Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sejak dari beli tiket flight ke Osaka bulan April 2013 haritu, saya mula mencari info sebanyak yang mungkin tentang Jepun. Hari kejadian masih jauh lagi. Dapatlah saya google dengan tenang. Tak perlu nak rush mencari info. At least dalam seminggu, 2-3 hari google dah cukup. Accomodation, transportation, halal restaurants dan places to visit, semuanya saya kumpul dan susun dalam itinerary. Bermula kembali aktiviti menyusun itinerary seperti yang saya buat masa ke UK tahun 2012. Masa ke Indonesia saya cuma ahli jemaah je, tak perlu susah-susah nak cari info.
 |
Tq Malaysia Airlines!.... Again.. (Ihsan Google Images) |
# Flight ticket
Tiket yang dah dibeli adalah dari Malaysia Airlines. Kebetulan masa bukak kat bahagian 'deals of the day' ada tiket murah ke Osaka, Jepun. Pucuk dicita ulam mendatang. Memang ada dalam wishlist nak melawat negara Jepun. Maka saya pun mintak wife saya booking return flight tickets ke Osaka untuk 2 orang. Takut tunggu lagi nanti naik pulak harga tiket. Memang betul pun. Lepas 2 minggu wife saya book tiket, harga ke Osaka dah menjadi RM899/return. Naik lagi RM100. Patutnya masa RM699 dulu saya grab terus. Huhu.. But RM799 is still cheaper than normal price.. Naik MAS tak perlu risau tentang hidden charges. Confirm fix RM799/return per person.
 |
RM1,598.00 untuk 2 orang. Kira murah la jugak.. |
# Itinerary planning
Saya ada banyak masa nak setup itinerary di Jepun. Rancangan awal adalah nak ke Osaka, Kyoto, Nara, Nagoya dan Tokyo. Teringin juga nak ke Mt. Fuji kalau ada kesempatan dan peluang. Siapa yang tak pernah dengar tentang Mt. Fuji kalau bercerita tentang Jepun? Mercu tanda yang paling famous di Jepun. Struktur gunungnya yang bertompok putih salji di puncak dan dikelilingi oleh kawasan yang lapang. Mt. Fuji banyak menyimpan kisah silam yang menarik dalam sejarah negara Jepun. Mt. Fuji adalah gunung berapi yang masih lagi aktif. Saya ada mencari info tentang Mt. Fuji ni. Dinyatakan bahawa Mt. Fuji dah lama tak meletus, dan para saintis menganggarkan yang Mt. Fuji akan meletus semula selepas 300 tahun dari tarikh akhir ia meletus, iaitu jatuh pada tahun 2013/2014! Huhu.. Janganlah time saya pergi ia meletus pulak. InsyaAllah, ada rezeki dapatlah saya melihat puncak Mt. Fuji dari jarak yang paling dekat.
 |
Mt. Fuji. Cantik pemandangannya.. (Ihsan Google Images) |
Jadi saya pun susunlah itinerary trip to Japan. Ada jugak saya google tentang sewa kereta di sana. Tapi rasanya macam payah nak bawa kereta kat sana sebab masalah bahasa. Signboard pun kebanyakannya dalam tulisan Jepun. Takde masalah sebab GPS kan ada. Tapi saya buat keputusan untuk tidak menyewa kereta di sana. Antara sebabnya ialah saya nak naik Shinkansen. Hehe.. Teringin betul nak naik bullet train tu. Maka draf pertama itinerary direka.
- Day 01: KLIA - Osaka
- Day 02: Osaka
- Day 03: Nagoya - Tokyo
- Day 04: Tokyo
- Day 05: Tokyo
- Day 06: Mt. Fuji - Kyoto
- Day 07: Kyoto
- Day 08: Nara
- Day 09: Osaka - KLIA
Susunan lokasi kejadian secara draft dah dibuat. Tapi mungkin akan berubah di saat akhir. Ikut pada tempat yang akan dilawati dan masa yang diambil. Waktu siang di Jepun lebih kurang sama seperti di UK, time winter waktu siang pendek. Jam 5.00 petang dah gelap. Kenalah susun betul-betul itinerary secara details nanti.
 |
Adakah saya berpeluang naik salah satu darinya? (Ihsan Google Images) |
# Currency
Aduh.. Bab ni pening kepala sikit. Jepun adalah antara negara maju yang agak tinggi nilai matawangnya. Tapi nilainya dikira dalam Yen (JPY) sahaja. Kira macam sen kat Malaysia, takde nilai ringgit. Dan cost living di Jepun memang teramatlah tingginya. Bila kira secara logik nampak macam duit kita besar sebab RM1 bersamaan dengan JPY31.50. Tapi hakikatnya takde pun barang di Jepun yang bernilai sebanyak tu. Semuanya main ribu-ribu yen je. Huhu.. Seperti biasa, saya ke money changer di Midvalley untuk tukar duit Yen. Asal saya pergi je mesti ramai orang tengah beratur. Sebab rate dia rendah dari money changer yang lain kot. Sebenarnya takde effect yang ketara kalau setakat nak tukar sikit je. Kat mana-mana pun boleh. Tapi kalau nak tukar banyak, memang kenalah cari yang betul-betul murah. Kadar tukaran waktu tu 1000JPY = RM32.47. Saya bundarkan kepada RM32.50 untuk memudahkan pengiraan. Berpeluh kejap bila pegang duit Yen. Tinggi nilainya. Saiz duitnya besar dan material kertasnya memang berkualiti. Itulah negara Jepun..
 |
Money changer di tingkat bawah Midvalley. Sebelah eskalator je. |
 |
Ada dua money changer di sini yang ramai orang beratur |
 |
Nak tanya rate semasa boleh la call nombor ni atau masuk website dia |
 |
Hasil duit Yen yang dah ditukar dengan ringgit Malaysia. |
# MATTA Fair @ PWTC
Bila dah tau currency Jepun tinggi, maka saya pun mula mencari lokasi accomodation yang sesuai dengan itinerary yang berpatutan harganya. Banyak jugak yang saya jumpa. Mulanya nak pilih ryokan, hotel yang berkonsepkan Japanese style. Ada yang murah tapi lokasinya amat jauh dari bandar. Yang paling murah di tengah bandar adalah capsule hotel. Tapi macam kurang privacy. Tidur beramai dalam capsule masing-masing. Huhu.. Hotel 1 hingga 3 bintang pun banyak, cuma lokasi tak sesuai. Maka saya pun hold dulu sebab MATTA Fair bakal berlangsung di PWTC pada awal bulan September. Mana tau dapat harga promotion untuk bilik hotel yang selesa dan harga yang berpatutan. Kalaulah Jepun ada Travelodge dan Premier Inn kan best. Hehe..
 |
Japan capsules. Yang ni paling murah. (Ihsan Google Images) |
Pada 6-8 September 2013, MATTA Fair berlangsung di PWTC. Hari pertama saya dah pergi. Saya ambil peluang untuk melihat pakej dan promosi yang diberikan. Inilah kali pertama saya pergi ke MATTA Fair. Sebelum ni wife saya je yang pergi sebab office dia sebelah PWTC je. Time lunch boleh running kejap. Hehe.. Lepas bayar entrance fee, saya mula explore dalam dewan. Memang pening kepala bila tengok macam-macam iklan promosi untuk percutian luar negara. Saya mencari booth untuk travel ke Jepun. Tak jumpa pun. Akhirnya saya tunggu wife saya habis kerja dan join sekali mencari booth Jepun. Rupanya ia terletak kat bangunan yang lagi satu. Hebat wife saya. Tau aje mana nak pergi. Kami ke bangunan sebelah. Masuk je terus nampak booth Jepun yang amat besar. Masa untuk mencari info sebanyak mungkin.
 |
MATTA Fair @ PWTC |
 |
Antara pamphlet dan guide book yang saya ambil di booth Jepun |
Di booth Jepun pulak ada banyak bahagian, mengikut negeri dan region di Jepun (betul ke Jepun ada negeri? Hehe..) Kami mencari bahagian travel to Osaka dan Tokyo. Akhirnya kami ke booth Japan Travel Bureau (JTB) yang terletak di hujung sekali. Mula-mula sorang staff Jepun yang berkimono datang melayan kami. Disebabkan tak berapa faham sangat penerangan dia, kami dilayan oleh sorang lagi staff, Erina Iwasaki. Nama Jepun tapi muka macam melayu je. Fasih pulak tu berbahasa melayu. Tak kisahlah, janji senang nak faham penerangan dari dia.
 |
Boleh la call dia kalau nak dapat pakej dari JTB. Nice person.. |
# Accomodation
Di booth JTB tu kami telah diberi pilihan untuk memilih pakej yang ada di Osaka dan Tokyo. Masa tu ada pakej Visa Waiver Promo. Kebetulan promo tu sesuai dengan jangkamasa kami di sana. Lepas berbincang dengan wife, maka kami pun ambil dua pakej promo. Yang pertama adalah pakej 3 malam Sunshine City Prince Hotel (4-star) di Tokyo berharga RM595.00/person beserta diskaun Sunrise Tour dan yang kedua adalah pakej 3 malam Hotel Hearton Nishi-Umeda (4-star) di Osaka berharga RM595.00/person yang juga beserta diskaun Sunrise Tour. Bila dikira balik, tolak dengan diskaun tour, harga hotel yang kami perlu bayar adalah kurang dari RM300.00/night. Berbaloi la tu sebab hotel pun 4-star. Kami perlu tambah satu lagi hari bermalam di Osaka pada hari pertama. Kami terus booking Hotel New Osaka melalui JTB untuk malam pertama di Osaka yang berharga RM224.00. Saya pilih hotel tu sebab dekat dengan Shin-Osaka Station. Senang nak naik Shinkansen lepas check-out nanti. Selesai sudah hal accomodation di Jepun..
 |
Visa Waiver Campaign - Tokyo deals |
 |
Yang ni pulak Osaka deals |
# Tours
Mula-mula saya taknak amik tour di sana. Tapi disebabkan dapat diskaun, saya pun teruskan aje. Sunrise Tour menyediakan macam-macam pilihan dari pamphlet yang disediakan. Untuk di Tokyo kami pilih pakej 'Mt. Fuji-Hakone 1-Day Tour' yang berharga RM204.00/person dan di Osaka kami pilih pakej 'Real Kyoto Back Street Guided Cycling Tour' yang berharga RM102.00/person. Harga yang diberi adalah selepas tolak diskaun JPY5,000.00 untuk setiap pakej. Kira kami dapat diskaun JPY10,000.00/person untuk 2 tour, satu di Tokyo dan satu lagi di Osaka. Tak pasti murah atau tak, tapi masih berbaloi agaknya memandangkan hotel yang kami dapat pun adalah hotel 4-star. Yang penting kami tak perlu pening kepala nak cari tour yang sesuai dengan itinerary. Dapat jugak kami ke Mt. Fuji. Alhamdulillah..
 |
Pamphlet Sunrise Tours. Macam-macam pakej ada disediakan. |
 |
Kami pilih pakej ni untuk Tokyo deals |
 |
Yang ni pulak kami pilih untuk Osaka deals |
# Train tickets
Kat Jepun ada macam-macam jenis tiket train. Part ni memang saya pening sangat. Tak tau mana satu tiket yang bersesuaian yang saya perlu beli. Ada yang sehari, seminggu, sebulan, ada jugak yang ikut region, east, west. Fuhh, memang menyesal kalau silap beli. Tapi kalau betul-betul beli ikut itinerary memang boleh dapat save banyak, especially bila naik Shinkansen. Kebetulan tengah deal dengan Erina, saya terus bertanyakan tentang tiket train. Lepas saya ceritakan sikit tentang perjalanan kami di sana, Erina mencadangkan kami beli JR Pass yang mana cover sekali untuk naik Shinkansen. Tapi disebabkan masa dah suntuk untuk keluarkan JR Pass untuk hari tu, Erina mintak kami datang semula keesokan harinya. Dia juga bagi pilhan samada nak datang terus ke office JTB di Jalan Imbi sebab esok dia takde kat PWTC. Kami pun setuju nak jumpa dia esok di office JTB Jalan Imbi. Daripada nak meredah orang yang sesak kat PWTC baik pergi kat Jalan Imbi je.
 |
Office JTB di Bangunan AMODA, Jalan Imbi. |
Esoknya kami pergi ke JTB Jalan Imbi untuk selesaikan hal JR Pass. Tak semua orang boleh beli dan guna JR Pass ni. Untuk visitor, JR Pass memang kena beli di luar Jepun. Saya pun beli ordinary 7-day JR Pass untuk 2 orang yang berharga RM962.00/person. Mahal sungguh! Tapi bila dah tengok harga tiket single journey untuk naik Shinkansen, memang berbaloi pun beli JR Pass ni. Walaupun ada option lain yang murah iaitu naik night bus dari Osaka ke Tokyo. Dapat save satu malam bilik hotel sebab tidur dalam bas. Tapi saya memang teringin sangat nak naik Shinkansen. Bila lagi nak merasa.. Huhu.. Semua local train dan bas dibawah company JR boleh guna JR Pass ni. Cuma ada beberapa exception, iaitu jenis Shinkansen, monorail, subway dan beberapa hal lain. Tapi majoritinya JR Pass cover banyak public transport di Osaka dan Tokyo. Selesai membayar, Erina keluarkan Exchange Order yang mana kami kena tukar kepada JR Pass masa di sana nanti. Disebabkan kami ada 8 hari di sana, saya pun beli satu lagi tiket iaitu 1-Day JR-West Kansai Area Rail Pass yang berharga RM68.00/person. Banyak sungguh duit yang keluar sebelum ke sana. Huhu.. Silap haribulan lagi tinggi kos ke Jepun dari ke UK. Apa yang penting semua perkara utama dah selesai di Malaysia. Nanti di hari kejadian tinggal nak bawak duit belanja je.
 |
Pamphlet mengenai jenis tiket JR Pass yang dijual |
 |
Info tentang siapa yang boleh pakai JR Pass dan route di Jepun |
 |
JR Pass exchange order yang kena ditukar bila sampai di sana |
# Phone and Wifi
Banyak website yang saya cari tentang phone line kat sana. Kebanyakannya sewa dengan phone sekali sebab phone kita sendiri tak boleh nak guna simcard sana. Entah le. Memang susah betul nak faham tentang hal phone ni. Takkan simcard bentuk lain kot? Malas nak fikir, saya buat keputusan untuk guna je pakej yang Hotlink bagi untuk call from oversea. Itu pun saya tak pasti boleh apply ke tak untuk call dari Jepun ke Malaysia. International roaming confirm saya takkan switch on. Kenangan 'manis' kena charge RM500.00 tanpa guna phone langsung kat Australia masih lagi diingati. Huhu.. Guna prepaid ok sikit tapi call charge sure melambung tinggi. Takpelah.. Lagipun prepaid saya still ada banyak lagi sebab tak pernah guna. Cuma topup untuk hidupkan line je. Boleh la setakat nak call anak-anak sekejap selama seminggu kat sana nanti.
 |
Tak pasti boleh ke tak guna pakej ni (Ihsan Google Images) |
Dah selesai hal phone line, kena pikir pulak untuk Wifi. Apa yang saya dapat dari info tentang Jepun, Wifi cuma ada di kawasan yang tertentu je. Kat area coffee shop seperti Starbucks dah tentu ada. Tapi takkan kat Starbucks atau area tertentu je nak surf internet. Hotel mungkin ada, tapi kurang yakin dengan kekuatan signal Wifi. Akhirnya saya amik keputusan untuk cari mobile Pocket Wifi yang boleh disewa di Malaysia untuk dibawa ke sana. Kebetulan ada satu company Jepun di Malaysia yang buat servis mobile Wifi. Nama company tu Triangles Top Consulting Sdn. Bhd. (Global Mobile). Ada branch kat booth Hotlink di Arrival Area, KLIA. Saya terus call company tu untuk dapatkan harga. Alhamdulillah, masih ada lagi pocket Wifi yang available untuk tarikh yang saya pilih. Dah tolak diskaun 10% dapatlah dalam RM229.00 untuk sewa selama 8 hari. Tapi kena bayar deposit sebanyak RM600. Saya just swipe credit card untuk verification. Kalau return pocket Wifi tu dalam keadaan seperti sediakala, dapatlah balik duit deposit tu. Dapatlah kami surf internet 24/7 di sana. Harap coverage dia superb.. InsyaAllah..
 |
Email confirmation of Pocket Wifi Rental |
Flight ticket.... checked. Money exchange.... checked. Hotel.... checked. Tours.... checked. JR Pass.... checked. Phone.... checked. Wifi.... checked. Semua yang major dah selesai. Tinggal nak settlekan perkara tambahan seperti insurans, permohonan keluar negara, city map download, barang-barang yang nak dibawa, dan yang paling penting nak kemaskini itinerary bagi nampak sempurna dengan semua lokasi yang ingin dilawati.. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Masih mencari info yang berguna. Wallahualam..
 |
Info tentang Japan Anime pun saya cari. Huhu.. (Ihsan Google Images) |
*Kos wajib untuk 2 orang:
- Flight ticket : RM1598.00
- Hotel : RM2604.00
- Tours : RM 612.00
- JR Pass : RM2060.00
- Pocket Wifi : RM 229.00
- Jumlah : RM7103.00
*Website yang membantu:
Malaysia Airlines
Money Exchange
Visit Japan
Japan Travel Bureau (Malaysia)
Sunrise Tours
Japan Rail Pass
Hotlink
Pocket Wifi Rental