Tuesday, 3 December 2013

JJCP UK & Paris: Post Mortem

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tamatlah sudah perjalanan kami ke UK dan Paris. 14 hari yang penuh dengan cabaran dan pengalaman. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak saya dan isteri menjelajah ke negara yang kami impikan selama ni. Mungkin 2 minggu perjalanan tak cukup untuk explore semua tempat-tempat menarik di sana. Tapi pada saya, sudah cukup jika dapat melawat tempat yang memang kami nak pergi tengok. Sampaikan di hari terakhir, kami dah merasakan cukuplah setakat ini. Masa untuk pulang ke Malaysia. Haa, itu adalah petanda yang kami sudah cukup puas meronda di UK dan Paris. Satu perasaan yang memang kami harapkan bila keluar melancong ke luar negara. Alang-alang berjalan biar sampai puas, betul tak?

The end of one journey is the beginning of another.. (Ihsan Google Images)
#1. Kos
Kos wajib keseluruhan trip kami sepanjang 14 hari berada di UK dan Paris adalah sebanyak RM11,389.60 untuk 2 orang. Kalau dikira seorang dalam RM5,694.80. Hmm, memanglah tinggi nilainya tapi cuba bandingkan dengan harga kalau pakai travel agent. Memang jauh lebih rendah. Masih teringat saya semasa di Bicester Village. Kelam kabut makcik dan pakcik membeli belah sebab tour bus dah nak jalan. Kami siap lepak minum di Starbucks lagi. Nak duduk dari pagi sampai malam pun boleh. No time limit. Namun begitu, tak semua orang berani atau sanggup nak meredah sendirian. Lebih baik guna travel agent, lebih selamat dan teratur. Tapi mengikut prinsip saya, jika negara yang dilawati lebih maju dari Malaysia, insyaAllah boleh survive sebab kemudahan lebih baik especially public transport. Mudah nak bergerak.

Spend wisely. Tinggi nilainya.. (Ihsan Google Images)
#2. Kepuasan
Perlu ke saya nak explain tentang tahap kepuasan kami ketika berada di sana? Jika dilihat dari post saya sepanjang perjalanan, jelas memang teramat puas. Berbaloi duit yang digunakan untuk setiap perjalanan yang dilalui. Satu perkara yang betul-betul membuatkan saya agak takut dan berhati-hati adalah ketika memandu di sana. Nasib baik takde kemalangan atau perkara buruk yang berlaku sepanjang masa saya menyewa kereta. Kalau accident, confirm banyak lagi duit yang kena keluar, walaupun ada back-up insurans. Insurans pun kadang-kadang tak leh percaya jugak kan. Duit mungkin tak menjadi masalah, tapi masa yang penting. Kalau dah accident mesti banyak procedure yang nak diselesaikan. Silap-silap satu hari sangkut kat balai atau bengkel. Dah rugi itinerary untuk satu hari.

Kepuasan yang maksima.. (Ihsan Google Images)
#3. Terkilan
Ada kawan yang comment dalam facebook menyatakan kenapa kami tak masuk ke Stonehenge, Madame Tussauds, London Eye, Eiffel Tower dan sebagainya. Rugi alang-alang dah sampai tapi tak masuk katanya. Pada saya, memang tak terkilan langsung saya tak masuk ke tempat-tempat favourite tu. Target saya hanya untuk sampai ke destinasi tersebut. Cukup sekadar melihat dari luar. Jika masuk dah tentu buang banyak masa lagi. Our time is limited. Saya masuk ke Universal Studios Singapore dulu pun tak dapat nak naik semua permainan kat dalam tu. Takde rasa terkilan walau sedikit pun. Puas hati sebab dah sampai tu memang ada. Tapi dalam facebook memang banyak orang yang comment bukan-bukan. Tak kisahlah, yang penting saya sudah sampai. Kau sudah? Hehe..

Batu dan patung lilin.. (Ihsan Google Images)
#4. Mentaliti
Dari pemerhatian saya, mentaliti rakyat berbeza ikut negara. England, Wales, Scotland dan France semuanya berbeza. Ada yang baik dan ada yang buruk. Kalau di England saya rasa selamat sikit berjalan di waktu malam. Tapi di Paris, waktu siang pun agak-agak takut. Huhu.. Tapi secara umumnya mentaliti orang Europe ni agak baik juga terutama ketika memandu. Memang betul, memandu di UK lebih mudah dari memandu di Malaysia. Kepada sesiapa yang nak ke UK, memang saya recommend sewa kereta di sana. Untuk merasai suasana English country yang sebenar bukan di London, tapi di kawasan luar, rural areas. Extremely superb! Tenang jiwa terasa. Tentang kebersihan pula, kalau dah di lokasi favourite seperti Eiffel Tower atau Big Ben memanglah bersih dan cantik. Tapi di lorong-lorong tetap sama seperti di Malaysia. Cuma disebabkan pemandangan yang cantik membuatkan suasana sekitar nampak seperti bersih walaupun tak berapa nak bersih. Seriously!

New experience.. Zig-zag lines (Ihsan Google Images)
#5. Shopping
Hmm, yang ni kene refer pada wife saya. Hehe.. Tapi jujur saya katakan jika mentaliti ke UK hanya untuk 100% shopping memang digalakkan. Ada barangan yang berharga lebih murah dari di Malaysia. Murah di sini bukan bermaksud RM10 ke RM50, tapi ada yang sampai RM1000 lebih murah. Tapi sebelum nak shopping di sana lebih baik tengok harga di Malaysia dulu. Bila dah buat comparison baru boleh pening kepala sebab tengok harga berbeza. Tak heran lah jika kita lihat ramai orang-orang kaya yang datang shopping di UK. Memang berbaloi rupanya. Beza duit beli kasut 3 pasang dan handbag 3 unit dah boleh cover duit tiket flight return untuk seorang. Itu baru 3 pasang. Takkan la shopping 3 pasang je kot? Hehe..

Shopping jangan tak shopping! (Ihsan Google Images)
#6. Overall
Secara keseluruhannya, UK dan Paris adalah tempat yang sesuai untuk mencari pengalaman baru. Kepada yang kaki shopping, UK adalah dunia anda. Kepada yang suka dengan pemandangan dan suasana, UK juga menjanjikan banyak tempat yang menarik untuk dilawati. Apa yang penting adalah pengalaman hidup. Nampak macam saya ni lebihkan negara luar dari negara sendiri. Tidak.. Saya tetap cintakan tanah air tempat tumpah darahku. Namun merantau untuk mencari pengalaman hidup juga adalah penting. Tak guna terlalu banyak memuji atau mengeji negara sendiri jika kita tidak melihat dunia luar. Buat perbandingan, sekurang-kurangnya dapat dibuat kesimpulan dalam hidup masing-masing. Wallahualam..

Kenangan di UK dan Paris.. Will miss it.. (Ihsan Google Images)
#Rating saya

@ England
* People: 8/10
   - Disiplin ketika memandu memang terbaik. Tak mengganggu pelancong. Sedia membantu.
* Language: 8/10
   - Senang nak communicate. Kadang-kadang British accent susah nak paham jugak.
* View: 9/10
   - Sungguh indah dunia ciptaan Tuhan. Rugi kalau tak masuk ke jalan kampung di UK.
* Cleanliness: 8/10
   - Bandar amat bersih. Susah nak bau sampah. Mungkin cuaca sejuk memainkan peranan.
* Public toilet: 6/10
   - Bersih dan kering. Yang tak bestnya takde paip. Bersedia membawa alatan yang sesuai ye.
* Public transport: 9/10
   - Superb. Mudah nak faham cara naik tube. Hati-hati naik teksi hitam. Mahal..
* Accomodation: 8/10
   - Untuk yang budjet hanya Travelodge dan Premier Inn je yang sesuai. Hostel pun banyak juga.
* Roadway: 9/10
   - Jalan agak sempit di luar bandar tapi still a smooth journey. Tak jumpa lubang. Highway takde tol.
* Islamic: 5/10
   - Masjid kurang. Restoran halal agak banyak. Tapi harga memang melampau mahal.
* Currency: 3/10
   - Terlalu tinggi. GBP1 = RM5.. Hmm, pandai-pandai la save ye.
* Shopping: 9/10
   - Kalau kat Oxford Street, 3 hari 2 malam pun tak cukup.
* Weather: 8/10
   - Baru nak masuk winter memang best. Sejuk tapi still boleh jalan-jalan lagi. Selalunya hujan renyai.
* Repeat: 9/10
   - Absolutely! Tapi kena tunggu MAS offer tiket flight murah. Hehe..
* Overall: 8/10
   - A nice country to travel. Kena prepare duit banyak sikit kalau nak betul-betul puas.


@ Wales
* People: 5/10
   - Orang Wales agak berbeza dari England. People like to staring at visitors. Takut jugak.
* Language: 8/10
   - Sama seperti di England. British accent lagi.. Hmm..
* View: 7/10
   - Nice view of the castles.
* Cleanliness: 8/10
   - Bersih dan cantik. Susah nak nampak sampah merata. Daun kering memang banyak.
* Public toilet: 6/10
   - Bersih. Still no pipe.. Urghh..
* Public transport: -
   - Tak merasa nak naik public transport. Mungkin sama seperti di England.
* Accomodation: -
   - Pun tak merasa juga. Tapi Travelodge dan Premier Inn tetap ada di Wales.
* Roadway: 8/10
   - Jalanraya yang smooth. Jalan kampung agak sempit.
* Islamic: 5/10
   - Masjid kurang. Makanan halal susah nak cari.
* Currency: 3/10
   - Sama seperti England.
* Shopping: 7/10
   - Barang souvenir agak mahal. Mungkin ada tempat lain yang lebih murah.
* Weather: 8/10
   - Sejuk yang best. Badan tak terasa penat. Cool and breezy.
* Repeat: 7/10
   - Mungkin. Tapi ke kawasan utara Wales.
* Overall: 6/10
   - Quite okay. Kalau pergi dengan group ramai-ramai mungkin lebih best.

# Tak dapat nak gambarkan sepenuhnya tentang Wales sebab saya hanya seharian aje di sana, itupun di Cardiff. But the first impression is important. Kalau mula-mula sampai dah rasa tak berapa best, memang tak best la jadinya. Huhu.. Maybe its not the right time for us to go there.. Tapi tetap seronok dapat tengok negara orang. Pengalaman baru..


@ Scotland
* People: 8/10
   - Quite different than others. Agak friendly orang di Edinburgh.
* Language: 8/10
   - Masih British accent menjadi masalah. I beg your pardon? Can you repeat please? Hehe.
* View: 9/10
   - Memang terbaik especially Scotland Historic Route A7. Bandar pun banyak bangunan lama..
* Cleanliness: 8/10
   - Bandar amat bersih. Susah nak nampak sampah merata.
* Public toilet: 6/10
   - Paip oh paip.. Huhu..
* Public transport: 8/10
   - Dari Park and Ride senang nak ke bandar Edinburgh. Parking pun luas..
* Accomodation: 8/10
   - Mana lagi kalau bukan Travelodge dan Premier Inn. Ada di mana-mana..
* Roadway: 9/10
   - Smooth journey. Ditambah pulak dengan view yang menarik. Memang terbaik lah..
* Islamic: 5/10
   - Ada satu masjid besar di tengah bandar. Makanan halal boleh dicari dengan agak mudah.
* Currency: 3/10
   - Pound sterling.. Malas nak cakap.. Huhu..
* Shopping: 8/10
   - Banyak kedai souvenir. Kena pandai cari harga yang murah walaupun sebuah fridge magnet.
* Weather: 8/10
   - Cool.. I like it..
* Repeat: 9/10
   - For sure. Teringin nak ke Glasgow dan Fort William pulak.. Ice skating time..
* Overall: 8/10
   - Really nice country to visit. Banyak tempat menarik untuk bergambar..


@ France
* People: 6/10
   - Over friendly. Hati-hati. Beware of pick pocket..
* Language: 6/10
   - Tak ramai yang pandai speaking english. Guna bahasa isyarat tangan pun jadi la..
* View: 7/10
   - Saya bagi 7/10 hanya kerana Eiffel Tower. View from Trocadero is really superb!
* Cleanliness: 8/10
   - Bersih cuma di area Eiffel Tower je. Kat tempat lain.. Hmm.. Penuh dengan contengan graffiti.
* Public toilet: 6/10
   - Kalau dapat kontrak buat paip dalam toilet mesti kaya raya. Hehe..
* Public transport: 6/10
   - Okay je, tapi underground tube lagi best.
* Accomodation: -
   - Tak merasa nak tidur di Paris. Day trip aje.
* Roadway: -
   - Naik public transport. Tapi agak crowded jugak jalanraya di sini.
* Islamic: 5/10
   - Ada masjid di hujung bandar. Tak sempat nak ke sana. Makanan halal agak susah nak cari.
* Currency: 4/10
   - Euro. 1 EU = RM4.20. Kira tinggi jugaklah..
* Shopping: 7/10
   - Galeries LaFayette is a shopping heaven. Rugi kalau tak singgah..
* Weather: 8/10
   - Sejuk.. Tambah pulak baru lepas hujan.. Huhu..
* Repeat: 5/10
   - I don't think so.. Maybe ke bandar yang lain selain Paris.. Is Nice a really nice place to visit?
* Overall: 5/10
   - Not a great place except the Eiffel Tower. Banyak kes pick pocket kat sini. Jaga-jaga ye..

# Saya hanya dapat review area di Paris je. Mungkin bandar yang lain lebih menarik dari di Paris. Tujuan ke sana semata-mata nak tengok Eiffel Tower dari dekat. Dan memang itu je lah yang menjadi highlights pada saya. City of Love @ City of Lights? But the reality is City full of pick-pocketeers.. Huhu..


36 comments:

  1. Salam..

    Nak tanye, budget tu termasuk shopping ke ?
    hehe..
    Mana lebih berbaloi untuk shopping ?
    Di London or Paris ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..

      Budget tu tak termasuk kos shopping. Saya cuma amik kira kos utama seperti accomodation, transport dan meals. Kalau shopping RM10k pun belum tentu cukup. Hehe..

      London lebih syok nak shopping. Banyak butik dan shopping complex yang sesuai untuk middle income seperti M&S, H&M dan Primark. Tapi kalau fans Longchamp dan perfume Anick Goutal memang Paris la tempat yang sesuai. Tapi saya lebih suka environment shopping di London..

      Delete
  2. Salam encik khairul...thanks for all the info..sgt2 berguna...insyaAllah bulan 8 ni saya ke uk & paris...saya nk tanye,mcm mane nk booking car rental yg encik gunakan?charge credit card terus or pay mase kite amik kereta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mY StaR..

      Masa booking ada 3 option yang diberi. Bayar full, 10% or bayar time pick-up. Saya pilih option yang ketiga. Saya bayar ikut jumlah hari yang saya dah booking dan kena standby pre-authorised untuk deposit. Saya gunakan credit card. Make sure inform bank yang keluarkan credit card tu untuk kegunaan di UK dan Paris ye.. Tq for reading my blogs!.. :)

      Delete
  3. Terima kasih encik khairul for d info...

    ReplyDelete
  4. Bro ...macam best aje...bila nak pergi lagi? Nak ikut...hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halo bro..
      Memang best dan terbaik!.. Tapi rasanya macam susah je nak repeat lagi.. Bergantung pada pembentangan bajet Kementerian Kewangan Keluarga dulu.. InsyaAllah ada rezeki lebih boleh explore lagi. Nak ikut? No problem bro.. hehe.. Tq for reading my blogs!.. :)

      Delete
  5. Hi bro....tgh survey nk ke UK next year, wife terjumpa blog ni. nice banyak info susunan & cerita yg menarik.
    Pernah study kt sana, tp dh lama sgtlah kali ni nk bwk wife jln2 rasa susana kt uk. Route lebih kurang sama cuma add on north wales & dublin, dapat beli baju HRC dublin pun ok lah kan. Anyway thanks a lot for all those tips....cheers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi bro..
      Sekali dah pergi ke sana memang berharap dapat pergi lagi. There's too many wonderful places to visit.. Ada rezeki lebih boleh pergi cari pengalaman lagi. I'm really looking forward to visit Ireland. Target for my next trip to London, explore east side of England, north side of Wales and Scotland, and take a flight to Dublin, insyaAllah.. Ok, nak mula simpan duit dari sekarang.. Hehe.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  6. bro, appreciate the time and effort mengarang karangan for sharing your trip experience.. it has been very helpful yet more important, very useful... keep posting your trip experience..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halo bro..
      Thanks for the compliment!.. Really appreciate it. Yeah, there is another trip i wanna share but still finding a right time to write and publish. Quite busy nowadays.. Just wait and see.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  7. Salam. I really enjoyed reading ur writing bout ur UK trip.

    If u wouldn't mind, can you forward the itinerary to my e-mail, m.asyrafjamal@gmail.com .

    Jazakallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asyraf..
      Thanks alot!.. Just sharing my precious experience with all readers.. Check ur inbox ya. Hope it helps!.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  8. pendapat En. Khairul sama dengan saya.. saya pun kalau travel tak semestinya saya masuk ke semua tempat..janji sampai..bergambar dan chill... baru2 ni saya ke Jepun pun saya ada refer ke blog saudara... InshaAllah bln dpn saya akan ke London & Paris dan tgh merancang apa yang hendak dibeli..tks kerana sudi share :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi NIETA!..
      Tq coz sependapat dengan saya. Yelah, masing2 punya plan.. Ada yang datang semata-mata nak shopping. Pada saya shopping no 2 sebab kat Malaysia pun boleh je nak shopping (mahal sikit la untuk certain barang tu, but still can buy if you want rite?). Tapi pemandangan dan suasana di sana yang menjadi keutamaan saya. Bukannya mampu sangat nak pergi selalu. Mungkin pertama dan terakhir dalam hidup? Wallahualam.. Enjoy your holiday!.. :)

      Delete
  9. Hi Assalamualaikum

    Can I have the itinerary too?
    Ayuni.Syazana@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Ayuni Syazana..
      Yeah, why not?.. Check ur inbox ya? Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  10. Assalamualikum en khairul...
    Dr paris ke london return perjalnan lebih murah naik eurostar ataupun eurolines?
    Bila masa sesuai nak booking yer? Sbb sy plan nak g bulan 12... tp skrang xle nak booking...
    Terlalu awal ke, tiket dah abis?
    Bole email sy itinary trip eropah ni? pzah_82@yahoo.com
    Terima kasih.. sy juga org wangsa maju :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam PzahKudin..
      Naik eurolines lebih murah berbanding eurostar. Tapi dari segi masa dan comfort, better naik eurostar. Dalam bulan 9 @ 10 sesuai dah nak booking. Tapi make sure cepat, sebab takut tiket habis. Selalulah bukak website eurostar @ eurolines. Check ur inbox ya. Happy holidays orang Wangsa Maju!.. Hehe. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  11. ok, tq yer... tp xdpt lagi itinary, maybe sbb full kot... nnti kalo nak g holiday utk 2016 war2kan la.. bole join sekali.. hahahahha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah hantar email. Kalau tak dapat bagitau ye. InsyaAllah kalau ada rezeki dapat berjalan lagi tahun 2016 saya akan inform. Harapnya adalah rezeki tu. Hehe..

      Delete
  12. Assalamualaikum!

    Can I have the itinerary too?
    azlinda_ali@yahoo.com

    Thank you for the info you share on your blog. Sangat2x best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Azlinda Ali..
      Check ur inbox ya.. Hope it helps!.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  13. Salam En. Khairul
    Kos Wajib termasuk ticket penerbangan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanna..
      Ye, kos wajib termasuk tiket flight. Itulah yang paling utama pun. Hehe..

      Delete
    2. Terima kasih utk perkongsian yg amat padat detail dan menarik.....

      Delete
  14. assalamualaikum en khairul,
    Can I have the itinerary too? tq..
    eida_syah88@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam eida_syah
      Sure.. Check ur inbox ya?.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  15. Asslmkm En. Khairul, tq for sharing tips ke UK n Paris. If u dont mind, boleh share itinerary? Tq in adv. My e-mail @ marina.mustapar@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam marina.mustapar..
      Boleh je nak share itinerary. Check ur inbox ya? Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  16. Asalam cik khairul..
    Boleh tk sy tau hire company car yg cik khairul amk..sy baca review byk masalah slepas anta kereta betul ker...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam bro Fuad Shah..
      Saya sewa kereta kat company Green Motion. Company ni takde lah famous berbanding yang lain seperti Avis, Hertz, Alamo, Enterprise etc. Saya pilih sebab ia antara company yang boleh bagi harga sewa termurah. Tapi... ada pro and cons kalau pilih company macam ni. Selalunya kalau company yang tak popular memang bagi rate rendah, cuma dia akan tekan kita habis-habisan kalau ada apa-apa terjadi kat kereta tu. Andaikata ada calar atau apa-apa kerosakan, dia akan charge semaksimum yang boleh. Kenalah deal baik-baik supaya tak kena charge lebih. Saya bagitau ni sebab bukti depan mata masa saya nak amik kereta. Boleh refer kat post saya.
      Tentang review pulak.. Memang tak dinafikan majority orang yang bagi review negatif. Kalau positif diorang jarang bagi review. Hehe.. Pada saya senang je. Kalau kita amik dan hantar kereta condition yang sama (kecuali kotor la, hehe), takde alasan company sewa nak charge penalty. Tapi kalau ada kerosakan atau kesan calar, kena la bertanggungjawab. Nak baca T&C dah tentu tak punya sebab panjang lebar. Huhu.. So sebelum nak sewa better cari info siap-siap apa condition yang company tu bagi dalam agreement. Lain company lain T&C dia.
      Harap dapat membantu bro Fuad. Sebenarnya banyak lagi yang saya boleh terangkan pasal sewa kereta ni. Untuk maklumat lanjut bro boleh emel saya kat nuar.aris@gmail.com. InsyaAllah saya akan cuba terangkan lebih detail. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  17. salam..total cost termasuk makan minum shoping penginapan and semua berapa yang diperlukan?barapa bajet yang perlu dibawa jika melancong ke sana ?saya masih knpius..saya akan ke sana selama tiga minggu. emel saya: nitaf.athirah@gmail.com.thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam fatin..
      Saya dah send itinerary. Rupanya ini lah soalannya. Hehe.. Nanti saya share lagi sekali ye. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete