya cuba untuk ke Italy. Flight China Eastern Airlines bagi deal yang paling murah, around RM1,800/return untuk ke Rome. Hmm, tak pernah lagi naik flight lain selain Air Asia dan MAS. Tapi risau pulak dengar nama flight ni. Kalau Cathay Pacific tu terkenal la jugak, cuma harga tiket dia je lah yang tak mampu. Huhu.. KIV dulu trip ke Rome ni. Pencarian yang ketiga, saya mencari flight ke Amsterdam. Trip pusing 4 Negara: Netherlands + Germany + Belgium + Luxembourg. Takde rezeki sebab harga standard je yang saya dapat untuk trip sepanjang bulan November dan Disember 2014. Pencarian trip berikutnya diteruskan ke hari-hari berikutnya. Harap berjumpalah deals yang sesuai untuk trip kami bagi tahun 2014 ni.. Wallahualam..
|
Still searching for the best deals.. (Ihsan Google Images) |
Malaysia Airlines
Air Asia
Emirates
Etihad
Qatar Airways
KLM
China Eastern Airlines
Cathay Pacific
Jetstar
Kalau nak pegi NZ, blh tanya saya. Mmg best, menarik, tertarik nk pegi lagi. Tak kan sesat naik motorhomes kat sana. Jgn lupa bk GPS dr sini. Pasti tak sesat nyer...
ReplyDeleteSalam Diana Hadi.. Yea, memang teringin nak ke NZ. Cuma menunggu harga tiket flight murah sikit. Hihi.. Ok, saya akan tanya DIana bila dah beli tiket ke NZ ye.. Tq for reading my blog!.. :)
Delete